KUASA DI TANGAN RAKYAT
“Mana-mana orang yang merekrut
atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke
perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh
didenda sehingga RM20,000.” Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.
Berat hukumannya, gerun
mendengarnya. Tujuannya tiada yang lain selain satu yang terlintas di hati.
Menakutkan orang ramai untuk turun berdemonstrasi, tunjuk perasaan membantah
kezaliman. Tidak mahu menunjukkan bahawa ramai yang berani turun berdemonstrasi
menunjukkan rasa tidak puas hati, malah berani membawa anak-anak bersama bagi
membuktikan bahawa perhimpunan yang bakal diikuti itu ialah sebuah perhimpunan
aman.
“Itulah, lain kali jangan bawa anak. Kenapa bawa anak kecil ni!”
Terjerit-jerit seorang lelaki di belakang memarahi kerana saya membawa bersama
anak bongsu, Asiah yang ketika itu berumur 7 tahun di tahun 2009. Saya lansung
tidak memaling kepala untuk melihat siapakah lelaki itu yang terjerit-jerit
memarahi saya.
Keadaan kecoh ketika itu dengan
orang ramai berkejaran berlari menyelamatkan diri. Ramai yang terbatuk-batuk
dan tersedak sambil terjerit-jerit dalam suasana yang kelam kabut akibat
tembakan peluru gas pemedih mata bertubi-tubi kearah orang ramai yang berhimpun
di perkarangan Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar, 6 Februari 2009.
Sambil berjalan, terbatuk-batuk
dan ketakutan kerana terasa tidak dapat bernafas akibat bau gas pemedih mata
yang perit, menyempitkan ruang pernafasan, mata pedih berasap, fikiran jadi
tidak menentu dan hilang kawalan diri, serasa seperti putus nafas.
Saya
membimbing tangan Asiah berjalan menuju kearah Masjid. Asiah juga menjerit
menangis dan terbatuk-batuk. Sangat cemas. Lelaki tadi masih memarahi saya. Dalam kelam kabut itu saya juga
menjerit dan hanya menjawab,
“Ini anak
saya dan hak saya untuk membawa dia. Saya jaga dia.”
Saya membawa Asiah ke
Masjid dan ada lelaki lain yang menyambutnya dan membawa dia ke tempat yang
selamat.
(Di dalam perhimpunan ini yang
berlaku dalam krisis rampasan kuasa Perak, suami saya telah ditangkap dan
dipenjarakan selama 4 hari 3 malam di Lokap Polis Kuala Kangsar. Anak-anak kami
tidak gentar dan berasa malu atau takut dengan pengalaman ini. Hingga kini
beliau dan 12 yang lain masih dibicarakan di peringkat pembelaan)
Sifat tolong menolong dalam
menjaga keselamatan di antara satu dengan yang lainnya di antara para peserta
perhimpunan aman adalah di tahap yang terbaik terutamanya terhadap wanita,
anak-anak termasuk warga emas.
Keadaan perhimpunan yang bermula
sebaik selesai solat Jumaat adalah aman dengan orang ramai turun berjalan
dengan teratur. Keadaan menjadi kecoh dan tidak terkawal apabila pihak Polis,
SB dan FRU mula merusuh dan menembak gas pemedih mata.
Kalau difikirkan mungkin serik
dan takut untuk turun ke mana-mana perhimpunan aman kerana ianya tidak lagi
aman apabila mereka yang sewajibnya menjaga keselamatan mula mengganggu
keselamatan dan keamanan awam.
Ini bukan kali pertama saya
menyertai perhimpunan aman, malah turut
membawa anak-anak bersama di setiap perhimpunan aman yang kami pergi. Bermula 20
September 1998. Ketika itu saya sarat mengandungkan anak yang ke 3, 7 bulan.
Turut serta berjalan dari Masjid negara menuju ke Dataran Merdeka menunjuk
perasaan membantah kezaliman yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika
itu. Sejak itu saya tidak pernah berpaling lagi dan hilang rasa gentar apabila
berdepan dengan apa-apa isu kezaliman.
