Sunday, 25 October 2009

Tanda Penghargaan-Token of Appreciation

Kebiasaannya orang tidak akan meminta apa-apa balasan atau penghargaan bagi apa-apa sumbangan dan kerja yang baik yang dihulurkan, namun atas dasar menyatakan terimakasih dan menghargai sumbangan dan bakti kita memberikannya-Tanda Penghargaan. Jika dihulurkan kata-kata terimakasih, moga Allah membalas segala jasa. Jika diberikan barang, moga dijadikan kenang kenangan dan boleh dikongsi bersama orang yang di samping kita.

Untuk program Forum ISA yang dijalankan semalam, kami GMI memberikan tanda penghargaan sebuah buku terbitan GMI yang punya banyak perkongsian pengalaman yang tidak ternilai harganya, hasil kezaliman pemerintah melalui SB yang menyeksa tahanan ISA, sebuah buku bertajuk ISA-IA SAH ANIAYA dan sebuah CD Meor-DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT yang juga berkisar sekitar kisah kezaliman ISA.


Anda juga boleh sama berkongsi dan memilikinya dengan menghubungi saya sendiri ummuasiah2001@hotmail.com.

Hari ini pula demi untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada 2 orang anak perempuan saya kerana sudi ditinggalkan di rumah seharian semalam saya akan menghargai mereka dengan membawa mereka berjalan-jalan. Belum tahu mana arah tujuan..tetapi sudah tentu mereka suka ke shopping complex yang mesra kanak-kanak, yang mungkin saya tidak gemari kerana terlalu ramai orang di hujung minggu.

Selasa depan perlu lagi meninggalkan mereka selama 4 hari. Walaupun saya tidak bekerja di pejabat dan bermajikan saya perlu juga outstation kerana 'perjuangan'. Perbicaraan kes suami kes 'Ops Bubar Dun Perak' bersambung lagi dari 27hb Okt - 30hb Okt. 4 hari terus menerus....lama tu perlu melabuhkan punggung di bangku keras Mahkamah Kuala Kangsar.

Krisis Perak terus berlangsung...tanpa ada noktahnya...

Perjuangan Rakyat perlu terus dihargai...

Saturday, 24 October 2009

Macamana Nak Kenal SB Special Branch ye????

Program Forum: ISA: WHY REVIEW? WHY NOT ABOLISH? Masa : 9 pagi - 4 petang Tempat: Auditorium Bar Council.


Sakit hati ada 2 orang SB yg mengaku dtg dari Utusan Meloya, tapi tidak pakai tag media. Pantang ada org baru masuk k dewan dan disangka speaker akan tanya saya siapa dia, mula2 saya tak tahu dia SB, so layanlah..bila dah tahu, saya kata pada dia.."...u pi lah tanya org tu sendiri"..penyibuk betul!!!

Isshh...macam mana saya boleh tidak perasan yang seorang ini ialah seorang SB???...saya melayan semua pertanyaan dia. Dia menayangkan skrin cameranya kepada saya sambil meminta saya mengesahkan nama-nama semua speaker yang akan berucap mengikut gambar2 yang telah diambil dalam kameranya. Dia juga merujuk kepada senarai program yang kami sediakan.


Saya dengan sopan dan tekun melayan segala pertanyaannya.

Sebelum itu, bila saya sampai ke dewan Forum di Bar Council telah ada beberapa orang yang datang awal termasuk seorang wanita dan lelaki yang mengaku mereka dari Utusan Meloya, tetapi saya sangsi kerana mereka tidak memakai tag media lansung.

Kebiasaannya kalau seseorang menjadi wakil media, mereka perlu memakai tag di leher mereka dengan lambang media.


Tidak ada kesalahan resmi atau khusus untuk mereka menghadiri sebarang program, tetapi disebabkan 'nature' kerja mereka yang kemudiannya akan menyusahkan hidup kita dan dijadikan fitnah atas aktiviti kita, maka itulah masalahnya, masalah yang membuatkan kita rasa geram melihat kelibat mereka.

Jika anda yang membaca dan tidak dapat menghayati dan memahami mengapa kami dan sesetengah orang terlalu benci dengan SB, anda perlulah mencari buku-buku yang ditulis oleh tahanan ISA mengenai pengalaman mereka bila disoal-siasat oleh SB.

Selesai majlis Forum tadi saya berbual-bual dengan Puan Anne isteri Dr Kua Kia Soong bekas tahanan ISA di dalam Operasi Lalang. Beliau menceritakan juga kenangan bila dia melepaskan geramnya kepada Interrogation Officer (IO) suaminya ketika ditahan ISA. Bila dia bertemu dengan IO tersebut di dalam mahkamah dia dengan kuatnya memberitahu sahabatnya "Hey..this is the IO who interrogated my husband", walaupun begitu sahaja kata-katanya sudah cukup untuk dia merasa puas dan dapat melepaskan rasa geram di hatinya. Anda boleh baca kesah Dr Kua di dalam bukunya '445 days Behind the Wire''. Boleh baca sedikit tulisan Dr Kua di sini.

Tahap marahnya seseorang kepada para penjawat awam yang bernama SB ini berbeza mungkin rasanya, bagi para isteri tahanan ISA, saya kira tahap marah mereka adalah tinggi, kerana SB-SB ini telah menzalimi orang yang mereka sayangi dan hormati, seterusnya diri mereka dan keluarga mereka turut dizalimi.


Cukuplah setakat ini sahaj dulu mengenai cerita SB ini, tetapi petang tadi bila akhirnya saya diberitahu oleh Nalini bahawa orang ini adalah SB, memang saya rasa geram dengan sifatnya yang sibuk nak tahu bermacam. Akhirnya bila seorang speaker yang terakhir tiba, dia masih lagi menahan saya dan bertanya 'siapa orang tu', dengan kasar dan sombong sambil terus berlalu pergi saya menjawab.."you pergilah tanya dia sendiri"...mungkin itulah rasa puas hati saya petang tadi.


Dalam program Forum tadi ada 3 orang SB yang dapat dikenal pasti, seorang jurukamera dan dua orang tukang catat dan tukang dengar. Si jurukamera beredar sebaik selsai mengambil gambar semua speakers di semua sessi hingga sesi yg bermula jam 3 ptg. Jurucatat pertama tinggalkan forum waktu makan tengahari dan diganti yang baru yang kemudiannya pulang sebaik selsesai semua sesi...hhhmmm....tebal lah laporan mereka. Baguslah sampaikanlah kepada orang atasan kamu.

Sebenarnya banyak maklumat menarik yang saya dapat kutip dari program Forum siang tadi, yang seperti biasa, suka ingin saya komgsikan jika berkesempatan.

Buat masa ini bacalah dulu pengalaman saya dan isteri-isteri tahanan ISA berhadapan dengan SB di hari pemergian Allahyarham Adik Aina Mardhiah pada bulan Julai 2008 yang lalu.

SB oh SB episod 1 dan SB oh SB lebih kejam dan menyakitkan hati.

Friday, 23 October 2009

Demi kemenangan di PRU13-Ubahlah dan berubahlah pimpinan PAS

Bagi yang mengikuti senario politik semasa dengan dekat dan prihatin maka sudah tentu apa yang berlaku amat terkesan di hati. Bagi rakyat bawahan kita memerhati dan mengharapkan pimpinan yang kita letakkan kepercayaan untuk membawa Malaysia kepada sebuah pemerintahan yang lebih baik dapat menjamin harapan rakyat menjadi kenyataan.

Bagi parti PAS khususnya, rakyat terus memerhatikan..segala tindak tanduk mereka memberi impak yang besar, ramai yang menuding jari dan meletakkan kesalahan yang bermacam di atas segala isu besar yang berbangkit, ramai yang marah dengan sikap segolongan pimpinan PAS.

Alhamdulillah...akhirnya setelah agak lama mendiamkan diri dari menyebut tentang isu ini, Tuan Guru yang amat saya dan kita semua hormati dan sayangi bangun bersuara memberikan pandangannya. Kita semua bersyukur dan mengharapkan impian ini terlaksana.

Semua pimpinan dan ahli PAS yang bakal terlibat dalam EGM yang dicadangkan untuk dilaksanakan diharap akan bersikap terbuka dan berani bersuara menyatakan pendapat mereka dan jangan takut dengan pimpinan sendiri. Semua ini penting untuk menjamin kemenangan dan mengekalkan kemenangan di masa haapan..

Sama-samalah kita baca apa yang ingin disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

dipetik dari blog Tokguru.

Latarbelakang:


Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Tuesday, 20 October 2009

Sokonglah “Dari Rakyat untuk Rakyat.” Bernyanyilah dari hatinurani; bukan dari keangkuhan diri.—A. SAMAD SAID.

Saya masih lagi mengambil sedikit ruang yang ada untuk mengenengahkan tentang Album Dari Rakyat Untuk Rakyat. Setiap ruang yang diambil mengesahkan tentang lagu-lagu yang disampaikan pada malam pelancaran yang diambil dari album tersebut.

Banyak cara yang boleh digunapakai untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang isu-siu yang berbangkit dalam negara, bertujuan menyedarkan dan menaikkan semangat.

Namun setiap usaha yang dijalankan oleh rakyat marhaen yang tidak punya harta sentiasa terhalang dek kekuarangan dana...namun sudah tentu kita tidak tidak mahu usaha ini terbatas lantaran masalah kewangan tersebut...maka pelancaran album tersebut bertujuan mengumpul dana agar album ini dapat dicetak dengan banyak lansung dapat dijual kepada masyarakat secara lebih meluas....dana diperlukan untuk usaha ini, dan lebihan dana pula bakal disumbangkan untuk sebuah perjuangan yang belum padam semangatnya hingga kini...Perjuangan Memansuhkan ISA dan Membebaskan Semua Tahanan ISA!!!

Pada malam tersebut Pak Samad Said telah berkata-kata dari hati nuraninya mengenai usaha murni ini....terpegun dan tertawan dengan setiap bait-bait katanya...seronok mendengar cara Pak Samad bermain-main dan berlagu dengan ayat-ayat indah...membuatkan diri terbuai dengan gaya bahasa tinggi seorang tokoh sasterawan negara yang ulung...

Bertuah saya sekali lagi dalam mencari dan terjumpa dengan apa yang dicari, sekali lagi di ruang 'sampahseni' yang turut mendeklamasikan sajaknya pada malam tersebut...

Saya kongsikan apa yang saya dapat dan telah pun dengar....bacalah juga dari hati nurani...dan menyanyilah bersama dari album DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT DARI HATI NURANI....

BERNYANYILAH DARI HATI NURANI
-pak samad said

Malam ini saya rasa seniman coba mengimbangi kuasawan. Kita lebih melakukannya dengan kata-kata berbeda dengan kuasawan yang selalu melakukannya melalui dana.

Kata-kata selalunya “mengkhayalkan” sementara dana “memungkinkan”. Biar apapun peranannya, malam ini, peranan seniman mungkin lebih untuk sekedar “menyedarkan.” Terlalu ramai kuasawan yang terlupa, khususnya kuasawan yang sedang benar-benar berkuasa.

Tema utama kita tampaknya ialah “Dari Rakyat ke Rakyat”. Tapi, sebenarnya kita ingin berdialog dengan pemimpin—kita bercakap saja sesama sendiri, sesama rakyat.
Sebenarnya, kita menyanyi.


Dipercayai atau tidak sebuah lagu biasanya sebuah suara batin—suara dari batin—kejujuran dari batin. Dan malam ini, kejujuran dari batin coba menghantar reslitas masakini melalui lagu atau melodi yang lama terganggu. Ia penuh dengan rintih dan jerit; bisik dan raong. Tapi, isinya berlegar seputar ketidakadilan yang sedang berterusan—kepincangan masalalu (Fatehah Memali) dan ketimpangan masakini (Ikut Suka Aku—ISA).


Lagu-lagu sebondong ini terkadang tidak begitu melodius—lirik lebih nyaring daripada musik. Tapi, itulah kehidupan sebenar—real dan kasar—realitas yang sentiasa tidak melodius; yang melodius selalunya adalah khayalan.

Sebanyak 10 lagu terhimpun dalam album pedih ini, tapi kelahirannya memang petanda jujur bahawa masih terus ada duri siksa dalam masyarakat kita. Seniman membantah kepincangan ini.

Tentu saja akan ada setengah kuasawan yang menganggap bahawa album ini adalah serpihan propaganda. Benar juga—ia propaganda, tapi suara yang tulen. Ada propaganda melalui cogankata yang mendadak—cogankata (tahu-tahulah sendiri) yang sangat nyaring (atau memang dinyaringkan) kerana semua media utama (yang citak, yang letronik)—patuh (terkadang melampau) menjeritkan propaganda itu.

Ada bedanya antara propaganda institusi gergasi dengan propaganda jerit insan kecil. Yang pertama sangat berazam diguruhkan; yang kedua sekedar berharap suaranya terdengar.

Di sinilah terletaknya album “Dari Rakyat ke Rakyat” oleh Meor Yusof Azidin (pada tempat-tempat tertentu disokong Black dan Rahmat Haron). Lagu-lagu dalam album ini adalah pesanan jujur (atau setingginya jeritan jujur) dari batin seniman yang sedang terdera—tersiksa oleh realitas hidup yang mendendangkan suara-suara bombas yang terlalu berat sebelah. Dan ingat, “pelampau” memang perlu diwaraskan. Keras yang buas perlu dilembuti tangan yang berhemah.

Lagu “Ikut Suka Aku—ISA” ini memang dengan mudah diselar sebagai propaganda politik kontemporer; sebaliknya, ia sebenarnya adalah jeritan masakini yang memang masih terus mendera.

Begitu juga lagu “Fatehah Memali” mudah diselar sebagai propaganda berhasrat. Padahal ia adalah jeritan semula masalalu yang tertimbus—atau ditimbus oleh kuasa lalu yang sangat gamam. Pemangsaan tidak pernah tidur nyenak; ia terpaksa bangun mewaraskan pemangsaannya. Makanya, lagu “Fatehah Memali” membangunkan yang tidur supaya dapat sama-sama mencari kejernihan, bukan meneruskan kekeruhan.

Sangat lama, malah sedang terus, kita didesak percaya bahawa insan Memali “gila”, kerajaannya yang waras ketika tercetusnya peristiwa. Jentera propaganda Kerajaan terlalu menekan dan menghukum ketika itu. Tapi, sekarang ini, generasi mudanya mula berupaya melahirkan iklim baru—yang salah wajar diperiksa. Mereka mencari kejernihan, bukan meneruskan kekeruhan.

Memangpun pada malam ini secara berdikit dan jujur, generasi muda ini ingin meluhurkan semula perjuangan. Masakini bukan lagi sepenuhnya hak generasi lalu; masakini adalah lebih hak generasi kini.

Sokonglah “Dari Rakyat ke Rakyat.” Bernyanyilah dari hatinurani; bukan dari keangkuhan diri.—A. SAMAD SAID.

17 Oktober 2009.

jika anda ingin memiliki ALBUM DRUR...sila hubungi melalui emel ummuasiah2001@hotmail.com. harga RM20

Monday, 19 October 2009

SYUHADA' MEMALI DAN 'BLAIR OF THE BLOODY HAND'-CHE DET

Usaha memperingati kembali peristiwa pembunuhan di Kampong Memali..mengharapkan pembelaan ke atas nasib yang menimpa penduduk kampung Memali..tragedi KEZALIMAN yang berlaku pada 19 November 1985...darah bersimbah ke bumi...PENGUASA SANGGUP MEMBUNUH ATAS DASAR KEMARUK MENGGUNAKAN MENGGUNAKAN AKTA ISA....

