Wednesday, 3 September 2008

Bulan Berkat untuk Orang yang Beriman dan beramal

Dah masuk hari ke 3 berpuasa Alhamdulillah...banyak blog menceritakan pengalaman berpuasa masing-masing. Satu bulan yang dinantikan oleh orang yang beriman. Berpeluang beribadat dengan ganjaran berlipat kali ganda bagi setiap amalan.
Alhamdulillah..memandangkan ibadat berpuasa ini diwajibkan keatas semua umat Islam, kita semua berpuasa tanpa rasa keluh kesah..even anak-anak yang kecil turut berpuasa, cuma ibu-ibu dan bapa-bapa kena menahan sabar melayan kerenah anak-anak yang baru belajar berpuasa ini.
Dalam keluarga kami juga, Asiah anak yang paling bongsu dah berumur 7 tahun, juga baru belajar berpuasa sehari penuh, bermula dari hari pertama. Tapi jenuhlah memujuk dan menjawab setiap kali ditanya berapa lama lagi nak berbuka puasa. Yang menambahkan simpati ialah kerana dia masih lagi ada habit menghisap jari...itu yang susah sikit..tetapi selalunya dia ingat sendiri, bila selesai berbuka terus jari dimasukkan ke dalam mulut.
Moga anak-anak kita akan kekal beriman dan beramal sehingga mereka dewasa.....
Semalam saya menghantar anak saya yang sulong, Anas, pulang ke asramanya di Jeram. Saya bertolak jam 3 petang. Sebelum pergi awal-awal lagi saya dah siapkan memasak makanan untuk berbuka jadi dapatlah saya bekalkan Anas dengan masakan kegemaran dia..air tangan ummi..kari ayam.
Dalam perjalanan di jalan Kepong, ada sebuah kereta yang memotong kenderaan saya dengan bahaya, memang geram juga. Kemudian saya terlihat pemandunya membuang abu rokok sambil memandu.
Terus saya katakan kepada Anas.."Okay, Ummi nak potong kereta depan ni, Anas tengok tau driver tu Melayu/Islam ke tak"..
Terus saya memecut, memotong dan slow kereta bersebelahan kereta Gen2 Hitam...Anas.."Macam melayu lah ummi"
Saya pun toleh sama..kebetulan pemandu tu pun memandang saya sambil mulutnya memang tengah mengunyah sesuatu dan ditangannya masih ada sepuntung rokok...selamba saja...menyirap betul darah saya. Geram...lansung tak menghormati bulan puasa, apatah lagi tidak taat perintah Allah dan tidak takut akan azab Allah. Apa susah sangat ke nak berpuasa.
Bila dia perasan yang saya memerhatikannya terus dia memecut laju, sambil membuat satu lagi kesalahan, membaling puntung rokok di atas jalan raya. Memang menyirap lagi darah saya...gerrraammm....tapi kena sabar...
Saya terfikir sekiranya dia seorang Islam dan mempunyai anak dan isteri, bagaimana agaknya dia hendak mendidik anaknya?...Sudah tentu semasa kecilnya ibu dan ayahnya telah mendidiknya dengan segala ajaran yang baik. Tak mungkin ada ibu atau ayah yang mendidik anak-anak untuk membesar menjadi hamba yang mengengkari perintah Allah. Perkara ini menyebabkan saya rasa insaf dan berdo'a agar anak-anak kita akan terus menjadi seorang Hamba Allah yang beriman.
Setiap kali Ramadan tiba juga saya akan memerhatikan kedai-kedai mamak mana yang buka dan kedai mana yang tutup. Memandangkan tahun ini saya menyambut Ramadan di kawasan yang baru, maka boleh la saya membuat satu senarai yang baru juga. Memang kebanyakan kedai mamak tetap beroperasi seperti biasa walaupun di dalam bulan puasa. Pembuat roti canai tetap sibuk menebar roti canai kepada pelanggan. Jadi saya kira untuk kita, selepas habis Bulan Ramadan ni, bolehla membuat pilihan yang tepat mengikut selera Islam yang sebenar kedai mamak mana yang nak kita kunjungi. Alhamdulillah, kedai mamak di hadapan rumah saya ni 'Restoran Taqwa' nampaknya tak beropersasi seperti biasa di awal siang hari. Saya belum survey lagi pukul berapa dia buka semula.
Sesudah menghantar Anas, saya berfikir-fikir jalan mana yang perlu saya pilih, samada nak ikut highway atau jalan dalam/belakang..ikut jalan Ijok dan Sungai Buloh. Saya memilih untuk mengambil jalan dalam atas dua sebab. Pertamanya untuk mengelakkan diri saya dari terlelap, ini kerana setiap kali saya menghantar Anas melalui NKVE, saya pasti akan terlentok-lentok mengantuk. Keduanya sebab saya akan melalui pekan Paya Jaras dan Pekan Sungai Buloh. Di kedua-dua tempat tu pasti ada bazar Ramadan. Namun Alhamdulillah, ketika saya melalui 2 pekan tu memang ada pasar Ramadan, namun saya berjaya melawan hawa nafsu saya dengan terus memandu pulang kerana di rumah telah tersedia hidangan yang lengkap di atas meja hasil masakan saya sendiri untuk kami sekeluarga berbuka puasa. Puas rasa hati melihat semua orang makan dengan berseleranya.
Di dalam perjalanan pulang, setelah melepasi exit Bandar Sri Damansara dan memasuki Kepong, hati saya selagi berasa insaf dan juga berasa beruntung, kerana saya tidak perlu melalui kesesakan jalanraya yang begitu teruk sekali setiap hari. Simpati juga, kerana masa pulang awal dari kerja untuk berbuka dirumah terpaksa dihabiskan dalam kesesakan jalanraya. Sepanjang perjalanan dari Bandar Sri Damansara penuh dengan kereta sehinggalah saya tiba ke Batu Caves. Dan masih banyak lagi kenderaan yang mencurah-curah datang dari arah Batu Caves...bayangkanlah sekiranya takuk tangki minyak anda dah hampir merah...Pasti ramai juga yang terpaksa berbuka puasa di dalam kereta lantaran tersangkut dalam traffic jam.
Alhamdulillah...moga kita semua dapat melalui Ramadan tahun ini dengan lebih baik lagi...
Nota: Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, saya telah meletakkan diri saya menjadi anak yang bakal menduduki ujian UPSR kerana anak kedua saya berada di Tahun 6. Selama 2 hari penuh tersebut saya bersama2 beberapa orang ibu bapa yang lain bersama anak-anak tahun 6 mengikuti program didik..bagaimana nak menjawab soalan. Alhamdulillah..berbaloi juga sebab walaupun dah masuk universiti dan umur pun dah 40 lebih, banyak juga perkara yang kita baru tahu. Satu contohnya ialah ejaan baru bagi Ramadan dan reda..sudah tidak ada H lagi...dan pandai pulak cikgu tu buat contoh, katanya yang masih guna H didalam ejaannya ialah "Hadhari' saja.....

