"Ops Bubar DUN Perak" 20 anggota Polis dikerah menangkap Puan Suhana.
Kes Ops Bubar Dun Perak bermula semalam untuk fasa ke dua di mana kesemua 13 orang OKT diminta untuk bela diri.
Fakta kes: Pada 6hb Februari 2009 telah berlaku satu perhimpunan aman di perkarangan Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat. Perhimpunan bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan kejadian rampasan kuasa di Perak yang membuatkan Menteri Besar Pilihan Rakyat Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin digantikan dengan Menteri Besar yang dianggap tidak sah iaitu Dato' Seri Zambry.
Pada hari tersebut perhimpunan telah diganggu oleh pihak berkuasa dan berlakulah keadaan yang kecoh dan akhirnya 9 orang telah ditangkap di tempat kejadian. 4 orang yang lainnya ditangkap di beberapa tempat sehingga tempoh 2 minggu selepas kejadian.
Mereka semuanya telah dikenakan dua pendakwaan di bawah akta polis seksyen 27(4) kerana gagal bersurai dan di bawah kanun jenayah seksyen 145 atas dakwaan berada di di dalam satu perhimpunan haram.
Perbicaraan yang bermula pada bulan Mac 2009 berlansung hingga hampir lebih dari dua tahun dan akhirnya pada bulan April 2011 Mahkamah melalui Hakim yang mendengaf kes Puan Norsalha telah membuat keputusan yang dibacakan oleh Hakim Tuan Amran kesemua mereka yang dituduh dikehendaki membela diri untuk dakwaan pilihan bawah seksyen 145 kerana berada di dalam satu perhimpunan haram.
Untuk dakwaan di bawah akta polis seksyen 27(4) dengan dakwaan gagal bersurai dan tidak mematuhi arahan polis pihak pendakwaan telah gagal membuktikannya dan kesemua mereka dibebaskan darhi tuduhan tersebut yang mana menurut peguam tuduhannya adalah lebih berat berbanding di bawah seksyen 145 kanun jenayah.
1 hb Jun bermula saat ke 13 OKT membela diri. Perbincangan panjang bagi persediaan suatu yang baru dan lebih mencabar kerana kali ini mereka yang tertuduh sendiri perlu masuk ke kandang saksi dan membela nasib mereka sendiri dengan hujah-hujah dan jawapan yang sebaiknya bagi menolak segala dakwaan. Jika sepanjang dua tahun lepas mereka semua melihat bagaimana semua-semua saksi polis dari pihak pendakwaan menjawab soalan-soalan berat dari pihak pembelaan mahupun pendakwaan, kini tiba giliram kesema 13 OKT ini masuk ke kandang saksi melalui episod yang sama.
Namun kali ini nasaib mereka bergantung pada cara bagaiman mereka menjawab semua soalan yang ditujukan kepada mereka.
Setelah perbincangan dan persediaan dilakukan antara peguambela dan kesemua OKT satu persetujuan telah dibuat untuk Puan Suhana menjadi orang yang pertama masuk ke kandang saksi. Persediaan yang rapi oleh peguambela Augustine Anthony dan tim yang lainnya dijalankan bagi memastikan Puan Suhana dapat memberikan yang terbaik dan menjadi inspirasi kepada ke 12 orang sahabat seperjuangan yang lainnya.
1 hb Jun 2011 jam 11.52 pagi, setelah menunggu sejak 9 pagi akhirnya Puan Hakim Norsalha masuk ke kamar Mahkamah dan bermulalah episod baru dalam perjuangan 13 orang OKT Kuala Kangsar ini.
Sebelum itu peguambela, Augustine Anthony telah datang menemui saya dan memohon saya untuk menjadi seorang 'observer' dan mencatat apa yang bakal didedahkan oleh Puan Suhana. Katanya dia sendiri merasa amat sedih dengan apa yang perlu dilalui oleh Puan Suhana dati peristiwa penangkapannya dan akibat dari penangkapan secara rambang oleh pihak polis ke atas rakyat yang tidak bersalah.
Cerita ini perlu diedahkan dengan lebih meluas lagi kerana peristiwa perhimpunan aman seperti ini akan terus berlaku selagi kezaliman pihak pemerintah ke atas rakyat berluasa.
Puan Suhana seorang ibu tunggal bekerja sebagai pencuci di Masjid Ubudiah ketika ditangkap kini terpaksa menanggung akibat dari penangkapan tersebut. Puan Suhana seorang wanita ibu tungal bertubuh kecil dan lembut perwatakannya, mempunyai 3 orang anak.
Pada 10hb Februari 2009, 20 orang anggota polis dikerahkan untuk menangkapnya di tempat kerjanya di Masjid Ubudiah. Sehari semalam dipenjarakan dan pada 11hb Februari 2009 dibebaskan, terus ke tempat kerja untuk bekerja seperti biasa. Namun apa yang terimanya ialah satu surat tunjuk sebab dari pihak majikannya ISBA Sdn Bhd atas alasan beliau telah menyertai satu tunjuk perasaan dan rusuhan di perkarangan Istana Iskandariah dan disebutkan tindakan beliau itu telah menjatuhkan reputasi atau kepercayaan umum terhadap syarikat.
Pernyataan di atas adalah bibit permulaan nasib yang perlu ditanggungnya.
Bersambung dengan soalan-soalan pihak peguambela kepada saksi pertama Puan Suhana yang tabah dan berani.
No comments:
Post a Comment