Semalam tak dapat tidur, apa taknya..dok glued depan komputer..walaupun badan terasa amat letih. Sepatutnya ada meeting GMI di PJ...tetapi terpaksa 'ponteng' atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Pagi ni 'qadha' la balik tidur semalam yang tak cukup...kunci alarm clock di handphone at 9.00am. Bila handphone berdering ingatkan bunyi alarm clock...capai handphone terus offkan. Bila sedar rupanya itu adalah missed call dari satu nombor yang tak dikenali 03-207 ***52. Memang saya selalunya akan merasa curious yg amat sangat sekiranya ada missed call dari no yang tak dikenali. So saya pun call back no tu......

....Alamak rupanya dari Balai Polis Dang Wangi.....terkejut juga saya...saya dipass kepada seorang lagi pegawai polis...dan bermulalah perbualan dengan pegawai tersebut:
Saya.."tadi ada miss call di handphone saya, no ni"
ASP.."ooo...okay, apa no hp puan"
Saya.."013-*** ****"
ASP.."Puan kenal nama ni...sambil menyebut nama suami saya"
Saya.."Kenal..itu suami saya, kenapa nak bercakap dengan suami saya?"
ASP.."saya cuba hubungi no hp suami puan, tapi tak berjawab, jadi saya call office dia di TH Selborne, kata mereka suami puan belum masuk office lagi"
Dalam hati saya berkata.."kes urgent and desperate betul ni..sampai cari kat office...mana la pula dia dapat tahu kat mana suami saya kerja and also no hp suami saya..yang 2 kali bertukar ni...hebat polis malaysia bab-bab merisik ni!!!"
Saya.."ooo..hp no dia dah diterminate sementara, dia ada kursus hari ni sampai petang..ada apa-apa boleh bagitahu saya saja."
ASP.."kursus tu dimana, habis pukul berapa, kalau boleh nak minta dia datang jumpa saya secepat mungkin, atau saya boleh pergi jumpa dia"
Saya.."bagitahu sajala pada saya kenapa...kes laporan polis demonstrasi ke apa ke"
ASP.."demonstrasi tol ke?...bukan-bukan..ada hal sikit saya nak tanya dia, boleh puan bagitahu dia, ambil no hp saya..minta dia call segera"
Dalam hati saya..."ishh..apa pulak kes ni...urgent semacam saja..tak nak bagitahu pulak tu"
Saya pun call suami saya memberitahu perkara di atas dan memberi no hp ASP tu. Selepas itu saya menghubungi peguam kami, Bob dan memaklumkan dan memohon nasihat tentang perkara tersebut. Dia menasihati agar kami bertanya dulu apa tujuan polis nak memanggil kita..polis tak boleh sesenang dan sesuka hati nak mengorek cerita atau nak soal siasat tanpa sebab.
Selepas beberapa lama, suami saya menelefon dan memberitahu yang dia telah bercakap dengan polis tersebut dan memberitahu polis tersebut yang dia sibuk...memang pun..esok masih training lagi..weekend akan sibuk dengan kenduri kahwin sepupu di Subang Jaya...kaum kerabat dari Kedah akan datang bertandang..mak ayah, adik, kakak, abang, bapa saudara semua sekali...meriah meriah. Next week pula dia outstation...hah...what to do...cannot meetla the police...though...hati saya memang curious tak kira...
Nasib baik saya menelefon peguam saya tu..baru saya diingatkan yang saya perlu hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok at 9 am...ishh...ishh...bila la nak selesai...baru nak bermula pun..
Tuduhan ke atas saya dan beberapa orang yang lain ialah:
Pertuduhan Pertama1. Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Januari 2008 di antara jam lebih kurang 1.35 ptg hingga jam 3.00 ptg di hadapan pintu masuk stesen LRT Ampang Park, Jalan Ampang, di dalam daerah Dang Wangi, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang, yang mana tujuan perhimpunan itu adalah melakukan kemudaratan awam (public nuisance) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan.
HUKUMAN
(gambar ini bukan lakonan..real punya..at around 2am..the police came macam nak ambush kami, OKT lelaki digari dan dikasari..OKT wanita dipujuk utk berjalan sendiri jika tidak akan digari juga di IPK KL)Jika disabitkan dengan kesalahan kamu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
(Ini pun gambar real juga..utk yg belum pernah masuk pudu jail..transit selepas dibawa dari IPK KL..sebelum dibawa masuk ke dalam lokap yang sebenarnya...eeee....takut...at 5am) Pertuduhan Kedua
(polis yang menjaga GARIIIII...banyaknye......macam lah kami ni pengganas, perogol, perompak, penyeludup- tak per...tunggulah balasan untuk mu)
2. Bahawa kamu bersama-sama adalah penyokong "Gabungan Protes" dan dengan mengetahui bahawa kamu telah diarahkan untuk tidak hadir atau berada atau mengambil bahagian dalam satu perhimpunan dalam radius satu kilometer dari bangunan KLCC meliputi persimpangan Jalan Ampang-Jalan Lumba Kuda serta persimpangan Jalan Ampang-Jalan P Ramlee dan radius satu kilometer dari Masjid As-Syakirin meliputi Jalan Lumba Kuda-Jalan Binjai, yang mana perhimpunan di kawasan2 tersebut telah dilarang melalui satu perintah yang telah diistiharkan pada 25 Januari 2008 oleh Majistret Aizatul Akmal bin Maharani, seorang penjawat awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah, telah pada 26 Januari 2008 di antara jam 1.35 ptg hingga jam 3 petang mengengkari arahan tersebut dengan mengahdiri perhimpunan di hadapan pintu masuk Stesen LRT Ampang Park, Jalan Ampang, dalam daerah Dang Wangi, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan keengkaran kamu telah menyebabkan kegusaran kepada orang ramai yang berkunjung ke kawasan tersebut; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 188 Kanun Keseksaan....
"Ya Allah selamatkanlah kami di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat...semoga kami tetap berada di jalan Mu yang lurus"