Friday, 29 August 2008

AND THE WINNER IS.......?????....

THE CIVIL SOCIETY AWARD 2007
DEFENDING CIVIL RIGHTS. OPENING UP DEMOCRATIC SPACE

ALHAMDULILLAH!!!!....ALLAH HU AKBAR!!!


We won...yesss...GMI Gerakan Mansuhkan ISA di acknowledge untuk menerima anugerah tersebut...yang pertama kalinya...well...sudah tentu berita ini tidak keluar di mana-mana news..except mungkin di berita alternatif...

Saya tidak dapat bersama di majlis tersebut semalam kerana kurang sihat..saya kongsikan pengalaman sahabat saya yang telah menghadirinya...sayang tak ada la gambar yang dapat dikongsi..tunggu jika ada sahabat yang sempat ambil gambar...

............................................................................................................................................................

Catatan dari Pn Norlaila Othman-AJK GMI juga isteri tahanan ISA-6Tahun

Malam tadi di KL Selangor Chinese Assembly Hall, menyaksikan GMI dipilih sebagai organisasi penerima pertama anugerah tersebut.Alhamdulillah....

Saya hadir bersama Kak Jije, Tuan Syed Ibrahim dan AJK lain dari DEMA, Bar Council dan SUARAM.Nashita tak hadir kerana kurang sihat.Hanya smsnya saja yang mengiringi pemergian kami.

Tak sangka menang kerana saingannya hebat2- termasuk SUARAM yang dapat consolation prize!!!

