Friday, 2 May 2008

Berhati-hati selalu....

Awal pagi tadi sebaik sampai di hadapan pintu pagar rumah selepas menghantar anak ke sekolah, saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat, diikuti dengan bunyi deraian kaca pecah. Terkejut juga saya. Saya dah agak satu perlanggaran kecil dah berlaku. Sebelum itu, saya terperasan sebuah kereta savvy dibawa dengan had laju yang agak tak sesuai untuk kawasan perumahan dan di sebuah selekoh pula tu. Maka berlakulah perlanggaran yang tak diingini. Sebuah kereta savvy dan sebuah Proton Iswara Aeroback berlanggar berdepan. Bahagian kereta depan Iswara remuk teruk, savvy nampak macam okay saja.

Ye lah..awal-awal pagi semua orang dalam suasana yang tergesa-gesa, nak cepat, especially kalau dah terlambat. Betul juga kata pepatah melayu, biar lambat asalkan selamat. Tapi jangan lambat sangat..mengganggu orang lain pula...

Saya pernah juga 3 kali kemalangan kereta kecil-kecilan, samada saya terlanggar kereta orang atau orang lain melanggar belakang kereta saya. Memang pengalaman yang sungguh tak seronok sekali, boleh rasakan kekecewaan yang amat sangat apabila dentuman berlaku. Banyak benda-benda remeh yang perlu dilakukan kalau berlanggar, kecualilah masing-masing boleh bertolak ansur dan menyelesaikan dengan baik. Yang tak bestnya lagi, dah la rugi bila kena baiki kereta, bila buat laporan polis pun kena bayar lagi. Bertimpa-timpa kesusahan. Kereta pula mungkin tak boleh digunakan untuk beberapa hari.

Jadi kita kenalah selalu berhati-hati bila memandu, do'a perjalanan jangan lupa dibaca, agar perjalanan kita djauhi dari segala perkara yang buruk.


4 comments:

silversarina said...

Kesan dari eksiden tu yang merunsingkan, banyak sangat procedure nak kena ikut untuk selesaikannya .


saya tag ummu asiah.. just nak kenal lebih dalam lagi :P

cikMilah said...

Salam Ummu Asiah, Saya lama "mentelaah" di sini sbb dah lama tak blogging. Semuga ibubapa dan keluarga selamat dan di berkati. Saya admire perjuangan Ummu Asiah ni. Nak tanya sikit, Presiden GMI tu, suaminya Puan Melasutra Md Dali, betul ka? Kalau salah orang, maaf ya!

ummu asiah said...

Cik Milah..betoi sangat orghang perak la jugak ...eh...kawan sekolah lama ke??...if nk contact dia bolehla saya bg butir2nya thru emel..insyaAllah.

cikMilah said...

Re-visiting..kenal-kenal masa kakMela tinggal di SLU temankan bro Syed habiskan Master...Terima kasih, boleh juga rapatkan ukhuwah; email at alam.jamilah@gmail.com