Monday, 27 June 2011

BERSIH2.0 KITA KAYA!!!!: Berita paling kelakar atau paling bijak????

Saya tidak dapat menilai apa perasaan sebenar saya apabila membaca tajuk berita ini...nak ketawa berdekah-dekah, nak marah, geram...atau sebenarnya sungguh rasa diperbodohkan oleh akhbar yang sering memperbodohkan rakyat yang membacanya.
Saya sungguh tertarik dan terkesan dengan kata-kata YB Husam Musa.
Katanya : "Kita BERDOSA membiarkan orang kampung tidak mendapat maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam negara. Kita membiarkan orang kampung duduk dalam bakul yang berasap, kita biarkan mereka hangit dan hangus."
Sudah tentu dikaitkan dengan tipu daya UMNO dan Barisan Nasional dalam menyampaikan maklumat melalui media milik mereka!!
Seterusnya kata-kata seorang penulis di Malam sambutan SELAMATKAN DBP ke 55.

Dosa-dosa pembohongan
(sudah tentu dituju pada mereka yang memiliki Media-media Perdana)

"kamu rela rakyat dibohongi, kamulah harus bertanggungjawab atas dosa-dosa pembohongan ini!"
Dan mereka akan terus mereka cipta cerita yang entah dari mana datangnya....
Cukuplah kamu terus membohongi dan memperbodohkan rakyat negara ini!!!!!


NGO berkaitan gerakan Kristian penyumbang dana Bersih?


KUALA LUMPUR 26 Jun - Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.

Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.

"Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.

Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.

"Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.

No comments: