SAMAN EKOR: ZALIMNYA KERAJAAN UMNO BN NI!!!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu.
laporan malaysiakini
laporan malaysiakini
"Puan, puan nak renew roadtax untuk berapa lama?" tanya pegawai di kaunter Pos ketika saya menghulurkan geran kereta untuk memperbaharui geran kereta yang telah tamat tempuh.
Wah, suka hati saya mendengarnya. Pasti saya dapat memperbaharui cukai jalan kereta yang tamat tempoh pada 21 Mac yang lalu.
Dengan confident dan girangnya saya menjawab : "setahun!"
" Oh, maaf Puan, Puan kena rujuk ke JPJ, tak boleh renew di sini". Ah kegembiraan saya sebentar cuma rupanya.
"Eh kenapa pula tak boleh selalu okay saja." saya bertanya dalam keadaan 'sudah geharu cendana pula' , sudah tahu masih nak tanya juga....
"Selalunya kalau macam ini ada saman yang belum dijelaskan." jelas kerani kaunter dengan sabar dan senyuman dihadiahkan kepada saya.
Pulang ke rumah saya menghubungi Peguam yang mewakili Kempen Anti Saman Ekor (KASE) bagi memohon nasihat kerana saya telah gagal memperbaharui cukai jalan.
Keesokan harinya awal-awal pagi saya bergerak menuju ke JPJ dengan sepenuh harapan. Mencuba nasib sekali lagi. Sama saja nasibnya, saya masih gagal. Kali ini diarah ke kaunter trafik untuk menyemak sekiranya ada saman. Satu salinan yang memaparkan ada 7 saman untuk sebuah lagi kereta yang dimiliki oleh suami dan tiada satu pun saman untuk kereta yang sebuah lagi yang ingin dibaharui cukai jalannya.
Saya tawar hati untuk bertanyakan apa-apa seperti yang dinasihatkan oleh peguam kepada pegawai trafik yang bertugas di kaunter kerana dia nampak bermasam muka dan sibuk melayan pemandu lain yang sudah tentu menerima nasib yang sama seperti saya. Namun dalam masa menunggu saya masih ambil peluang memberi penjelasan tentang saman ekor kepada salah seorang wanita yang menerima nasib seperti saya. Namun dia nampak sudah bersedia dengan kepingan wang RM 50 untuk membayar beberapa saman ekornya.
Di salinan yang saya terima jelas bertulis SEKAT dan Notis POL 170A bermakna saman ekor sejak tahun 20o5 lagi. Lagi mual untuk saya melayannya.
Seperti yang dijanjikan saya menyampaikan perkembangan terkini kepada peguam KASE dan beliau mempelawa saya datang ke Parlimen jika ada kelapangan kerana katanya KASE akan mengadakan sidang akhbar di Parlimen jam 12 tengahari. Apa lagi sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang tersebut.
Sampai di Parlimen saya bertemu dengan beberapa orang teman, wartawan dan juga Ahli Parlimen yang dikenali dan saya dengan sukacita memaklumkan bahawa saya datang sebagai seorang MANGSA SAMAN EKOR. Agak terguris hati saya sedikit dan kecewa apabila ada yang memberikan komen yang sangat negatif kepada saya:
"Alah...apa yang KASE dapat buat?!" kata seorang darinya.
"Eh....tak baiklah cakap macam tu, kan mereka cuba juga tu." saya cuba memberi penjelasan.
Sementara menanti saya dipelawa duduk di hadapan skrin TV besar bersama wartawan media alternatif sebaik terdengar isu saman disebut di dalam ucapan di Dewan Rakyat. Wah berbunga hati saya.
"Yes!! Timbalan Menteri sudah membuat pengumuman di dalam Sidang Parlimen bahawa tiada penyenaraian hitam ke atas sesiapa sahaja yang mendapat notis POL170A." rasanya sayalah orang yang paling gembira pada hari itu. Seolah satu kejayaan yang sungguh besar maknanya buat rakyat bersama KASE.
Gembira tidak terkata, apatah lagi apabila kemudiannya YB Dato' Mahfuz Omar yang juga Pengerusi KASE pula bangun membahas bahawa sekiranya mengikut maklumat dari YB Timbalan Menteri keputusan kabinet dibuat pada mesyuarat bertarikh 18hb Mac Jumaat kenapa pula sehingga ke pagi tersebut (23 Mac) masih ada yang gagal untuk perbaharui cukai jalan. Memang betul, saya telah ke JPJ pada pagi tersebut namun masih gagal.
Pada 25hb Mac Jumaat seminggu selepas keputusan kabinet saya mencuba nasib sekali lagi ke JPJ Wangsa Maju namun kali ini saya lebih bersedia membawa bersama surat yang dibekalkan oleh KASE bersama salinan ucapan dari Timbalan Menteri di Parlimen bertarikh 23 Mac. Namun tetap gagal, tetapi saya berusaha mendapatkan pengesahan dari pegawai JPJ mengatakan saya telah datang namun masih dinafikan hak saya.
Sungguh zalim kerajaan kita ini!!!!!! Duit rakyat juga yang ingin mereka sapu!!!
Akhirnya..untuk kita sebagai rakyat...kita perlu yakin dengan setiap perkara dan isu yang kita perjuangkan...terus laungkan dan lawan..ianya sudah tentu tidak mudah dan cepat namun pasti ada hasilnya walau sedikit cuma....
(ditulis pada 24hb Mac..mengambil masa 5 hari untuk berjaya dipublishkan)
1 comment:
kak link blog den ket sini.tq
Post a Comment