Friday 4 September 2009

Memang Tak Adil..Memang ZALIM

Memang tak adil, memang zalim..memang kaki penipu dan putar belit.

Kami menjadi mangsa kezaliman hasil dari tangkapan terpilih pihak berkuasa. Perhimpunan aman yang diadakan oleh Pakatan Rakyat dan NGO dikatakan perhimpunan haram..mereka..orang BN buat semua pun tak apa, baca di sini semua pun okay...ada saja alasan yang cuba dimenasabahkan..

Semalam kami di GMI berfikir-fikir dalam membuat keputusan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan ISA7, bekas pelajar universiti yang didapati bersalah kerana menyertai 'perhimpunan haram' menentang akta Zalim ISA pada tahun 2001. Sejak dari itu mereka sudah diberhentikan pelajaran mereka, mereka terpaksa mengharungi perit getir selama lebih 8 tahun sebelum akhirnya pada tahun ini mereka didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,900.00. Baca di sini.
Justify Full
Saya amat memahami penderitaan dan kesusahan mereka.

Ramai lagi ahli Pakatan Rakyat dan rakyat yang bencikan kezaliman dan cuba tunjukkan kebencian mereka dengan menyertai perhimpunan aman kini perlu melalui dugaan yang sama. Turun naik mahkamah sehingga saat hukuman dijatuhkan yang entah bila datangnya.

Contohnya hari ini kes 29 orang yang telah ditangkap pada Himpunan Mansuh pada 1 Ogos lepas telah disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dakwaan awal kepada semua ialah kesalahan menyertai perhimpunan Haram dan bagi saya, Aiman dan Norlaila, kami punya tuduhan tambahan sebagai tidak membawa pengenalan diri.

Pagi tadi di hadapan Hakim, pihak Pendakwaraya telah tiba-tiba mengemukakan 2 tuduhan alternatif kepada sebahagian dari 29 orang OKT yang hadir. Mungkin mereka terasa mereka telah melakukan kesilapan besar, kerana 13 orang yang diberi tuduhan alternatif itu telah ditangkap pada jam 3.50 pagi hari Sabtu...sedangkan perhimpunan aman yang dirancangkan hanya bermula pada jam 2 petang.

Maka tuduhan alternatif yang diberikan kepada mereka ialah..(memang sangat kelakar)..."bahawa kamu telah memberikan bantuan berbentuk T-shirt yang berwarna merah yang bertulisamn putih UNIT AMAL dan topi kepada sebuah pertubuhan haram GAGASAN MEMANSUHKAN ISA'....ishh..entah apa-apa tah si pendakwaraya ni bersekongkol dengan polis yang menangkap.

Tuduhan alternatif kedua mereka pula ialah "bahawa kamu cuba menyertai satu perhimpunan haram"...ha...jangan main-main...cuba pun tak boleh...

"Adakah kamu mengaku bersalah?"

"Tidak!!"....semua mereka yang masih muda belia dan datang dari jauh mengaku tidak bersalah tanpa ada sebarang paksaan atau tunjuk ajar...memang power mereka...berani menempuh cabaran termasuk remaja bawah umur 16 tahun...anak Pondok Pak Teh di Perak.

Maka Hakim akhirnya meletakkan tarikh 13hb November ini untuk sebutan kes lagi, kerana peguambela memohon agar kes 'tuduhan tidak memiliki kad pengenalan diri" untuk kami bertiga dipohon untuk didengar bersekali dengan pertuduhan menyertai perhimpunan haram.

Peguam memohon agar kesemua OKT tidak perlu hadir pada 13hb November memandangkan ianya hanya sebutan kes. Hakim yang baik hati membenarkan permohonan tersebut...memang amat bertimbang rasa untuk mereka yang perlu datang dari jauh.

Kemudiannya kami semua turun pula ke tingkat dua untuk memasuki mahkamah majistret 10 bagi sebutan kes saya, Aiman dan Norlaila. Pendakwaan awal kami pada 3 Ogos yang lalu dibuat di sana di hadapan Majistret yang comel dan muda belia.

Suka saya catatkan di sini bahawa pada hari kejadian bukannya kami tidak membawa IC kami, ianya ada pada kami. Bila polis yang tidak beruniform minta kami memang tidak menyerahkan, kami tanyakan untuk apa, jika hanya untuk beri maklumat diri, kami boleh sebutkan. Namun polis tersebut terus kata :"ok, kalau tak nak bagi kami akan dakwa sebagai tak ada IC"...dan kami dihukum dengan dikurung dalam truck polis berjam-jam.

Untuk sahabat kami yang dua orang lagi Kak Yati dan Kak Salmah, mereka telah menyerahkan IC mereka kepada polis bila diminta pada hari kejadian..dan..ironinya ialah hingga hari ini POLIS GAGAL SERAHKAN kembali IC mereka atau boleh dikatakan polis telah mencuri IC mereka dan dihilangkan. Kesian Kak Yati, dia akan ke Mekah pada 6hb ini..terpaksalah bersusah payah mencari IC. Apa punya kes polis ni...Begitu juga untuk 26 orang yang lainnya mereka juga terpksa bersusah payah untuk mendapatkan kembali IC mereka. Maka pada hari perbicaraan kes IC kami kami akan lawan dan tentang habis-habisan!!!!.

Di kamar mahkamah Peguam memohon agar kes kami dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 5 dan didengar bersekali dengan kes yang lainnya. Pn Majistret bersetuju. Peguam meneruskan dengan memohon agar kami bertiga tidak perlu hadir untuk sebutan kes pada 13 November seperti yang dibenarkan oleh Hakim sebelumya. Namun jawapan Pn Majistret ialah:

"Saya arahkan mereka bertiga hadir untuk sebutan kes pada 13 November"

Tidak mengapalah Puan Majistret...Pn Majistret membuatkan saya mengingatkan kembali akan peristiwa pada 3 hb Ogos dahulu di mana kami nyaris-nyaris dipenjarakan semalam lagi..kemungkinan besar di Penjara Kajang...kerana banduan yang duduk bersama kami di lokap sementara di Jalan Duta mengatakan kepada kami bahawa mereka terpaksa lewat di hantar pulang ke Penjara Kajang kerana menantikan kami. Alhamdulillah dengan ketangkasan dan kepantasan semua peguam kami pada hari itu telah menyelamatkan kami dari disumbat ke Penjara Kajang.

Memang tak adil...memang zalim....Tumbangkan pemimpin dan kerajaan yang tidak adil dan zalim!!!!

7 hb hingga 9hb September sekali lagi kami perlu ke mahkamah yang sama di hadapan Hakim yang sama untuk kes tangkapan PROTES 2008-OPS PADAM3

2 comments:

Mohd Hafizan Mazuki said...

mana boleh amik i/c ORG KAK...kejammmmmmmmmmmmm, polis mmg kejam nak menyusahkan org..Allah akan balas suatu hari nnt

ummu asiah said...

matjang,

polis ni kadang2 terlalu mengikut arahan sampai tak boleh berfikir sendiri mana yang baik atau mana yang betul. Kita juga perlu tahu hak kita dan pertahankan hak kita selagi terdaya.

Memang menyusahkan orang betul.