Thursday, 17 April 2008

Berita Kematian...

Semalam saya menerima satu berita kematian. Kematian kakak kepada sahabat kami Rahim & Rose. Rumah Allahyarham dekat sangat dengan rumah kami. Saya tidak mengenali Allahyarham, cuma rapat dengan Rahim & Rose. Allahyarham meninggal mengejut kerana stroke...Di dalam kereta yang dipandu oleh Kak Rose sendiri...bagaimana kita nak menghadapinya sekiranya berlaku kepada kita?

Setiap kali menerima berita kematian pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita. Apa tidaknya " setiap jiwa pasti akan merasai mati"..."kematian yang pasti akan datang menemui kita pada bila-bila masa sahaja"..."tidak ada sesiapa yang dapat lari dari kematian"...

Persoalannya...apakah kita telah bersedia menghadapinya...apakah kita sentiasa beringat..sedangkan peringatan Allah ada di mana-mana.

Awal pagi tadi saya melalui jalan betul2 di hadapan rumah Allahyarham, pintu hadapan terbuka luas..ternampaklah oleh saya sekujur tubuh dibaringkan di ruang tamu rumah tersebut.

Sama-samalah kita sedekah AL-Fatihah....Al Fatihah...Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dalam keimanan, permudahkanlah kami ketika menghadapi gelombang sakaratul maut..Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, Terimalah taubat kami, Ya Allah"

5 comments:

Ummi365 said...

Ummu Asiah,
Ummi pun sama. bila dapat berita kematian ummi akan tersentak sekejap. Bagaimanakah pula nanti turn kita. Macam mana anak2. Dah lah hubby jauh. Selalu kena marah dengan hubby sebab terlalu banyak fikir.

Ummi365 said...

Ummi dah gi big apple..beli alien sebije je..nak beli banyak tak leh sebab nanti cair donut tu dok dalam kete sementara nak tunggu balik..bawa office pulak nanti ramai yang terliur..nanti bawa air liuq je balik rumah pulak dah..he he he..

silversarina said...

Kematian pasti menjelma pada diri setiap insan.. rasa gerun sentiasa mencengkam diri ... teriamaksih atas ingatan .

al fatihah buat arwah jiran ummu asiah.

Neeza Shahril said...

Innalillah... semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang orang beriman.

pelbagai soalan keluar bila fikir pasal mati - macam mana mati, aman ke di sana, mudah ke kematian itu... menakutkan..

ummu asiah said...

Ummi..sedap kan big apple..lembut..next time kita try J co donuts pulak..

Yes..mesti kita teringatkan nasib anak2 bila kita tak ada. Tapi my friend pernah kata..tak perlu fikirkan sgt..maksudnya masa yang ada ni kita gunakan utk didik mereka jadi anak yg soleh..dapat do'a pada kita sbb hanya do'a anak yg soleh saja sampai pada kita...

Kak Rina n Neeza..ya..memang rasa takut..cukup ke amal yang kita nak bawa..dosa2 pun banyak..tapi keampunan Allah pun bak lautan yang tak bertepi...