GMI-Kenali Kami
Oleh itu saya mengambil sedikit kesempatan ini di dalam blog saya sendiri untuk berkongsi sedikit mengenai GMI, kami yang di dalam GMI dan sedikit aktivitinya.
GMI dilancarkan pada 30 April 2001 lanjutan penahanan aktivis rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) . Ianya terdiri dari gabungan badan 82 NGO, Parti politik, organisasi buruh dan rakyat prihatin.
Dua objektif utama GMI ialah
1.Memansuhkan ISA
2.Membebaskan semua tahanan ISA - mangsa kezaliman
Berbagai aktiviti telah dijalankan oleh GMI sepanjang masa tersebut temasuklah, menghnatar memorandum, kenyataan akhbar, Sidang akhbar, pameran, terbitan dan pelancaran buku, terbitan risalah & leafleting, pelancaran lencana & pelekat, kutipan dana, desakan keluarga, Ambush Menteri & Perdana Menteri, Konsert, Movie Screening, perarakan aman, perjumpaan dengan Mufti, Menteri Besar, Roadshow Ceramah, Persembahan Anak-anak, Fax Spam, e-mel surat, penulisan rencana, temuramah dan juga di peringkat antarabangsa-urgent appeal dan perjumpaan dengan Kedutaan Luar Negara.
Gambar menunjukkan satu aktiviti GMI-Kempen mengumpulkan tandatangan. Gambar di atas diambil ketika di Muktamar PAS ke 53 di Putik. Hampir 25,000 tandatangan berjaya dikumpulkan sepanjang kain rentang tersebut.Hasil dari segala aktiviti yang dijalankan GMI juga telah meraih banyak kejayaan yang diiktiraf oleh pelbagai Pihak. Kejayaan GMI termasuklah :
Pembebasan reformasi 6 – Jun 2003
Keputusan Mahkamah Persekutuan tentang kes Reformasi 6 – PENAHANAN TIDAK SAH DAN BERNIAT JAHAT (MALA FIDE)
Akses kepada tahanan dalam 60 hari pertama
Pembebasan semua tahanan Al-Ma’unah
Pembebasan semua tahanan pelajar Karachi
Pembebasan semua tahanan KMM
Pembebasan separuh tahanan JI
Peningkatan kesedaran antarabangsa
Laporan Tahunan SUHAKAM dan Cadangan Kajisemula & Mansuhkan ISA
Suruhanjaya Diraja Polis syor tempoh tahanan dikurangkan kepada 30 hari bawah Sek 73
Syor oleh Kaukus Parlimen
Lebih liputan media utama
Perjuangan menentang kezaliman bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya perlu seluruh kekuatan mental dan fizikal untuk terus bertahan. Kerana perjuangan terutama sekali untuk memansuhkan ISA ini adalah perjuangan menentang satu akta yang sangat disukai oleh pemerintah. Satu akta yang sangat mudah untuk digunakan oleh mereka untuk menyekat kemaraan rakyat terutama sekali aktivis yang ingin mendedahkan segala kepincangan dan kezaliman yang berlaku dalam negara. Alasan yang mudah sekali digunakan apabila seseorang ditahan di bawah ISA ialah "Anda ditangkap kerana MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA"...maka setelah ditangkap tunggulah entah bila saat anda akan dibebaskan. Sepanjang anda ditahan tidak akan ada satu bukti pun yang dapat dikemukan oleh polis mahupun pemerintah yang menahan anda. Maka hiduplah anda di belakang tembok batu dan jeriji besi selama bertahun-tahun.
World View GMI
Our lives begin to end the day we become silent about things that matter
No comments:
Post a Comment