Selamatkan DBP ke 55 tahun: "Munafiq Bahasa: Sia-sianya akta 152"
Kak N di mana? Sham ada masak tempoyak daun dan petai...malam ni ada program di area DBP, kalau datang boleh bagi." pesanan ringkas yang diterima dari Sham lewat petang semalam.
"Di mana tempat tu?" tanya saya untuk penjelasan kerana sebelumnya sudah lihat di status Facebook Ronasina kartunis suaminya
Acara Majlis Baca Puisi & Ucapan SELAMATKAN DBP KE- 55 TAHUN
Pada RABU 22 JUN 2011 / 8.30 MLM /
Tempat: WARUNG RAKYAT HAMPIRAN BANGUNAN LAMA DBP
Tokoh yang akan hadir : A.Samad Said, Tukar Tiub, Dinsman dan tokoh politik.
Wah, apa salahnya seronok juga sekali sekala bertukar angin cara mengisi masa lapang di waktu malam dari duduk-duduk saja mengadap komputer ataupun peti televisyen.
Bersama dua orang anak, Ammar dan Asiah sebagai peneman kami meredah gelap malam menuju ke destinasi, Warung Rakyat Bangunan Lama DBP.
Bangunan Lama DBP? Di mana pula bangunan barunya...apakah ada bangunan baru??? begitulah tahap pengetahuan saya yang sudah menjejaki usia 45 tahun tentang DBP.
Saudara Ronasina kartunis ketika bangun menyatakan isi hati tentang DBP sekadar menyebut tentang apa yang diingati bila disebut DBP.
"Saya pernah naik ke tingkat 13 menghantar makanan katering" dengan disambut gelak tawa...Sekian....
Walau apapun syukur kerana dengan hanya berpandukan tanda jalan kami berjaya sampai ke destinasi...masih mampu membaca dan memahami tanda jalan.
Saudara Hishamuddin Rais turut bangun menyampaikan Lawak bersahajanya dengan mengatakan jika mahu benar-benar menegakkan bahasa, mari kita sama-sama pergi ke Putrajaya panjat tangga dan buang semua perkataan PRESINT yang ada di papan tanda jalannya!
Namun yang paling tajam menghiris dengan lawak bersahaja ini ialah apabila beliau berkata :
"Apakah sasterawan kita masih mahu menulis sajak-sajak cinta bila Kerajaan kita dan Perdana Menteri kita teribat dengan pembunuhan??"
Si gadis genit ini adalah Rakyat Malaysia yang cintakan bahasa kita semua. Katherine namanya. Katanya "saya cuma jalan-jalan di luar sana bila terlihat Pak Samad Said. Bukan setiap hari saya dapat berjumpa dengannya maka saya datang untuk bersama kumpulan ini."
"Saya benci dengan orang yang menggunakan bahasa rojak-rojak katanya." hebat gadis ini. Kita semua Rakyat Malaysia cintakan negara dan bahasa kita semua.
Sungguh suasana dan pengalaman pada malam itu sungguh indah bersama mereka yang sudah veteran dan mencintai Negara dan berjuang memartabatkan bahasa.
Mereka juga berani, sudah berani, semakin berani, akan bersama rakyat berjuang mempertahankan hak yang ada di dalam perlembagaan.
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia: memperuntukan Bahasa Kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu.
"Kepada yang masih munafik bahasa...
keluhuran perlembagaan dipersenda
kedaulatan undang-undang diperkosa
dan kuasawan yang tega menggadai bangsa,
di sini; Hang Jebat tidak selamanya derhaka
demi kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa
daulat kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Dr. Ibrahim Ghaffar
Dinsman yang terkenal dengan sajaknya di era tahun REFORMASI dan Mahazalim.
SAJAK MACAM ORANG GILA!!!
Aduh...Saudara Rahmat Haron dengan aksi sebelum bersajak, mengunyah sepiring cili api dan diludah menjadi huruf
D-B-P
apa simboliknya kawan-kawan?
Entahlah, katanya setelah kepedasan....
BAHASA KITA TELAH DIALTANTUYAKAN!!
Turut hadir seniman, pemenang anugerah Pelakon Terbaik Asia, Khalid Salleh.
Majlis pada malam tersebut adalah anjuran Gerakan Darurat Bahasa (GDB) dan Badan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI). Gambar di atas Setiausaha Penyelaras GDP, Saudara Hasni Abas.
Saya tertarik dengan satu rangkap sajak yang dibaca (malangnya tidak dapat diingati oleh siapa)
Dosa-dosa pembohongan
(sudah tentu dituju pada mereka yang memiliki Media-media Perdana)
"kamu rela rakyat dibohongi, kamulah harus bertanggungjawab atas dosa-dosa pembohongan ini!"
Pak Samad said menyelak-nyelak warkah sajaknya yang terkandung di dalam buku yang dipegang kemas AL-AMIN...sungguh indah dan lembut bait-bait katanya...
Di akhir pertemuan Pak Samad katanya "Bolehkah kita adakan sesi ini setiap bulan?" disambut dengan sokongan yang lainnya...
Memang sungguh segar dan tenang rasa minda berada di samping golongan yang ikhlas berjuang.
Di dalam gelap malam di warung rakyat kami mencari kelainan bagi mengisi ruang rasa untuk terus bersemangat bergerak berjuang untuk Malaysia yang tercinta.
Akhirnya Sham memberikan soalan: "Apa yang Kak N tahu tentang DBP?"
"Penerbit buku sekolah?" Memang saya masih tidak menghayati tentang isu DBP dan bahasa secara keseluruhannya..masih hidup tenang dalam bahasa-bahasa yang telah dirojakkan mungkin.
2 comments:
quote of the day - DBP adalah penerbit buku sekolah
arrayah.info -
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." (Surah Ali 'Imraan, Ayat 61).
Mungkinkah pemimpin malaysia sekarang sudah munafik?
Post a Comment