Saturday, 28 June 2008

Peringatan melalui peristiwa kematian

Hampir seminggu saya biarkan blog ini tak diupdate...

Peristiwa yang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam kehidupan kami sekeluarga berlaku pada hari Sabtu 21hb Jun 2008.

Hari Sabtu kami pada minggu tersebut bermula dengan acara kami sekeluarga keluar awal pagi untuk mengambil kad laporan 3 orang anak-anak yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak. Ammar darjah 6, Asma' darjah 3 dan yang kecil sekali Asiah darjah 1. Rancangan awal ialah untuk singgah minum pagi dulu sebelum ke sekolah. Tetapi dua orang anak perempuan kami memang dah tak sabar lagi untuk ke sekolah untuk menerima kad laporan masing-masing. Untuk dua orang anak perempuan ni, kami tidak lah begitu risau sangat dalam bidang matapelajaran agama atau subjek KBSR. Tetapi untuk abangya memang agak rasa 'lemah' sedikit bila perlu mengambil kad laporan.

Ammar anak kedua...bila menceritakan kisah diri anak saya ini..ramai yang memberi komen ianya adalah 'sindrom anak kedua'...entah ye entah tidak..

Seperti biasa keputusan peperiksaannya adalah tidak bagus....Hari Isnin ini pelajar-pelajar rangkaian sekolah Islam Al-Amin akan menduduki peperiksaan PEKERTI, iaitu peperiksaan subjek Islami..Jadi dengan keputusan yang tidak memberangsangkan saya dan suami berazam akan membuat last minute crash revisiom dengan dia..jadi sebaik habis berehat sekitar jam 3 petang kami mula duduk dengannya untuk mengulangkaji. Untuk lebih concentrate saya telah silentkan handphone.

Sekitar jam 4.30ptg menjenguk sebentar handphone...rupanya ada 3 missed call dari Angah..kakak suami saya. Cepat-cepat return call Angah. Angah memaklumkan yang, Ainol, suami kepada Ipah, adik suami saya telah kemalangan di Felda Palong dan keadaan dia critical. Pada masa tu dihantar ke hospital Segamat.

Sukar juga nak dipercayai, macamana kemalangan di kawasan kampung sebegitu boleh jadi begitu parah. Kami berpesan kepada Angah untuk pergi lihat dulu Ainol di hospital dan hubungi kami semula. Beberapa minit kemudian Angah mengesahkan keadaan Ainol dan dia sedang dihantar ke hospital Muar.

Kami sekeluarga bergegas bersiap menyediakan pakaian untuk ke Muar. Bersiap sedia membawa pakaian untuk 3 hari jika perlu. Kami bertolak sekitar jam 6ptg dan tiba di bandar Muar jam 8 mlm. Itulah pertama kali kami sekeluarga tiba di Bandar Maharani itu. Waktu malam kelihatan sangat cantik ada sungai besar yang mengalir...sayang tak dapat menikmatinya dengan lebih lama.

Kami terus menuju ke hospital Muar dan bertemu Ipah dan keluarga suaminya di sana. Ipah nampak tenang menceritakan keadaan suaminya. Doctor akan membedah nya malam itu juga. Keadaan luarannya tidak ada luka atau pendarahan. Tetapi organ dalamannya banyak yang rosak. Limpanya pecah, hati juga perlu dibuang, ususnya juga luka. Sudah tentu dia berada dalam kesakitan yg amat sangat. Doctor memberitahu yang keadaannya dalah kritikal dan tidak stabil. Ipah, adik ipar saya nampak begitu tenang sekali menerima berita tersebut.

Kami semua berkumpul di hadapan bilik bedah, dan dapat melihat dengan jelas suasana di dalam tempat ruang pesakit. Ipah dibenarkan berada disisi suaminya sebelum dibawa masuk ke bilik bedah. Kami melihat dari hujung katilnya. Ipah memgang erat tangan suaminya sambil berkali-kali menunduk dan mengucupi tangan dan jari jemari suaminya...penuh kasih sayang. Kemungkinan ada pesanan-pesanan dan kata-kata terakhir yang ingin disampaikan.

Sebaik keluar suami saya bertanya kepada adiknya..ada tak minta dia mengucap dua kalimah syahadah sebelum masuk ke bilik bedah..Ipah mengangguk.

Setelah dibawa masuk ke bilik bedah kami beredar keluar untuk mencari hotel untuk bermalam di bandar Muar. Kami bermalam di Hotel Classic. Sekitar jam 2 pagi suami menerima panggilan dari adiknya mengatakan suaminya dah selamat dibedah dan doktor berjaya mencari punca pendarahan dalaman iaitu di bahagian ususnya. Pembedahan berjaya menghentikan pendarahan. Alhamdulillah, lega sedikit rasanya.

Keesokan paginya, kami bangun sedikit lewat jam 6.30 pagi. Angah menalipon saya bertanyakan khabar Ainol...saya katakan dia dah selamat dibedah. Lega Angah mendengarnya. Kemudian teringat saya untuk melihat handphone suami, ada 1 missed call dan 1 sms. Cepat-cepat saya buka, miss call dari Ipah dan sms dari Ipah.."Bang, Ainol dah meninggal"..sms pada jam 4.39am. Terkejut saya dibuatnya...cepat2 saya menjerit memanggil suami saya yang berada di dalam bilik air...begitulah akhirnya..Allahyarham Ainol Azlan binti Saini..suami kepada adik ipar saya pergi jua menghadap Ilahi...begitu cepat..begitulah ketentuan Allah kepada setiap manusia.....

