Kejayaan GMI,kenangan manis, namun harus terus berjuang
Lagi kenangan manis...namun kami harus terus berjuang untuk mereka yang masih belum dibebaskan, Samsudin yang paling lama kini...seangkatan dengan Mat Sah dan Dr Abdullah Daud...beliau jugalah orangnya yang berjasa melakarkan gambar-gambar seksaan SB terhadap tahanan ISA...juga Pakcik Matin yang berusia 61 tahun....sebelum ini anaknya Saodah Matin menderita lantaran suaminya Zaini Zakaria juga ditahan ISA...bila berlaku pembebasan mereka masih tidak bersama kerana jodoh mereka berakhir lantaran KEZALIMAN ISA.....ZALIM!!!!!
Kami dan kita seluruh rakyat Malaysia perlu terus bangun berjuang.....Kerajaan lansung tidak dapat membuktikan dan menujukkan bukti apa kesalahan mereka...memang sah nyata....mereka telah dizalimi...namun hidup berkeluarga mangsa-mangsa ISA terus dimusnahkan oleh kerajaan yang zalim.....

Barisan AJK GMI..bergambar bersama Award yang diterima..Anugerah Civil Society Award.
Kenangan bersama AJK GMI ketika mengadakan retreat di Frasers Hill di tahun 2007. dari kiri YB Lih Kang bekas setiausaha GMI yang ke 3, Hj Azemi, Yap juga bekas Setiausaha GMI yang ke 2, Zainal Adnan, Syed Ibrahim, YB Saari..hujung tak ingat siapa..duduk depan kiri, Kak Jije, Siti Norma isteri bekas tahanan ISA, Asiah, Nalini, setiausaha GMI kini yg ke 5, Ustazah Nuridah, Nashita, Cikgu Laila dan Asma'....antara kenangan manis kami bersama.....
'Bebas tahanan ISA kejayaan GMI' | ||
|
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyifatkan pembebasan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam sebagai kejayaan kempennya menentang akta tersebut, khususnya demonstrasi besar 1 Ogos lalu.
"Tentunya kerajaan tidak akan mengaku tunduk pada tekanan ini tetapi tuntutannya bukan hanya retorik atau beremosi seperti insiden (perhimpunan membawa) kepala lembu," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.
Perhimpunan besar-besar di Kuala Lumpur itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar baginda perkenan campur tangan memansuhkan ISA - bagaimanapun kira-kira 20,000 penentang akta itu dihalang polis.
Mat Sah Mohamad Satray, suami ahli jawatankuasa GMI Norlaila Othman, antara lima yang dibebaskan petang semalam setelah mereka didapati telah pulih dan tidak lagi mengancam keselamatan negara.
Kelima-lima bagaimanapun dikenakan perintah tahanan terhad yang mewajibkan mereka melaporkan kepada polis setiap minggu dan harus memohon kebenaran pihak berkuasa itu untuk keluar dari daerah tahanan.
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Ibrahim berkata pembebasan mereka itu bagaimanapun masih membangkitkan persoalan asas tentang kenapa mereka ditahan dan bukti-bukti kesalahan mereka.
"Jika diperhatikan seimbas lalu, seseorang akan perasan kenyataan menteri (dalam negeri) itu yang sewenang-wenangnya, subjektif dan boleh dipertikaikan," katanya, mengulas alasan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.
Ketika mengumumkan perkara itu, beliau dilaporkan berkata kelima-limanya dibebaskan bagi membolehkan mereka menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.
GMI juga mempersoalkan pembebasan secara memilih-milih yang dibuat oleh kerajaan apabila sembilan lagi tahanan - termasuk Shamsuddin Sulaiman yang ditahan selama lapan tahun.
Mat Sah ditahan sejak April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI), seperti juga tuduhan terhadap Dr Abdullah Daud yang ditahan Januari tahun yang sama.
Sementara tiga lagi yang turut dibebaskan - Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah - ditahan di kem Kamunting mulai Mei 2007.
Walaupun gembira dan mengalu-alukan pembebasan lima tahanan ini, GMI tetap mempertikaikan dua asas akta itu: penahanan itu dibuat secara sewenang-wenangnya dan kuasa sewenang-wenangnya untuk menahan pada menteri dan polis.

1 comment:
balik-balik demonstrasi jalanan..
bosan!!
xde approach lain ker..?
yg sebaik2nyaa, tidak menyusahkan org lain..
Post a Comment