GMI ni unik sikit kerana dianggotai pelbagai kaum di Malaysia.Saingan terdekat ialah JK Semakan Cukai Tanah Negeri Kedah dan Persatuan Kampung Sg Terentang, Rawang - yang mengalahkan GMI dalam pencalonan anugerah yang hampir sama anjuran SUARAM, tahun lepas.(Saya rasa Pengerusi GMI boleh explain further on this)

Pak Abu(YB Saari Sungib) selalu sebut, di Malaysia ni tak ada badan hak asasi yang khusus untuk membela hak orang Islam. Bila kena ISA, sering terpaksa rujuk SUARAM, yang sangat terkenal diserata dunia tu.(Betul kata P.Abu tu, kerana saya sedang melalui fasa tersebut, namun syukur ada GMI untuk meluahkan segala rasa duka)

Pengalaman GMI bersama SUARAM memang sangat mahal dan berguna.Tak mustahil, satu hari nanti,segala pengalaman itu cukup untuk memulakan Malaysian Islamic Human Right Group pula....

Semua ni hanyalah Lillahi taala.

Civil Society's Datukship Goes To....?

Saya copy n paste article di bawah dari http://chinhuatw.wordpress.com/2008/08/22/civil-societys-datukship-goes-to-next-thursday-aug-28-klscah/ untuk anda lebih memahami tentang award 'Civil Society's Datukship'......


Civil Society’s Datukship Goes to ……?

Until sometime ago, Datukship was a joke for many Malaysians - and I believe still is for many others.

The reason? Mismatch. Many datukships go to those who don’t deserve them, and many who deserve them have never been considered.

Things change after March 8. Will the control of five states in the federal opposition’s hand, you now see some datukship at least going to long-serving opposition politicians. And there are now even competition to confer the title on distinguished Malaysians like sport personalities. So Chung Wei will get his from Penang. And Kit Siang from Selangor.

Hei, wait a minute, what about other deserving Malaysians who are not politicians or are not wooed by politicians, let alone going after politicians for good causes?

I am talking about recognition coming from civil society to outstanding citizens. We have had the human rights awards of Suaram and the Chinese Education Awards from LLG Cultural Foundation. Added on to that list is now the Civil Society Award from the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

For Chinese activists only? Of course not. KLSCAH is perhaps more Malaysian than many organizations that carry the word Malaysian in their names. It is open to all qualifying Malaysian individuals and groups. The selection will also be done by a multi-ethnic, multi-sectoral panel: Ser Choon Ing (KLSCAH), Maria Chin (Empower), Yeo Yang Poh (Ex-president, Bar), P Ramakrishnan (Aliran), Ragunath Kesavan (Bar), Dr Toh Kin Woon (Ex-Exco, Penang) and Hishamuddin Rais the writer-artist-activist.

Who - which three individuals or organizations - will be conferred the first Civil Right Award this year? Witness yourself this coming Thursday (August 28) at KLSCAH.

One more reason to go: you will get to listen to Lee Ban Chen and Haris Ibrahim on their views on civil society and ethnic politics in Malaysia.

Thursday, 28 August 2008

Sumpah Yang Benar-Membela Nasib Rakyat dan Negara

Akhirnya hari ini Anwar selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Saya tersenyum membaca tajuk entry di Blog Hishammuddin Rais..."Akhirnya Anwar Bersumpah Juga"...hhmm...kan sebelum ni sepanjang tempuh berkempen di P044, sebaik sahaja Si Saiful bersumpah laknat ke atas dirinya di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15hb Ogos 2008, semua pemimpin BN khususnya UMNO sebuk menyuruh Anwar bersumpah. Walaupun ramai ulamak mengatakan Anwar tak perlu bersumpah..tidak wajib bersumpah...tapi tidak...mereka masih ego dan hilang akal tetap menyuruh Anwar bersumpah..

DS Anwar Ibrahim melalui semua detik-detik terutamanya sepanjang tempuh kempen dengan tenang dan tersenyum sentiasa walaupun dihamburkan dengan pelbagai tuduhan.

Hari ini 28 Ogos 2008 pada jam 10.05am, DSAI akhirnya selamat Bersumpah...menjadi ahli Parlimen yang sah. Tidak tahulah samada puas hati atau bertambah sakit hati orang-orang yang berdengki dengannya dengan sumpah terkini DSAI....

