Friday, 15 August 2008

Ke Mahkamah lagi

Pagi ini 15 hb Ogos 2008. Sekejap lagi at 7.40 saya akan keluar dari rumah dan menghantar anak-anak ke sekolah. Yang sekolah pagi lambat sikit dihantar, sebab nak kongsi hantar dengan anak yang sekolah petang sekali supaya selepas itu saya boleh terus bergerak ke Mahkamah Jalan Duta. Pagi ini InsyaAllah Yang Arif Hakim akan memberikan keputusannya untuk rayuan bagi pihak saya oleh pihak peguam untuk menggugurkan syarat jaminan tambahan terhadap saya, iaitu tidak boleh menghadiri sebarang 'Perhimpunan Haram'.

Apa-apa pun keputusannya, kita sama-sama nantikan, namun InsyaAllah tidak pernah akan memadamkan semangat saya untuk terus menyatakan yang Hak. Semoga Hakim membuat keputusan yang adil tanpa memikirkan tentang implikasi politik di sebalik kes ini.

Selesai urusan saya nanti...iaitu selepas mengambil anak dari asrama, akan saya kongsikan kesah 'konspirasi' 'OPS PADAM 3'. Saya ada pengakuan dari saudara kepada Majistret yang menjatuhkan hukuman ke atas kami untuk terus ditahan di dalam lokap selama 48jam!!!!.

Semoga Allah melindungi kami dari perbuatan orang2 yang jahat dan berniat jahat.

Thursday, 14 August 2008

Aktiviti dan Kejayaan GMI

3 Disember 2007

GMI telah mengiringi keluarga tahanan ISA Singapura, Puan Norani Abdul Rahman dan Siti Atiqah, anaknya, ke Kedutaan Singapura untuk menyerahkan salinan surat yang telah dihantar kepada Menteri di sana.

Tahanan ISA yang dimaksudkan ialah Sdr Muhammad Ismail Anwarul yang dahulunya ditahan di bawah ISA di Malaysia selama 4 tahun tetapi kemudiannya telah diusir (deported) ke Singapura pada tahun 2006.

GMI tidak dapat bertemu dengan pegawai kedutaan tetapi telah tetap menyerahkan surat tersebut kepada mereka melalui kakitangan keselamatan. Turut hadir ialah kakak Sdr Ismail iaitu Puan Fatma.



Pengerusi GMI ketika mengiringi keluarga Pn Noraini ke kedutaan Singapura. Mereka telah tidak mendapat layanan yang sewajarnya walaupun appointment cuba dibuat berkali-kali. Hanya dapat menyerahkan surat di pondok pengawal. Pn Noraini datang jauh dari Johor semata untuk tujuan ini.

Di bawah adalah surat yang ditulis oleh Pn Noraini yang menceritakan tentang pengalaman hidupnya.
Alhamdulillah...selepas pertemuan tersebut...akhirnya setelah 6 tahun merengkok di penjara di bawah akta ISA..berkat usaha yang tidak kenal jemu pada Februari 2008 suami Pn Noraini dibebaskan.
28th Nov 2007.

Dr Yaacob Ibrahim,
Minister for the Environment and Water Resources,
And Minister in ­-charge- of Muslim Affairs,
Ministry of the Environment and Water Resources,
Environment Building,
40 Scotts Road,
#24- 00 Singapore 228231.

Dear Sir,

Re: An Appeal to Get An Immediate Released of ISA Detainee Muhammad Ismail bin Anuwarul.
I am writing to strongly urge you to release my husband, Muhammad Ismail Anuwarul who has been detained under the Internal Security Act(ISA) since January 3rd 2002.

My name is Norani Binti Abdul Rahman. I am a Malaysian and I was married to Muhammad Ismail Anuwarul 47 , a Singaporean , in 1988.Muhammad Ismail is a taxi driver by profession .We have seven healthy kids comprised Tirmizi 19,Norshuhada 17,Atikah 16,Syamil 13,Rahmat 11, Sumayyah 10 and Nasrul 6.We live in Ulu Tiram, Johore Bharu.

Muhammad Ismail is a very loving and caring husband .Eventhough we don’t have much money, we live happily.Whenever he has his free time,he will try to entertain our kids, individually. As we have a large number of children, Ismail has to work harder to make sure the kids will get proper food and education.I am a full time house wife where my job is to take care of the house as well as the kids.

The nightmare in our family began early one morning when a group of police officers ,some of them in uniform, came to my house and searched the whole area..I remembered vividly, it was 7.45am, 3rd January 2002, some of the kids were still sleeping and some of them were awakened by the police officers that raided their rooms. At 10 am,they took my husband away.I was asked to follow my husband to the police station eventhough at that time, I was not well due to my seven months pregnancy of my youngest child, Nasrul- now aged 6.

At the police station, both my husband and I were interrogated by the police officer in charged.We were interrogated from 10.30am to 2.30pm in Johor Bharu Police Station.At 3pm, I was sent home by one of the police personnels.Later I learnt that my husband was alledged as the member of Jemaah Islamiyyah (JI) .One of the police officers informed that under the ISA, Muhammad Ismail had to be put under the police remand at least for sixty days.

Upon hearing this, I knelt on the floor and cried.Tears kept rolling down my cheeks each time my kids asked , when their father would be back home from the police station.I also had sleepless nights thinking where and how to get money for the family because Muhammad Ismail was taken away by the police leaving me behind with no insurance or saving account.He had a few hundreds in his wallet and of course the amount was far from enough for us to survive.In predicament, I gathered my strength to cook Malay dishes and sold them at a stall not far from my house.

Two months after the arrest, I was informed that the authority needed to interrogate him more and therefore he would be sent to Kem Kamunting in Taiping, which is situated in Northern Perak. The day he was sentenced the first two year detention in ISA, I gave birth to my youngest child, Nasrul. I asked the officer incharged to send him to the ward where I had labour, but…. instead of giving the chanced for him to see the baby, they hurriedly sent him to Kamunting Detention Camp. Poor Nasrul. I couldn’t stopped the tears as I hold and kissed him, who was borned without his father by his side.

These nightmares caused trauma to my children and me .The trauma continues until now.Actually, from day one of the arrest to this date, I am leaving on my friends and families.My income is not enough for the children.They are growing and I need a lot of money for their food and education.Let the children alone, I also need extra money to visit my husband in Taiping.The visit to the Camp gave me extra headache because it’s very costly.I need at least RM300 for the bus fare and the food throughout the journey.

From 2002 to 2006, I traveled from Johor Bharu to the North once in four or five months to see Muhammad Ismail.I couldn’t tell you how much the kids and me missed him … but nothing could be done as we had not much money to visit him frequently.
In 2006,the kids and I were overjoyed to hear that Muhammad Ismail was released from the Kemunting Camp. But the joy did not remained longer when later, I was informed by the Malaysian authority that my husband would be sent to Singapore Detention Center to serve the ISA of Singapore.

From day one of the arrest, Muhammad Ismail had never been brought to court to get a fair trial before a judge.He only had the chance to see the advisory board. And now , he had been serving his detention for almost two years in Singapore Detention Center. I am in the position to demand that Muhammad Ismail should be given recourse to a fair trial in conformity with international standards of due process with access to full legal representation and family members.I believe he is against any act of terrorism,whether perpetuated by Muslim or Non Muslim.But if no evidence is found against him, he should be released without delay. As holding him indefinitely merely on the basis of suspicion is a blatant violation of due process.

I look forward to hearing from you on this matter.


Yours sincerely,
Norani Binti Abd Rahman.

Cc: . Mr T. Jasudasen
High Commissioner of Singapore to Malaysia
209 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

GMI-Kenali Kami

Sudah agak banyak entry saya yang menceritakan tentang kegiatan saya dan kawan-kawan di dalam Gerakan Mansuhkan ISA atau lebih dikenali dengan sebutan GMI.Penggerak GMI kini. Gambar diambil ketika tamat program Retreat sehari GMI di Excel Training Centre di Broga pada Februari 2008. Anak-anak juga ada tulang belakang GMI.

Oleh itu saya mengambil sedikit kesempatan ini di dalam blog saya sendiri untuk berkongsi sedikit mengenai GMI, kami yang di dalam GMI dan sedikit aktivitinya.

GMI dilancarkan pada 30 April 2001 lanjutan penahanan aktivis rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) . Ianya terdiri dari gabungan badan 82 NGO, Parti politik, organisasi buruh dan rakyat prihatin.