Ipah adik ipar saya tetap nampak tenang dan sabar menghadapi kenyataan tersebut ketika kami bertemunya di rumah mayat hospital Muar. Sekujur tubuh suaminya dapat dilihat menunggu saat untuk dibedah siasat oleh pihak hospital kerana itu procedurenya. Selepas itu seua proses mandi, kafan dn solah jenazah dilakukan di Rumah Mayat tersebut.

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke kampung halamannya di Bangkahulu, perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam. Ipah dan ibu mertuanya naik bersama kereta jenazah. Sebaik tiba di kawasan rumah, sudah begitu ramai orang yang sedia menanti. Penuh kawasan rumah dan sepanjang jalan. Ipah dan Allahyarham suaminya adalah guru di Sekolah Menengah di Felda Palong.

Sebaik pintu van jenazah dibuka...Ipah telah jatuh pengsan dan terpaksa dipapah masuk ke dalam rumah...mungkin kesabaran, kepedihan dan kesdihan kehilangan seorang suami dipendam dan sampai ke kemuncaknya...keadaan menjadi semakin pilu, sedu dan tangis jelas kedengaran....anak-anak mereka Aliff 11 tahun, Aiman Hakimi 8 thn menangis tersedu-sedu..Aina Nabilah 4 thn masih terpinga-pinga tidak memahami apa-apa..anak-anak saudara termasuk anak saya Asiah menangis teresak2 melihat Mak Itamnya pengsan dan diapapah masuk.

Semangat Ipah pulih kembali untuk mengucupi dahi suami tercinta dan mengiringi jenazah ke kuburan....Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun hujan turun dengan lebatnya sebaik jenazah disemadikan....selepas itu bermula hidup adik Ipar saya Latipah Mansor dalam dunia tanpa suaminya...semoga Allah memberikannya kekuatan untuk meneruskan kehidupan...saya sendiri mengambil masa beberapa hari untuk 'back to normal' selepas meneriam berita kematian dan menyaksikan sebuah kematian berlaku..apatah lagi untuk Ipah dan ahli keluarga mereka yang terdekat...

Bacaan Talkin di tanah perkuburan juga membuat saya merenung akan kehidupan saya sendiri...Syukur kerana Allah sering beri peringatan untuk kita yang hidup....

Thursday, 19 June 2008

Asiah, GMI dan Perjuangan....

Semalam seperti malam Rabu yang lain saya telah meluangkan masa menghadiri mesyuarat GMI di Petaling Jaya. Mesyuarat malam semalam adalah mesyuarat untuk ad-hoc committee bagi program "MALAM HIMPUNAN RAKYAT ANTI-ISA" yang akan diadakan pada 28hb Jun 2008 jam 8.30mlm - 11.00 malam di stadium Malawati Shah Alam.


Saya pergi juga ke mesyuarat tersebut untuk bersama memastikan persediaan yang dibuat untuk kelancaran program tersebut lebih-lebih lagi untuk part kewangan, kerana program besar ini pasti akan menelan belanja yang besar dan GMI bukanlah sebuah organisasi yang mempunyai dana yang banyak. Kebanyakan dana disalurkan untuk kebajikan keluarga tahanan ISA dan juga program kempen yang berterusan.

Seperti biasa saya mesti membawa sekurangnya seorang anak untuk bersama saya ke mesyuarat tersebut. Seperti biasa Asiah anak saya yang bongsu (7 tahun) menjadi teman setia saya. Dia juga sudah biasa dengan keadaan di tempat mesyuarat dan pandai membawa diri. Selalunya juga dia akan duduk bersama di meja mesyuarat. Bila jemu dia bangun dan berbual dan bergurau dengan staff di pejabat SUARAM, mereka yang dia panggil Abang John atau Kak Chai Yi.
(Asiah menghabiskan kerja rumahnya di meja mesyuarat ketika kami bermesyuarat)
Semalam mesyuarat berbincang mengenai bagaimana nak mempromosi program kami pada 28hb ini. Ini kerana target GMI ialah untuk mengumpul seramai 10,000-15,000 orang untuk datang memberi sokongan. Satu cara untuk kami mempromosi ialah dengan mencari program besar yang diadakan pada masa terdekat sebelum tarikh program kami. Satu program besar yang akan diadakan ialah Karnival Sempena 100 hari Pakatan Rakyat pada 20hb ini di Stadium Shah Alam.

Pengarah Program Malam Himpunan Rakyat GMI ialah Ustaz Ramadhan Fitri. Beliau menyarankan agar semua AJK GMI untuk turun padang pada malam Karnival Sempena 100 hari Pakatan Rakyat 20hb ini untuk sama-sama mengedarkan flyers untuk promosi program kami pula pada 28hb ini. Asiah juga tidak ketinggalan disebut oleh Ustaz Ramadhan untuk turut serta.
Secara bergurau Ustaz Ramadhan berkata kepada Asiah... " ok Asiah, nanti Asiah ajak kawan-kawan datang ye"..Asiah pula secara spontan menjawab dan bertanya..."hari apa?"...dengan muka selambanya tetapi serius....

Kami semua yang ada dalam mesyuarat tu tertawa dengan jawapan spontan Asiah tu...tetapi Asiah tetap serius. Asiah sebenarnya memang suka dan agak biasa dengan kerja-kerja bersama GMI. Bukan saya memaksanya atau dia buat tanpa ada apa-apa pemahaman mengenai isu-isu kezaliman, hak asasi maupun politik, tetapi dia sudah mampu memahami melalui percakapan dan pemerhatian dia sendiri tentang apa yang berlaku di sekelilingnya.

Semasa saya memandu pulang dari Petaling Jaya sebaik habis mesyuarat, di dalam kereta Asiah bertanya lagi kepada saya....ini pertanyaan ikhlas dari seorang anak kecil....

Asiah.."Ummi...macamana rupa Agong Ummi?"...spontan lagi soalannya..tetapi dalam hati saya terfikir mungkin juga sebab peristiwa hari Sabtu lepas dimana dia juga bersama kumpulan anak-anak lain ke Istana untuk menyampaikan hadiah teddy bear kepada Agong..

Ummi.."Ingat tak yang kita tengok di TV dulu tu...masa hari keputeraan Agong tu, yang ada Pak Lah, Jeane tu..??.."

Asiah.."..ooooo...Asiah ingat...Asiah ingat"

Asiah.."Ummi...Agong tu orang BN ke Ummi?"..

Ummi..dalam hati..susah nak jawab ni..." kalau jadi Agong..dia tak boleh tunjuk dia sokong mana-mana...tapi Ummi rasala...dia....(sensored)".

Asiah..."Ummi...kalau jadi Agong..dia tak boleh cakap banyak ke?"

Ummi.."Kalau jadi Agong, dia ada adab-adap dan cara-cara dia sendiri nak layan orang"

Asiah..(macam faham saja).."Asiah rasa memang kalau jadi Agong tak boleh banyak cakap"....

Sebaik kereta melalui jalan di hadapan KL Sentral, Asiah menjerit pada saya sambil menunjuk gambar di bangunan KL Sentral...."Ha..Ummi...tu ha gambar Agong..."...tapi entahla gambar apa yang dia tunjuk sebab saya tak dapat nak toleh tengok disebabkan sedang memandu.

Itulah sedikit perbualan Asiah yang menunjukkan dia juga 'membaca' dan 'memahami' melalui pemerhatiannya sendiri....

Peristiwa ini juga membuatkan saya terkenang kan dengan seorang individu yang bernama Ezam Mohd Noor. Di tahun 2001 hingga 2003 saya agak rapat dengan isterinya serta ibunya Mak Cik Esah. Semuanyan kerana pada 2 tahun complete tersebut, kami sama-sama berjuang dalam GMI untuk membebaskan bukan sahaja Ezam, tetapi 10 orang tahanan reformasi yang lain ketika mereka ditahan di bawah akta ISA. Mak Cik Esah menceritakan yang beliau dulunya sangat aktif dalam pertubuhan UMNO bersama Wanita UMNO. Mak cik sentiasa membawa Ezam bersamanya di setiap mesyuarat dan aktiviti. Menurut Mak Cik Esah, mungkin disebabkan itu, Ezam juga telah menjadi seorang ahli politik...yang ketika itu bersama-sama rakyat berjuang menentang kezaliman dan ketidakadilan dalam pemerintahan.

Sejak Ezam dibebaskan di dalam tahun 2003 saya sudah lama tidak bertemu kembali dengan Mak Cik Esah dan keluarga.Pada waktu dulu kami sering ke rumahnya bila ada mesyuarat mingguan Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA. Kami juga bergilir-gilir ke rumah keluarga yang lain termasuk rumah keluarga Ustaz Badrulamin, Lokman Nor Adam dan juga Saari Sungib,yang sama-sama ditahan di KEMTA tapi paling kerap sudah tentu di rumah Mak Cik Esah sendiri.

Alhamdulillah, kini ke semua tahanan reformasi tersebut sudah pun dibebaskan sebaik tamat tempuh tahanan 2 tahun mereka di Kamunting. Syukur juga kepada Allah kerana saya, Asiah dan keluarga serta rakan-rakan di GMI masih bersama untuk memastikan ke semua tahanan ISA dibebaskan segera, tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama mahupun fahaman politik mereka. Semoga terus diberikan kekuatan oleh Allah (SWT).


Tuesday, 17 June 2008

2+2+2+2=LAPAN TAHUN....

Akhirnya pada hari Ahad 15hb Jun 2008..sahabat saya Cikgu Norlaila Othman menerima berita yang suaminya telah disambung lagi penahanan selama 2 tahun yang keempat i.e menjadi lapan tahun. Surat penyambungan tahanan diterima oleh suaminya pada hari Khamis 12hb June.

Pada petang Jumaat Cikgu Laila memberitahu saya yang ketika kami berdua sedang berbual di telefon ada panggilan dari KEMTA masuk. Tetapi bila dia menghubungi semula KEMTA, talian sibuk dan bila dapat bercakap dengan pegawai KEMTA jawapan yg diberikan ialah, pejabat dah tutup, sila telefon pada hari lain.
Bila Cikgu Laila melawat suami, barulah dimaklumkan oleh suaminya yang suaminya lah yang cuba menghubunginya melalui telefon untuk memaklumkan tentang tempuh tahanan yang disambung semula.

2+2+2+2=Lapan tahun....lama kan...tahan tanpa dibicarakan...entahlah tak tahu saya nak cakap apa. Tahun ini Cikgu Laila mengambil cuti tanpa gaji dari sekolahnya bermula dari awal April lalu. Sepatutnya unpaid leavenya berakhir pada hujung bulan Jun ini dengan harapan besar kami, Menteri Dalam Negeri ataupun Perdana Menteri dapat berfikir waras dan berperikemanusiaan untuk tidak menyambung lagi penahanan mereka yang ditahan di bawah akta zalim ini.
Malangnya...nampaknya penahanan disambung lagi....kami perlu lebihkan usaha dengan gigih dan keras lagi.(baca kisah sedihnya di http://www.harakahdaily.net/.)

Sebaik Menteri Dalam Negeri yang baru mengambil alih tugas, kami telah menghantar beberapa surat untuk membuat temu janji, namun satu pun tidak mendapat layanan.Surat permohonan temujanji kepada Dr Mahathir di zaman beliau menjadi Perdana Menteri, hinggalah diambil alih oleh Abdulllah Badawi...semuanya tidak mendapat perhatian...itu yang membuatkan akhirnya kami terpaksa mencari jalan untuk ambush sahaja mereka sekiranya ada peluang. Sehingga kini saya bersama GMI pernah sekali ambush Dr Mahathir di persidangan Agong UMNO di PWTC di tahun 2002, kemudiannya ambush Pak Lah di Parlimen dan sekali lagi di Felda Sendayan..

Mungkin kami perlu fikirkan beberapa tindakan yang drastic...hhmm....wait n see....

Monday, 16 June 2008

JEMPUTAN: FORUM-"ISA: ANTARA MANSUH ATAU PINDA"

GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI)

DENGAN KERJASAMA

JAWATANKUASA HAK ASASI MANUSIA (HRC)

MAJLIS PEGUAM MALAYSIA DAN CIVIL RIGHTS COMMITTEE


MENJEMPUT SEMUA RAKYAT MALAYSIA KE FORUM ISA


SEMPENA KEMPEN BEBASKAN TAHANAN ENAM TAHUN ISA

“ISA: ANTARA MANSUH ATAU PINDA”



Panelis : Datuk Ambiga Sreenevasan (Presiden Majlis Peguam Malaysia)

: YB Tian Chua (MP Batu & Bekas Tahanan ISA)

: Saudara Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA)

: Keluarga Tahanan ISA



Moderator : Saudari Fadiah Nadwa Fikri

(AJK Hak Asasi Manusia (HRC) Majlis Peguam Malaysia)



Tarikh : 17 Jun 2008 (Selasa)



Masa : 8.00pm-10.30pm



Tempat : KL-Selangor Chinese Assembly Hall (SCAH), Jalan Maharajalela,

Kuala Lumpur.

Saturday, 14 June 2008

Anak-anak Malaysia Rayu Bebaskan Tahanan ISA sempena Hari Bapa

Kesemua anak-anak rakyat Malaysia yang berani menyatakan yang Hak...menuntut keadilan dan pembelaan ke atas nasib rakan-rakan mereka, anak-anak tahanan ISA, yang ayah-ayah mereka masih ditahan di dalam Kem Tahanan Kamunting selama bertahun-tahun...tanpa mengetahui bilakah tarikh sebenarnya mereka akan dibebaskan. Anak-anak ini masih terlalu kecil untuk memahami hakikat kezaliman yang menimpa keatas mangsa-mangsa akta zalim ISA, namun mereka tidak lah terlalu mentah untuk memahami pemderitaan jiwa yang perlu ditanggung oleh keluarga mangsa tahanan ISA. Maka mereka berani berhadapan dengan polis-polis dan FRU yang bersenjatakan pistol di pinggang dan belantan di tangan-tangan mereka.

TEDDY BEAR UNTUK MU AYAHKU...

Sempena kedatangan Hari Bapa ini...
Kami semakin rindu kepadamu...Ayah..
Pulangkanlah Ayah Kami...
Bukan hanya kerana Hari Bapa yang bakal mendatang
Namun kerana Ayah kami tidak bersalah..
Jangan biarkan kami terus menerus kehilangan kasih sayang darinya..
Kami rindu..amat rindu..
Kami kasih..amat kasih...
Cukup sudah penderitaan kami..
Cukup sudah kezaliman yang menimpa kami.. Hari ini seramai 50 orang anak-anak Malaysia telah berkumpul bersama-sama dengan satu hajat dan niat yang tulus ikhlas.....Merayu agar semua tahanan ISA yang masih dipenjarakan di Kem Tahanan Kamunting dibebaskan dengan segera.

Kami dari Gerakan Mansuhkan ISA telah berkumpul seawal jam 9 pagi di Sekolah Viviekananda di Brickfields sebelum kesemuanya bertolak dengan 3 buah bas menuju ke Istana Negara.Namun nasib kami tidak sebaik nasib para pelancong yang pergi ke Istana Negara untuk melawat dan melihat keindahan Istana Negara dari luar. Bas kami terpaksa diberhentikan di tepi jalan besar yang sibuk. Semua kami beserta anak-anak terpaksa berjalan kaki dari jauh menuju ke Istana Negara.


Dari kejauhan sudah kelihatan pegawai polis serta FRU berlari-lari bersedia untuk menahan kami dari memasuki jalan ke Istana Negara. Kami dibiarkan berdiri di bahu jalan raya yang sibuk dengan lalulintas di bawah bahang mentari pagi yang terik.
Polis dan FRU membuat 'Human Shield' mereka. Mereka membuat benteng manusia bagi menghalang kumpulan kami masuk ke kawasan depan pagar besar Istana.
Anak-anak yang datang semuanya membawa seorang satu bakul yang berisi teddy bear dan bunga sebagai lambang hadiah hari bapa. Bapa-bapa yang masih ditahan dan merengkuk di Kem Tahanan Kamunting bertahun lamanya tanpa apa bukti kesalahan. Hadiah tersebut ingin diserahkan kepada ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong sebagai lambang Ketua sebuah Negara dan Bapa kepada semua anak-anak rakyat Malaysia.
Hampir sejam semua anak-anak dan penyokong terpaksa menunggu dan merayu memohon untuk dibenarkan masuk atau seorang pegawai Istana datang bertemu...namun semuanya tidak berjaya...

