Tuesday 20 December 2011

Perginya YB Edward Lee ADUN Bukit Gasing.



Pagi ini seperti biasa membaca di twitter agak terkejut menerima berita kematian YB Edward Lee, ADUN Bukit Gasing. Saya tidak mengenali beliau dengan dekat. Cuma mula mengenali beliau keti siri siasatan SELCAT berlansung beberapa tahun lepas. Seorang yang kelihatan sangat 'fatherly' dan lemah lembut dalam berbicara. Ketika itu saya sudah mengetahui bahawa beliau mengidap kanser.

Boleh baca di sini sidang SELCAT dengan gambar beliau. http://ummuasiah2001.blogspot.com/2009/03/day-5balkis-kau-sungguh-istimewadah.html

Dari kata-kata pimpinan Pakatan Rakyat yang lain memang Mendiang adalah seorang yang komited dalam perjuangan dan aktivis rakyat yang komited.

Bila seorang yang baik pergi ianya meninggalkan kesan di hati. Kita perlukan pemimpin yang benar2 berjuang untuk rakyat.

2 comments:

Charlotte said...

Bapa mertua memang pemimpin dengan hati yang ikhlas untuk rakyat. Adakah Aishah pernah bertemu dengan bapa?

Kalau ingin, Aishah boleh melawat lawan web yang telah ditubuhkan untuk kenangan bapa: http://rememberingedwardlee.blogspot.com

Terima kasih untuk kata-kata baik Aishah di sini.

Charlotte said...

Maaf, tidak sengaja memanggil anda sebagai "Aishah".