Sudah tentu semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan mendapat kekuatan yang baru dengan naiknya DSAI sebagai Ketua Pembangkang yang baru. Moga Pakatan Rakyat terus kuat untuk membela nasib rakyat.

Kami semua menanti hari-hari yang lebih cerah menerangi seluruh bumi Malaysia. Penantian juga tertumpu kepada kedatangan hari esok apabila Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan Bajet 2009. DSAI akan duduk berhadapan dengannya..seperti kata DSAI dalam ceramahnya.."saya akan kenyit-kenyit mata pada Pak Lah"...Moga Bajet 2009 memang benar berhemah untuk keselesaan rakyat keseluruhannya.

Namun saya juga menanti dengan penuh debaran dan tanda-tanya apa lagi yang tindakan yang difikirkan oleh kerajaan dan pemerintah untuk menghentikan kebangkitan rakyat dengan kemenangan kuasa rakyat khususnya di Permatang Pauh.

Wednesday, 27 August 2008

MENJANA KEMENANGAN RAKYAT-HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

Segala kesyukuran kita panjatkan kepada Allah yang Maha Berkuasa yang telah memberikan kemenangan kepada perjuangan rakyat. Bukan hanya satu perjuang untuk menaikkan seorang individu sahaja...tetapi ianya sebuah perjuangan rakyat!!!.


Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim dilucutkan dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2 hb September 1998...seluruh negara bagai dilanda satu trauma yang amat hebat. Saya sendiri masih terasa betapa suasana ketika itu begitu muram dan 'terdiam' seketika...begitu juga suasananya terasa apabila Barisan Alternatif kalah dengan teruknya pada pilihanraya umum 2004.
Namun pada tarikh 2hb September 1998, rakyat bingkas bangun menentang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku ketika itu. Ketika itu juga barulah majority rakyat Malaysia termasuk saya sendiri mula memahami erti sebuah kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah. 10 tahun yang lepas, umur saya 32 tahun dan baru mempunyai 2 orang anak..seorang lagi sedang dikendong di dalam perut. Ketika itu saya juga turut serta bersama ramai lagi rakyat Malaysia menentang pemerintah yang tidak adil dan zalim. Berdemonstrasi di jalanan dengan hati yang penuh sedar dan bukan ikut-ikut semata.

Ketika itu ramai yang mula ditangkap, dibelasah dan dipenjarakan. Ketika itu juga ISA mula bermaharaja lela semula. Semuanya angkara pemimpin yang takut dengan kebangkitan rakyat. Ketika itu juga baru saya sedar dan tahu tentang kewujudan ISA dan kenapa ianya zalim dan perlu dihapuskan, iaitu apabila orang yang dikenali dengan baik turut ditangkap dan dizalimi di bawah akta ISA hanya kerana menyatakan dan membongkarka kebenaran.

Alhamdulillah, hingga kini perjuangan itu masih berterusan, walaupun sudah ada beberapa orang yang kembali ke 'lubuk' asal mereka.

Alhamdulillah DSAI menang dengan majority yang besar dalam PRK P044 semalam. Dengan izin Allah jua.

Semoga DSAI dapat buktikan dan kotakan apa yang dikata. Rakyat menanti dengan penuh harapan agar 'kemerdekaan' yang sebenar tercapai. Rakyat Merdeka dan dibebaskan dari segala belenggu penindasan dan kezaliman.

Rakyat juga tidak akan mendiamkan diri sekiranya DSAI bertindak sebaliknya dan mengenepikan harapan rakyat, kerana sesuatu perjuangan untuk menegakkan keadilan dan syariat Islam bukanlah kerana seseorang individu semata.

