BERSIH 2.0 TITAH KHAS AGONG: "Laksanakan amanah secara adil dan bijaksana"
KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini. Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut: Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’. Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama(aiiit mana ada sebut pasal huru hara atau perhimpunan HARAM pun. Dan kita juga sudah menegaskan ini adalah perhimpunan aman di mana rakyat mahu berjalan beramai-ramai dengan memohon bantuan polis untuk tunjuk arah dan jaga keamanan. Dari perbicaraan di mahkamah yang berkaitan dengan tangkapan di perhimpunan aman, memang jelas sesuatu perhimpunan aman akan menjadi kecoh dan kacau bilau apabila FRU, polis dan SB mengganas!!!)
1 comment:
Apakah pengharaman himpunan BERSIH 2 ini merupakan satu tindakan terakhir yg boleh manjamin keamanan negara???? atau ada pihak yg terlalu takut kehilangan kuasa dan amat takut dgn kesan yg bakal dihadapi bila kehilangan kuasa mereka. atau ada pihak yg cuban menggunakan alasan keamanan negara utk menutup segala kepincangan dan kekotoran dlm pentadbiran mereka, segala penyelewengan, korupsi, jenayah, maksiat, menjual hak dan tanah org melayu dan berbagai2 dosa yg terhimpun selama 54 tahun memerintah.
Apakah pilihan yg ada kepada rakyat setelah berkali2 tuntutan dibuat supaya kerajaan berlaku adil… apa yg kerajaan lakukan… alasan demi alasan dan berbagai cara dilakukan utk menidakkan tuntutan rakyat. ini jelas. mana2 rakyat pun akan nampak dan dapat rasakan kejahatan dan penipuan oleh pemerintah ini, hanya maruah dan keimanan yg teguh yg dapat membuat seseorang itu untuk merasa sensitif dan bertanggungjawab utk mengambil tindakan kerana mereka sedar akan perbicaraan dan hisab yg bakal dihadapi di Mahkamah Allah Rabbul Jalil bila mati nanti…
Apakah mereka yg telah melakukan kerosakan dan pengkhianatan selama 54 tahun terhadap hak rakyat negara ini terutama hak2 orang melayu dan Agama Islam sanggup utk menghadapi undang2 jika kuasa mereka tumbang. Akan ada bekas2 pemimpin yg akan mati dipenjara dunia ini. Apakah mereka sanggup.
Jadi mau tak mau merekalah pihak yg beria2 akan mempertahankan kuasa mereka hatta dgn menggadai nyawa sekalipun.. ini lah orang2 yg mempunyai motif dan kepentingan peribadi yg akan menggunakan apa cara sekali pun utk kekal berkuasa. dan merekalah yg pailing takut dgn kebangkitan rakyat…
Jadi natijahnya apakah berbaloi untuk kita bersubahat secaga sedar atau tidak bgn dosa2 yg dikumpul selama 54 tahun oleh pemimpin2 durjana ini. Dan apakah kita sanggup dgn kuasa yg sedikit yg diberikan oleh Allah kepada kita utk kita berdiam diri dan melepaskan tanggungjawab ini kpd org lain... bahkan kitalah yg membawa sinar harapan utk generasi baru yg akan mewarisi negara ini. apakah kita sanggup membiarkan kerosakan dan kehancuran ini diteruskan oleh pemerintah2 yg zalim dan dungu ini.
Post a Comment