Pelancaran BERSIH2.0 di Gombak terpaksa ditukar ke Kuliah Isra' Mikraj.
Ternyata begitu takut sekali kerajaan Barisan Nasional dengan kebangkitan rakyat!!!
Maklumat diterima satu majlis Pelancaran BERSIH 2.0 akan diadakan di Tapak Pasar Malam Taman Greenwood bersebelahan jalan besar Gombak.
Pada petang Ahad, jalan masuk ke Taman Greenwood yang sudah sedia sesak menjadi bertambah sesak dengan kehadiran polis yang mengadakan sekatan jalanraya ketika kami melalui jalan tersebut sekitar jam 5 petang.
Tapak asal program telah disita oleh polis dan satu khemah polis yang besar telah dinaikkan.
Tidak cukup dengan sekatan di jalan besar yang lansung tidak menahan sebarang kenderaan namun hanya menyesakkan keadaan satu lagi sekatan terpaksa dilalui di jalan dalam!
Keadaan tidak ubah seolah terjadinya satu jenayah besar atau huru hara di kawasan Taman Gombak dan Greenwood!
Maklumat dari kejiranan juga memaklumkan polis telah berlegar dan meronda di kawasan perumahan sekitar sejak pagi lagi.
Akhirnya tapak ceramah diubah di kawasan persendirian milik Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia yang terletak di kawasan padang Taman Gombak Ria. Dalam kegelapan malam kelihatan polis dan SB tidak beruniform berada di sekeliling padang dan juga di atas padang.
Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke Pusat khidmat tersebut dan pintu pagarnya terpaksa dikunci. Orang ramai mula tertarik dengan keadaan polis yang ramai dan lebih ramai lagi yang hadir.
Akhirnya polis memasuki kawasan tersebut dan perbincangan yang agak panas telah berlaku.
Orang ramai dibenarkan masuk dan pengacara memaklumkan bahawa "Tiada peruntukan yang tidak membenarkan kuliah agama Isra' dan Mikraj dijalankan!
Orang ramai berpusu memenuhi ruang dengan laungan Takbir Allah hu Akbar!!! diketuai oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor yang telah terlebih dahulu dikepung oleh polis ketika beliau sampai di tempat ceramah. Polis telah menggeledah keretanya dan apabila tiada unsur 'KUNING' dijumpai beliau tidak diapakan.
Pengacara majlis mengarahkan hadirin untuk duduk dengan sopan beramai ramai bagi mendengar kuliah Isra' dan Mikraj.
Kuliah dimulakan oleh Ustaz Salehuddin Nasir yang memberikan motivasi-motivasi perjuangan seperti yang dilalui oleh Nabi (SAW) dan para sahabat yang bangun menentang kezaliman bagi mempertahankan agama.
Bagaimana Bilal yang dijemur di panas terik, bagaimana Sumayyah yang disula hidup-hidup. "Kalau berani sokong Nabi SAW maka inilah jalan dan habuan yang kamu dapat!!!, Kita juga hadapi ujian namun sudah tentu tidak seberat apa yang Nabi SAW dan para sahabat lalui."
Maka inilah yang harus kita lalui dalam menentang kezaliman pemerintahan regim UMNO dan Barisan Nasional yang semakin terasa kebangkitan rakyat melawan kezaliman mereka.
Semua ceramah penerangan mengenai BERSIH2.0 diganggu, mereka yang memakai T-Shirt BERSIH ditangkap!
Di tapak ceramah ini seorang pemuda telah ditangkap kerana memakai T-Shirt BERSIH walau dilindungi oleh vest yang dipakainya. Beliau dibawa ke Balai Polis Gombak dan dibebaskan setelah disoal siasat.
Majlis Kuliah Isra' Mikraj semalam di Gombak berakhir dengan aman kerana perkataan BERSIH 2.0 telah dipadamkan!!!
2 comments:
Tahniah ulasan menarik
Tahniah gambar-gambar hebat
JKKK
Bila tulis dgn pemikiran seorang wartawan.;)
Post a Comment