Dua objektif utama GMI ialah
1.Memansuhkan ISA
2.Membebaskan semua tahanan ISA - mangsa kezaliman
Gambar ini diambil ketika majlis pelancaran GMI pada 30-04-01, hampir sebulan selepas 10 orang aktivis reformasi ditahan di bawah ISA. Ia diadakan di Dewan Selangor Chinese Assembly Hall. Penuh dewan ketika itu dengan semangat juang yang tinggi GMI dilancarkan oleh Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Noor yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Gerakan Mansuhkan ISA. Jawatankuasa Induk ketika itu didukungi oleh pemimpin parti-parti politik. GMI juga mempunyai Jatankuasa Kerjanya dan dipengerusikan oleh Sdra Zaid Kamaruddin yang kini menjadi Presiden Jamaah Islah Malaysia. Hj Zaid menjadi Pengerusi GMI dari ianya ditubuhkan hingga tahun 2003 selepas beliau dilantik menjadi Presiden JIM. Beliau kemudiannya digantikan oleh Tn Hj Syed Ibrahim Syed Noh yang memegang jawatan Pengerusi GMI hingga kini.AJK GMI ketika pertemuan atas jemputan Tan Sri Bernard Dompok di pejabatnya di Putrajaya pada 13 Dec 2007. Dari kiri Ustazah Nuridah, Hj Azmi, Syed Ibrahim, Suhaib Mat Sah (anak tahanan), Norlaila, Nalini, Saya dan Siti Normah (bertudung putih-isteri tahanan)

Berbagai aktiviti telah dijalankan oleh GMI sepanjang masa tersebut temasuklah, menghnatar memorandum, kenyataan akhbar, Sidang akhbar, pameran, terbitan dan pelancaran buku, terbitan risalah & leafleting, pelancaran lencana & pelekat, kutipan dana, desakan keluarga, Ambush Menteri & Perdana Menteri, Konsert, Movie Screening, perarakan aman, perjumpaan dengan Mufti, Menteri Besar, Roadshow Ceramah, Persembahan Anak-anak, Fax Spam, e-mel surat, penulisan rencana, temuramah dan juga di peringkat antarabangsa-urgent appeal dan perjumpaan dengan Kedutaan Luar Negara.

Gambar menunjukkan satu aktiviti GMI-Kempen mengumpulkan tandatangan. Gambar di atas diambil ketika di Muktamar PAS ke 53 di Putik. Hampir 25,000 tandatangan berjaya dikumpulkan sepanjang kain rentang tersebut.

Hasil dari segala aktiviti yang dijalankan GMI juga telah meraih banyak kejayaan yang diiktiraf oleh pelbagai Pihak. Kejayaan GMI termasuklah :

Pembebasan reformasi 6 – Jun 2003
Keputusan Mahkamah Persekutuan tentang kes Reformasi 6 – PENAHANAN TIDAK SAH DAN BERNIAT JAHAT (MALA FIDE)
Akses kepada tahanan dalam 60 hari pertama

Pembebasan semua tahanan Al-Ma’unah
Pembebasan semua tahanan pelajar Karachi
Pembebasan semua tahanan KMM
Pembebasan separuh tahanan JI
Peningkatan kesedaran antarabangsa
Laporan Tahunan SUHAKAM dan Cadangan Kajisemula & Mansuhkan ISA
Suruhanjaya Diraja Polis syor tempoh tahanan dikurangkan kepada 30 hari bawah Sek 73
Syor oleh Kaukus Parlimen
Lebih liputan media utama


Perjuangan menentang kezaliman bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya perlu seluruh kekuatan mental dan fizikal untuk terus bertahan. Kerana perjuangan terutama sekali untuk memansuhkan ISA ini adalah perjuangan menentang satu akta yang sangat disukai oleh pemerintah. Satu akta yang sangat mudah untuk digunakan oleh mereka untuk menyekat kemaraan rakyat terutama sekali aktivis yang ingin mendedahkan segala kepincangan dan kezaliman yang berlaku dalam negara. Alasan yang mudah sekali digunakan apabila seseorang ditahan di bawah ISA ialah "Anda ditangkap kerana MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA"...maka setelah ditangkap tunggulah entah bila saat anda akan dibebaskan. Sepanjang anda ditahan tidak akan ada satu bukti pun yang dapat dikemukan oleh polis mahupun pemerintah yang menahan anda. Maka hiduplah anda di belakang tembok batu dan jeriji besi selama bertahun-tahun.
Pada peringkat awalnya selama 60 hari anda akan diseksa oleh SB yang sudah tidak ada sifat kemanusiaan lagi. Anak, isteri, ayah dan ibu, seluruh ahli keluarga menderita selama mana anda ditahan.......
Moga segalanya akan berakhir segera.....kita menantikan satu sinar baru untuk rakyat Malaysia, satu harapan baru terutamanya untuk mereka yang dizalimi....
Jangan biarkan ISA menjerut leher anda....maka kami di GMI akan terus bergiat aktif bagi memastikan objektif GMI tercapai....
Dalam retreat GMI yang diadakan di bulan Februari 2007 di Bukit Fraser, GMI telah sepakat dengan perkara di bawah...

World View GMI
Menjadi sebuah gerakan rakyat yang berpengaruh dan menjadi rujukan di peringkat antarabangsa dalam menentang pencabulan hak asasi manusia di Malaysia
Selami juga kata-kata ini..

Our lives begin to end the day we become silent about things that matter
- Martin Luther King Jr
“Haram Menyerah Kalah kepada Kezaliman”“Haram terus dihina dengan kezaliman”

Tuesday, 12 August 2008

"Konspirasi-DEMAM CAMPAK"

Petang semalam sekitar jam 3.30 petang saya menerima panggilan telefon dari kerani sekolah anak saya Asiah. Ketika itu saya dan suami sedang berada di CIMB di Setiawangsa menguruskan hal-hal pinjaman perumahan. Kerani sekolah tersebut, Kak Hafsah adalah juga kenalan baik kami.


Kak Hafsah...:.." Anak awak demam campakla"...kemudian saya bercakap dengan Asiah.

Asiah dengan suara yang lemah seperti orang sakit..."Ummi, Asiah kena demam campak, dah keluar bintik-bintik kat badan Asiah"

Saya.." Okayla..Asiah tunggu ya...kejap lagi ummi datang, ummi dgn Abah kat bank ni"

Asiah.." Okayla..Asiah tunggu"

Dalam hati saya terfikir juga...macamana pulak boleh kena campak ni...jangkit dengan siapa pulak. Tapi terfikir juga saya..mungkin ya jugak sebab sabtu malam Ahad lepas, Asiah demam semalaman sahaja. Mulalah saya terbayangkan keadaannya yang berbintik2 dan miang badan akibat campak, dah terfikir nak cari daun mambu, dah terfikir nak sapu badan dengan lotion, dah terfikr macamana saya nak handle dia bila mana saya perlu keluar jika ada meeting atau appointment dan macam-macam lagi sambil menunggu urusan kami selesai di bank tersebut.

Hati mula risau memikirkan keadaan Asiah bila urusan kami di Bank ambil masa yang agak lama untuk selesai. Sebaik selesai urusan di bank terus ke Al Amin Gombak untuk ambil Asiah. Sampai di sekolah suami terus keluar seorang diri mengambil Asiah. Saya tinggal dalam kereta kerana pening kepala.

Lama pula menunggu mereka keluar dari kawasan sekolah. Saya terbayangkan mesti muka dia macam orang sakit dan didukung oleh abahnya, tapi...aiiiitt.....dari jauh nampak jalan relax saja sambil tersenyum-senyum pulak..

Sampai ke kereta saya tanya dia mana demam campaknya...dia pun tunjukkanlah...bintik-bintik di muka dan tangannya...Alamak...saya yakin sangat itu bukannya campak....tapi disebabkan gigitan nyamuk....musim panas ni...nyamuk agak banyak di rumah kami.

Hmmm.....tak pe lah...bawa saja dia balik rumah...memang sah bukan demam campak..sebab dia pun okay okay saja...Ada...ada saja Asiah ni...

Dalam kereta dia mulala bercerita apa yang terjadi di sekolah yang membuatkan saya terfikir dan tersenyum kerana mungkin sah telah wujud satu 'konspirasi mendemam campakkan' oleh beberapa orang anak-anak Tahun 1 Ammar ni.

Asiah bercerita..."Aishah yang cakap Asiah kena demam campak, Aishah bawa Asiah jumpa Muallimah dan bagitahu Muallimah Asiah kena demam campak. Muallimah tengok bintik-bintik kat muka, badan dgn tangan Asiah. Lepas tu Muallimah suruh Asiah pegi rehat kat bilik guru"

Asiah bercerita lagi.." Masa rehat, Asiah makan bihun, lepas tu, Aisyah pun makan bihun Asiah, lepas tu, Aina pula makan bihun tu, lepas tu, Nadia pula makan. Lepas tu Asiah minum air yang warna hijau tu, lepas tu, Aisyah pulak minum air tu, lepas Nadia pulak minum...ha...ha...empat orang sekali minum.."