Saya masih dan akan terus berpegang dengan kata-kata ustaz ini........Beliau seorang Mudir di sebuah Sekolah Agama. Dalam ucapannya di ceramah kempen Pilihanraya di Ladang Boon Siew pada 17hb Ogos....beliau menyebutkan lebih kurang menyentuh tentang individu Anwar ini agak unik kerana telah dipilih Allah untuk melalui suatu kezaliman yang besar yang menimpa ke atas dirinya..relate to peristiwa 1998..dilucutkan dari jawatan, ditangkap dan diseksa dgn begitu teruk, dibiarkan merengkuk dalam penjara bertahun2 lamanya, dihina dengan begitu teruk sekali, dengan dibogelkan di khalayak ramai, dilemparkan dengan tuduhan liwat sebanyak 2 kali dan macam2 lagi...Orang yang dizalimi ke tahap ini sudah tentu tidak akan tergamak menzalimi orang lain, terutama rakyat di bawah pimpinannya. Tetapi sekiranya dia juga menzalimi orang lain, maka dia lah orang yang paling zalim sekali!!!!.
Maka sekiranya ianya terjadi rakyat akan bangun menentang kezaliman sekali lagi. Namun kita sebagai rakyat akan terus berdo'a untuk kesejahteraan pemimpin yang adil, akan menegur bila mereka lupa dan apabila mereka membuat kesilapan.
Moga Malaysia akan terus diberkati Allah dengan adanya rakyat yang terus berjuang di jalanNya.

Tuesday, 26 August 2008

Minit-minit Terakhir

Hari ini adalah hari yang penuh debaran bagi semua yang concern dan peka dengan politik di Malaysia. Ramai yang memperkatakan bahawa, Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah penentu politik Malaysia. Ianya bukanlah pertandingan di antara Anwar Ibrahim dan Ariff Shah semata. Ianya adalah pertandingan kalah menang perjuangan rakyat yang cintakan keadilan dengan sebuah parti yang sudah lama memerintah di Malaysia.

Bagi mereka yang menyokong Pakatan Rakyat, mereka iaitu saya sendiri merasakan rakyat telah dizalimi dengan agenda politik kerajaan yang tidak ada rasa belas ehsan kepada rakyat.

Siapa kata kerajaan yang memerintah tidak gentar dengan pertandingan ini...lihat sahaja harga minyak terpaksa diturunkan juga menjelang beberapa hari sebelum tarikh pilihanraya kecil P044. Walaupun hanya sekadar RM0.15 sahaja, tetapi sudah cukup menjadi 'gula-gula' kepada rakyat...Apa tidaknya..kata-kata DSAI.."Jika hari ini kita memerintah, ESOK harga minyak akan diturunkan"....and see...belum sampai tarikh PRK P044...kerajaan terpaksa menurunkan harga minyak walaupun janji asalnya ialah pada 1 September 08.

Kita tunggu dengan penuh debaran dan tanda-tanya dengan perancangan Allah yang Maha Berkuasa..Manusia merancang, tetapi Allah yang menentukan...KALAH ATAU MENANG...jika kalah kita tetap terus berjuang, namun kita berdo'a, bertawakkal setelah kita berusaha....

Untuk mengisi masa yang terluang pada petang ini saya isikan lagi laman blog ini dengan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berada di Permatang Pauh, untuk kenangan semua.


Ini cameraman saya..pembantu kepada senior cameraman iaitu suami saya yang juga bertindak sebagai pengiring dan pemandu. Pagi tadi saya baru menghantarnya pulang ke asrama di Jeram, Kuala Selangor. Anak-anak saya diberi cuti ehsan oleh ibubapanya pada hari Isnin.





Ini gambar DS Najib yang sempat diambil ketika beliau berada di pasar, ketika itu saya dan suami juga sedang bersarapan. Saya mengekori rombongan DS Najib yang dikawal ketat oleh pengiringnya..Mungkin saya agak bias, tetapi memang boleh dikira dgn jari di sebelah tangan orang awam yang bangun utk bersalam dgnnya. Malah ada yg disuruh bangun oleh pengiring Najib utk bangun bersalam dgnnya. Saya terserempak dgn wartawan Merdeka Review, Hong Siang. Dia menyuruh saya menyerahkan lencana 'Malaysia Bebas Dari ISA' yang saya pakai kepada Najib...tapi tak kesampaian kerana sukar menembusi pengadang Najib.


Ini ketika kami turut mengiringi Tan Sri Khalid Menteri Besar Selangor berjalan dari rumah ke rumah bertemu pengundi setempat. Tan Sri Khalid nampaknya benar-benar komited membantu kempen di Permatang Pauh. Beberap orang exco dan ADUN dari Selangor turut serta. Mereka yang sempat saya berjumpa ialah YB Rodziah, YB Haniza Talha dan YB Gan.