Kami yang hadir dimaklumkan bahawa 3 orang ahli Parlimen iaitu YB Sivarasah(Subang), YB Zuraidah(Ampang) dan YB Manikavasagam(Kapar) telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Brickfileds. Rupanya mereka tiba lebih awal di Istana Negara untuk menanti kedatangan kami serta kedatangan YB Dr Wan Azizah.
Kami akhirnya dibantu oleh YB Ronnie Liu ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang cuba berunding dengan pihak berkuasa untuk kami dibenarkan masuk ke kawasan hadapan pagar Istana Negara.
Akhirnya...hadiah-hadiah tersebut hanya dapat diletakkan di bahu jalan sahaja setelah tiada sesiapa yang sudi menerimanya..........
Perjuangan membebaskan rakyat Malaysia yang dizalimi akan diteruskan.....

Thursday, 12 June 2008

Hati Membara........

Di bawah laporan dipetik dari Malaysiakini.com.

Beranikah saya hendak bersama...tapi sejak dari awal dapat info about this demo,memang dah simpan niat di hati untuk pergi. Bagi sesetengah orang mungkin akan marah-marah kerana peristiwa seperti ini akan mengundang terjadinya traffic jam yang teruk...tapi fahamilah...sepatutnya polis yang sudah dimaklumkan terlebih awal perlulah mengambil tindakan untuk mengawal lalulintas dan buatlah perancangan yang teratur.....berhimpun dan bersuara adalah hak rakyat.

Hari Isnin ini 16hb Jun, adalah hari perbicaraan kes saya bersama beberapa orang lagi yang telah ditangkap dan dipenjarakan ketika perhimpunan Aman PROTES Harga Barang Naik diadakan di KLCC pada 26hb Januari yang lalu. Pada 28hb Januari ketika kami dihadapkan di Mahkamah kami semua diikat jamin RM1000 seorang dengan syarat kami semua tidak dibenarkan mengikuti sebarang 'PERHIMPUNAN HARAM".....tapi belum ada mana mana mahkamah yang memutuskan bahawa sesuatu perhimpunan itu adalah HARAM.

Walau apapun esok memang sudah ada aktiviti yang memerlukan saya keluar rumah...jam 11 pagi perlu menghadiri sidang akhbar GMI di Selangor Chinese Assembly Hall untuk melancarkan kemuncak kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA. Kemudian buat sedikit aktiviti leafleting untuk program Forum GMI yang akan diadakan pada hari Selasa ini......kemudian jika diizinkan Allah kemungkinan akan terus ke Masjid Kampung Baru.....mungkin lebih baik untuk saya travel by bus and LRT sahaja esok...jimat minyak dan tidak mahu tersangkut di mana-mana... exercise sikit...jalan-jalan...

Do'akan kami ye....satu tujuan satu harapan....agar nasib rakyat terbela....kezaliman perlu dihapuskan!!!!

Police plan crackdown on fuel price march tomorrow
Jun 12, 08 5:22pm

The police today said they will deploy up to 2,000 security forces to crack down on a planned street demonstration in the capital to protest recent fuel price hikes.

City police chief Muhammad Sabtu Osman said between 1,500 and 2,000 security forces will be deployed to stop the opposition conservative Muslim party PAS-led march in the capital tomorrow.

"We will close several roads leading to the area if necessary," he said, according to state Bernama news agency.

Salahuddin Ayub, PAS youth chief said more rallies will be held in coming weeks to oppose last week's 41.0 percent fuel price hike, which raised petrol prices at the pump to RM2.70 per litre.

"We are protesting so that the government realises how badly the people are suffering with such a huge rise in fuel prices," he told AFP.

He said the expected 10,000-strong protest will begin at a city mosque after Friday prayers, before marching to the capital's iconic Petronas Twin Towers - named after the state oil company.

"The poor are facing a nightmare having to deal with such a big fuel rise as the price of basic food like rice and flour have also shot up," he said.

Million-people gathering
PKR, led by Anwar Ibrahim, was also planning a protest, aimed at gathering one million people in the streets of Kuala Lumpur, party spokesman Tian Chua told AFP.

He said the protest would go ahead "with or without a police permit."

"We are opposing the price increase because this is in the heart of every Malaysian," he said.

Several smaller street protests have erupted over the past week, including two in the northern manufacturing hub of Penang and several in the country's capital.

Opposition leaders have warned that they will keep protesting the hikes until the government reviews its decision.

Abdullah has said there will be no more fuel price hikes for the rest of the year and has implemented measures to help cushion the effects of the increase through cash rebates and cost-cutting measures.

But critics say the moves are not enough.

Wednesday, 11 June 2008

Dah Bebas???...Kena Do'a..la ye..ummi...

Saya lansung tidak menyentuh notebook saya sejak Jumaat malam sabtu sehingga ke hari ini. Hari Jumaat sibuk dengan persiapan untuk bertolak ke Pulau Pinang sebelum ke Kamunting untuk program VIGIL GMI. Selepas hari Sabtu terus bercuti di Pulau Pinang sebab kebetulan suami perlu menghadiri mesyuarat bulanan di Hospital Sungai Petani pada hari Isnin. Anak-anak sambung cuti pada hari Isnin. Lantaran harga minyak naik, hajat kami untuk bersama AJK GMI yang lain bertemu MB Kedah terpaksa dibatalkan. Kami pulang ke KL pada petang Isnin sebaik selepas suami habis bermesyuarat.

Sejak dalam perjalanan pulang, badan dah mula rasa sakit, tekak gatal dan perit, kepala berdenyut-denyut...mungkin akibat dari berjalan malam dari Masjid Kamunting ke Kem Tahanan Kamunting dalam hujan yang turun renyai-renyai....akan cuba mengisahkannya di entry yang lain.

