Thursday, 27 August 2009

KES 'OPS BUBAR DUN PERAK' ORANG BN berbaju kuning YANG BUAT KACAU???

(gambar2 di sini diambil oleh abah asiah)

Sesi Perbicaraan Kes OKT Kuala Kangsar pada Hari ke 3, 19hb Ogos 2009. Soalan balas oleh Peguambela Augustine Anthony (AA) terhadap saksi yang ke empat, Koperal Nordin (KN), jurugambar polis. Sebelumnya Timbalan Pendakwaraya telah menyoal Koperal Nordin berhubung gambar2 yang telah diambilnya, semua soalan menjurus kepada pengecaman kepada OKT.

AA: Semalam Encik telah dipanggil untuk memberi keterangan berpandukan kepada gambar-gambar. Encik bertugas mengikut arahan.

Soalan saya: Pernah ambil gambar di dalam kes kematian atau pembunuhan?

KN: Ada Yang Arif.

AA: Soalan ini mesti dijawab dengan teliti. Bila Encik ambil gambar dalam kes kematian adakah Encik dipanggil untuk memberi keterangan sebab-sebab kematian?.

K.N: Tidak pernah.

AA: Setuju dengan saya semalam bila disoal oleh Timbalan Pendakwaraya anda diminta untuk memberi keterangan atau pandangan mengenai sesuatu gambar, bila ditunjuk gambar-gambar?

K.N: Tak faham.

AA: (Ulang soalan di atas)

K.N: Setuju Yang Arif

AA: Setuju dengan saya dalam kes kematian tidak perlu memberi pandangan tetapi di dalam kes ini perlu beri pandangan.

K.N: Setuju

AA: Setuju dengan saya adalah luarbiasa dulu tidak ada pandangan. Sekarang ada.

K.N: Setuju Yang Arif.

AA: (dengan nada yang sinis dan gelihatiJ) Luar biasa ya jawapannya.

AA: Apa maksud RUSUHAN, apa yang anda faham.

K.N: Orang ramai membuat huru hara.(lebih kurang yang penulis dapat dengari)

AA: Setuju dengan saya, bila ada huru hara mesti ada keganasan?.

K.N: Setuju.

AA: Kalau tiada keganasan boleh kita anggap ada huru hara?

(tidak dapat dengar jawapannya atau memang tiada jawapan)

AA: Selain ambil gambar static ada ambil gambar video?

KN: Tidak ada.

AA: Jadi tugas anda hanya ambil gambar static?

KN: Benar.

AA: Sila beri keterangan kamera jenis digital atau conventional.

KN: Conventional NIKON EOS

AA: Lensa berapa mm?

KN: 35mm

AA: Lensa multipurpose, jadi boleh ambil gambar dekat dan jauh.

KN: Betul Yang Arif.

AA: Kalau 35mm, kalau nak focus pada seseorang berapa jauh?

KN: 35mm

AA: Betul ke ni…kalau tak pasti jawab tak pasti.

KN: Tak pasti.

AA: Tapi anda jadi jurugambar selama 11 tahun!!

KN: Betul

AA: Lihat (exhibit) P11, gambar 1 dan 2. Refresh memory pada keterangan anda semalam. Apa keterangan yang diberi mengenai gambar 1 dan 2.

KN: Tak pasti.

AA: Setuju keterangan semalam pun encik dah lupa sebab tak pasti.

KN: Setuju.

AA: (Peristiwa) 6 hb Februari boleh ingat tetapi keterangan semalam dah lupa. Susah nak beri keterangan peristiwa yang berlaku 6 bulan lepas.

KN: Tak setuju.

AA: Tak setuju peristiwa 6 bulan lepas tak boleh lupa tapi peristiwa semalam boleh lupa?.

KN: Semalam beri keterangan mengikut gambar.

AA: Apa keterangan yang diberi semalam mengenai gambar 1 dan 2, kelihatan orang-orang merusuh, setuju atau tidak?

KN: Setuju Yang Arif.

AA: Sekarang tengok pokok tu (sambil merujuk pada gambar pokok dalam gambar 1 dan 2), pokok apa, kelapa/palm?

KN: Pokok Pinang.

AA: Goyang atau tidak?

KN: Tak pasti.

AA: Nampak tiang lampu, so Nampak tiang lampu? Goyang atau tidak….sebab semalam encik kata orang merusuh!

KN: Tidak.

AA: So, saya nak Tanya sekarang adakah dari gambar ini, bolehkah encik pasti, ada huru-hara, keganasan atau tidak?

KN: Tak pasti.

AA: Apa pandangan encik tentang orang-orang di situ (merujuk kepada gambar)?

KN: Berkumpul.

AA: Setuju dengan saya, berkumpul dan merusuh tidak sama. Setuju atau tidak?

KN: SETUJU

AA: So menerusi gambar, orang-orang berkumpul sahaja.

KN: Setuju.

AA: So, mengakulah keterangan semalam tidak benar.

KN: Tak setuju.

AA: Setuju atau tidak.

KN: Benar Yang Arif.

(Untuk soalan-soalan yang seterusnya peguambela cuba membuktikan dengan merujuk kepada seseorang dan beberapa individu lain yang kelihatan berpakaian warna yang sama-kuning dan bertindak luarbiasa. Lain dari yang lain. Berbeza dengan tindakan dan situasi orang awam yang lain. Imej mereka muncul di dalam beberapa keeping gambar-gambar yang diambil oleh jurukamera polis. Besar kemungkinan mereka ini ‘ditanam’ untuk membuat kecoh, maka mereka telag bertindak ganas. Sedangkan jurukamera polis yang bertugas mengikut arahan untuk mengambil gambar orang-orang yang ‘agresif’ telah merakamkan gambar-gambar individu yang berpakaian kuning ini. Namun tidak ada seorang pun dari mereka yang akhirnya ditangkap.)

AA: Lihat gambar 3 dan 4. Ada lihat seseorang yang memakai baju kuning.

KN: Nampak.

AA: Adakah dia ada di gambar no 4?

KN: Ada.

AA: Ada di no 3, 4, 5? Di belakang kereta, adakah orang yang sama, dengan bentuk badan, baju dan seluar, adakah orang yang sama?

KN: Sama Yang Arif.

AA: Lihat di no 6. Ada juga.

KN: Benar Yang Arif.

AA: Gambar no 7 ada?

KN: Ada.

AA: No 8, tangan sahaja ada, mirip pun taka pa, ada?

KN: Ada.

AA: P12 gambar no 2. Ada dia di situ?

KN: Ada.

AA: Bagaimana cara dia. Dengan dada terkeluar seperti nak gaduh, betul? (sambil menggayakan seseorang dengan mengeluarkan dada ke depan).

KN: Betul.

AA: Gambar no 3. Tangan dia ada sikit2…saya kenal.

KN: Ada.

AA: rujuk P 12 gambar 11, ada orang itu di depan kereta seolah-olah sedang menahan kereta itu? Setuju dengan saya?

KN: Ada Yang Arif.

AA: P13 gambar 6. Ada dia di situ.

KN: Ada.

AA: Saya tak cadang dia samseng, ada botol di tangan dia.

KN: Tak pasti.

AA: Tapi saya cadangkan macam samseng. No 7?

KN: Ada.

AA: Apa yang dia pegang.

KN: Botol minuman.

AA: Selain dari dia sesiapa di situ yang ada botol minuman?

KN: Tiada.

AA: Gambar 6 selain dari dia ada sesiapa yang memegang botol?

KN: Tiada.

AA: Gambar 8, apa yang dia buat disitu? Nak humban?

KN: Menghalang kenderaan.

AA: Gambar 9

KN: Sama yang Arif

AA: Apa yang dia buat, gambar 8, menghalang, no 9?

KN: Memegang kenderaan.

AA: Ini kenderaan siapa?

KN: Kenderaan PDRM

AA: Gambar 10? Seolah dia memaki pemandu?

KN: Tak pasti.

AA: Tak pasti??

KN: Menolak kenderaan.

AA: Adakah lain orang yang menolak kenderaan?

KN: Tiada.

AA: Seorang sahaja?

KN: Benar.

AA: Sekarang lihat pada 13 orang yang ada di sini (sambil menunjukkan kearah 13 orang OKT yang berada di dalam kandang tertuduh). Ada atau tidak mereka di sana (merujuk di dalam gambar yang ada lelaki yang berbaju kuning dan beraksi ganas). Tengok betul-betul!

