Tanda Penghargaan-Token of Appreciation
Kebiasaannya orang tidak akan meminta apa-apa balasan atau penghargaan bagi apa-apa sumbangan dan kerja yang baik yang dihulurkan, namun atas dasar menyatakan terimakasih dan menghargai sumbangan dan bakti kita memberikannya-Tanda Penghargaan. Jika dihulurkan kata-kata terimakasih, moga Allah membalas segala jasa. Jika diberikan barang, moga dijadikan kenang kenangan dan boleh dikongsi bersama orang yang di samping kita.
Untuk program Forum ISA yang dijalankan semalam, kami GMI memberikan tanda penghargaan sebuah buku terbitan GMI yang punya banyak perkongsian pengalaman yang tidak ternilai harganya, hasil kezaliman pemerintah melalui SB yang menyeksa tahanan ISA, sebuah buku bertajuk ISA-IA SAH ANIAYA dan sebuah CD Meor-DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT yang juga berkisar sekitar kisah kezaliman ISA.
Anda juga boleh sama berkongsi dan memilikinya dengan menghubungi saya sendiri ummuasiah2001@hotmail.com.
Hari ini pula demi untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada 2 orang anak perempuan saya kerana sudi ditinggalkan di rumah seharian semalam saya akan menghargai mereka dengan membawa mereka berjalan-jalan. Belum tahu mana arah tujuan..tetapi sudah tentu mereka suka ke shopping complex yang mesra kanak-kanak, yang mungkin saya tidak gemari kerana terlalu ramai orang di hujung minggu.
Selasa depan perlu lagi meninggalkan mereka selama 4 hari. Walaupun saya tidak bekerja di pejabat dan bermajikan saya perlu juga outstation kerana 'perjuangan'. Perbicaraan kes suami kes 'Ops Bubar Dun Perak' bersambung lagi dari 27hb Okt - 30hb Okt. 4 hari terus menerus....lama tu perlu melabuhkan punggung di bangku keras Mahkamah Kuala Kangsar.
Krisis Perak terus berlangsung...tanpa ada noktahnya...
Perjuangan Rakyat perlu terus dihargai...
No comments:
Post a Comment