Sakit kepala melarat hingga ke hari ini...kerana melayan badan yang tidak sihat saya lupa 'tarikh keramat' hari ini.....11hb June...sehinggalah saya menerima sms dari Cikgu Laila..."Dah 3-4 kali buka PC nak draf statement, draf list of transportation, repair form of welfare...all go to a halt. My mind not focus to my job coz I'm anxious waiting for a call from KEMTA...Today is June 11th, the final day of Abah's Suhaib 6th year detention. It's like waiting a verdict to be dropped on my head.."

Barulah saya teringat......cepat saya membalas kepadanya..." I am sure u will receive a lot of kata perangsang...as for me I jus don't know what to say...but InsyaAllah, I will continue fighting with GMI...see u tonite!"

Malam ini adalah malam mesyuarat dwi mingguan GMI....semasa makan bersama anak-anak tadi..saya sebutkan kepada anak2 saya tentang hal ini...jawapan spontan dari mereka...

Ammar:.."..OOO...ummi meeting malam ni nak bincang pasal tu ke???"

Asma'..."...kena do'a la ye ummi???"

Asiah..."...Abah Suhaib dah bebas ummi???....Ummi...:.."belum.."

Asiah..dengan muka yang sedih..." Kalau Asiah jumpa dia..asiah nak salam dan peluk dia....mesti dia dah tua kan ummi...macam Atok ye???..."

Asiah ialah anak yang membesar bersama perjuangan di dalam Gerakan Mansuhkan ISA.....

Wednesday, 4 June 2008

KISAH PILU TAHANAN ISA-harakahdaily

Kisah pilu tahanan ISA: Setelah didera, kini dihantar ke Hospital Bahagia
Anis Nazri Foto GMI

Wed Jun 04, 08 8:55:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - 'Sudah jatuh ditimpa tangga', begitulah yang dialami isteri seorang tahanan ISA, Sharmila Sanjeev Kumar, apabila suaminya yang kini lumpuh di Kem Tahanan Kemunting dicadangkan dimasukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.
Berita yang dimaklumkan pihak Kemta kepada Sharmila menambahkan lagi episod luka wanita itu, yang baru enam bulan mendirikan rumahtangga dengan Sanjeev Kumar Krishnan, yang ditahan pada 28 Julai 2007 atas tuduhan 'agen perisik asing'.

Sharmila berkata, pihaknya membantah pihak Kemta menghantar suaminya ke Hospital Bahagia atas cadangan Hospital Taiping kerana beranggapan suaminya tidak mempunyai masalah kesihatan, khususnya berkaitan mental.

"Suami saya seorang yang cergas dan aktif. Beliau juga sihat, dan normal. Sejak masuk ISA, dia selalu mengadu sakit-sakit," kata beliau di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng, di pejabat Suhakam, petang tadi.

Sharmila, yang ditemani abang Sanjeev, Gunalan Kumar, dan diiringi GMI turut meminta Suhakam mengambil langkah segera bagi membantu membebaskan suaminya untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Serah memorandum
Dalam masa sama, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh menyerahkan memorandum berkenaan dakwaan seksaan yang dilakukan ke atas Sanjeev, yang mengakibatkan beliau disahkan lumpuh.
Menurut Syed Ibrahim, Sanjeev yang kini berkerusi roda, dikatakan mengalami pelbagai penyeksaan yang dilakukan polis cawangan khas (SB) seperti ditendang dan dibelasah di bahagian badan dan kepala dengan menggunakan kaki, selain dipukul dengan botol berisi air.

Lebih malang lagi, katanya Sanjeev juga didera secara fizikal apabila kemaluannya dipukul dan duburnya dijolok dengan objek keras, di samping diminta meminum air kencing sendiri tiga hingga empat kali.
Syed Ibrahim berkata, selepas tempoh 55 hari penahanannya di bawah ISA, Sanjeev dihantar ke Kemta pada 22 September 2007, dan bermulalah episod kesakitan Sanjeev apabila beliau mula mengadu kaki kiri dan tangan kirinya sakit serta tidak berfungsi dengan baik.

Sehubungan itu, GMI dan Sharmila bertindak membuat laporan polis, di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Stadium, 20 Mei lalu meminta agar PDRM menyiasat secara terperinci dan telus berkenaan dakwaan Sanjeev tersebut.

Dikatakan sakit mental
Menurut Syed Ibrahim, selepas kenyataan akhbar dan laporan polis GMI, Sanjeev dihantar ke Hospital Taiping pada 14 Mei, yang kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang, sebelum dihantar ke Kemta pada 24 Mei lalu.

Bagaimanapun, ketika lawatan keluarga pada 1 Jun lalu, Sanjeev memaklumkan kepada keluarga bahawa beliau kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

"Berita terbaru ini mengejutkan isteri dan GMI. Mengapakah beliau dihantar ke hospital yang dikhaskan untuk pesakit mental?" soal Syed Ibrahim.

Justeru, GMI menggesa Suhakam untuk menyiasat aduan berkenaan dan mencadangkan langkah tegas supaya Sanjeev dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat atau membicarakan beliau di mahkamah terbuka.

Pendirian Suhakam
Sementara itu, Dr Chiam, dalam respon awalnya berkata Suhakam berpegang dengan pendirian bahawa ISA merupakan akta yang bertentangan dengan hak asasi manusia, dan setiap yang ditahan perlu dibicarakan di mahkamah.

Bagaimanapun, dalam kes Sanjeev ini, Dr Chiam menyatakan bahawa pihak Suhakam, melalui Pesuruhjayanya, Dato' Siva Subramaniam telah membuat lawatan ke Kemta pada 7 Mei lalu dan bertemu Sanjeev di Hospital Taiping.

