Cuti....melayan tetamu..
Dah lama tak update blog..not really busy..tapi time cuti ni macam lagi tak de masa terluang.
Kami sekeluarga tidaklah bercuti-cuti Malaysia..cuma tinggal di rumah sahaja. Buat masa ni ada 3 orang kakak ipar bersama 6 orang anak saudara dan 2 orang cucu saudara datang bercuti di rumah kami. Seorang kakak ipar, Angah dan anaknya datang bersama kami ketika kami pulang menziarahi mereka di rumah kampung di Chengkau. Dua orang lagi bersama anak-anak dan cucu bersusah payah datang dari kampung di Felda Pasoh 4 dan Felda Lui Selatan dengan menaiki bas dan keretapi. Saya menjemput mereka di KL Sentral.
Penuh lah rumah kami dengan sanak saudara...sesekali datang memang tak boleh nak fikirkan sangat tentang hendak menjaga kekemasan rumah. Tapi yang paling best kami sekeluarga dapat makan sedap, makan masakan negori yang ori. Saya cuma menyediakan bahan untuk dimasak...Alhamdulillah. As for siang tadi disebabkan saya ada urusan di luar, saya cuma tinggalkan wang berbelanja dan saya serahkan pada kakak2 ipar, Ateh dan Achik untuk ke kedai membeli bahan2 untuk dimasak di kedai. Kedai runcit hanya beberapa langkah sahaja di hadapan rumah saya. Saya keluar pada jam 10.30 pagi, bila saya balik pada jam 1.30 petang segalanya telah terhidang di atas meja...masak lemak udang galah, masak lemah ikan dengan buah bacang, ayam goreng, ikan goreng, lala masak pedas dan kangkong goreng...hmm...setahun sekali kot meja makan rumah saya boleh dipenuhi dengan menu sebanyak tu..:)
Saya tanya pada kakak2 ipar saya..'mahal tak harga barang di sini'...kata Achik.."untuk orang KL tak mahal la..tapi untuk orang kampung macam Achik ni mahal la"..
Petang tadi ketika nak masak nasi tambahan, buka bekas beras...tengok dah licin...Saya pun bergegasla ke kedai untuk beli beras. Confident nak angkat sekampit beras Sunwhite 10kg...terkejut 'berok' la juga saya tengokkan harganya...maklumlah sejak heboh harga beras naik saya belum terasa bahangnya, sebab beras di rumah ambil masa yang agak lama untuk habis :)..bila tengok harganya RM58.80...mak aaaiii...patula orang heboh kata beras mahal...so saya ambil la beras yang 5kg saja..itupun harganya dah lebih mahal sebanyak RM8 untuk 5 kilo...terbayang saya macam mana la orang-orang susah nak beli beras untuk makan nasi....
Esok pagi mereka semua sudah nak berangkat balik ke rumah masing-masing. Sunyilah balik rumah kami..entah bila pula mereka dapat datang ke mari.....Masing-masing tidak mempunyai kenderaan sendiri. Tapi untuk percutian mereka di sini kali ini tak dapatlah saya membawa mereka berjalan-jalan kerana terlalu ramai, satu van pun tak muat. Tapi petang tadi bawa jugalah jalan menziarahi rumah saudara mara yang berdekatan. Ada yang perlu ditinggalkan sebab tak muat.
Kawan saya katakan kepada saya..'dapatlah banyak pahala'...Moga-moga Allah redhai dengan pahala...tetamu datang membawa rezeki..tak semestinya dalam bentuk wang ringgit dan harta benda...moga rumah kami diberkati dan dirahmati.
4 comments:
Salam hormat buat Puan. Sesekali rumah sendiri dipenuhi dengan kehadiran kaum keluarga, rasa rumah bagai nak rak. Sesekali juga sewaktu hari lebaran rumah datuk dipenuhi dengan anak (9 orang), menantu (12 orang), cucu (32 orang), cicit (5 orang) ...datuk senyum sahaja ...
masak lemak ikan dengan buah bacang? neeza tak pernah dengar tu kak tapi dapat bayangkan, macam sedap aje... mengidam la pulak.. hehee...
mahalnya berasssss.. kat saudi yang tak tanam beras ni pun tak sampai macam tu sekali.. teruk betul la pekedai ni.. naikkan harga barang kawalan sesuka hati jeee..
Kena senyum selalu bila keluarga datang...dapat lah extra pahala dari senyuman pulak..senyum pun sedekah...lepas semua balik baru la kemas and bersih semua..kena maintain senyum gak..nanti hilang pahala
Neeza..sodapppp...orang negeri kratif bab masak..macam2 boleh masukkan.
Harga beras memang dah diberi kuasa untuk dinaikkan..cuma naiknya sangat melampau..tu lah silap perancangan dok fikir nak maju dalam hitech saja..last-last rakyat juga yang susah..memang mahal betol..
Post a Comment