Gambar ini kami rakamkan ketika kami ronda-ronda sekitar Seberang Jaya. Kerajaan BN ada banyak 'gula-gula' sebab mereka punya banyak wang rakyat dalam kantong mereka. Beginilah untungnya nasib rakyat yang melalui Pilihanraya Kecil khususnya. Semua surau dan masjid di Permatang Pauh juga dapat peruntukan RM1.4M!..."orang bagi duit kita ambil, tapi bila pangkah?????....jawab sendiri"

Semasa kami berjalan masuk ke dalam Chinese Restoran ni, kakak ni menceritakan kepada kami dengan didengar juga oleh YB DAP, bahawa ada kes kawan-kawannya yang telah diambil IC mereka oleh pihak-pihak tertentu. Ketika kami singgah di sebuah kedai untuk menempah plet kereta yg baru, penjaga kedai tersebut mengatakan kepada kami " susah lo Anwar nak menang sebab ramai orang dah kena ambil IC dan diberi duit pada mereka"...

Gambar dibawah dan petikan di bawah saya ambil dari laman Anil Netto http://anilnetto.com/




The Last Ceramah: Close to 60,000 people turned up for the big one. This was the scene at around 9.45pm on a wet night. Now you know why I turned back!

0020: Huge traffic jams after the ceramah ends. The revised estimate for the size of the crowd is between 50,000 and 60,000, according to my source at the scene. Ceramah speakers have warned people to be on the lookout for any Umno/BN/other people dressed in PKR attire who could be out to create havoc in the morning.
Sebenarnya sepanjang perjalanan balik semalam, hati saya meronta-ronta untuk balik dan berada di Permatang Pauh, tetapi apakan daya, suami saya perlu menghadiri mesyuarat di Johor Bahru pada hari ini, begitu juga esok suami perlu pula ke Gemas. Jadi kami menanti-nanti khabar dari Permatang Pauh...lihat sendiri kesebukan dan kesesakan di sana di waktu2 akhir..

Hari Penentuan-Kalah Menang Dalam Agenda MeMerdekakan Rakyat-Kami Turut di Sana

Hari ini 26-08-08, bakal mencatat satu sejarah dalam politik Malaysia. Pilihanraya Kecil P044-Parlimen Permatang Pauh. Di antara Dato' Ariff Shah dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Untuk calon AKIM, boleh saja kita ketepikan sahaja.
Kami baru selesai trip kami yang kedua ke Permatang Pauh. Bertolak ke sana jam 6ptg Jumaat dan pulang semula ke Kuala Lumpur Jam 3.00 ptg Isnin. Kami drive relax-relax sahaja kerana hati masih tersangkut di Permatang Pauh. Kami tiba di rumah jam 10.30 malam.

Hari ini sudah tentu Kawasan Permatang Pauh begitu sebuk dan meriah sekali. Semoga tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Saya kongsikan gambar-gambar di sekitar aktiviti kempen di Permatang Pauh khususnya di Seberang Jaya

NEGARA RAKYAT......Ini pemandangan di Jalan Bharu, di hadapan Markas Jalan Bharu. Kami melapor diri di sini untuk keluar berjumpa pengundi Apartment di Pauh Jaya....

Pemandangan di hadapan Medan Selera dan Pasar di Seberang Jaya. Jalan di sepanjang jalan ini amat sebuk di waktu pagi dengan aktiviti merayu undi, leafleting dan sesi pemimpin bertemu rakyat. Di waktu ini Dato' Seri Najib telah datang, diikuti dengan kedatang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Ariff Shah.Dato' Arif Shah ditemubual oleh wartawan. Saya pun menyebuk kat depan tu, nak dengar apa isu yang menjadi tumpuan pemberita pada hari tersebut.
DSAI pula tiba bertemu orang ramai di pasar tersebutDiikuti dengan ketibaan Kak Wan pula...melambai pada orang ramai yang berdiri di hadapan pasarKakak yang berkaca mata hitam ni dari Wanita BN juga hadir mengedarkan leaflet mereka. Isu yang dibawa oleh mereka masih berkisar tentang sumpahan Saiful dalam isu liwat. Begitu juga berekanaan DSAI yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya. Kebetulan saya juga mendengar ceramah DSAI pada malam tersebut di Taman Tun Hussein Onn...jadi dapatlah saya menilai sendiri tentang apa yang ditulis di leaflet tersebut.Saya, Kak Robiah dan Munzir...sedang menanti tugasan yang seterusnya di Markaz...ini sesi selepas zuhur...lambat pulak mereka ni..jenuh kami menunggu...perbualan waktu ni...Munzir tak percaya HP Mak Ciknya ni pun ada 3G la.....boleh la check mel dan browse internet...he...he...Dah lama menunggu kami mengambil keputusan untuk ke tempat lain pulak...Ini pula lori yang turut berkempen...Menarik.."Katakan Tak Nak....." Creative hasil usaha dan dana sendiri sudah tentu.

