Thursday, 19 June 2008

Asiah, GMI dan Perjuangan....

Semalam seperti malam Rabu yang lain saya telah meluangkan masa menghadiri mesyuarat GMI di Petaling Jaya. Mesyuarat malam semalam adalah mesyuarat untuk ad-hoc committee bagi program "MALAM HIMPUNAN RAKYAT ANTI-ISA" yang akan diadakan pada 28hb Jun 2008 jam 8.30mlm - 11.00 malam di stadium Malawati Shah Alam.


Saya pergi juga ke mesyuarat tersebut untuk bersama memastikan persediaan yang dibuat untuk kelancaran program tersebut lebih-lebih lagi untuk part kewangan, kerana program besar ini pasti akan menelan belanja yang besar dan GMI bukanlah sebuah organisasi yang mempunyai dana yang banyak. Kebanyakan dana disalurkan untuk kebajikan keluarga tahanan ISA dan juga program kempen yang berterusan.

Seperti biasa saya mesti membawa sekurangnya seorang anak untuk bersama saya ke mesyuarat tersebut. Seperti biasa Asiah anak saya yang bongsu (7 tahun) menjadi teman setia saya. Dia juga sudah biasa dengan keadaan di tempat mesyuarat dan pandai membawa diri. Selalunya juga dia akan duduk bersama di meja mesyuarat. Bila jemu dia bangun dan berbual dan bergurau dengan staff di pejabat SUARAM, mereka yang dia panggil Abang John atau Kak Chai Yi.
(Asiah menghabiskan kerja rumahnya di meja mesyuarat ketika kami bermesyuarat)
Semalam mesyuarat berbincang mengenai bagaimana nak mempromosi program kami pada 28hb ini. Ini kerana target GMI ialah untuk mengumpul seramai 10,000-15,000 orang untuk datang memberi sokongan. Satu cara untuk kami mempromosi ialah dengan mencari program besar yang diadakan pada masa terdekat sebelum tarikh program kami. Satu program besar yang akan diadakan ialah Karnival Sempena 100 hari Pakatan Rakyat pada 20hb ini di Stadium Shah Alam.

Pengarah Program Malam Himpunan Rakyat GMI ialah Ustaz Ramadhan Fitri. Beliau menyarankan agar semua AJK GMI untuk turun padang pada malam Karnival Sempena 100 hari Pakatan Rakyat 20hb ini untuk sama-sama mengedarkan flyers untuk promosi program kami pula pada 28hb ini. Asiah juga tidak ketinggalan disebut oleh Ustaz Ramadhan untuk turut serta.
Secara bergurau Ustaz Ramadhan berkata kepada Asiah... " ok Asiah, nanti Asiah ajak kawan-kawan datang ye"..Asiah pula secara spontan menjawab dan bertanya..."hari apa?"...dengan muka selambanya tetapi serius....

Kami semua yang ada dalam mesyuarat tu tertawa dengan jawapan spontan Asiah tu...tetapi Asiah tetap serius. Asiah sebenarnya memang suka dan agak biasa dengan kerja-kerja bersama GMI. Bukan saya memaksanya atau dia buat tanpa ada apa-apa pemahaman mengenai isu-isu kezaliman, hak asasi maupun politik, tetapi dia sudah mampu memahami melalui percakapan dan pemerhatian dia sendiri tentang apa yang berlaku di sekelilingnya.

Semasa saya memandu pulang dari Petaling Jaya sebaik habis mesyuarat, di dalam kereta Asiah bertanya lagi kepada saya....ini pertanyaan ikhlas dari seorang anak kecil....

Asiah.."Ummi...macamana rupa Agong Ummi?"...spontan lagi soalannya..tetapi dalam hati saya terfikir mungkin juga sebab peristiwa hari Sabtu lepas dimana dia juga bersama kumpulan anak-anak lain ke Istana untuk menyampaikan hadiah teddy bear kepada Agong..

Ummi.."Ingat tak yang kita tengok di TV dulu tu...masa hari keputeraan Agong tu, yang ada Pak Lah, Jeane tu..??.."

Asiah.."..ooooo...Asiah ingat...Asiah ingat"

Asiah.."Ummi...Agong tu orang BN ke Ummi?"..

Ummi..dalam hati..susah nak jawab ni..." kalau jadi Agong..dia tak boleh tunjuk dia sokong mana-mana...tapi Ummi rasala...dia....(sensored)".

Asiah..."Ummi...kalau jadi Agong..dia tak boleh cakap banyak ke?"

Ummi.."Kalau jadi Agong, dia ada adab-adap dan cara-cara dia sendiri nak layan orang"

Asiah..(macam faham saja).."Asiah rasa memang kalau jadi Agong tak boleh banyak cakap"....

Sebaik kereta melalui jalan di hadapan KL Sentral, Asiah menjerit pada saya sambil menunjuk gambar di bangunan KL Sentral...."Ha..Ummi...tu ha gambar Agong..."...tapi entahla gambar apa yang dia tunjuk sebab saya tak dapat nak toleh tengok disebabkan sedang memandu.

Itulah sedikit perbualan Asiah yang menunjukkan dia juga 'membaca' dan 'memahami' melalui pemerhatiannya sendiri....

Peristiwa ini juga membuatkan saya terkenang kan dengan seorang individu yang bernama Ezam Mohd Noor. Di tahun 2001 hingga 2003 saya agak rapat dengan isterinya serta ibunya Mak Cik Esah. Semuanyan kerana pada 2 tahun complete tersebut, kami sama-sama berjuang dalam GMI untuk membebaskan bukan sahaja Ezam, tetapi 10 orang tahanan reformasi yang lain ketika mereka ditahan di bawah akta ISA. Mak Cik Esah menceritakan yang beliau dulunya sangat aktif dalam pertubuhan UMNO bersama Wanita UMNO. Mak cik sentiasa membawa Ezam bersamanya di setiap mesyuarat dan aktiviti. Menurut Mak Cik Esah, mungkin disebabkan itu, Ezam juga telah menjadi seorang ahli politik...yang ketika itu bersama-sama rakyat berjuang menentang kezaliman dan ketidakadilan dalam pemerintahan.

Sejak Ezam dibebaskan di dalam tahun 2003 saya sudah lama tidak bertemu kembali dengan Mak Cik Esah dan keluarga.Pada waktu dulu kami sering ke rumahnya bila ada mesyuarat mingguan Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA. Kami juga bergilir-gilir ke rumah keluarga yang lain termasuk rumah keluarga Ustaz Badrulamin, Lokman Nor Adam dan juga Saari Sungib,yang sama-sama ditahan di KEMTA tapi paling kerap sudah tentu di rumah Mak Cik Esah sendiri.

Alhamdulillah, kini ke semua tahanan reformasi tersebut sudah pun dibebaskan sebaik tamat tempuh tahanan 2 tahun mereka di Kamunting. Syukur juga kepada Allah kerana saya, Asiah dan keluarga serta rakan-rakan di GMI masih bersama untuk memastikan ke semua tahanan ISA dibebaskan segera, tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama mahupun fahaman politik mereka. Semoga terus diberikan kekuatan oleh Allah (SWT).


2 comments:

tulipurple said...

jitu dan cekal sggh perjuang GMI...tpkan sis,lagu tu sedey betul lah...wat sy nangis.semoga Dia mendengar rintihan hamba2Nya.
dr sis tulis tu,sy pun dpt rasa kan asiah akan membesar menjadi seorg yg matang dan prihatin..insyaAllah :)

Abang Long said...

Salam hormat wahai Puan.

Ezzam oh Ezzam. Teringat pada sumpah yang dilafazkannya. Pada waktu itu, saya terfikir, bagaimana kalau satu ketika nanti dia melanggar sumpah ?