Suhakam dimaklumkan bahawa Sanjeev mengalami simptom tekanan perasaan sehingga mengakibatkan beliau menjadi lumpuh, dan terpaksa dirujuk di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

Dr Chiam turut memaklumkan bahawa pihak Suhakam sedang menunggu laporan kesihatan daripada Hospital Pulau Pinang mengenai status kesihatan Sanjeev.

Tekanan perasaan berpunca dari ISA
Sementara itu, Pengarah 'Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA', Norlaila Othman, berkata sesiapa saja yang ditahan ISA mesti mengalami tekanan perasaan apabila didera secara mental dan fizikal, apatah lagi dengan pelbagai ugutan.

Beliau yang juga merupakan isteri tahanan enam tahun, Mat Sah Satray, berkata adalah lebih baik jika Sanjeev dibebaskan segera agar beliau boleh menerima rawatan yang lebih baik.

"Berdasarkan kes sebelum ini, terdapat tahanan yang mengalami lumpuh. Bagaimanapun, selepas beliau dibebaskan, beliau pulih apabila mendapat rawatan sewajarnya. Berdasarkan pengalaman itu, kesihatan Sanjeev lebih terjamin jika di luar berbanding di Kemta," tegas beliau.
Vigil di Kamunting, 7 Jun
Dalam perkembangan lain, Norlaila menyatakan bahawa GMI Perak telah menghantar surat makluman kepada polis Taiping berkenaan program 'vigil' yang akan diadakan Sabtu, 7 Jun ini, di hadapan Kemta.

"GMI juga mengambil kesempatan untuk meraikan rakyat di sebelah utara (Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis) untuk bersama-sama menjayakan kempen ini, yang mana mungkin sukar menyertai kempen kita di KL, sebelum ini," kata beliau, yang mensasarkan kehadiran 1000 orang pada kempen 'vigil' tersebut.

Beliau menyeru orang ramai agar turut sama menyertai program itu bagi menyatakan bantahan ke atas akta zalim tersebut. - mks.
(foto.....ehsan dari camera UMMUASIAH :))

HARGA MINYAK NAIK LAGI-EXTREMELY HIGHHHH....

Hari ini saya keluar dari rumah jam 10.30 pagi. Ada janji temu dengan syarikat printing T-Shirt, kemudian terus ke Batu 3 Shah Alam, menziarahi kawan yang meninggal dunia. Kemudian terus ke Bangunan Tun Razak Jalan Raja Laut, menghantar memorandum GMI kepada SUHAKAM. Sampai di rumah jam 6 petang. Terus on PC untuk upload gambar dan hantar gambar-gambar kepada wartawan HARAKAH...sebab mereka datang tanpa cameraman. Sambil tu baca e-mel. Dapat mel...harga minyak naik 78sen by tengah malam ni.

Terus talipon suami.....yang on the way balik ke rumah.
...."Abang, jangan balik dulu...terus pergi petrol station isi minyak"...tapi suami dah sampai depan rumah. Jadi kami masing-masing reverse kereta dan van untuk ke petrol station di Greenwood....
Sampai di sana...."Mak aaiii...panjangnya".....sambil tunggu...sempat menghantar sms pada kawan-kawan...Suami pula tak sanggup tunggu lama di petrol station greenwood...terus keluar ke Petronas Batu Caves.
Terus dial lagi...
Aiman Athirah.."Akak, apa khabar, sihat ke?"....
saya.."Tak sihat...tengah marah sangat ni...macam mana...kita nak buat apa...PROTES tak nak buat apa ke?"..laju saya tanya pada Aiman...memang rasa amat marah rasa macam nak menangis...
Aiman pun berilah maklumat kepada saya...InsyaAllah...KAMI AKAN PROTES...untuk rakyat....
Ini sms yang saya terima dari seseorang yang memperjuangkan nasib Palestine dan rakyatnya...
"For the poor, they are turning this country into GAZA-denying food and fuel by raising the price beyond their means"

Tuesday, 3 June 2008

Cuti...ke Bukit Tinggi..

(Asma' dan Asiah bergaya di depan Air Terjun yang sebelum trip yang ini, airnya lebih bersih lagi)
25hb Mei 2008..Ahad jam 3.30 petang.

Cuti kali ni memang tak ada planning lansung untuk ke mana-mana. Jadi tempat tuju kami setiap kali nak berjalan tapi tak tahu ke mana selain dari ke shopping complex ialah menuju ke Bukit Tinggi- now known as Berjaya Hills Resort. Tempatnya tak jauh dari rumah kami di Gombak dan ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

Saya masak masakan untuk lunch...tapi kami makan sangat lewat. Selalunya kami akan makan di kawasan taman di Meranti Park Suites, tapi kali ini disebabkan terlalu lapar, kami melencong keluar dari Karak Highway ke kawasan bentong rasanya...itulah dia gambar di atas. Kami hampar tikar dan makan berhadapan dengan air terjun yang dah keroh airnya disebabkan hujan lebat sebelum tu dan mungkin sebab ada constructions di mana-mana puncak bukit.
Lepas makan terus menuju ke Bukit Tinggi dan terus singgah di Berjaya Hills Club House. Ada kemudahan surau di sini. Pada sesiapa yang sering ke sini mungkin dah tahu tentang all the facilities yang ada dan aktiviti yang boleh dilakukan. Kebiasaan kami ialah datang dan main bowling. RM6 per game per person. Kasut RM 1 rasanya. Puasla jugak main setiap satu game. Tapi kami minta staff disitu..tutupkan 'longkang'..so kira okayla...bola tak dapat jatuh masuk dalam longkang.
Ini anak dara sunti dua orang..disebabkan kami sekeluarga sahaja yang guna tempat tu..depa pun apa lagi..buat jadi stage untuk menari dan buat performance pulak. Abang Anas yang dah Hafiz tu...heboh marahkan adik-adik dia dok menari...Ummi pulak kata...tak pe la Anas...kecik lagi adik2 tu...well...girls just wanna have fun...ye tak???...Janganla marah Abang Anas..
(Anas dan Ammar main, Asma' dan Asiah sedang kutip bola agaknya)
Lepas main bowling Anas pula heboh nak main table tennis pulak, dan adiknya Ammar heboh pulak nak main badminton. Tapi badminton court fully occupied, so terpaksa la permohonan Anas sahaja yang dipenuhi. RM1o per table for one hour and bolanya dijual RM2. Kena la ambil 2 table sebab anak dara dua orang tu pun nak main jugak..but at last hanya habiskan masa dok kejar bola saja.

Ini pemandangan di hadapan Colmar Tropicale Bukit Tinggi...Asiah dan Abangnya Anas. Kami ke sini selepas solat Magrib. Selalunya inilah tempat tujuan selanjutnya selepas berekreasi di Berjaya Hill Golf n Country Resort. Di sini ada juga beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak. Di sini juga ada surau yang amat selesa, sebuah bilik hotel yang diubahsuai.

(tengok tu bukan main sengeh lagi Asiah, at last dapat buat)

Ini salah satu aktiviti yang perlu dibayar juga :(..(Asiah sedang buat 'wax tangan'). Sebenarnya setiap kali jumpa benda ni memang dia nak buat. Tapi saya tak pernah layan kehendak dia. Cuma kali ni, sebab kesian sangat tengok dia begitu ayik tengok orang lain buat, abah dia pun cair jugak, tapi kalau ikutkan saya, memang tak dapat. Saya duduk memerhati dari jauh, di restoran di belakang sambil tunggu pizza yang diorder. Ingatkan nak makan sambil minum hot coffee yang dibawa dalam flask dari rumah. Tetapi sayangnya flask tu terjatuh dan pecah. So kena spend bayar duit minuman yang mahal...

Inilah percutian singkat kami...

Monday, 2 June 2008

Cuti....melayan tetamu..

Dah lama tak update blog..not really busy..tapi time cuti ni macam lagi tak de masa terluang.
Kami sekeluarga tidaklah bercuti-cuti Malaysia..cuma tinggal di rumah sahaja. Buat masa ni ada 3 orang kakak ipar bersama 6 orang anak saudara dan 2 orang cucu saudara datang bercuti di rumah kami. Seorang kakak ipar, Angah dan anaknya datang bersama kami ketika kami pulang menziarahi mereka di rumah kampung di Chengkau. Dua orang lagi bersama anak-anak dan cucu bersusah payah datang dari kampung di Felda Pasoh 4 dan Felda Lui Selatan dengan menaiki bas dan keretapi. Saya menjemput mereka di KL Sentral.
Penuh lah rumah kami dengan sanak saudara...sesekali datang memang tak boleh nak fikirkan sangat tentang hendak menjaga kekemasan rumah. Tapi yang paling best kami sekeluarga dapat makan sedap, makan masakan negori yang ori. Saya cuma menyediakan bahan untuk dimasak...Alhamdulillah. As for siang tadi disebabkan saya ada urusan di luar, saya cuma tinggalkan wang berbelanja dan saya serahkan pada kakak2 ipar, Ateh dan Achik untuk ke kedai membeli bahan2 untuk dimasak di kedai. Kedai runcit hanya beberapa langkah sahaja di hadapan rumah saya. Saya keluar pada jam 10.30 pagi, bila saya balik pada jam 1.30 petang segalanya telah terhidang di atas meja...masak lemak udang galah, masak lemah ikan dengan buah bacang, ayam goreng, ikan goreng, lala masak pedas dan kangkong goreng...hmm...setahun sekali kot meja makan rumah saya boleh dipenuhi dengan menu sebanyak tu..:)
Saya tanya pada kakak2 ipar saya..'mahal tak harga barang di sini'...kata Achik.."untuk orang KL tak mahal la..tapi untuk orang kampung macam Achik ni mahal la"..
Petang tadi ketika nak masak nasi tambahan, buka bekas beras...tengok dah licin...Saya pun bergegasla ke kedai untuk beli beras. Confident nak angkat sekampit beras Sunwhite 10kg...terkejut 'berok' la juga saya tengokkan harganya...maklumlah sejak heboh harga beras naik saya belum terasa bahangnya, sebab beras di rumah ambil masa yang agak lama untuk habis :)..bila tengok harganya RM58.80...mak aaaiii...patula orang heboh kata beras mahal...so saya ambil la beras yang 5kg saja..itupun harganya dah lebih mahal sebanyak RM8 untuk 5 kilo...terbayang saya macam mana la orang-orang susah nak beli beras untuk makan nasi....
Esok pagi mereka semua sudah nak berangkat balik ke rumah masing-masing. Sunyilah balik rumah kami..entah bila pula mereka dapat datang ke mari.....Masing-masing tidak mempunyai kenderaan sendiri. Tapi untuk percutian mereka di sini kali ini tak dapatlah saya membawa mereka berjalan-jalan kerana terlalu ramai, satu van pun tak muat. Tapi petang tadi bawa jugalah jalan menziarahi rumah saudara mara yang berdekatan. Ada yang perlu ditinggalkan sebab tak muat.
Kawan saya katakan kepada saya..'dapatlah banyak pahala'...Moga-moga Allah redhai dengan pahala...tetamu datang membawa rezeki..tak semestinya dalam bentuk wang ringgit dan harta benda...moga rumah kami diberkati dan dirahmati.