Kenangan hampir 10 tahun lalu bersama Perjuangan Membebaskan Tahanan ISA.
Assalamu'alaikum,
Pagi tadi (6 Jun 2001, 10 tahun lalu), saya bersama-sama Kak Aliza dan Anfal telah menghadirkan diri ke Mahkamah Persekutuan bagi mendengar kes rayuan Habeas Corpus bagi ke 5 orang tahanan ISA termasuk Saari Sungib - No. 5. Kami tiba awal, oleh itu sempat kami menikmati keindahan dan keselesaan ruang bilik mahkamah tersebut. Kalau di Mahkamah Sesyen dulu biliknya sempit dan tak berapa cantik. Tapi bilik di Federal court memang cantik, nyaman, luas dengan berlampukan chandellier. Membuatkan saya rasa benar-benar mengantuk apatah lagi kes tersebut dimulakan dengan hujah bantahan awal dari pendakwaraya(PR) yang diketuai oleh Ghani Patail.
Kes tersebut dimulakan dengan peguam Sulaiman Abdullah yang kemudiannya menyerahkan kepada Ghani Patail kerana terdapat bantahan dari pihak Pendakwaraya. Asas Pendakwaraya membantah rayuan tersebut ialah dengan 2 alasan iaitu bahawa salah seorang tahanan yang disebutkan iaitu Raja Petra telah dibebaskan sebelum tamat tempoh 60 hari.
Hujah Ghani Patail ialah:
"since Raja Petra has been released on the 2nd June 2001, therefore the application of Habeas Corpus over your Lordship has no living issue and purely academic".
Alasan kedua mereka ialah:
"the four detainees are no longer held in police custody which previously they are detained under s (73). But now since they have been sent to Kamunting, the detention is now by the virtue of Menteri Dalam Negeri's power which is under s8(1) of ISA". Here again GP said that the issue is also purely academic and no living issue.
Alhamdulillah kesemua 5 orang Hakim yang ada, nampak 'okay'. Ketua Hakim (Dzaiddin) pun nampaknya tidaklah seperti Hakim Hacks yang asyik against the lawyers and pro pihak pendakwaraya setiap kali Pendakwaraya berhujah. Beliau turut bertanyakan soalan kepada Ghani Patail apabila beliau berhujah. Beliau juga menyentuh tentang penghakiman di mahkamah tinggi Shah Alam tempohari. Malangnya percakapan tidak berapa jelas kerana hakim dan peguam duduk jauh di hadapan.
Mahkamah kemudiannya berhenti rehat pada jam 10.45 pagi bagi pihak Hakim membuat keputusan samada menerima atau tidak bantahan pihak Pendakwaraya. Semasa rehat saya bertanya kepada salah seorang peguam dari pejabat Sivarasa apa pandangan beliau tentang kes tersebut, iaitu Saudari Morgan. Dia berkata bahawa semalam mereka semua bekerja keras sehingga ke pagi bagi persiapan kes ini.
Katanya lagi:
"semasa perbicaraan tersebut saya hanya duduk, tunduk sambil berdoa", sambil menunjukkan tangan cara dia berdo'a. Tambahnya lagi:
"tuhan ada di sini, mendengar, saya tahu tuhan ada di sini." Kemudiannya dia pergi dan berkata: "saya akan terus berdoa."
Mahkamah bersambung semula dengan Ketua Hakim menyampaikan keputusan mereka iaitu untuk menolak bantahan pihak pendakwaraya atas alasan bahwa kes rayuan tersebut "is still alive" and if I am not mistaken dia juga take into account the decision by Hishamuddin Yunus at High Court Shah Alam. Alhamdulillah, penghakiman tersebut benar-benar telah membuka lembaran baru dalam sistem penghakiman negara kita dan membuka sekuas-luasnya pemikiran mereka yang bijaksana.
Peguam Hj. Sulaiman Abdullah menyatakan bahwa penghakiman tersebut juga menunjukkan tanda-tanda yang positif and that the judges are trying to make a new rule sama seperti apa yang dilakukan oleh Hakim Hishamuddin Yunus.
Kalau di perbicaraan Habeas Corpus di hadapan Hakim Hacks dulu, dia mengatakan pada Siva, "adakah anda cuba membuat satu undang-undang yang baru untuk melepas tahanan ISA tersebut", maka jawapannya sekarang is definitely YES.
Selepas keluar dari mahkamah kami sempat bergambar merakamkan kenangan manis dengan berlatar belakangkan Dataran Merdeka yang merakamkan kenangan-kenangan reformasi dan juga Bukit Aman yang menyimpan seribu rahsia. (gambar di atas)
Nota: Sila masukkan ke dalam diari masing-masing tarikh 9,10 dan 11 Julai bagi pendengaran semula rayuan kes HC tersebut.
Nashita Md Noor
Rabu 6 jun 2001.
No comments:
Post a Comment