Harapan Ramadan....dan sahabat-sahabatku yang dikasihi..kerana Allah.
Ramadan sudah hampir sampai ke penghujungnya.....terlalu cepat masa berlalu kali ini...bak bait2 lagu di dalam nasyid Harapan Ramadan ini...sedihnya bila menghayatinya...
Entah dapat entah tidak kita melaluinya lagi...bagaimana pula dengan penerimaan Allah terhadap amal ibadat kita sepanjang Ramadan.
Ramadan kali ini...terlalu cepat berlalu..Ramadan kali ini membuatkan saya kadangkala terkenangkan kawan-kawan saya yang lama tak berjumpa...bila teringat dengan segera saya melayangkan sms tanda ingatan..dengan segera pula mereka membalasnya dengan iringan do'a.
Moga kita memperolehi teman-teman yang sejati yang bersama kita di kala susah dan senang, yang mengasihi kita kerana Allah, yang tidak gentar untuk memberikan teguran bila kita tersilap langkah dan tidak menjauhkan diri bila kita pula memberi teguran...sesungguhnya dalam kehidupan memang kita sering melakukan kesilapan, lalai dan leka...kadang-kadang kita lupa akan sahabat kita...kadang-kadang tanpa kita sedar juga kita telah menyakiti hati mereka..namun moga kita sering berlapang dada dan berfikiran terbuka demi sebuah persahabatan kerana Allah. Bak kata pepatah..'cubit paha kiri, paha kanan jua terasa sakitnya'...kadang-kadang kerana kesibukan kita lupa akan sahabat kita..hanya do'a di dalam diam kita iringkan buat mereka.
Pada Sham dan Fendi moga terus tabah...cemburu melihat ketabahan kalian berdua...cemburu dengan hadiah yang Allah telah sediakan buat anda berdua...syurga buat 2 orang anak-anak yang teramat istimewa....terasa segala masalah yang menimpa diri terlalu amat kecil nilainya....
Pada ahli keluarga tahanan ISA yang masih menunggu janji-janji manis SB dikotakan iaitu suami-suami akan dibebaskan sebelum puasa..hingga kini pula sebelum aidil fitri..moga bertambah ketabahan dan kesabaran kalian...kita juga cemburu kerana setiap detik mereka dizalimi, setiap detik itu diganjari dengan pahala untuk mereka di akhirat kelak.
Namun di dunia ini mereka memerlukan 'ganjaran' yang ada pada kita untuk memudahkan hidup mereka dan menyenangkan diri mereka..
Hulurkanlah sumbangan anda kepada mereka..baca di sini.
Gunakanlah detik-detik terakhir di bulan Ramadan ini untuk kita mengutip pahala berganda yang Allah telah sediakan...kerana mungkin kita tidak akan lagi bertemu Ramadan tahun depan..gunakanlah setiap saat yang ada pada hari-hari terakhir ini untuk mengumpul bekalan sebanyak mungkin.
No comments:
Post a Comment