Pagi tadi dari jam 10pagi - 11pagi Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor dan peguam telah berada di JPJ Wangsa Maju untuk melihat penyelarasan baru kadar kompaun kesalahan trafik yang berkuatkuasa 1 Mac dan memberi khidmat nasihat kepada mereka yang terlibat yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan mereka dan menerangkan tentang isu-isu berkaitan Kempen Anti Saman Ekor.
Sila klik 
di sini untuk mengetahui dengan jelas hak anda berkenaan isu ini dan 
di sini untuk bersama kempen ini juga untuk sebarang bantuan.
 "SAMAN EKOR MENGKAYAKAN KRONI PEMIMPIN NEGARA, SEDANGKAN RAKYAT DIDERA!"
"SAMAN EKOR MENGKAYAKAN KRONI PEMIMPIN NEGARA, SEDANGKAN RAKYAT DIDERA!"
KASE AKAN MEMBANTU LEBIHKURANG 4 JUTA PENGGUNA YANG TERLIBAT DENGAN SAMAN EKOR DAN TIDAK DAPAT MEMPERBAHARUI CUKAI JALAN.

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 menindas rakyat. Dipinda pada 1  Februari 2011. Sepatutnya tidak boleh dikuatkuasakan untuk kes2 saman  sebelum tarikh tersebut.
"Selepas 28/2/2011 senarai hitam akan  kembali dikuatkuasakan sedangkan saman ekor yang lama tidak boleh  dikuatkuasakan kerana tiada bukti kesalahan dan tiada saman ke  mahkamah".
"memberi kuasa kepada JPJ/PDRM memasuki mana-mana jalan termasuk jalan persendirian untuk menguatkuasakan Akta ini"

"Syarikat swasta yang mengendalikan sistem penguatkuasaan automatik-AES  iaitu 
BETA TEGAP SDN dan COMMERCIAL CIRCLE (M) SDN BHD yang akan mengaut  keuntungan. Mereka bakal memperolehi 35% pulangan daripada setiap 5  juta saman yang dibayar manakal kerajaan mendaat 65%. Saya akan dedahkan  siapa pemilik syarikat2 ini".

Ini contoh saman ekor yang tak boleh diterima pakai POL 170A ia hanyalah  satu notis kepada pemilik kenderaan untuk berikan maklumat butiran  pemandu kenderaan di bawah seksyen 115 Akta Pengangkutan jalan 1987.  Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat di  dalam pengakalan data JPJ.

Abang ni ada 36 saman!!!! sejak sebelum tahun 2000 lagi.

"Abang tak payah bayar pun tak apa, lupus saja yang lama tu" mungkin itu yang dikatakan oleh Tuan Zul Hazmi dari KASE.

Mereka yang beratur untuk menyemak saman dan membayar saman "oh jadi notis PDRM tu bukan saman lah ye, tak payah bayar?" Mereka sedang mendengar penerangan dari Pengerusi JK KASE YB Dato' Hj Mahfuz Omar.

"Saya ada senarai hitam, roadtax saya sampai Jun ini saja. sebab itu  saya datang ke sini sebab katanya KASE dapat membantu" kata Encik ini.

"Saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada anda sejurus selepas kesalahan dilakukan"
Mengapa?
Ada  kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan yang menggunakan  no pendaftaranpalsu yang menyamai no pendaftaran kenderaan anda!".

Salinan surat kepada Ketua Pengarah JPJ diberikan secara percuma kepada pengguna di JPJ.

"Anda tidak perlu membuat carian online di PDRM atau JPJ jika tidak menerima SAMAN EKOR."
Mengapa?
"Pihak berkuasa perlu menyerahkan sendiri apa-apa notis kepada anda."

"Anda sepatutnya tidak perlu membayar kompaun jika tidak mengaku kesalahan"
Mengapa?
"ini adalah kerana SAMAN EKOR hanyalah NOTIS meminta maklumat".

Bersungguh-sungguh Peguam memberikan penjelasan tentang hak kita  terhadap harta kita iaitu hak kita untuk terus menggunakan kenderaan  kita seperti tercatat dalam perlembagaan Perkara 13 yang menjamin hak  rakyat terhadap harta.

Serius mendengar penjelasan dari Peguam. Risalah Kempen dan Surat kepada Pengarah JPJ diberikan.

Peguam dan Pengerusi sedang menunjukkan contoh surat yang boleh  diserahkan kepada Pengarah JPJ untuk mendapatkan alasan mengapa pengguna  tidak boleh memperbaharui cukai jalan.

Peguam dan Pengerusi sedang menunjukkan contoh surat yang boleh  diserahkan kepada Pengarah JPJ untuk mendapatkan alasan mengapa pengguna  tidak boleh memperbaharui cukai jalan.

Wajah-wajah pengguna yang merasakan mereka akan menerima nasib cukai  jalan tidak dapat diperbaharui. Masih boleh tersenyum bila dengar  penjelasan para peguam KASE yang turut hadir.

Pertemuan Pengerusi JK KASE YB Dato' Hj Mahfuz Omar dengan pelanggan di  kaunter JPJ Wangsa Maju. Bertemu dan berbincang dengan Pegawai di JPJ  juga.
Bertanyakan tentang perkembangan pada hari pertama sepatutnya  penguatkuasaan kadar saman yang baru yang katanya akan dikuatkuasakan..
 
2 comments:
Takpa..Katakan YESSS pada BARISAN NASIONAL,undi lagi jgn tak undi BN/UMNOGOK pru13,semoga kehidupan kamu semua diseronokkan kamu dah kena 4DM,semuga tahun2 mendatang lebih seronok sengsara dibawah pemerintahan BN.....
Mari kita tumbangkan UMNO/BN, jadikan kes saman ekor ini penyebab kepada kekalahan mereka mutlak di PRU13.
Jentera PAS di Merlimau dan Kerdau main isu SAMAN EKOR ini sehingga UMNO jadi hangit di sana, ini isu rakyat, ahli PR kena, ahli BN kena, ahli ATAS PAGAR pun kena.
AYUH PERJELASKAN ISU INI KEPADA RAKYAT, PASTI AKAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA KEDUA-DUA PILIHANRAYA INI. BIAR UMNO/BN MATI BERAGAN SELEPAS INI.
Post a Comment