Macamana Nak Kenal SB Special Branch ye????
Program Forum: ISA: WHY REVIEW? WHY NOT ABOLISH? Masa : 9 pagi - 4 petang Tempat: Auditorium Bar Council.
Sakit hati ada 2 orang SB yg mengaku dtg dari Utusan Meloya, tapi tidak pakai tag media. Pantang ada org baru masuk k dewan dan disangka speaker akan tanya saya siapa dia, mula2 saya tak tahu dia SB, so layanlah..bila dah tahu, saya kata pada dia.."...u pi lah tanya org tu sendiri"..penyibuk betul!!!
Isshh...macam mana saya boleh tidak perasan yang seorang ini ialah seorang SB???...saya melayan semua pertanyaan dia. Dia menayangkan skrin cameranya kepada saya sambil meminta saya mengesahkan nama-nama semua speaker yang akan berucap mengikut gambar2 yang telah diambil dalam kameranya. Dia juga merujuk kepada senarai program yang kami sediakan.
Saya dengan sopan dan tekun melayan segala pertanyaannya.
Sebelum itu, bila saya sampai ke dewan Forum di Bar Council telah ada beberapa orang yang datang awal termasuk seorang wanita dan lelaki yang mengaku mereka dari Utusan Meloya, tetapi saya sangsi kerana mereka tidak memakai tag media lansung.
Kebiasaannya kalau seseorang menjadi wakil media, mereka perlu memakai tag di leher mereka dengan lambang media.
Tidak ada kesalahan resmi atau khusus untuk mereka menghadiri sebarang program, tetapi disebabkan 'nature' kerja mereka yang kemudiannya akan menyusahkan hidup kita dan dijadikan fitnah atas aktiviti kita, maka itulah masalahnya, masalah yang membuatkan kita rasa geram melihat kelibat mereka.
Jika anda yang membaca dan tidak dapat menghayati dan memahami mengapa kami dan sesetengah orang terlalu benci dengan SB, anda perlulah mencari buku-buku yang ditulis oleh tahanan ISA mengenai pengalaman mereka bila disoal-siasat oleh SB.
Selesai majlis Forum tadi saya berbual-bual dengan Puan Anne isteri Dr Kua Kia Soong bekas tahanan ISA di dalam Operasi Lalang. Beliau menceritakan juga kenangan bila dia melepaskan geramnya kepada Interrogation Officer (IO) suaminya ketika ditahan ISA. Bila dia bertemu dengan IO tersebut di dalam mahkamah dia dengan kuatnya memberitahu sahabatnya "Hey..this is the IO who interrogated my husband", walaupun begitu sahaja kata-katanya sudah cukup untuk dia merasa puas dan dapat melepaskan rasa geram di hatinya. Anda boleh baca kesah Dr Kua di dalam bukunya '445 days Behind the Wire''. Boleh baca sedikit tulisan Dr Kua di sini.
Tahap marahnya seseorang kepada para penjawat awam yang bernama SB ini berbeza mungkin rasanya, bagi para isteri tahanan ISA, saya kira tahap marah mereka adalah tinggi, kerana SB-SB ini telah menzalimi orang yang mereka sayangi dan hormati, seterusnya diri mereka dan keluarga mereka turut dizalimi.
Cukuplah setakat ini sahaj dulu mengenai cerita SB ini, tetapi petang tadi bila akhirnya saya diberitahu oleh Nalini bahawa orang ini adalah SB, memang saya rasa geram dengan sifatnya yang sibuk nak tahu bermacam. Akhirnya bila seorang speaker yang terakhir tiba, dia masih lagi menahan saya dan bertanya 'siapa orang tu', dengan kasar dan sombong sambil terus berlalu pergi saya menjawab.."you pergilah tanya dia sendiri"...mungkin itulah rasa puas hati saya petang tadi.
Dalam program Forum tadi ada 3 orang SB yang dapat dikenal pasti, seorang jurukamera dan dua orang tukang catat dan tukang dengar. Si jurukamera beredar sebaik selsai mengambil gambar semua speakers di semua sessi hingga sesi yg bermula jam 3 ptg. Jurucatat pertama tinggalkan forum waktu makan tengahari dan diganti yang baru yang kemudiannya pulang sebaik selsesai semua sesi...hhhmmm....tebal lah laporan mereka. Baguslah sampaikanlah kepada orang atasan kamu.
Sebenarnya banyak maklumat menarik yang saya dapat kutip dari program Forum siang tadi, yang seperti biasa, suka ingin saya komgsikan jika berkesempatan.
Buat masa ini bacalah dulu pengalaman saya dan isteri-isteri tahanan ISA berhadapan dengan SB di hari pemergian Allahyarham Adik Aina Mardhiah pada bulan Julai 2008 yang lalu.
SB oh SB episod 1 dan SB oh SB lebih kejam dan menyakitkan hati.
2 comments:
semoga perjuangan sis sentiasa dilindungi-Nya...sy kagum dgn semangat waja sis!
adik tulip:)
terimakasih..lama tak jumpa kan..
terima kasih di atas sokongan.
Post a Comment