Ada usaha insan yang tidak mahu peristiwa ini dilupakan...mereka yang bertanggungjawab perlu dihukum mengikut undang-undang dan dibicarakan..

Usaha anak-anak muda mengenengahkan isu ini dengan melancarkan album Dari Rakyat Untuk Rakyat. Salah satu lagunya ialah SYUHADA' MEMALI....



Pelancaran Album tersebut DRUR oleh YB Saari Sungib dan Pak Samad Said di dewan MPAJ AU2 17hb Oktober 2009...diperhatikan oleh Saudara Meor yang menjayakan album tersebut bersama rakan-rakan.




Syuhada Memali (klik disini utk mendengar)

Dahulu di kampung itu,
Terjadi peristiwa ngeri,
Yang menyayat hati,

Di kampung para petani,

Mereka dibunuh,

Kerana tak sujud pada kekuasaan,

14 nyawa melayang,
Menangislah orang tersayang,

Darah bersimbah kebumi,
Kerana ego pemerintah,
Operasi Angkara,
Menambahkan duka lara,

Chorus:
Tragedi Memali,

Jangan pernah dilupakan,
Jangan mudah memaafkan,

Pembunuhan kejam itu,

Dimanakah keadilan?

Untuk para Syuhada ini?

Dimanakah pembelaan?

Untuk mereka,


Kami yang masih hidup dibumi ini,

Akan terus mengenang dan memuja,
Keberanianmu,
pengorbananmu,

Para Syuhada.....


Oleh: Amin Iskandar @ Black


gambar pusara para Syuhada' dengan rimbunan pohon subur dan segar menghijau

Amin Iskandar turut menyampaikan lagu Syuhada' Memali dengan penuh perasaan setelah bersama menghayati perjuangan para penduduk Kampong Memali ketika membuat pengembaraan filem pendek 'AL-Fatehah Memali.

Di bawah saya juga kepilkan tulisan dari blog Che Det...dia mungkin sudah lupa kerana dia mudah lupa dan berada di episod hidup yang hampir nyanyok mungkin...cuba membangkitkan kesalahan orang lain sedangkan mungkin di tangannya juga terpalit darah2 para syuhada' Memali....

Tulisannya yang bertajuk BLAIR OF THE BLOODY HAND:

Saya memetik satu point yang ditulis yang amat menarik dan mengena.....

9.If people like Bush and Blair are allowed to escape any form of punishment for the brutal crimes they have committed, then others wo may lead powerful countries will continue to war and to kill and destroy even when there is no justification....

BLIAR.jpg
1. The Daily Mail of London (Saturday, October 10, 2009 - read here) carried the following headline;

"I am not shaking your hand Mr Blair. You have got blood on it".

2. This was said by a bereaved father after the ex-Prime Minister was criticised by the Archbishop of Canterbury at an Iraq remembrance ceremony.

3. It is clear that many in England have a low regard for Tony Blair. Yet in Malaysia he was welcomed and given the honour to give a talk on social issues to Malaysians.

4. When he was Prime Minister, Blair got the British Parliament to support war against Iraq by telling lies about the so-called weapons of mass destruction. Very soon after it was revealed that he had cooked up the intelligence report so that he could support his co-liar, George Bush, President of the United States.

5. The war that they unleashed on Iraq has caused the death of more than 100,000 Iraqis, wounded many more and devastated that highly developed Arab country.

6. The leader of the Iraqis was described as a dictator who was alleged to have killed many of his people. But it is obvious that the number of Iraqis killed and maimed by the British and American soldiers is far far greater than what Saddam was alleged to have killed.

7. Saddam was arrested for his alleged crimes and hanged by the neck until he died. So were his colleagues. Yet if one compares his alleged oppression of his people with the oppression of Iraq and its people, the killings and the destruction resulting from the orders made by Blair and Bush, it must be obvious that what the two leaders had done to the Iraqi people and Iraq is far far worse and heinous. Yet Bush and Blair have escaped any kind of retribution and punishment.

8. Surely there is no justice in the difference between the treatment meted out to Saddam and company and the treatment of Bush and Blair.

9. If people like Bush and Blair are allowed to escape any form of punishment for the brutal crimes they have committed, then others who may lead powerful countries will continue to war and to kill and destroy even when there is no justification.

10. After World War II, a court was set up by the victors to try the vanquished leaders. Such a court cannot be just as it was made up of nominees of the victors. If there was going to be justice, then the court must be made up of neutral judges. In any case the people responsible for the mass killings in war, no matter which side they may be, must be tried and punished. But only the vanquished leaders were tried and we know they were the ones who killed 100,000 in Dresden, Germany and 200,000 in Hiroshima and Nagasaki.

11. In the absence of courts sanctioned by the international community the Perdana Global Peace Organisation, a Non-Governmental Organisation devoted to criminalising war had decided to set up a tribunal to try war criminals.

12. The court may not be able to get the attendance of the accused persons or to carry out the proper punishment, but this is not going to stop the tibunal from holding a hearing. It will not be the first time that a court hears a case in absentia. But the trial must be held so that the crimes committed by war criminals will be exposed so that the world may punish in whatever way possible.

13. From October 28-29, 2009, a conference on war in its modern version will be held at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur.

14. Present at this conference will be people like Hans von Sponeck, Dennis Halliday, Michel Chossudovsky, Cynthia Mckinney, the victims of Guantanamo Bay in Cuba, the people who had been tortured and many others. They will tell of the laws which prohibit torture, the tortures carried out in Guantanamo and Abu Ghraib, the detentions without rial and without laws by the very people who talk about human rights, about the rule of law and a lot more.

15. There will be an exhibition of the tortures and the sufferings of the victims.

16. Following the conference, the Commissioners and the Tribunals will sit to listen to the evidence of the brutality perpetrated in the Iraq War.

17. All Malaysians and others are welcome to the conference and to the hearings by the Commission and the Tribunal.

18. We Malaysians have not suffered as the Iraqis, Afghans, Bosnians and Palestinians have suffered from the wars launched against them.

19. We have not even suffered from the earthquakes, the volcanoes, the floods and the storms. Even when the tsunami hit us in 2004, we suffered less because Aceh took the brunt of it.

20. We have to be grateful that we have been saved from all these horrors.

21. But we must feel and sympathise with people who have been less fortunate than us. We must therefore try to appreciate the sufferings of others, be sympathetic towards them. That is the least we can do.

22. So Malaysians, please come to the Conference on War, on Criminalising War, and the upholding of justice.

23. No fees will be charged. Give us your moral support so that we can continue our effort to criminalise war so we may all be able to live in peace and security.

Sunday, 18 October 2009

Malam DRUR: Cadangan Buat Tuan Pee Emm:Pyan Habib

Malam Dari Rakyat Untuk Rakyat (DRUR) seperti yang diwar-warkan sebelum ini telah selamat dilaksanakan dengan jayanya semalam 17 Oktober di Dewan MPAJ AU2. Majlis dirasmikan oleh ADUN Hulu Kelang YB Saari Sungib dengan kehadiran istimewa Pak Samad Said dan diserikan juga dengan kehadiran Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali.

Banyak persembahan telah disusun atur bermula jam 9 malam dan berakhir hingga ke lewat malam. Mungkin ini suatu persembahan dan rancangan yang agak baru bagi sesetengah golongan rakyat. Yang turut hadir semalam terdiri juga dari warga emas wakil dari surau dan komuniti di kawasan setempat di DUN Hulu Kelang..bagus satu pendedahan yang baru buat semua...bicara rakyat untuk rakyat mengenai isu-isu yang berlaku dalam negara secara berbeza dan santai.

Untuk entry ini suka saya kongsikan persembahan dari Pyan Habib dengan persembahan yang menarik dan menggelikan hati...namun mesej yang hendak diketengahkan amat tajam dan menusuk hati...saya kongsikan di sini....


