Tuesday, 24 March 2009

SELCAT Day 2..terjawabkah teka-teki penerima songket ke 5???

Ingat entry saya yang lepas.....SIAPA PENERIMA Ke 5 sepersalinan songket???

Sepatutnya jawaban tersebut sepatutnya dijawab pada hari ke dua pendengaran siasatan awam. Sebelum beredar pada hari pertama, YB Saari telah mengingatkan agar Dato' Haji Abd Karim datang dengan membawa jawapan tersebut....kami memang sangat tertanya-tanya, namun saya dan suami tidak berkesempatan untuk ke sana pada sesi pagi hingga ke tengahari kerana perlu ke Hospital untuk appointment susulan suami yang 'slip disc'. Jadi saya telah menghantar sms kepada Kak Aliza isteri YB Saari yang berada di Sidang tersebut..
"Dah tahu siapa penerima ke 5 songket?"
"Dia nafikan ada penerima ke 5! Teruskan teka-teki! Sekarang Datin Khairiah, CEO PNSB jadi saksi. 1 tahun RM 1 juta untuk BALKIS dari 2002-2007."
Wow......semakin hebat, semakin panas, semakin menyerlah kerakusan perbelanjaan isteri-isteri ADUN BN sewaktu dahulu.
Pada hari pertama kita didedahkan dengan pembayaran segala bil, pelancongan, makan malam, majlis bersama MAWI, tanah, cokelat dan bermacam2 lagi yang mencecah lebih dari sejuta dari 2-3 syarikat milik kerajaan negeri Selangor iaitu 2 yang terbesar ialah PKNS dan KDEB.....rupa-rupanya on top of that satu lagi GLC- syarikat berkaitan kerajaan iaitu PNSB turut juga menyediakan RM 1 juta dan mungkin lebih lagi untuk BALKIS setiap tahun...Sungguh menggemparkan...tidak tahu selepas ini apa lagi...berapa juta setiap tahun yang telah dibelanjakan oleh mereka. Sekiranya ianya disalurkan kepada rakyat sudah tentu tidak ada yang perlu hidup melarat.
Di sesi tadi Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datin Khairiah Abu Hassan telah hadir sebagai saksi untuk menjawab segala persoalan berkaitan setiap perbelanjaan secara terperinci. Beliau mengaku dirinya sebagai teman akrab Datin Seri Zaharah Kechik isteri Bekas Menteri Besar Selangor. Beliau membawa bersamanya 4 orang pegawai pembantu berbanding seorang sahaja yang dibawa di sesi yang lepas...namun walau berapa orang yang dibawa...setiap orang hanya terkedu, diam membisu tidak tahu hendak menjawab atau avoiding themselves dari menjawab...itulah hakikatnya.
Tak larat saya hendak menulis dan mengulangnya di sini tentang semua figures yang disebut...memang banyak, memang banyak kali dan MEMANG DIBUAT SECARA TUNAI DAN SEMEMANGNYA ADA YANG DIBUAT PERMOHONAN SECARA BERBISIK-BISIK SAHAJA.....ini bukan saya yang kata tapi saya dengar YB Pengerusi SELCAT yang kata berulang kali...kerana setiap kali beliau bertanyakan seperti semalam.."adakah permohonan secara bertulis melalui surat dari BALKIS untuk sesuatu permohonan?".....maka Datin Khairiah mengambil masa yang lama untuk menjawab...yang berakhir dengan JK SELCAT terpaksa membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang surat permohonan.
Okaylah...saya sebut secara general di sini akan beberapa pemberian wang dari PNSB kepada BALKIS...selebihnya cari di Harakahdaily dan malaysiakini..tak perlu beli paper lain...
Tahun 2003
1.Hamper dan wang tunai sempena Ramadan dan Hari Raya berjumlah RM463,263.00
2. Program Back to School pembelian bag sekolah yang dibeli dari China berjumlah RM80,000.00 untuk 10,000 beg sekolah termasuk air freight.
Tahun 2004
1. Program Tahun Baru China sejumlah RM 327,856.86 dikeluarkan untuk BALKIS di mana sejumlah RM290,000.00 adalah dalam bentuk wang tunai.