Masa ni...saya dah boleh nampak plotnya...mungkin masing-masing nak dapat....virus yang sama...demam campak!!!!....

Lagi sambungan cerita Asiah..."lepas tu kan Aishah lepas minum air tu, dia rasa nak termuntah, dia pergi bilik air, dia pun muntah"...

Ha...ha....berdekah-dekah saya ketawa bila dengar cerita Asiah...macam-macam akal anak tahun 1 ni...agaknya Muallimah mereka mengambil langkah berhati-hati...memandangkan minggu ini adalah minggu peperiksaan...cepat2 di kuarantinkan Asiah.

Masa makan malam semalam..Asiah bertanya pada saya..."ummi, mana MC Asiah, Asiah nak tengok"..

Terlopong saya..sambil nak ketawa lagi..."mana ada MC..MC untuk orang sakit..kena pegi jumpa doktor dulu..baru dapat...tak nak lah ummi bawa Asiah...malu ummi saja nanti sebab kena gigit nyamuk saja."

Pagi tadi hingga jam 10.30 tiba waktu ke sekolah sudah tidak timbul lansung kisah DEMAM CAMPAK atau MC Asiah...

Asiah...Asiah...

(semua nama di atas, bukan nama sebenar kecuali nama Asiah)

Friday, 8 August 2008

Kes Mahkamah dan Harapan Baru untuk rakyat Malaysia...InsyaAllah

Seperti yang saya tuliskan di entry yang lepas, pagi tadi saya telah awal lagi bergerak keluar dari rumah. Pukul 7.30 pagi hantar anak-anak ke sekolah. Selepas itu terus memandu menuju ke Kompleks Mahkamah di Jalan Duta. Alhamdulillah, kes DS Anwar Ibrahim adalah pada hari sebelumnya, kalau tidak susah juga saya dibuatnya...tapi lagi bagus kalau sama hari dapat juga saya peluang berada di sana pada masa tersebut.
Kes saya didengar di kamar Mahkamah Tinggi Jenayah 5 oleh Yang Arif Hakim Zainal Azman Abd Aziz. Kesnya ialah rayuan untuk menolak syarat jaminan tambahan ke atas saya. Semasa saya dan rakan-rakan yang lain ditangkap, kami telah dihadapkan di hadapan hakim di Mahkamah Sesyen, di mana Hakim telah melepaskan kami semua dengan jaminan RM1000 seorang dengan seorang penjamin. Tambahan syarat jamin yang pertama kali dikenakan ialah dengan syarat kami semua yang ditangkap tidak boleh menghadiri sebarang 'perhimpunan haram'.
Saya bertuah kerana sahabat-sahabat saya dari Jemaah Islah Malaysia telah membantu saya dengan menyediakan sekumpulan peguam muda untuk mewakili saya. Bob dan rakan-rakan. Salah seorangnya ialah Radzlan. Pagi tadi saya terbaca namanya termasuk di dalam senarai peguam pembantu yang membantu dalam kes perbicaraan DS Anwar Ibrahim terkini. Alhamdulillah...saya tumpang berbangga dengan ke semua peguam-peguam muda ini. Semoga lahir lebih ramai lagi peguam seperti mereka yang berani dan sanggup ke depan berjuang dalam medan mereka.
Kumpulan peguam saya ini telah lebih awal lagi mengemukakan rayuan bagi pihak saya bagi mengenepikan syarat jaminan tersebut, kerana ianya benar-benar melanggar hak asasi saya sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia yang merdeka dan bebas.
Lagi pula...belum ada mana-mana mahkamah yang telah membuat keputusan bahawa sesuatu perhimpunan itu adalah satu perhimpunan yang haram. Maka peguam saya berpendapat saya dan rakan-rakan telah pun dihukum sebelum kami dijatuhkan sebarang hukuman atas tuduhan kami. Ini adalah kes kami yang didengar pada Jun lepas tetapi telah ditangguhkan ke bulan Oktober tahun ini.
Pagi tadi peguam-peguam saya yang bijaksana telah mengemukakan hujah mereka dan begitu juga hujah-hujah dari pendakwaraya. Semua penghujahan selesai sekitar jam 11.30 pagi. Hakim menangguhkan untuk memberi keputusan pada tarikh 15hb Ogos 2008.
Semoga kami berjaya dalam rayuan ini. Sambil saya menaip entry ini saya telah membaca berita ini dari Suara Keadilan Online..
Rasanya saya adalah antara orang-orang yang amat menunggu saat negara kita Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dengan janji seperti yang disebutkan oleh DS Anwar Ibrahim seperti di bawah. " Rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan pembicaraan yang sewenang-wenangnya".