TUAN PEE EMM, tuan telah meminta rakyat Malaysia memberi cadangan akan Bajet 2010 yang tuan bentangkan di Parlimen.

Sebagai rakyat yang baik di negara Malaysia yang demokrasi ini, maka saya pun mahulah mengemukakan cadangan yang tidak seberapa ini.

Tuan Pee Emm, sejak tuan umum peruntukan Bajet Mini berjumlah RM60 bilion diawal tuan menjawat jawatan Pee Emm, dalam kepala saya ialah: Jikalaulah daripada jumlah RM60 bilion tersebut - saya tidak tahu kira betapa banyaknya - disedekahkan RM1 juta kepada setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia ini, saya bayangkan, rakyat Malaysia akan kaya raya dan tidak ada yang miskin dan papa kedana.

Tuan Pee Emm, daripada peruntukan RM60 bilion itu juga - yang saya tidak tahu betapa banyaknya - saya bayangkan alangkah bertuahnya pengguna lebuh raya sekiranya pemilik konsensi lebuh raya yang nilai semasanya dilaporkan berjumlah RM10.5 bilion itu dibayar habis, disetelkan dan-dan itu juga!

Saya tidak pandai ilmu hisab tetapi saya dapat merasakan jika cadangan saya ini dipersetujui - bayar habis kepada konsensi lebuh raya - maka saya sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar tol sehingga arwah bila melalui lebuh raya apatah lagi balik kampung berhari raya atau misalnya, semasa pilihan raya!



Tuan Pee Emm, kempen diskaun tol pada musim perayaan dari pukul 12 malam hingga pukul 7 pagi saya rasakan hanya kelakar, mengganggu tidur sahaja. Bukankah baik dipercumakan terus tol demi beramal jariah kepada rakyat?

Sekali baca, kempen ini jelas menggalak orang ramai berpusu-pusu masuki lebuh raya dan menyerbu palang tol untuk mendapat diskaun. Lihat, betapa subsidinya rakyat Malaysia, ceh!

Tuan Pee Emm, selama ini kita dikempenkan agar tidak memandu dalam keadaan mengantuk, dalam kes diskaun tol yang dijom heboh pada waktu tidur ini, bagaimana pula agaknya? Perlukah kita menyerbu palang tol di lebuh raya pada waktu tidur? Bukankah pada waktu itu biasanya adalah waktu tidur dan bangun pagi sekalian rakyat?

Alahai! Betapa bengapnya kita berkejar berlumba di lebuh raya dan lebuh raya menjadi sesak pada waktu kita tidur? Waktu tidur sepatutnya adalah waktu rakyat setel masalah!

Dan yang kaya, yang nyenyak tidur pada waktu itu, masih tetap kapitalis! Tuan Pee Emm, saya cadangkan dibikin satu atau banyak konsortium. Kerah konsortium ini masuk kampung-kampung, kerah mereka hidupkan semula sawah terbiar, airi tanah yang kontang, tanami semula padi.

Malaysia miliki tenaga buruh pendatang yang melimpah ruah, ambil, kerah dan gajikan mereka bercucuk tanam padi dan bukan hanya bina bangunan tinggi!

Tuan Pee Emm, generasi tua yang menghidupkan sawah di kampung-kampung selama ini, sudah pupus. Manakala generasi baharu yang sekolah tinggi-tinggi tidak kenal sawah bendang dan mereka memilih untuk hidup dan bekerjaya di bandar-bandar. Malah generasi yang tidak bersekolah tinggi pun memilih bandar untuk menjadi sabut yang timbul atau batu yang tenggelam!

Tuan Pee Emm, jika tenaga buruh di Malaysia yang berjumlah jutaan orang itu boleh dipetik jari untuk dikerah hidupkan semula sawah mati maka berelung-relung tanah sawah mati dan terbiar itu akan kembali hidup subur.

Hasilnya beras tidak perlu diimport, tidak perlu risau orang kampung mati tidak makan, tidak perlu susah payah heboh beras free kepada orang miskin tegar kerana hasil yang diperoleh daripada berelung-relung tanah sawah terbiar di seluruh ceruk negara barangkali lebih daripada mencukupi.

Beras akan sentiasa ada, rakyat tetap makan nasi dan rakyat tidak akan mati kerana tidak makan nasi! Sekian untuk renungan Tuan Pee Emm.

Heppy Deepavali!!

Hidup Isa Bagan Pinang!!


By Pyanhabib

Friday, 16 October 2009

PILIH I$A, 'NO TO ISA', KEZALIMAN ISA-AL- FATEHAH MEMALI'

Hampir dua minggu ISA disebut dan melata di mana-mana.....sebelumnya Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 hb Ogos berjaya dilaksanakan...kemudiannya disusuli dengan pembebasan 5 orang tahanan ISA yang dua orang darinya paling lama dikeluarkan dari KEMTA beberapa hari sebelum Aidil Fitri....

Kemudiannya PRK N31 menggegarkan lagi dengan calon Rasuah bernama ISA memenangi PRK N31.

Dalam sibuk-sibuk dengan PRK Bagan Pinang , kerajaan Pulau Pinang pula mengusahakan satu langkah yang murni dengan menaikkan 'billboard' NO TO ISA.

Belum pun sempat orang ramai melihat 'billboard' ini terpampang dengan megahnya di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ianya telahpun menerima akibat buruk bila ianya dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Kita rakyat yang bencikan akta zalim ISA merasa berbangga dengan usaha Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kerajaan negerinya yang berjaya menzahirkan rasa kebencian ini dengan menaikkan 'billboard' ini.


Usaha bagaimana billboard ini berjaya dihasilkan boleh dibaca di blog ini DanielYKL.

Papan iklan tersebut dinaikkan pada 10 hb Oktober 2009, namun pada 15 hb Oktober setelah baru 5 hari dinaikkan ianya hanya tinggal rangka sahaja.....

Tidak tahu siapakah yang punya angkara, benci melihat papan tersebut, benci dengan usaha menghapuskan kezaliman atau tidak mahu ramai yang tahu bahawa ada usaha untuk menghapuskan ISA yang zalim????

Walaupun jelas nampaknya kerajaan dan pimpinan BN mahu mengekalkan ISA dan benci dengan usaha-usaha menghapuskan akta ini, kita akan teruskan juga usaha membuka mata masyarakat bahawa ISA adalah satu akta yang amat zalim dan perlu dihapuskan dengan segera dan bukannya di kaji semula.

Kezaliman ISA akan terus didedahkan...kita tidak mahu rakyat lupa tentang kezaliman yang menimpa ke atas penduduk Kampong Memali..yang menyebabkan ramai penduduk kampong yang tidak bersalah terbunuh Syahid...ianya berkait rapat dengan ISA...kita mahu mendedahkan kepada masyarakat yang mungkin masih belum tahu...

Kita akan mendedahkannya dengan secara santai melalui puisi, lagu dan tayangan video...

Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Kelang dan Selangor...jangan lepaskan peluang ini...jemput bersama kami....



Malam Dari Rakyat Untuk Rakyat adalah satu usaha yang dibuat untuk menyampaikan mesej kemanusiaan, keadilan dan ketelusan kepada masyarakat. Program ini melibatkan semua lapisan masyarakat tidak kira kaum dan agama, pemimpin setempat mahupun orang biasa, Pendekatan yang ingin di bawa ialah melaui persembahan nyanyian, puisi, tayangan filem pendek serta pelancaran album Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Saksikan Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara yang kini konsisten memperjuangkan keadilan dan kebenaran khususnya perjuangan memansuhkan PPSMI. Turut sama karyawan rakyat En. Meor Yusof Aziddin yang akan melancarkan album Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Turut mengesahkan kehadiran ialah Adun Hulu Kelang, YB Hj Saari Sungib, Ahli Parlimen Gombak YB Mohd Azmin Ali dan Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA Hj Syed Ibrahim Syed Noh.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Adun Hulu Kelang dan Gerakan Mansuhkan ISA