Tahun 2007
1. Majlis Sukan BALKIS dari 31/7/07 sejumlah RM338,547.97 dikeluarkan untuk pelbagai bayaran termasuk baju sukan, cenderahati, pakaian batik VIP, cenderahati VVIP dan macam-macam lagi.
Tahun 2006
1. Wang tunai sebanyak RM50,000.00 telah diberikan kepada BALKIS untuk Majlis Perasmian Kompleks Wawasan.
Datin Khairiah tidak dapat menjawab setiap soalan berkaitan kenapa sejumlah wang tunai diberikan terus kepada BALKIS...cuba bayangkan macam kita beri wang saku sebanyak RM2 pada anak kita untuk ke sekolah...tetapi ini sejumlah puluhan hingga ratusan ribu diberi secara tunai.
RM16,000.00 untuk perbelanjaan Misi Kemanusian BALKIS ke BUKIT TINGGI Indonesia...Datin Khairiah turut serta atas jemputan.
RM4200 dikeluarkan untuk membeli cenderahati kepada suami Ketua Balkis yang berupa jacket and seluar berjenama Summerman yang berharga RM3,600.00. Dibeli oleh Datin Khairiah dan diserahkan kepada Ketua BALKIS untuk diserahkan kepada suaminya. Ini terjadi semasa majlis sambutan Tahun Baru China.
YB Azmin bertanyakan adakah Datin Khairiah pernah terlihat Khir Toyo memakainya atau memulangkan semula...Datin Khairiah mengatakan tidak.....
Ada dua insiden di mana wang tunai berjumlah RM17,000 dan RM10,000 dipulangkan semula oleh BALKIS kepada PNSB kerana terlebih wangnya...maka untuk ini YB Teng membuat andaian atau conclusion kepada Datin Khairiah bahawa PNSB adalah merupakan CASHIER bagi BALKIS sepertimana KDEB dan PKNS pula adalah Perbendaharaan kepada BALKIS...ini adalah kerana PNSB memberikan wang tunai kepada BALKIS dalam banyak situasi sebaliknya PNSB dan KDEB membuat bayaran bagi setiap bil yang diserahkan kepada mereka....wah...senang betul hidup orang-orang BALKIS ni ye....
Di sidang tersebut..kami yang ada di sana merasakan kenapa susah sangat mereka yang dipanggil sebagai saksi untuk mengaku bahawa sebenarnya memang mereka tak punya kuasa untuk mengatakan tidak...masing-masing ketika itu terpaksa menurut sahaja pada setiap permintaan yang sampai ke tangan mereka atau ke telinga mereka....kenapa mesti mereka membiarkan diri mereka dimalukan hanya untuk menutup kesalahan dan salah laku orang lain???..
Mereka juga amat payah, susah dan berat mulut untuk menyebut nama individu yang terbabit iaitulah Datin Seri Zaharah Kechik...sehinggakan setiap kali JK SELCAT terpaksa menyoal banyak kali...SIAPA???...SIAPA???...dan SIAPA???...baru lah secara perlahan mereka menyebut nama individu terbabit....
Akhirnya sesi sidang di hari kedua berhenti dan ditangguhkan pada jam 4 untuk memberi peluang kepada Datin Khairiah untuk lebih bersedia untuk sesi esoknya yang akan bermula jam 10 pagi....
hhmmm...masih ada lagi 5 hari dan ramai lagi yang akan dipanggil...apakah makin banyak lagi bermain dengan angka-angka....kena tunggu, lihat dan dengar...entahla..adakah lagi kekuatan untuk saya merentas KESAS Highway, NKVE ataupun Federal Highway...nasib baik harga minyak sudah turun sedikit...tidak sia-sia usaha memprotes hingga dipenjarakan.....moga Allah menerima segala amalan kita....

2 comments:

Insaflah said...

Kelihatan banyak kerusi yang kosong ?

ummu asiah said...

insaflah..

dah dekat tu..dok kat klang..bolehla join..:)

mmg bnyk kerusi kosong..tapi day 1 lagi sikit org awam..

maybe bila tahu tarikh datin seri dan dato' seri yg akan datang mungkin penuh dan tak muat..

tapi yg masalah disiplinnya ialah 2 kerusi JK SELCAT yang hanya diisi pada sebelah pagi di hari pertama..