Sunday 19 June 2011

Semuanya hendak dibolot!!! UMNO kuasai Lifeline 4 Gaza.


"Saya gembira apabila diberi peluang untuk berucap bersama Perdana Menteri dan NGO2 yang lain sebab isu Palestin adalah isu bersama dan sokongan kepada rakyuat Palestin yang tertindas." begitulah ungkapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di sidang Media berkenaan pengguguran namanya sebagai penyampai ucapan di Majlis Pelancaran Freedom Flotilla 2 semalam.

"Saya telah mendapat jemputan dari NGO Lifeline 4 Gaza untuk berucap selama 10 minit dan mendapat persetujuan dari Parti untuk menyertainya." ulas beliau lagi.

Pada mulanya NGO Lifeline 4 Gaza telah menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk acara majlis pelepasan misi kemanusiaan pelayaran Kapal Freedom Flotilla 2 ke Gaza. Cadangannya diadakan di Dataran Merdeka, namun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat hadir maka pengganti yang dicadangkan oleh YB Khalid Samad ialah Mohamad Sabu.

Majlis tersebut dijalankan semalam Sabtu 18hb Jun di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Mohamad Sabu memaklumkan bahawa beliau telah dimaklumkan pengguguran namanya dari hadir sebagai pemidato pada jam 10 pagi Sabtu. Beliau menganggap usaha membantu rakyat Palestin melalui Lifeline 4 Gaza yang diusahakan oleh rakyat dengan sumbangan wang rakyat kini cuba dimonopoli oleh UMNO dan Aman Malaysia.

"Tindakan sebegini tidak membawa kebaikan kepada rakyat umum." jelas beliau. Beliau juga menambah NGO2 lain juga telah mengambil tindakan untuk menarik diri dari misi ini.

Begitu sekali tindakan mereka hingga sanggup mengkhianati usaha dari sumbangan wang rakyat bagi membantu mengurangkan penderitaan nasib rakyat Palestin.

Tentu kita semua masih ingat dengan pelayaran Freedom Flotilla yang pertama yang dilancarkan oleh Lifeline 4 Gaza yang berakhir dengan tragedi hingga membangkitkan kemarahan dunia dengan tindakan kejam regim Zionis yang menawan kapal tersebut. 12 orang rakyat Malaysia turut sama berada di dalam kapal tersebut. Ini juga adalah usaha rakyat. Peristiwa yang berlaku setahun lepas....kini rakyat berusaha sekali lagi bersama gabungan NGO-NGO dan badan-badan politil. Akhirnya ianya telah dimonopolikan oleh UMNO dan NGO di bawah mereka.

Yayasan Amal Malaysia yang pada asalnya bersama LL4G juga terlebih dahulu bertolak ke Palestin. Baca di sini.

Di bawah ini pula ialah kenyataan Media sebuah lagi NGO yang telah menarik diri dari LL4G dengan alasan mereka yang tersendiri.

Kenyataan Media HALUAN berkenaan Freedom Flotilla Two (FF2)

1. HALUAN menyokong setiap usaha membantu rakyat Palestin dan membebaskan bumi wakaf umat Islam itu dari kezaliman dan penaklukan rejim pengganas zionis Israel.

2. Sukacita kami memaklumkan bahawa HALUAN telah membuat keputusan untuk TIDAK MENYERTAI misi pelayaran Freedom Flotilla 2 (FF2) di bawah gagasan Lifeline For Gaza (LL4G) kerana sebab-sebab berikut:

  1. Perkembangan geopolitik positif yang sedang berlaku di Mesir dan Gaza pada ketika ini dan pintu masuk Rafah telah mula dibuka.
  2. HALUAN berpendapat penduduk Palestin, khususnya di Gaza, lebih memerlukan bantuan kewangan dan keperluan asas yang boleh disalurkan secara langsung melalui pintu masuk Rafah. Oleh kerana itu sumbangan yang telah dikumpulkan untuk tujuan FF2 lebih utama disampaikan melalui jalan darat daripada digunakan untuk pembiayaan pelayaran FF2.

3. Oleh kerana LL4G diwujudkan bertujuan untuk menjayakan FF2, maka HALUAN dengan berat hati telah memutuskan menarik diri dari gabungan LL4G dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya.

4. HALUAN akan terus beriltizam untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pada masa akan datang, terutama dalam program dan projek yang melibatkan kerjasama badan-badan lain.

5. Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN pada 1hb Mei 2011 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, telah melantik Dr Syed Muhamad Haleem Bin Syed Hassan sebagai Pengerusi Biro HALUAN Palestin bagi sesi 2011/2013. Beliau bertanggungjawab kepada HALUAN dalam aktiviti, projek dan isu-isu Palestin.

"Bersatu Untuk Palestin"

------

Unit Media HALUAN. 17 Jun 2011.


No comments: