Sunday, 18 May 2008

Rehat dan Relax Betul

Alhamdulillah...hari ni saya betul-betul merehatkan diri saya. Membiarkan diri saya tidur dan bangun sedikit lewat. Hari minggu...hari berehat..tapi..untuk aktivis..hari minggu juga boleh dipilih untuk menjadi hari yang teramat sebuk. Tapi hari ini saya pilih untuk berehat. Berehat lansung juga dari membuat sebarang kerja rumah. Sekarang jam hampir pukul 11 pagi, saya masih belum menyidai kain, masuk dapur, cuci pinggan, kemas rumah, sapu lantai, kemas bilik, lipat kain, cuci lantai luar, angkat kain yang disidai semalam...apatah lagi memasak....teruk bukan???...
Waktu ini tinggal saya sendirian. Saya pilih untuk berada di hadapan computer...blog hop..membaca kisah hidup rakan-rakan bloggers yang tidak dikenali...semuanya ibu-ibu. Masing-masing dengan kisah hidup masing-masing, membesarkan anak, bekerja, memasak, berusaha mencari rezeki menjadi usahawan dan lain-lain. Semuanya memberikan inspirasi untuk kita menjadi sebaik mereka atau lebih baik dari yang ada.
Hari ini mungkin merupakan satu anugerah untuk saya untuk berehat sendirian. Awal pagi tadi sempat juga melayan diri dengan suami berbasikal walau pun sekejap sahaja...kerana saya hanya ditinggalkan dengan sebuah basikal yang sedikit buruk yang membuatkan saya rasa lenguh tangan, sakit punggung dan lutut dan kaki rasa sedikit lenguh dan kebas. Basikal yang sering digunakan telah digunapakai oleh anak lelaki,Ammar, yang pagi-pagi mengejutkan saya dan bertanyakan sekiranya saya nak exercise atau tidak hari ini...saya hanya menggeleng...ye lah sedang sedap melayan mimpi.
Sebelum ini basikal di rumah cukup untuk kami semua, namun satu malam di malam kami sibuk kerja di luar di musim kempen pilihanraya..ada pula sang manusia sampai ke tahap sanggup 'mengangkat' basikal kami dan dibawa lari. Bayangkan susah payah orang itu mengangkat basikal keluar dari pintu pagar kami yang agak tinggi...hilanglah satu basikal yang baru beberapa minggu dibeli..itu kan namanya tak ada rezeki dan mungkin salah kami yang juga kurang berhati-hati...selepas itu setiap malam semua basikal dibawa masuk ke dalam rumah walaupun membuatkan pemandangan sedikit tak berseri.
Saya sangat free hari ini, sebab pertamanya sejak tengahari semalam dua orang anak perempuan saya telah dihantar ke rumah kawan mereka, yang ibu dan ayahnya juga kawan saya dan suami. Bukan hanya untuk bermain tetapi kiranya macam satu kebajikan juga sebab anak kawan saya ni anak bongsu dan kakak dan abang dah agak besar...so agak kesunyian lah dia. Semalam saya pergi juga menjenguk mereka di rumah kawan saya tu..wah seronok betul mereka bermain, terjerit dan terlompat-lompat...maka saya tinggalkan mereka untuk tidur di sana.
Waktu ini juga suami saya telah keluar bermain bola dan anak lelaki saya masih belum pulang dari rumah kawannya.
Tetapi sekarang saya mesti berhenti menaip dan memulakan tugas saya yang sebenar yang banyak terbengkalai..sebelum saya menjadi seorang yang benar-benar pemalas...Jumpa lagi...

4 comments:

Anonymous said...

Amboi tu dia mak dara nak relax. Seronokkan bila get the day to yourself.

ummu asiah said...

ummi...
kejap saja boleh relax, mana boleh lama2. ni baru sudah makan. I cooked, mee goreng, kari ayam kaw-kow punya, sambal belacan, dah siap cuci sotong, later nak goreng bertepung. nak bawa makan dgn anak di asrama ptg ni..not bad kan..dlm malas2 tu..bukan apa rasa guilty asyik mkn luar saja. pas tu baca pulak blog org yang rajin2 masak :)

maklang said...

memang seronok dapat manja2kan diri dan bermalas2an kan...

david santos said...

Hello, ummu!
I loved this post and this blog.
Terima kasih