Wednesday 4 June 2008

HARGA MINYAK NAIK LAGI-EXTREMELY HIGHHHH....

Hari ini saya keluar dari rumah jam 10.30 pagi. Ada janji temu dengan syarikat printing T-Shirt, kemudian terus ke Batu 3 Shah Alam, menziarahi kawan yang meninggal dunia. Kemudian terus ke Bangunan Tun Razak Jalan Raja Laut, menghantar memorandum GMI kepada SUHAKAM. Sampai di rumah jam 6 petang. Terus on PC untuk upload gambar dan hantar gambar-gambar kepada wartawan HARAKAH...sebab mereka datang tanpa cameraman. Sambil tu baca e-mel. Dapat mel...harga minyak naik 78sen by tengah malam ni.

Terus talipon suami.....yang on the way balik ke rumah.
...."Abang, jangan balik dulu...terus pergi petrol station isi minyak"...tapi suami dah sampai depan rumah. Jadi kami masing-masing reverse kereta dan van untuk ke petrol station di Greenwood....
Sampai di sana...."Mak aaiii...panjangnya".....sambil tunggu...sempat menghantar sms pada kawan-kawan...Suami pula tak sanggup tunggu lama di petrol station greenwood...terus keluar ke Petronas Batu Caves.
Terus dial lagi...
Aiman Athirah.."Akak, apa khabar, sihat ke?"....
saya.."Tak sihat...tengah marah sangat ni...macam mana...kita nak buat apa...PROTES tak nak buat apa ke?"..laju saya tanya pada Aiman...memang rasa amat marah rasa macam nak menangis...
Aiman pun berilah maklumat kepada saya...InsyaAllah...KAMI AKAN PROTES...untuk rakyat....
Ini sms yang saya terima dari seseorang yang memperjuangkan nasib Palestine dan rakyatnya...
"For the poor, they are turning this country into GAZA-denying food and fuel by raising the price beyond their means"

4 comments:

zlaa said...

Tak tau la apa nak jadi.. makin melampau dan menjadi-jadi.. Rakyat hidup dalam keadaan terdesak. Serba serbi mahal. Kesian kita..

Stesen minyak Greenwood penuh nostalgia. Rindu nak pi sana balik.

ummu asiah said...

zlaa..
memang teruk..lepas tu katanya nak bayar rebet pada pengguna..ikut cc kenderaan..rm200 to rm 625 PER YEAR!!!...tak taulah macamana depa nak buat..rm200..dua kali isi minyak saja..insulting betul.

Tariff letrik pun diumumkan akan naik juga in august..diumumkan malam ni jugak..18% naik utk domestic user..bil rm 43 kebawah tak affected..habis lebih ramai org yg bil lagi tinggi

ni memang dah marah tahap gng everest jugak..

banyak tempat yang jam gillllleeerrr malam ni. kawan yg ke meeting gmi dari keramat ke PJ call informing dia bertolak at 7.30pm..9.45pm belum sampai-sampai lagi..teruk betul....

Neeza Shahril said...

dia nak bagi rebate hujung tahun masa renew road tax tapi rakyat dah bayar untuk setahun. dia boleh simpan duit tu untuk masuk FD.. senang2 aje dia boleh bagi rebate yang tak seberapa tu.. memang lawak antarabangsa betul...

ummu asiah said...

betul tu neeza.
ni akak cut n paste emel dari kawan yg cerita ketamakan kroni...

"...Nak tau kenapa offset minyak dibayar melalui Pos Malaysia?

Sang kelembai kata ECM Libra ada share Pos Malaysia. Cuba kira jumlah offset RM625 dengan jumlah kenderaan. Berapa banyak duit yang pre-load ke pada Pos Malaysia? Masuk fixed depo 3 bulan pun dah masyuk.

Dalam konon nak tolong rakyat tu, sempat juga menyamun....."

And ramai juga yg tahu siapa own share dlm ECM LIBRA!!!!