Mesti di catitkan jugak....
Hmm...berita hangat sejak dari semalam..Dr Mahathir keluar UMNO!!!..ya...suami saya beria-ia memanggil saya yang sedang enak berehat2 selepas letih mengemas rumah..."Ummi..Mahathir keluar UMNO"...saya tak pulak terkejut atau rasa nak bangun berlari dengar news tu..Entahla..sedikit pun tak terdetik rasa terkejut, seronok atau hairan. Dah la tu later baca news..keluar tu sementara saja hingga Pak Lah yang letak jawatan...hmm...hampeh betul rasanya.
Dr Mahathir dah tak berkuasa sekarang....tak tahulah sekiranya ada yang berani mengikut jejak langkahnya, especially mereka-mereka yang masih memegang jawatan dalam kabinet menteri sekarang. Dah menjadi adat, orang yang berkuasa akan cuba untuk terus berkuasa. Mahukah mereka kehilangan segalanya sekarang ini??
Perdana Menteri kita, Pak Lah memberi respon yang lansung bukan di luar jangkaan..tak tergugat dengan tindakan bekas ketuanya.."saya masih ada tugas dan tanggungjawab untuk dilaksanakan"...........Okay.........Pak Lah...betul tu...laksanakanlah amanah dan tanggungjawab anda dengan meletakkan rasa takut kepada Allah mengatasi segalanya......sedar akan segala kerosakan dan kezaliman yang telah lama dan masih menimpa rakyat anda..Hentikanlah...kalau boleh letaklah jawatan dengan secara hormat...jangan tunggu sampai anda di singkirkan. Bila dah tak ada kuasa dan tak ada jawatan...tiada siapa lagi yang akan membela anda.
Hidup ibarat roda...kadang-kadang di atas...kita berkuasa..boleh melakukan apa saja...tak perlu ambil endah akan kata-kata atau nasihat orang lain. Bila kita ke bawah...habis kena lenyek tanpa ada rasa belas kasihan lagi...Janji Allah benar kepada orang yang zalim terutama sekali kepada Pemimpin yang zalim.
Untuk semua pemimpin dan kita juga sebagai seorang Muslim....jangan leka dan mengabaikan segala yang berlaku di hadapan mata kita dan di sekeliling kita...takutlah akan azab Allah..jangan rasa seperti kematian tidak akan menjenguk kita."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu umpama binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "Surah al-A'raf: 179
Semoga kita dijauhi dari mengikuti jejak pemimpin yang zalim dan tidak bertanggungjawab. Jangan membuta tuli mengikut....ingat akan ayat Allah..."(Dikatakan kepada mereka): 'Ini adalah suatu rombongan yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)'. Mereka berkata: 'Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka kerana sesungguhnya mereka akan masuk neraka'. Pengikut mereka menjawab: 'Sebenarnya kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, kerana kamulah yang menjerumuskan kami ke dalam azab, maka amat buruklah jahannam itu sebagai tempat menetap'. Dan berkata: 'Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu kami anggap sebagai orang-orang yang jahat (hina). Mereka berkata: 'Ya Tuhan kami! Barang siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah azab kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka'. apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka?'. Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka.
Surah Sad: 59-64
Semoga kita tergolong dalam umat yang disebutkan di dalam ayat di bawah.Buat perubahan dengan penuh kesedaran sekarang sebelum tiba masa bertemu Allah yang Maha Berkuasa."Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka berlaku adil nescaya turunlah kepada mereka malaikat, (katanya): Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berduka-cita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu. Kamilah wali kamu pada hidup di dunia ini dan di akhirat dan untuk di sana apa-apa yang diingini oleh nafsumu dan untuk di sana apa-apa yang kamu minta. Sebagai rezekimu dari yang maha Pengampun lagi Pengasih. Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata: 'Sesungguhnya aku termasuk orang muslim'. Surah Fussilat: 30-33
5 comments:
salam ummuasiah...sy rasa tindakan che det ni seperti nk memecahbelahkan org kite jer.moga kita akan sentiasa dilindungi-Nya,moga yg diberia amanah akan lebih bertanggungjwb dan sedar Dia Maha Berkuasa!
Keluar tu acah-acah saja. Kan dia kata nak masuk balik nanti.
tulip..
tak tau la apa tujuan dia sebenarnya..ada la benda yg dia tak puas hati sgt tu dgn PM la ni..tapi semuanya ni patut dijadikan pengajaran kdp pemimpin yg ada dan rakyat juga..Allah dah janji akan beri balasan pd org yg zalim dan engkar.
zlaa..
tu la..kununnya dia nak ugut Pak Lah..tapi dia lupa..kan dia selalu kata melayu mudah lupa..dia lupa yg kalau orang yang dah pegang kuasa bukannya mudah nak letak jawatan mcm tu saja..inilah dia zaman kejatuhan dia..belum ada yg berani nak ikut langkah dia, masa dia jadi PM dulu..apa dia kata ramai yg boleh jadi tukang angguk..
Akak macam dah malas nak ambik tau hal diaorang ni.... nak cari publisiti murahan...tapi nak tunggu jugak paklah letak jawatan :)
Post a Comment