Thursday, 19 February 2009

DETIK-DETIK HITAM DI PERAK

Sudah berhari juga saya tidak update blog....banyak isu-isu panas dan hangat yang berlaku di sekeliling...kehidupan boleh saja diteruskan seperti biasa tanpa mengambil kira tentang situasi politik semasa...


Semakin panas dan ganas...apa saja peluang akan digunakan untuk menjatuhkan lawan...

ISA kekal berkuasa...yang ditahan bertahun lamanya...anak isteri dan keluarga terus menderita...

Kini Najib semakin ingin memastikan ianya kekal berkuasa...

Bermulalah Constitutional Crisis dalam Negara...khususnya di Perak...walaupun kami bukan orang Perak namun isu di hadapan mata ialah isu umum yang berkait dengan kezaliman tahap tertinggi...merampas kuasa dan hak rakyat...sentiasa amat terkesan di hati kami...

Namun tak disangka...kami menjadi mangsa kezaliman pemerintah yang menggunakan semua sistem yang ada dalam pemerintahan mereka untuk menekan dan menakutkan rakyat..

Dalam satu perhimpunan aman di hadapan Masjid Ubudiah pada 6hb Februari 2009, suami sendiri tertangkap dan dipenjarakan selama 4 hari 3 malam bersama 8 orang wira rakyat yang lainnya...mereka disoal-siasat persis soal-siasat yang dikenakan ke atas tahanan ISA sehingga mereka merasakan yang mereka pasti tidak akan dibebaskan dan bakal dibelasah oleh UTK (unit tindakan khas) yang telah bersiap sedia ada di IPD Kuala Kangsar...Interrogation Officer mereka telah dipanggil mengadap ketua di Bukit Aman dan Putrajaya di hari mereka sepatutnya dibebaskan...

Banyak lagi peristiwa yang berlaku ke atas diri mereka selama dilokapkan...belum sempat berkongsi...malahan setelah mereka dibebaskan ada beberapa orang yang kehidupan mereka terus diganggu sehingga mereka terpaksa bersembunyi dan tidak tinggal di rumah sendiri.

Kehidupan kami suami isteri juga sedikit berubah terutama sekali dalam memikirkan tentang masa depan, kami perlu bersedia mentally dan physically...


Secara berterus terang, saya sering terfikir dan berfikir...berbaloikah dengan apa yang kami lakukan...hadiri protes aman tanda membantah kezaliman pemerintah...kemudian ditangkap, dipenjarakan...mentally being tortured, didakwa dimahkamah...diaibkan oleh TV dan Akhbar media arus perdana...akhirnya terpaksa melalui proses turun naik mahkamah yang entah bila akan berakhirnya....namun setiap kali persoalan itu menerjah ke kepala ada saja inspirasi dan motivasi baru yang Allah kurniakan untuk saya terus rasa strong dan yakin dengan apa yang dilakukan...

Jadi di sini saya link kan ke article yang dituliskan oleh Menteri Besar Perak yang SAH Datuk Seri Ir Nizar.....ianya boleh membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir kuning Istana..sehingga mencetuskan satu detik hitam yang pekat dan panjang dalam kehidupan kita rakyat yang prihatin dan dahagakan keadilan...bencikan kezaliman....

Baca entry ini di Detikdaily...saya yakin kesahihannya...DETIK-DETIK HITAM DI PERAK
sedikit petikannya di bawah:
vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

2 comments:

AKUOKU said...

kak n family mmg hebat. jgn risau anda pasti boleh menempuhnya. tak terpikir mcm mana pemimpin2 kita sprt TGNA. DSAI, TGHH, Wan azizah. Mb Nizar melalui kehidupan ini. anak, suami dipenjara dengan mcm2 fitnah. mari kita tumpang semangat mereka.

saya juga selalu memikirkan bagaimana Rasullullah S.A.W. di uji oleh Allah dengan dugaan yg maha hebat. tapi semestinya kita tak dapat menandingi Baginda S.A.W.

ummu asiah said...

sham..

selagi ada orang2 macam sham anak2 and en kulup sakah tu..InsyaAllah kami terus bersemangat berkongsi keberanian:)

lagi banyak dugaan lagi kuat bergantungnya kita pada Allah sambil ambil iktibar dari ujian yg ditimpa ke atas org lain.