Tuesday 28 June 2011

Perbelanjaan PM dan Isteri...Kita Mesti BERSIHkan!

Kalau cerita pada orang kampung tentang hal dan angka2 ini agaknya apa perasaan mereka, dapatkah mereka menghayati ini sebagai sesuatu yang menzalimi rakyat.
Di kala kita bersusah payah bekerja mencari nafkah mencukupkan perbelanjaan setiap bulan hingga ada laporan yang mengatakan seramai 1086 penjawat awam muflis dan ramai lagi yang dibebani hutang yang banyak.
Satu persatu pengumuman mengenai kenaikan harga barangan yang terpaksa dibuat kononnya bagi menghapuskan subsidi dan sebagainya....pada masa yang sama jutaan ringgit dibelanjakan oleh mereka yang melaungkan Rakyat didahulukan...
Sungguh benci dan jijik sekali!!!!
KITA MESTI BERSIHKAN!!!!

RM17 JUTA DIBELANJA UNTUK LAWATAN PM DAN ISTERI - mkini

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.

Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010.

Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010.

Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010.

Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.

RM49 juta biaya rumah PM, TPM
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

No comments: