SB adalah bermaksud Special Branch...banyak lagi term-term yang digunakan oleh ramai orang mengenai SB ini. Yang semuanya menunjukkan keburukan dan kejahatan yang mereka lakukan. Mereka ini sepanjang yang saya kenal dan terlibat dengan aktiviti GMI, reformasi, PROTES serta demonstrasi ialah mereka yang sering bersama disetiap program yang kita jalankan. Mereka tidak berpakaian seragam, mencatat segala maklumat, mengambil gambar, mengintip perlakuan kita hatta mengintip perbualan telefon kita.
Dalam kes tahanan ISA merekalah orangnya yang ditugaskan untuk mengintip keluarga dan anak isteri. Mereka jugalah orangnya yang membelasah dan membogelkan ke semua tahanan ISA. Kalau nak tahu cubalah cari buku-buku mengenai tahanan ISA.
Jadi disebabkan perkara di atas dan banyak perkara lain lagi membuatkan kami memang sangat marah dan menyimpan dendam yang amat sangat kepada mereka.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah tentang peristiwa yang berlaku ketika proses membawa balik Shahrial Sirin dari KEMTA. Seperti yang saya ceritakan, Cikgu Laila dan saya terpaksa bertekak dengan ketua SB tu...ACP Ayub demi untuk memastikan yang proses membawa pulang Shahrial disegerakan. Macam-macam alasan yang diberi.
Ayub:..."sekarang ada undang-undang baru, menteri mesti sign, dulu kami pernah bawa tahanan balik tanpa menteri sign, kami juga yang kena"...beria dia menerangkan..dia ingat kami ingin percaya kata-kata yang keluar dari mulut dia..
Ayub:.."saya dah call PA menteri, menteri belum sign lagi"..
Saya:.."dah tengok keadaan pesakit macam ni pun..takkan tak boleh minta suruh cepat sikit".....
Ayub.."tak boleh, kami kena tunggu menteri sign"
Cikgu Laila.."okay tak apa, kalau jadi apa-apa..silalah bertanggungjawab"
Ayub.."Awak ni memang kurang ajarla..."...sebenarnya ada satu insiden yang berlaku dimana Ayub benar-benar berlaku biadab kepada Cikgu Laila dan suaminya....saya perlu mencari artikel tersebut..
Kami berdua kemudiannya terus beredar...malas lagi hendak melayan apatah lagi melihat wajahnya..
Selang beberapa minit, seorang SB wanita datang ke katil dan memanggil jiran Fatma yang setia menunggu bersama.."encik, encik, Boss nak jumpa".
Bergegas encik ini menuju ke boss SB tersebut yang menunggu di hadapan lift..saya juga menyibukkan diri mengikuti dari belakang. Saya turut mendengar apa yang dikatakan oleh Ayub.
Ayub ni agaknya dah tak tahan berdepan dengan kami maka dipanggilnya orang lain yang tidak akan bertekak dengannya.
Ayub.."okay...menteri dah sign surat, sekarang pukul 12.45, dalam pukul 1 mereka akan bertolak dari KEMTA, kalau cepat dapat lah sampai dalam pukul 5"...wah confident dia menerangakan...cepat-cepat saya berlari dan memaklumkan pada yang lain.
Cikgu Laila dan saya membebel sesama sendiri.."Hah...boleh pulak menteri tu sign cepat"...begitulah skrip nya bila berhadapan birokrasi dengan SB ni...hak kita hanya boleh diperolehi dengan bertekak...melawan...hanya untuk mendpat hak kita..tidak ada jalan mudah lansung.
Dalam urusan hidup dan mati ini...maka kita berpegang juga kepada janji SB tu...
Saya pulang dari Hospital dan Cikgu Laila terus tinggal menemani keluarga Fatma. Setelah Adik Aina meninggal dunia, saya bercakap dengan Cikgu Laila melalui telefon. Ceritanya kepada saya, mereka beramai-ramai turun ke bawah di kawasan hadapan pintu masuk blok wad sekitar jam 5.30 ptng. kerana ingin menunggu ketibaan Shahrial, namun kelibat nya tidak juga muncul...yang akhirnya mereka semua terlepas detik-detik akhir bersama Allahyarham adik Aina.
Bersambung ke episod 2....lagi kejam dan menyakitkan hati!!!!!!!
2 comments:
hairan bin ajaib.. nak mohon sesuatu dengan Allah pun, direct saja. Nak minta pertolongan dengam manusia, banyak sangat prosedurnya walaupun orang dah nazak...
mereka rasa mereka lebih besar dari Allah agaknya... Nauzubillah..
neeza..
sebenarnya ini bukan kes pertama dimana mereka melambatkan proses bawa keluar tahanan..dah bny kes seolah inilah cara mereka..tunggu hingga dah tak bernyawa dan dah hampir waktu nak dikebumikan...mereka ini bukannya banduan...tengok sendiri bagaimana diri shahrial dan keluarganya..rumah mereka pun sgt uzur..
Post a Comment