Tuesday 3 June 2008

Cuti...ke Bukit Tinggi..

(Asma' dan Asiah bergaya di depan Air Terjun yang sebelum trip yang ini, airnya lebih bersih lagi)
25hb Mei 2008..Ahad jam 3.30 petang.

Cuti kali ni memang tak ada planning lansung untuk ke mana-mana. Jadi tempat tuju kami setiap kali nak berjalan tapi tak tahu ke mana selain dari ke shopping complex ialah menuju ke Bukit Tinggi- now known as Berjaya Hills Resort. Tempatnya tak jauh dari rumah kami di Gombak dan ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

Saya masak masakan untuk lunch...tapi kami makan sangat lewat. Selalunya kami akan makan di kawasan taman di Meranti Park Suites, tapi kali ini disebabkan terlalu lapar, kami melencong keluar dari Karak Highway ke kawasan bentong rasanya...itulah dia gambar di atas. Kami hampar tikar dan makan berhadapan dengan air terjun yang dah keroh airnya disebabkan hujan lebat sebelum tu dan mungkin sebab ada constructions di mana-mana puncak bukit.
Lepas makan terus menuju ke Bukit Tinggi dan terus singgah di Berjaya Hills Club House. Ada kemudahan surau di sini. Pada sesiapa yang sering ke sini mungkin dah tahu tentang all the facilities yang ada dan aktiviti yang boleh dilakukan. Kebiasaan kami ialah datang dan main bowling. RM6 per game per person. Kasut RM 1 rasanya. Puasla jugak main setiap satu game. Tapi kami minta staff disitu..tutupkan 'longkang'..so kira okayla...bola tak dapat jatuh masuk dalam longkang.
Ini anak dara sunti dua orang..disebabkan kami sekeluarga sahaja yang guna tempat tu..depa pun apa lagi..buat jadi stage untuk menari dan buat performance pulak. Abang Anas yang dah Hafiz tu...heboh marahkan adik-adik dia dok menari...Ummi pulak kata...tak pe la Anas...kecik lagi adik2 tu...well...girls just wanna have fun...ye tak???...Janganla marah Abang Anas..
(Anas dan Ammar main, Asma' dan Asiah sedang kutip bola agaknya)
Lepas main bowling Anas pula heboh nak main table tennis pulak, dan adiknya Ammar heboh pulak nak main badminton. Tapi badminton court fully occupied, so terpaksa la permohonan Anas sahaja yang dipenuhi. RM1o per table for one hour and bolanya dijual RM2. Kena la ambil 2 table sebab anak dara dua orang tu pun nak main jugak..but at last hanya habiskan masa dok kejar bola saja.

Ini pemandangan di hadapan Colmar Tropicale Bukit Tinggi...Asiah dan Abangnya Anas. Kami ke sini selepas solat Magrib. Selalunya inilah tempat tujuan selanjutnya selepas berekreasi di Berjaya Hill Golf n Country Resort. Di sini ada juga beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak. Di sini juga ada surau yang amat selesa, sebuah bilik hotel yang diubahsuai.

(tengok tu bukan main sengeh lagi Asiah, at last dapat buat)

Ini salah satu aktiviti yang perlu dibayar juga :(..(Asiah sedang buat 'wax tangan'). Sebenarnya setiap kali jumpa benda ni memang dia nak buat. Tapi saya tak pernah layan kehendak dia. Cuma kali ni, sebab kesian sangat tengok dia begitu ayik tengok orang lain buat, abah dia pun cair jugak, tapi kalau ikutkan saya, memang tak dapat. Saya duduk memerhati dari jauh, di restoran di belakang sambil tunggu pizza yang diorder. Ingatkan nak makan sambil minum hot coffee yang dibawa dalam flask dari rumah. Tetapi sayangnya flask tu terjatuh dan pecah. So kena spend bayar duit minuman yang mahal...

Inilah percutian singkat kami...

6 comments:

Anonymous said...

Wow, bestnya.. Ummi tak sampai lagi bukit tinggi .. tak taulah bila boleh pergi nak kena tunggu dad baliklah kut.

silversarina said...

Sure seronok anak-anak tu bercuti di Bukit Tinggi sebab memang tempat tu best . Selamat bercuti !!

Neeza Shahril said...

bestkan pergi Bukit Tinggi.. tapi makan kat situ.. hehehe.. mahal jugeeee.. tapi sekali sekali berjalan kat sana, okaylah kot ye..

kami pergi Colmar Tropicale tu.. tengok orang2 berpakaian ala2 belanda gitu.. tapi miss nak pergi rabbit farm.. tak tahu kat mana..

ummu asiah said...

ummi365..
ye best and destinasi cuti yang dekat...u should go when dad balik...but lately selalu ada gegaran di sana kan

...............

Kak Rina...
hari ni hilang mood...harga minyak naik...

kak rina lagi bestkan cuti-cuti..

..........

Neeza..rabbit farm kat bawah sikit..best gak.

selalunya ada show..ada sekali kami pergi ada show akrobatik dari china..best and berbaloi sgt..baru ni pergi entah show dance apa tah..so kami balik awal la..

neeza...harga minyak naik pulak..sedih sangat2

Mandiri Holidays said...

Salam kenal

Mandiri Holidays
Jl. Ipuh Mandiangin 15 B Bukittinggi - West Sumatra,

Kalau ada yang nak melawat kat Medan, Padang-Bukittinggi, jakarta-Bandung, sila call / SMS ke +62 81363408670 ( Roni )
e mail : mandiri.holidays@yahoo.com

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.