5 November 2000, Himpunan 100,
000 rakyat dengan tema “Kembalikan Hak Rakyat” membantah kezaliman pemimpin
kerajaan ke atas rakyat. Ketika itu saya sekali lagi mengandungkan anak yang
bongsu 7 bulan dan mengendung anak ke 3 yang berumur 18 bulan. Saya tidak mahu
ketinggalan walau suami menghalang
kerana risaukan keselamatan isteri dan anak-anaknya kerana beliau tidak dapat bersama
saya kerana bertugas sebagai salah seorang Jawatankuasa Penganjur. Saya tidak
menghiraukan nasihatnya dan berkeras mahu bersama.
Perhimpunan berakhir di sepanjang
lebuhraya KESAS apabila polis menyekat semua jalan masuk ke lokasi perhimpunan
di Jalan Kebun. Sungguh bersejarah dan saya bangga kerana berada di dalam
lipatan sejarah itu. Melangkah ‘divider’ jalan dalam keadaan sarat mengandung. Bila
keadaan nampak tidak terkawal dan polis mula tunjukkan tanda-tanda mahu
bertindak, orang ramai menyelamatkan saya dahulu. Seorang pemuda mendukung anak
saya yang kecil dan mengiringi ke kereta. Sekali lagi divider jalan dipanjat
untuk pulang ke kereta yang diletakkan di tepi lebuhraya KESAS.
Saya juga
melihat seorang ibu muda bersama suaminya mengendung bayi yang saya kira baru
berusia dalam 2 atau 3 bulan. Mengapa mereka berani melainkan kerana mereka
yakin semua yang hadir adalah peserta dan bukannya perusuh.
Suasana ini sungguh mengharukan
hati dan meyakinkan bahawa sesebuah perhimpunan adalah aman dan mereka yang
turun berhimpun dengan seikhlas hati kerana mengikuti sebuah perjuangan yang
murni atas dasar benci kepada kezaliman dan mahu tunjukkan dengan jelas akan
perasaan itu kepada mereka yang zalim. Peserta akan sentiasa menjaga keamanan
dan menjaga keselamatan di antara satu dengan yang lainnya. Maka perasaan gusar dan takut
perlulah dibuang jauh-jauh walau ianya tetap akan timbul dalam hati.
Tidak dapat
dinafikan perasaan takut dan gusar itu tetap akan hadir kerana kita tidak
pernah dapat menjangka tindakan Polis, SB dan FRU demi untuk membuktikan bahawa
perhimpunan itu adalah ganas dan peserta adalah perusuh.
Perhimpunan Aman adalah juga satu
ruang pertemuan rakyat secara besar-besaran, pertemuan keluarga yang besar,
maka hingga hari ini saya masih membawa anak-anak bersama agar mereka lihat
sendiri keberanian dan kebangkitan rakyat yang tidak mahu terus terusan
‘dibuli’ oleh pemimpin negara sendiri yang tidak menghayati slogan mereka
“Rakyat didahulukan” sebaliknya rakyat hanya didahulukan dalam hal-hal kesusahan.
Anak-anak juga tidak pernah mahu
ketinggalan turut serta dan mereka juga tidak pernah merasa gentar walau pernah
melihat kezaliman pihak polis di depan mata sendiri dan pernah melalui
saat-saat yang mencemaskan bahkan anak yang kedua yang ketika itu berusia 13
tahun pernah ditangkap bersama saya dan dipenjarakan sehari semalam ketika
mengikuti Perhimpunan Aman membantah Akta Zalim ISA pada 1 hb Ogos 2009. Ini
juga tidak membuatnya rasa gentar dan terus mahu bersama seolah menjadi anak
yang menjaga keselamatan ibunya.
Kita harus terus berani, tanamkan
semangat juang dalam diri anak-anak agar mereka tidak mudah ditindas. Perjuangan
perlu diteruskan, keberanian harus ditanam dalam diri. Kezaliman perlu
ditentang dan tidak boleh berdiam diri dengan kezaliman. Perjuangan hari ini
bukan untuk generasi kita sebagai ibu bapa namun ini adalah perjuangan bagi
menjamin masa depan anak cucu kita agar tidak tergadai dek kerakusan
pemerintah. Saya percaya dengan prinsip Kuasa di tangan Rakyat!
LAWAN TETAP LAWAN
LAWAN SAMPAI MENANG
3 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
saya IBU WINDA posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai ibu rumah tangga gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259 ATAU KLIK SITUS KAMI PESUGIHAN TAMPA TUMBAL tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
Post a Comment