Monday 22 November 2010

"Larangan Ketawa" or "I will throw you out of court!!!"

"Thousands hv shed tears due to teargas, sweated, shed blood for the struggle," ini kata-kata DS Anwar Ibrahim yang saya petik dari laman tweeter YB Elizabeth Wong ketika ucapan DS Anwar Ibrahim di Dewan MBSA pada 19 November lepas...bertujuan mungkin untuk menaikkan semangat dan penerusan semangat perjuangan.

Kalau diterjemahkan mungkin berbunyi seperti di bawah:

"Ribuan yang telah mengalirkan airmata lantaran tembakan gas pemedih mata, bermandi peluh bahkan ada yang darah merah mengalir dari tubuh mereka untuk perjuangan ini".

Kalau direnungkan bila dibaca ayat di atas sudah pasti mengaitkan diri kita dengan perjuangan menyatakan kebencian kita pada kezaliman di atas jalan raya, Demonstrasi, Perhimpunan Aman. Ya , di mana lagi bukan?

Kata-kata itu bila dibaca seolah tidak memberikan apa-apa makna lagi pada diri saya. Kerana apa pun saya tidak tahu, tetapi yang jelas, kiranya ada lagi panggilan untuk turut sama turun ke jalanraya bagi menyatakan kebencian pada kezaliman dan menuntut keadilan, InsyaAllah saya tetap akan turun.

Hari ini 22hb November hingga 24hb November, saya bersama 38 orang yang lain perlu terus berjuang di dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Jalan Duta untuk kes tangkapan di Perhimpunan Aman Mansuh ISA pada 1hb Ogos 2009.

Dan untuk kes ini kami mendapat Hakim yang sungguh nampaknya sangat "dot dot dot" tak berani nak tulis apa...tapi dek kerana kami telah tertawa secara perlahan dan tersenyum dan dek kerana Hakim telah nampak aksi kami...kami telah dapat amaran keras!!!.

YB Nurul Izzah telah datang memberi sokongan dan duduk di belakang kerusi kami, dia juga terseyum dan tertawa perlahan dengan gaya sahaja.

Tiba-tiba:

"You...yang pakai tudung pink sila keluar dari mahkamah" jerit Puan Hakim.

"Apa alasan Puan menghalau saya?" tanya Nurul Izzah.

"Awak telah ketawa tadi" jawab Puan Hakim.

"Kenapa bukan polis yang memberikan amaran awal kepada saya?" tanya Izzah lagi memohon penjelasan.

"Dalam mahkamah ini terpulang kepada saya yang memberikan amaran". jawab Puan Hakim tegas. Tiada kompromi dan tiada sebarang amaran lansung.

Nurul Izzah bingkas keluar, kami tetap bersalaman dengannya sebelum melepaskan beliau pergi.

Rupanya Puan Hakim tidak berhenti di situ.

"Cik Norlaila!" jerit Puan Hakim lagi.

Puan Norlaila bingkas bangun tanpa tahu apa sebabnya. Saya sudah tahu pasti ada yang tak kena dan sama dengan nasib Izzah mungkin.

"Cik Norlaila, sila bangun dan duduk di meja hadapan". Beliau diarahkan untuk bangun dan dudu di kerusi dan meja yang diperuntukkan oleh para media...terkedu kami semuanya.

Rupanya ianya tetap tidak berhenti di sana. Ada lagi darinya.

"Puan Azizah" jerit Puan Hakim lagi memanggil peguam yang mewakili kami, iaitu saya, Aiman, Norlaila dan Kak Salmah.

"Puan tolong nasehatkan anak guam Puan yang lain, Raj Muni, Salmah dan Nashita. kalau tidak saya akan THROW THEM OUT OF COURT as well".

Episod ini juga mengingatkan saat kami dihadapkan di hadapan Majistret di penjara Bukit Jalil di mana Majistret mengatakan kepada peguam Latheefa Koya "wah..your client seemed to be happy and enjoyed themselves in jail" hanya kerana kami tersenyum melihat gelagat sahabat OKT yang lain yang gembira setelah dibebaskan.

huuuuuiiiiiisssshhhh....pedih...geram...umpama bilah pisau dan keris yang menyiat-nyiat hati-hati kami....

Inilah perjuangan......

2 comments:

Anonymous said...

salam puan,
walaupun ini baru kali kedua saya membaca blog puan, banyak sungguh pelajaran yang saya dapat daripadanya. saya juga berasal dari gombak namun tidak secekal puan sekeluarga memperjuangkan reformasi di jalanraya. sesungguhnya benar seperti firmanNya, bahawa manusia akan menerima cabaran yang sesuai dengan kemampuannya. saya juga merasakan kesedihan puan apabila makna 'perjuangan' kini semakin terurai dari ikatannya. titipan senario hakim wanita kes perbicaraan puan dan pejuang2 lain sebenarnya santai tapi cukup terkesan. ia bagai tetingkap ke dalam watak dan institusi mahkamah kita; wacana mencari keadilan bagi fikiran dan jatidiri; tentang hubungan antara kuasa dan hak dan kewajipan; dan pada saya moment beginilah yang kebal, yang mampu menginsafkan 'pejuang2', bukan pidato berapi2 atau laungan2 klise.
ya, tiba2 saya teringat lagu seorang penyanyi indonesia, 'cobalah untuk setia' judulnya.

ummu asiah said...

Terima Kasih saudara/i yang menulis komen ini.

Maaf baru terbaca.

Sekali terima kasih di atas sedikit ulasan dari penghayatan bacaan kisah dlm blog ini.

Memang benar bukannya mudah nak terus cekal melangkah ke mahkamah.

Itu yg sering saya fikirkan...bila terima arahan atau makluman untuk turun ke jalanraya untuk bantah kezaliman memang kita ramai yg bersemangat habis. Kena bedil dengan tear gas dan dikejar FRU menambah lagi semangat. Tetapi lepas tu semua pudar balik. Kezaliman tetap ada.

Ditangkap, dipenjara, didakwa dan dibicara menguji ketahanan diri dan sejauh mana kekuatan diri dalam perjuangan.

Terima Kasih.