KN: Tak ada.

AA: Setuju dengan saya encik dah ambil banyak gambar dalam keadaaan-keadaan tertentu, setuju?

KN: Setuju.

AA: Setuju dengan saya bahawa, sebab, ada lebih dari 10 gambar beliau, maka dia adalah juga focus kepada Koperal?

KN: Setuju Yang Arif.

AA: Setuju dengan saya bahawa orang itu seolah mencetuskan huru hara?

KN: Setuju Yang Arif.

AA: Ada sebarang gambar yang diambil oleh Koperal menunjukkan tangkapan terhadap orang itu?

KN: Tak ada.

AA: Adakah anda tahu kenapa dia tidak ditangkap dan tidak dihadapkan ke Mahkamah sebagai seorang pencetus huru hara?

AA: Saya cadangkan sebab dia seorang BN!! (I want that to be recorded Puan, I will bring the proof for this)

KN: Tak pasti.

AA: Setuju atau tidak? Jadi anda setuju atau tidak atau tak pasti cakap tak pasti.

KN: Tak pasti.

AA: Rujuk pada gambar di P13 gambar no 1. Orang yang pakai baju lengan pendek, seluar hitam. Boleh saya katakan dia adalah focus awak seolah dia sedang posing untuk awak. Setuju?

KN: Setuju.

AA: Dalam gambar no 2 dia masih ada cuba posing untuk awak.

KN: Ada.

AA: No 3?

KN: Ada.

AA: No 2, no 3, apa perbezaan di muka dia?

KN: No 2 tenang, no 3, gerak.

AA: No 4?

KN: Ada.

AA: No 5?

KN: Ada sikit.

AA: No 5 pun ada. No 18 ada seolah dikepung oleh orang lain.

KN: Ada.

AA: No 19 ada? No 20, 21, 22, 25. Apa yang berlaku dalam gambar-gambar tersebut? Seolah mengambil perhatian jurugambar dan wartawan.

AA: No 31?

KN: Ada.

AA: Tengok gambar 28, dia hilang sekejap dari focus anda. Tiba-tiba dia hilang, setuju?

KN: Ya.

AA: Dalam gambar 31 dia muncul kembali. Lihat no 32, seolah-olah dia buat apa?

KN: Bercakap.

AA: Ini bukan bercakap, seolah menangis. No 33, tengok dia buat apa? Seperti HULK..(sambil melakonkan watak Incredible Hulk)

KN: Betul.

Hakim mencelah…”Macamana saya nak record ni?”

AA: Maksudnya, tangan seolah-olah nak gaduh, cepat sebab tu tak boleh focus.

…….

AA: Saya telah merujuk banyak gambar di P13, ada anggota polis lain sekitar itu ?

KN: Ada

AA: Ada tangkapan dibuat terhadap dia?

KN: Tidak ada.

AA: Lihat gambar 27, dia betul-betul macam marah, sebab saya boleh Nampak muscle dia dalam gambar.

KN: Betul Yang Arif.

AA: Ada tak selain dari dia yang lain Nampak macam geram macam dia? Cuma dia seorang yang buat hal. Setuju dengan saya bahawa dia juga adalah focus awak pada hari itu?

KN: Setuju

AA: Setuju dengan saya focus awak sebab dia juga seolah aggressive, bukan aggressive seolah-olah aggressive.

KN: Setuju

AA: Adakah dia salah seorang OKT pada hari ini?

KN: Tidak.

AA: Tahu tak sebabnya?

KN: Tidak tahu.

AA: Setuju dengan saya kamera yang awak gunakan punya program masa hingga saat kalau nak?

KN: Setuju

AA: Setuju atau tidak, tidak diprogramkan kunci itu?

KN: Setuju

AA: Nak Tanya secara terperinci, adakah anda tahu dengan tepat hingga ke saat setiap gambar yang diambil? Sekarang jika deprogram dengan masa, kita tahu dengan tepat kejadian pada waktu itu?

KN: Setuju.

AA: Saya cadangkan anda tidak pasti pukul berapa gambar itu diambil?

KN: Setuju.

…………………………………………………………………………………………………..

No comments: