Makan....Exercise...Petunjuk sepanjang jalan..

Berbasikal amat menenangkan hati dan menyegarkan minda dan perasaan. Seperti berenang, saya rasa tenang, aman dan segar bila berbasikal. Tiupan angin yang sejuk dan segar di waktu pagi benar-benar membahagiakan diri buat seketika. Terlupa sebentar segala duka di hati dan masalah yang ada. Itupun kalau dapat lapangkan fikiran dan kalau tersedar dari lamunan, cepat-cepat cuba menghiaskan hati dan jiwa dengan zikir dan selawat.
Walaupun mengambil jalan dan lorong yang berbeza, namun setiap kali saya akan tetap tembus
semula ke jalan yang sebenarnya menuju ke destinasi saya...begitulah juga dengan kehidupan kita mungkin, setiap kali terpaksa membuat pilihan jalan mana, perkara apa yang perlu dilakukan, namun semuanya kerana hendak menuju ke satu destinasi...mencari keredhaan Allah yang kekal abadi....banyak dugaan yang kita tempuhi yang kadangkala kita tidak dapat mengelakkan diri kita dari hasutan iblis dan syaitan...namun kasih sayang dan Rahmat Allah masih terus bersama kita selagi kita mengingatinya...kita tetap diberi petunjuk ke jalan yang benar....InsyaAllah....Alhamdulillah.....
(Nota:..hajat hati nak letakkan gambar ayam-ayam berlatarbelakangkan rumah kayu..dan gambar bukit2 yg dalam hp..tapi dahla dok cari wayar2nya..tak jumpa pulak...misplaced lagi..teruk betul..sempat asma' tegur.."ummi,nanti asma' bagi do'a barang hilang tu"... :)) ...dah jumpa at 12.03am. Alhamdulillah..petang tadi masa cari, dah tengok kat situ..tak pulak perasan bendanya ada di situ.
4 comments:
Seronoknya.. banyak masa untuk beriadah.. ummi ni mengejar masa nak pergi keje masa tu.
u must b very familiar wth this place kan? anyway..ini lah jalan yg saya pilih..2 be a full time housewife..if tak pandai guna masa memang lagi stress dari orang yg bekerja, tapi tak ada lah real income masuk poket.kadang2 if ada appointment waktu pagi..boleh juga terasa tekanan mengejar masa tu..
memang best kan dapat spend the time at your own leisure...maklang setiap pagi asyik bersilat mengajar masa...sejak sakit ni jarang ke dapur, dapatlah nak urut2 badan kejap...
Tu lah kelebihan org kerja sendiri ni..:),buat pada masa yg kita suka..if tak de mood,lupa kan dulu.
Tak pe mak lang ada anak yang pandai jugak masak.lega lah..saya pulak kalau malas masak,kedai makan banyak untuk dijadikan pilihan. :)
Post a Comment