BERSIH2.0:Tahanan Ordinan Darurat, kita BERJAYA!!!!
(ini adalah satu kejayaan besar kerana sebelum ini tahanan tidak akan dibenarkan dibawa ke mahkamah untuk kes akta ISA dan tahanan tanpa bicara. Namun kami akan terus mengingati 4 teman seperjuangan yang lain dan ramai lagi yang ditangkap dan dipenjarakan lantaran keangkuhan, kedegilan polis, KDN, pemerintah, BN, UMNO dan lain-lain)
Mereka 30 orang ahli PSM Parti Sosialis Malaysia telah ditahan ketika mereka semua berada di dalam sebuah bas di dalam aktiviti roadshow menyedarkan rakyat tentang perlunya Kerajaan yang zalim ini "Udahla, Bersaralah".
Program itu juga berkaitan dengan Perhimpunan #BERSIH2.0.
Mereka semua telah ditangkap, ditahan reman selama 7 hari di Pulau Pinang. Pada Sabtu lepas Saraswathy dan Sukumaran antara 6 orang dari mereka yang kemudiannya telah dibawa ke Bukit Aman dan ditahan di bawah Ordinan Darurat yang seangkatan zalimnya seperti ISA. boleh ditahan selama 60 hari dan ditambah dua tahun lagi!
Sejak mereka dibawa ke Bukit Aman, pelbagai usaha dijalankan oleh peguam, keluarga dan penyokong untuk membolehkan perjumpaan dengan tahanan dibenarkan namun semuanya gagal.
Sukumaran dan Saraswathy juga adalah OKT bagi kes tangkapan Perhimpunan Protes Harga Minyak dan Barangan (PROTES) yang perbicaraan sedang berlansung. 5 & 6 Julai adalah tarikh sambung bicara dan sebagai OKT mereka mesti berada di mahkamah kecuali dengan rela hati mereka untuk tidak datang.
Maka semalam 5hb Julai, pihak peguambela telah membentangkan permohonan dan penghujahan agar mereka berdua dibawa ke Mahkamah.
Pihak pendakwaan telah membantah dengan mengatakan bahawa "Hak polis untuk melindungi keselamatan awam kerana mereka ditahan bersabit dengan jenayah dan ini juga akan menghalang polis menjalankan siasatan."
Namun Hakim akhirnya bersetuju dan mengeluarkan arahan "Order to Produce" dan mereka berdua mesti dibawa untuk menghadiri perbicaraan pada hari ini 6hb Julai 2.30pm.
Kami menanti kehadiran mereka dengan penuh sabar.
(menurut Saras, mereka telah di'blindfold'kan dan tidak tahu di mana mereka ditahan)
Akhirnya mereka berdua muncul juga. Di celah-celah pintu kelihatan wajah Saraswathy tersenyum. Kami semua bangun dan meluru ke arah mereka berdua. Saras kelihatan sungguh kehilangan berat badan.
Air mata berguguran di pipinya. Kami berpelukan erat dan menangis bersama. Namun kata-kata sokongan kami berikan kepada mereka.
Peguam Edmund Bon mengambil peluang bertanya dan mengumpul maklumat untuk proses Habeas Corpus. Perjumpaan di Bukit Aman sebanyak 3 kali GAGAL!.
"No, No...jadi, kita teruskan...untuk rakyat, untuk anda semua, we will fight!!!"
Ini adalah kejayaan besar kita....
3 comments:
menitis air mata melihat kawan2 diuji sebegini rupa.. tabahlah kawan.. semoga Allah membalas jasa2 kalian....
sham
HAHAHA...ada lagi orang bodo macam gini kan? korang ni patut duduk dekat negara-negara yang mana takde keamanan. huru hara sana sini. baru korang tau apa erti bersyukur.
semoga Allah S.W.T memberi petunjuk serta hidayah buat kamu semua. mudah-mudahan.
Inilah rearliti hidup dalam perjuangan, kesyukuran kena pada tempatnya terutama kepada Pencipta kita Allah. Tuhan maha Besar, kesyukuran bukan kepd mahluk, Wallahualllam. Syukran Umi article yang manthop
Post a Comment