"Apakah nilai RM 50 pada anda??"
Apa nilai RM 50 pada kita, pada anda???
"Ummi, jom pegi Amcorp Mall. Nak beli CD la, nak beli Nanny MacPhee"....jerit Asiah dengan Asma'.
"Ok jom la kita pergi, boleh lepak-lepak tengok CD di rumah"...kata ummi pula.
Apa harga CD tersebut di Amcorp Mall? RM 8 per CD dan kalau beli 5 keping percuma satu dengan bayaran RM40.....campur tambang itu ini makan minum dan lain-lain lebih RM 50 dibelanjakan begitu sahaja.
Itu hanya satu contoh yang terfikir di hati, kadangkala berbelanja di kedai runcit untuk membeli bahan masakan dan barangan dapur boleh mencecah ke angka tersebut, maka sambil berjalan balik ke rumah menghitung sendirian di dalam fikiran "apa yang aku beli tadi".
Terpulang kepada taraf kewangan masing-masing akan kedudukan nilai RM 5o tersebut.
Mempunyai akaun facebook dan dan melayari blog dan gambar rakan seronok melihat bagaimana wang dibelanjakan dan berapa banyak wang yang ada dalam simpanan seseorang. Buang rasa cemburu jauh-jauh kerana rezeki adalah pemberian dari Allah walau ke tahap mana usaha kita.
"Salam Puan. Maaf menggangu. Saya 'N' ni. Puan Kalau tak keberatan saya minta pertolongan Puan RM 50 sahaja...Buat masa ini pekerjaan suami tidak tetap..Kereta yang dibawanya untuk membawa penumpang rosak dan ada lagi saman yang belum dibayar....saya cuma pakai RM 50 saja untuk membayar pinjaman saya. Saya betul terdesak puan..memerlukan RM50....Tak tahu nak pinjam dengan siapa. Ada rezeki InsyaAllah saya bayar semula"
Saya lansung tidak berfikir panjang apabila menerima sms ini yang di 'forwardkan' kepada saya dari isteri bekas tahanan ISA Cikgu Laila. Ini kali kedua Puan N hanya memohon RM 50 sahaja dari kami.
" Okay I will bank in the money" laju saya balas sebaik membaca sms.
"Bank mana?" tanya Cikgu Laila lagi.
"Mana-mana pun tak apa, I di luar, kalau jumpa bank I will bank in kan"...saya jawab dengan yakin akan mahu bank in segera.
Selesai tugasan mengambil, menunggu dan menghantar anak-anak saya selamat sampai ke rumah.
"Assalamu'alaikum puan, maaf sangat mengganggu. Tadi Puan kata dah masuk? Sekarang saya di bank, saya cek belum ada Puan?"....satu lagi sms diterima dari Cikgu Laila.
Dalam hati saya menjerit sekuatnya..."Ya Allah sungguh terdesak dia, kenapa aku leka dan cuai!!" saya memarahi diri sendiri kerana tidak memikirkan kesusahan orang lain.
"Ya Allah, minta dia tunggu sekejap, I transfer sekarang juga"...balas saya pada Cikgu Laila.
Segera saya hidupkan modem dan komputer saya, Syukur semuanya tidak memberi masalah dan wang yang diperlukan dengan sedikit penambahan disalurkan ke padanya yang berada di Negeri Bawah Bayu....moga ada senyuman di wajahnya....syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
Kenaikan harga barangan hanyalah satu pelarasan.....dan tidak membebankan rakyat!!

3 comments:
Terima kasih. Moga Allah sahaja juga yang membalas pengorbanan anda. Moga Allah selamatkan keluarga anda dan keturunan anda daripada api neraka. Moga Allah mengurniakan syurga kepada keluarga anda. Allahumma Ameen.
Saudara Ridhuan,
Terima kasih di atas do'a. Moga Allah menerima segala amal dan do'a kita. Moga kita semua tergolong dalam golongan orang yang diredhaNya.
Amin.
satu CD RM8?
perjuangan juga jika kita beli yang ori :P
salams
Post a Comment