PROTES# Kami masih terus menunggu.
Hari ini 16hb Mac sekali lagi perbicaraan kes PROTES (tangkapan pada 26hb januari 2008) disambung bicara. Mahkamah pada sesi lepas telah terpaksa dibatalkan kerana kami dimaklumkan lebih awal bahawa Tuan Hakim bercuti sakit. Maka kami diberi tarikh baru pada 16 dan 17hb Mac 2011.
Pagi ini dimulakan dengan hujan yang turun dengan sangat lebatnya di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Mahkamah adalah lancar. Bila tiba di mahkamah juga sungguh menyenangkan hati kerana masih terlalu banyak ruang parking yang kosong! Tidak seperti biasa hingga terpaksa meletakkan kenderaan jauh di jalan besar.
Tiba di Mahkamah jam 8.45 pagi...ah, masih awal saya kira maka terlebih dahulu menapakkan kaki turun ke tingkat bawah di basement ke Kafe Mahkamah untuk bersarapan. Terjumpa Aiman dan juga YB Dr Nasir. Selesai sarapan kami menaiki lif untuk menuju ke tingkat 3 untuk kamar Mahkamah Tuan Sakeri.
Alamak cuti lagi Tuan Hakim masih sakit. Maka kami haruslah menapak turun ke tingkat bawah pula.
Tiba di bawah sudah ramai OKT PROTES yang telah ada di sana. Kami semua yang didakwa ada 45 orang dengan seorang dari kami telahpun meninggal dunia.
Di dalam Mahkamah masih santai kerana Majistret untuk kamar Mahkamah tersebut belumpun masuk. Kami menyapa kumpulan Arutchelvam dan Hj Mohd Sabu yang sedang berdiri bersembang.
Hj Mohd Sabu memaklumkan kepada kami bahawa Mahkamah di Kuantan telah menetapkan jumlah wang saman untuk Dr Hatta yang menang kes saman polis yang menangkap mereka secara salah ketika berceramah sebanyak RM200,000! wow! kami teruja mendengarnya. Tetapi Hj Mohd Sabu menambah lagi bahawa sudah tentu pihak Polis akan membuat rayuan seperti biasa.
"Hah!, tunggu nanti saya pun akan saman juga untuk kes saya ditangkap di Tambun. (baca di sini) Itu lagi banyak saya nak saman sebab memang jelas salah. Baik-baiklah dengan saya ya." sempat juga Hj Mohd Sabu berseloroh dengan kami.
Proses perbicaraan di Mahkamah memang membosankan apabila masa yang ditetapkan untuk bermula sesuatu kes tidak ditepati. Perlu pandai mengisi masa dengan sebaiknya selain dari duduk-duduk dan bersembang tentang perkembangan semasa.
Berpeluang duduk bersama ahli Pimpinan PAS Pusat memang beruntung untuk mendapatkan maklumat terkini dan berkongsi pendapat apatah lagi musim pemilihan dan mesyuarat Agong sedang rancak berjalan.
Setiap kali perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah saya akan mempersiapkan di dalam beg saya berbagai bahan-bahan penting untuk mengisi masa lapang samada sebelum Hakim masuk maupun apabila perbicaraan bermula.
Perkara yang wajib ada sudah tentu buku (lebih dari 1), buku catatan, pen dan juga komputer riba mini namun mestilah lengkap dengan broadband. Ada juga yang membeli suratkhabar dan kami bergilir-gilir membacanya.
Adakalanya kami menerima tetamu-tetamu istimewa yang sudi datang memberikan sokongan kepada kami dan menceriakan suasana yang membosankan. Kami bahagia. Alhamdulillah.
Hari ini kami menunggu tidaklah terlalu lama seperti kebiasaan. Hari ini kami menunggu cuma 1 jam setengah sahaja. Itupun hanya sebuah penantian untuk Tuan Majistret keluar, ambil kedatangan OKT, kedatangan peguam dan tetapkan tarikh baru untuk perbicaraan seterusnya.
Ada yang buat soalan " sekiranya OKT tidak hadir akan dikenakan waran tangkap, sekiranya Hakim yang taak hadir bagaimana?" itulah nasib si Timun berbanding si Durian agaknya.
Bila Tuan Majistret masuk ambil kedatangan dan segalanya kami pun diberi tarikh baru yang panjaaaaaannngggg...
Bersabarlah wahai kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment