Dr Lo' Lo...kami akan terus merinduimu....
Membaca di Minda Tajdid tulisan Dr Asri Zainal Abidin tentang 'Dr Lo' Lo Sekadar yang saya kenali' membuatkan saya juga ingin meninggalkan sedikit kenangan di dalam blog ini tentang Dr Lo' Lo.
Membaca tulisan Dr Asri membuatkan air mata mahu terus mengalir. Pedih terasa menghiris hati kehilangan seorang saudara, pasti terlalu amat ramai yang menangisi pemergiannya. Ternyata beliau seorang wanita yang sangat disenangi semua dan mudah mesra maka begitu ramai yang hadir menziarahi jenazahnya dan mengiring ke tanah perkuburan.
Catatan 'Dr Lo' Lo sekadar yang saya kenali' sewajarnya diambil pengajaran oleh semua kita tentang sifat mulia yang ada pada Dr Lo' Lo...terus menerus memberi nasihat dan peringatan secara terus terang dan ikhlas.
Kali terakhir bertemunya ialah pada tarikh 18hb June 2011 ketika beliau terlantar uzur di katil HUKM. Syukur berpeluang menziarahinya setelah terbaca di twitter Dr Asri yang sedang juga menziarahi Allahyarhamah. Setelah bertanya kepada Pembantu Peribadinya Asri Yazid apakah boleh kami menziarahinya dengan segera sms dihantar kepada Dr Lo' Lo. Setelah Dr Lo' Lo menjawab membenarkan kami ziarah dengan segera kami bergegas ke sana.
Soalan pertama yang keluar dari mulutnya di sebalik tabir ialah "Mana anak-anak, mana Asiah?" Ya kami sering bawa anak-anak ke mana-mana program dan aktiviti termasuk perhimpunan aman. Tapi kali ini setelah menghadiri sidang media kami berdua sahaja ke sana.
Saya menceritakan pada Dr Lo' Lo bicara saya dan Asiah ketika kami sedang berjalan ke HUKM.
"Ummi, siapa yang alih Dr Lo' Lo, ummi?" tanya Asiah.
"Anak-anak dialah Asiah."
"Bukan alih tu ummi. Dr Lo' Lo kan ada jawatan di Parlimen kan."
"Ooooo....aih tu ke...adalah pakcik makcik dan kawan-kawan yang tolong Dr Lo' Lo."
Komen Dr Lo' Lo.."tengok tu budak kecik macam tu pun masih ingat lagi tentang perjuangan." Asiah berumur 10 tahun dan bersama perjuangan di jalanraya dan di mana saja sejak dari dalam perut umminya lagi.
Seronok dan puas bersembang pelbagai isu dan isu terkini tentang ketika itu tentang Himpunan BERSIH2.0. Kami terlupa yang Allahyarhamah sedang uzur sangat ketika itu kerana beliau terus melayan kami bersembang.
Dr Lo' Lo berpesan kami dalam nada lembut dan perlahan: "Kali ini you all berdua jaga baik-baik, jangan kena tangkap lagi, kesian."
Saya dapat rasa perasaannya yang ikhlas di sebalih pesanan itu. Tentu beliau mengikuti kesah kami yang perlu berulang alik ke Kuala Kangsar untuk satu kes Perhimpunan Aman di sana. Ia amat mendera kami sekeluarga sebenarnya.
Saat gambar ini diambil awal bulan Mei di Stadium Malawati Shah Alam di program Palestine. Saya berpeluang mengajar Dr Lo' Lo membuka akaun twitter dan memilih nama Docmarjan untuk akaun tersebut. Sejak dari itu beliau adalah pengguna twitter yang aktif menyampaikan maklumat dan pesanan.
Di akhir pertemuan kami di HUKM tempuhari, saya memeluknya yang terlantar, mencium pipi kiri mencium pipi kanannya dan bersalaman dan mencium tangannya. Itulah pertemuan terakhir kami.
Kami akan merindui mu....Gambar-gambar ketika bersama di dalam perhimpunan aman ketika Perak dilanda krisis perlembagaan hingga membawa kepada sebuah rampasan kuasa....
3 comments:
saya juga akan terus merindui Dr. Lo'lo'..... dia pemimpin... mentor & ibu kpd saya dlm perjuangan..... sekarang sudah tiada lagi leteran dan nasihat2 drpd ibu saya nie.... tapi semuanya akan disematkan di dalam hati sbg pedoman hidup insyaallah... Moga Allah merahmati ruhnya.... Moga ibu tenang di sana.....
ziarah dan follow
Allahuakbar kak nash. mengalir air mata sy baca klu ada cacatan yg ada kaitan dgn Dr Lo'Lo'
Post a Comment