Wednesday, 11 June 2008

Dah Bebas???...Kena Do'a..la ye..ummi...

Saya lansung tidak menyentuh notebook saya sejak Jumaat malam sabtu sehingga ke hari ini. Hari Jumaat sibuk dengan persiapan untuk bertolak ke Pulau Pinang sebelum ke Kamunting untuk program VIGIL GMI. Selepas hari Sabtu terus bercuti di Pulau Pinang sebab kebetulan suami perlu menghadiri mesyuarat bulanan di Hospital Sungai Petani pada hari Isnin. Anak-anak sambung cuti pada hari Isnin. Lantaran harga minyak naik, hajat kami untuk bersama AJK GMI yang lain bertemu MB Kedah terpaksa dibatalkan. Kami pulang ke KL pada petang Isnin sebaik selepas suami habis bermesyuarat.

Sejak dalam perjalanan pulang, badan dah mula rasa sakit, tekak gatal dan perit, kepala berdenyut-denyut...mungkin akibat dari berjalan malam dari Masjid Kamunting ke Kem Tahanan Kamunting dalam hujan yang turun renyai-renyai....akan cuba mengisahkannya di entry yang lain.

Sakit kepala melarat hingga ke hari ini...kerana melayan badan yang tidak sihat saya lupa 'tarikh keramat' hari ini.....11hb June...sehinggalah saya menerima sms dari Cikgu Laila..."Dah 3-4 kali buka PC nak draf statement, draf list of transportation, repair form of welfare...all go to a halt. My mind not focus to my job coz I'm anxious waiting for a call from KEMTA...Today is June 11th, the final day of Abah's Suhaib 6th year detention. It's like waiting a verdict to be dropped on my head.."

Barulah saya teringat......cepat saya membalas kepadanya..." I am sure u will receive a lot of kata perangsang...as for me I jus don't know what to say...but InsyaAllah, I will continue fighting with GMI...see u tonite!"

Malam ini adalah malam mesyuarat dwi mingguan GMI....semasa makan bersama anak-anak tadi..saya sebutkan kepada anak2 saya tentang hal ini...jawapan spontan dari mereka...

Ammar:.."..OOO...ummi meeting malam ni nak bincang pasal tu ke???"

Asma'..."...kena do'a la ye ummi???"

Asiah..."...Abah Suhaib dah bebas ummi???....Ummi...:.."belum.."

Asiah..dengan muka yang sedih..." Kalau Asiah jumpa dia..asiah nak salam dan peluk dia....mesti dia dah tua kan ummi...macam Atok ye???..."

Asiah ialah anak yang membesar bersama perjuangan di dalam Gerakan Mansuhkan ISA.....

3 comments:

Abang Long said...

Betapa ZALIM nya mereka, memisahkan anak - anak dengan ayah mereka !

IKHWANI said...

Ya Allah kesiannya!! Hopefully bebas secepat mungkin. Sama-sama kita doakan.

ummu asiah said...

Abg Long n OO..

hingga ke saat ini sahabat kita yg dizalimi ini masih menanti..'verdict' yg akan dijatuhkan ke atasnya...

sms dia pada saya ptg tadi..katanya ramai yg menalifon bertanyakan khabar tentang sambung atau tidak suaminya...tapi dia masih dpt kawal perasaan utk jawab semua soalan...begitulah kejamnya ISA...keluarga dan juga tahanan dibiarkan menanti dgn sejuta harapan..tidak seperti banduan yg dibicarakan sudah boleh mebilang hari bila tempoh tahanan akan tamat atau boleh diampunkan lebih awal....kejam....memang kejam