Ini adalah kerana saya adalah antara ratusan dan ribuan lagi rakyat Malaysia yang ditahan, ditangkap malah dipenjarakan sewenangnya hanya kerana polis dan Hakim terpaksa mengikut perintah orang atasan. (saya akan cuba ceritakan di entry lain mengenai konspirasi untuk membiarkan kami dipenjarakan selama hampir 3 hari 2 malam..di IPK KL, Lokap Penjara Pudu dan Lokap di Mahkamah Tinggi Jalan Duta)

Pakatan ambil alih negara, tiada lagi penahanan dan bicara sewenangan.

Oleh Anwar Ibrahim

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang sewenangnya. Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Nota...semalam bila suami saya pulang ke rumah, dia memaklumkan yang polis seperti cerita di entry yg lepas masih lagi menghubunginya untuk bertemu.....tetapi peguam kami menasihatkan untuk..jangan pergi..tetapi biar polis yang memberi formal notis...kalau pergi pun nasihat sahabat kami Zahir Hassan...jangan pergi sendirian...apa-apa pun boleh terjadi...

Thursday, 7 August 2008

Panggilan Misteri dan Pertuduhan

Semalam tak dapat tidur, apa taknya..dok glued depan komputer..walaupun badan terasa amat letih. Sepatutnya ada meeting GMI di PJ...tetapi terpaksa 'ponteng' atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Pagi ni 'qadha' la balik tidur semalam yang tak cukup...kunci alarm clock di handphone at 9.00am. Bila handphone berdering ingatkan bunyi alarm clock...capai handphone terus offkan. Bila sedar rupanya itu adalah missed call dari satu nombor yang tak dikenali 03-207 ***52. Memang saya selalunya akan merasa curious yg amat sangat sekiranya ada missed call dari no yang tak dikenali. So saya pun call back no tu......

....Alamak rupanya dari Balai Polis Dang Wangi.....terkejut juga saya...saya dipass kepada seorang lagi pegawai polis...dan bermulalah perbualan dengan pegawai tersebut:

Saya.."tadi ada miss call di handphone saya, no ni"

ASP.."ooo...okay, apa no hp puan"

Saya.."013-*** ****"

ASP.."Puan kenal nama ni...sambil menyebut nama suami saya"

Saya.."Kenal..itu suami saya, kenapa nak bercakap dengan suami saya?"

ASP.."saya cuba hubungi no hp suami puan, tapi tak berjawab, jadi saya call office dia di TH Selborne, kata mereka suami puan belum masuk office lagi"

Dalam hati saya berkata.."kes urgent and desperate betul ni..sampai cari kat office...mana la pula dia dapat tahu kat mana suami saya kerja and also no hp suami saya..yang 2 kali bertukar ni...hebat polis malaysia bab-bab merisik ni!!!"

Saya.."ooo..hp no dia dah diterminate sementara, dia ada kursus hari ni sampai petang..ada apa-apa boleh bagitahu saya saja."

ASP.."kursus tu dimana, habis pukul berapa, kalau boleh nak minta dia datang jumpa saya secepat mungkin, atau saya boleh pergi jumpa dia"

Saya.."bagitahu sajala pada saya kenapa...kes laporan polis demonstrasi ke apa ke"

ASP.."demonstrasi tol ke?...bukan-bukan..ada hal sikit saya nak tanya dia, boleh puan bagitahu dia, ambil no hp saya..minta dia call segera"
Dalam hati saya..."ishh..apa pulak kes ni...urgent semacam saja..tak nak bagitahu pulak tu"

Saya pun call suami saya memberitahu perkara di atas dan memberi no hp ASP tu. Selepas itu saya menghubungi peguam kami, Bob dan memaklumkan dan memohon nasihat tentang perkara tersebut. Dia menasihati agar kami bertanya dulu apa tujuan polis nak memanggil kita..polis tak boleh sesenang dan sesuka hati nak mengorek cerita atau nak soal siasat tanpa sebab.

Selepas beberapa lama, suami saya menelefon dan memberitahu yang dia telah bercakap dengan polis tersebut dan memberitahu polis tersebut yang dia sibuk...memang pun..esok masih training lagi..weekend akan sibuk dengan kenduri kahwin sepupu di Subang Jaya...kaum kerabat dari Kedah akan datang bertandang..mak ayah, adik, kakak, abang, bapa saudara semua sekali...meriah meriah. Next week pula dia outstation...hah...what to do...cannot meetla the police...though...hati saya memang curious tak kira...

Nasib baik saya menelefon peguam saya tu..baru saya diingatkan yang saya perlu hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok at 9 am...ishh...ishh...bila la nak selesai...baru nak bermula pun..

Tuduhan ke atas saya dan beberapa orang yang lain ialah:

Pertuduhan Pertama
1. Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Januari 2008 di antara jam lebih kurang 1.35 ptg hingga jam 3.00 ptg di hadapan pintu masuk stesen LRT Ampang Park, Jalan Ampang, di dalam daerah Dang Wangi, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang, yang mana tujuan perhimpunan itu adalah melakukan kemudaratan awam (public nuisance) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan.

HUKUMAN

(gambar ini bukan lakonan..real punya..at around 2am..the police came macam nak ambush kami, OKT lelaki digari dan dikasari..OKT wanita dipujuk utk berjalan sendiri jika tidak akan digari juga di IPK KL)

Jika disabitkan dengan kesalahan kamu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.


(Ini pun gambar real juga..utk yg belum pernah masuk pudu jail..transit selepas dibawa dari IPK KL..sebelum dibawa masuk ke dalam lokap yang sebenarnya...eeee....takut...at 5am)
Pertuduhan Kedua


(polis yang menjaga GARIIIII...banyaknye......macam lah kami ni pengganas, perogol, perompak, penyeludup- tak per...tunggulah balasan untuk mu)

2. Bahawa kamu bersama-sama adalah penyokong "Gabungan Protes" dan dengan mengetahui bahawa kamu telah diarahkan untuk tidak hadir atau berada atau mengambil bahagian dalam satu perhimpunan dalam radius satu kilometer dari bangunan KLCC meliputi persimpangan Jalan Ampang-Jalan Lumba Kuda serta persimpangan Jalan Ampang-Jalan P Ramlee dan radius satu kilometer dari Masjid As-Syakirin meliputi Jalan Lumba Kuda-Jalan Binjai, yang mana perhimpunan di kawasan2 tersebut telah dilarang melalui satu perintah yang telah diistiharkan pada 25 Januari 2008 oleh Majistret Aizatul Akmal bin Maharani, seorang penjawat awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah, telah pada 26 Januari 2008 di antara jam 1.35 ptg hingga jam 3 petang mengengkari arahan tersebut dengan mengahdiri perhimpunan di hadapan pintu masuk Stesen LRT Ampang Park, Jalan Ampang, dalam daerah Dang Wangi, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan keengkaran kamu telah menyebabkan kegusaran kepada orang ramai yang berkunjung ke kawasan tersebut; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 188 Kanun Keseksaan....

"Ya Allah selamatkanlah kami di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat...semoga kami tetap berada di jalan Mu yang lurus"

Wednesday, 6 August 2008

Lepas tapi tak bebas, 'bebas' tapi tak lepas..

Entah apa-apa lah...ISA...Patutla ada orang kata ISA...IKUT SUKA AKU...Lagi teruk ISA...IBLIS SYAITAN ACT...isyyy...isyy...patut ke????!!!!!!!
Apa-apa pun anda fikir dan nilai sendiri. Lepas Maghrib tadi saya luangkan masa menelefon kawan saya ni Siti Normah, suaminya yang baru dibawa keluar dari KEMTA petang semalam 5 Ogos 08. Seperti di entry saya yg lepas, saya sebutkan selepas 6 TAHUN 6 BULAN ditahan di bawah akta zalim ISA...ditangkap, dituduh tanpa sebarang bukti..selama hampir 7 tahun tiada bukti, tidak pernah dibuktikan kesalahan...akhirnya semalam mereka telah 'dibebaskan'.