Ini adalah pemadangan tempat ceramah yg dihadiri oleh DSAI di Taman Tun Hussein Onn. Puas kami melilau dengan drive di merata tempat mencari Taman Tun Hussein Onn ini. Rupanya ianya hanyalah di sebelah taman tempat kami tumpang berehat. Di mana-mana saja tempat ceramah memang penuh dgn orang ramai, tapi kemungkinan lebih ramai yang bukan merupakan pengundi setempat.Ini pemandangan kempen merayu undi di hadapan Pasar pada pagi Ahad. Oleh kerana sudah ramai di sini, saya pun tidak mahu menambahkan lagi kesesakan yang tak sewajarnya untuk tempat ini, lebih banyak tempat lain yang perlu dikunjungi. Maka saya telah bersama-sama mengajak dan mengikuti pemuda-pemuda dari DAP untuk berjalan bertemu pengundi di kawasan taman perumahan di sebelah dan di sekeliling pasar. Alhamdulillah, berbaloi juga usaha kami. Pemuda DAP ini turut membawa dan mengibarkan bendera PAS, DAP, PKR dan bendera Malaysia sepanjang perjalanan.Letih juga...berehat sebentar sambil menanti teman yang lain keluar dari kedai-kedai. Turut bersama kami ialah seorang YB dari DAP dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang...

Selesai kerja sesi pagi kami berehat sambil duduk berbincang bersama dengan Zahir Hassan, Tn Syed Ibrahim Syed Noh yang mengetuai team Timbalan Pengerusi MAFREL (Malaysia For Free and Fair Election) dan teman yang lain..sambil mengisi perut buat kali kedua pada pagi tersebut.Sebelah malamnya kami bersama jemaah yang lain menuju ke Masjid PERDA di Bandar PERDA. Kami tiba awal jam 6.30 petang. Saya mengambil peluang untuk mandi dan menyegarkan badan. Ramai sekali yang hadir. Selesai solat perut terasa amat lapar...sempat juga saya menelofon dan bersms dengan seorang kakak..Kak CikMilah teman blogger yang tinggal berdekatan. Memang tujuan saya nak minta tolong bawa saya keluar cari makan...Alhamdulillah dia juga tinggal berdekatan dan sedang berada di dalam kereta di luar kawasan masjid..Alhamdulillah, rezeki dapat berjumpa teman.

Ustaz Badulamin mengimamkan solat Maghrib dan membaca do'a yang amat berani..memang beliau terkenal dengan kata-kata yang amat berani sekali. Di dalam do'anya dia mengatakan "laknat Allah keatas Saiful Bukhari Azlan"...dan laknat Allah ke atas beberapa nama individu pemimpin yang lain...Ya Allah...meremang bulu roma dibuatnya. Di belakang Ustaz Badrul ialah Ustaz Ramlang yang telah membuat pengakuan berani pada malam tersebut tentang konspirasi yang meletakkannya di tempat Saiful Bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15hb Ogos yang lepas.
Tuan Guru Nik Aziz sepatutnya mengimamkan solat Hajat, tapi beliau tiba agak lewat dan sempat menyampaikan ucapan dan membaca do'a. Beliau masih kurang sihat.Pemandangan di luar kawasan Masjid. Dipenuhi dengan ribuan manusia. Saya juga terlihat penyanyi Yassin di hadapan Masjid. Saya ada mendengar khabar yang dia juga turut sama berkempen. Dalam ceramah Ustaz Badrul juga menyebutkan yang Yassin turut berceramah berkempen di pentas politik kerana turut sama muak dengan perkembangan politik semasa yang amat kotor. Begitu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan. Isterinya juga turut duduk di atas pentas ketika suaminya berceramah dan berforum.
Pemandangan di dalam Masjid PERDADSAI turut memberi ceramah ringkas pada malam tersebut sambil menantikan kedatangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 turut berucap.