Saya sebolehnya tidak mahu menggunakan perkataan 'dibebaskan' untuk tahanan ISA yang telah dikeluarkan dari Kem Tahanan Kamunting (KEMTA), sebab pada hakikatnya mereka tidak bebas. Kerana apa?????....cuba anda nilai sendiri.....
gambar di poskad dari kiri, Abdullah, Suhaimi dan Mat Sah..gambar dibawah 5 orang tahanan ISA-HINDRAF
Ambil contoh terdekat ini yang berlaku kepada suami Normah, suaminya kononnya telah dibebaskan dan dibawa keluar dari KEMTA. Apakah dia dibawa balik ke rumah di mana isteri tersayang yang telah dipisahkan dan dinafikan hak hubungan suami isteri yang sah selama 6 tahun 6 bulan, yang menunggu penuh setia kepada suami yang tercinta dan dirindui??????
ENOUGH of 6 YEARS of CRUELTY
Adakah mereka dibawa pulang untuk memeluk, mencium, dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak yang bertahun-tahun ditinggalkan tanpa belaian seorang bapa walaupun beliau masih hidup?????

Shahrial Sirin ketika pulang menziarahi jenazah anaknya

Haaahhh....banyak sekali soalan yang perlu dihamburkan kepada Menteri yang kini baru beberapa bulan memegang tampuk Kementerian Dalam Negeri yang kini bertanggungjawab membayar semula segala kesengsaraan dan kezaliman yang telah diperlakukan kepada tahanan ISA dan keluarga mereka.

Untuk kes tahanan warganegara Malaysia pula, setelah dibebaskan, hidup mereka sebenarnya masih lagi dicengkam...mereka perlu melapur diri sekuarang-kurangnya seminggu sekali. Mereka ada had masa untuk berada di sesuatu kawasan, yakni tepat jam sekian-sekian mereka sudah perlu berada di rumah. Mereka juga dikenakan sekatan kawasan, contohnya, sekiranya anda tinggal di Ampang, anda hanya boleh berada di kawasan tersebut, tidak boleh keluar kawasan. Kalau nak keluar juga, anda perlu memohon kepada polis atau SB!....

Bebaskah mereka????.....Apa ertinya kebebasan seumpama itu?????.....

Namun berkecuali bagi 6 orang tahanan reformasi yang ditahan dibawah ISA di KEMTA pada tahun 2001 dahulu, Sdr Ezam Mohd Nor, Lokman Nor Adam, Tian Chua, Ustaz Badrulamin, Hishamuddin Rais dan Saari Sungib. Hasil dari perjuangan dan lawan tetap lawan oleh tahanan, keluarga, sahabat handai dan of course melalui perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA...cukup 2 tahun mereka ditahan, mereka dibebaskan secara total. Keluar saja dari KEMTA...semua tetap teguh dengan perjuangan mereka kecuali 2 orang....

Enam orang tahanan REFORMASI yang ditangkap dan ditahan bawah akta ISA di era tuduhan 'LIWAT-1'

Kini 2 orang dari mereka sudah bergelar Yang Berhormat dan Yang Berkhidmat iaitu, Saari Sungib dan Tian Chua. Manakala Ustaz Badrulamin terus berani menegakkan kebenaran begitu juga Hishamuddin Rais...dua orang lagi..cuba la cari fakta tentang diri mereka...

Aaaaahhh...entah apa-apa lah yang sedang saya fikirkan ni...untuk anda yang merupakan seorang isteri, cubalah anda letakkan diri anda di tempat isteri-isteri tahanan ISA...iaitu, Norma, Fatma....hampir 7 tahun menunggu...kini sudah jelas suami dikeluarkan akhirnya...tapi masih di simpan di Bukit Aman, tempat dimana hampir 7 tahun yang lalu mereka diseksa dan didera oleh SB-SB...dan mungkin awal minggu depan mereka akan dihantar pulang dengan segera ke tempat asal mereka di Indonesia, walaupun mereka sudah pun menetap di Malaysia bertahun-tahun lamanya...

Isteri-isteri tahanan ISA-dari kiri bertudung putih-Norma, Norlaila, adik Afrah, Fatma dan Adik Izzah

Ataupun..lebih teruk lagi cuba anda letakkan diri anda di tempat isteri tahanan yang lain pula..ambil contoh sahabat baik saya...Puan Norlaila Othman, yang berjuang berhabis-habisan selama 6 tahun lebih supaya suaminya dan yang lain dibebaskan segera...namun hingga kini dia masih mengharap....sedangkan sudah berpuluh tahanan yang lain yang ditangkap pada ketika yang sama dan atas tuduhan yang sama sudah dibebaskan hasil perjuangannya dan hasil perjuangan rakyat Malaysia yang prihatin bersama Gerakan Mansuhkan ISA.


Perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)...tidak akan selesai sehinggalah

MALAYSIA BEBAS DARI ISA
Hentikanlah Kezaliman INI....cukup sudah penderitaan buat diri mereka....