Tuesday, 10 August 2010

Kes HIMPUNAN MANSUH: Mengaku Bersalah, SIAPA YANG BERSALAH sebenarnya???

'Kami' setelah kes ditangguhkan....memberikan kata-kata semangat, motivasi dan berbincang strategi untuk terus berjuang!!!

Hari ini adalah hari yang sungguh memenatkan dan menduga semangat juang kita yang mengaku diri kita berjuang untuk melawan kezaliman. Apakah sanggup kita meneruskan perjuangan apabila kita tahu di hadapan kita terbentang luas sebuah jalan yang berliku dan berduri.

Menghadiri sesebuah perhimpunan aman yang dianjurkan oleh badan-badan NGO, Parti Politik dan Gabungan Aktivis Rakyat memanglah sesuatu yang boleh menaikkan semangat dan melahirkan rasa marah pada pemerintah yang melakukan kezaliman.

Kita turun di jalanan, melaungkan slogan-slogan yang menaikkan semangat tanda rasa benci pada kezaliman. Diserang polis, SB dan FRU yang membedil gas pemedih mata dan pancutan air kimia menambahkan lagi rasa marah dan 'thrill' dalam sesebuah perhimpunan aman yang dituduh polis sebagai perhimpunan haram dan rusuhan. Habis perhimpunan semua pulang semula ke tempat tinggal masing-masing dan kehidupan diteruskan seperti biasa.

Di dalam mana-mana perhimpunan aman yang menentang secara terang-terangan kezaliman pemerintah pasti akan diganggu polis dan ada yang akan ditangkap.

Saya sedang ingin memperkatakan tentang Himpunan Mansuh yang diadakan pada 1 hb Ogos 2009 bagi menentang akta zalim ISA. Banyak ramalan yang dibuat tentang jumlah yang hadir dalam perhimpunan yang bersejarah tersebut. Ada yang menganggarkan sejumlah lebih dari 50,000 orang yang telah hadir. Dari sejumlah tersebut hampir 600 orang telah ditangkap dan hanya 29 orang yang telah didakwa di Mahkamah termasuk penulis sendiri.

Hingga ke tarikh hari ini perbicaraan belum dapat dimulakan setelah beberapa kali OKT dan peguam terpaksa turun naik mahkamah. Minggu ini kami dikejutkan dengan makluman bahawa Hakim telah menetapkan tarikh perbicaraan bermula dari 9-12hb Ogos. Ramai yang hanya tahu bahawa kes hanya akan berjalan pada 9hb Ogos sahaja. Sungguh simpati pada mereka yang datang jauh dari Terengganu, Johor, Perak dan juga Melaka.

Hari ini pula ketika saya sampai ke Mahkamah saya telah dikejutkan dengan berita bahawa akan ada yang membuat pengakuan bersalah!. Peguam menjalankan tugas mereka menyampaikan 'offer' yang telah dibuat oleh pihak pendakwaan kepada OKT bahawa sekiranya ada yang mengaku bersalah, maka mereka akan hanya didenda RM500.

Maka bermulalah episod yang penuh keluh kesah, marah, bengang bagi kami aktivis yang telah melalui perbicaraan sebelum ini. Namun bagi mereka yang masih baru dan pertama kali melalui kes seumpama ini sudah pasti keliru, bingung dan memikir banyak kali samada untuk terima atau tidak. Apatah lagi bagi mereka yang telahpun mendapat gangguan dari polis, SB dan juga sesiapa saja yang tidak mahu saya sebutkan di sini.

Kata mereka dengan pujuk rayu mengaku bersalah saja senang bayar denda RM 500, nama tidak akan diblacklist, kes ini akan ambil masa bertahun-tahun 3 tahun atau lebih, kes ini belum tentu akan menang, kalau belajar akan ganggu credit hours dan macam-macam lagi.

Kami yakin ini adalah gangguan dari Polis untuk memujuk atau lebih tepat lagi mengugut agar OKT mengaku salah.

Sekiranya pembaca sekelian pernah membaca pengalaman saya serta suami saya melalui kes PROTES dan kes 'Ops Bubar DUN Perak' boleh memahami keperitan yang perlu dilalui oleh mereka yang didakwa di Mahkamah...

Namun pagi tadi di hadapan Hakim 4 orang telah membuat pengakuan....mengaku bersalah 'menghadiri perhimpunan Haram'...namun raut wajah mereka penuh duka yang tiada kata yang dapat menjelaskannya...kami faham apa perasaan mereka....namun semua ini belum pasti pengakhirannya...esok bakal jadi tarikh penentu untuk nasib kes ini dan 4 orang yang telah mengaku bersalah.....

.....bagi kami....perjuangan ini harus dan wajib diteruskan................

Terima Kasih atas sokongan semua.....saya lampirkan kata-kata semangat yang kami terima...

Kita tidak bersalah!Jangan serah diri,lawan smpai menang!Allah bersama pejuang ikhlas, mara kedepan dengan semangat ramadhan badar alkubra dari DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin.


Kata-kata semangat yg kami terima dari Kak Aliza yg lalui 10 tahun bicara dan masih continue hingga 7 orang dari OKT telah meninggal dunia!!!! dalam kes tangkapan di Kamunting.


"K.jije rasa DPP dah serik setiap kes akta polis akan membongkar tangkapan adalah arahan politik! Polis tak profesional dan pasti kes kalah! Moga kebenaran tetap menang."

3 comments:

Azurah Anuar said...

oh ini ke ceritanya kak. hasbullah tak sempat cerita dengan saya tadi, tapi sangat curious.

ummu asiah said...

he..he...biasalah tokey mcm2 mestilah sibuk..

dalam cerita ni tapis2 gak...cerita sebenarnya lebih mendebarkan!!!!

Hasbullah Pit said...

Minggu ini kami dikejutkan dengan makluman bahawa Hakim telah menetapkan tarikh perbicaraan bermula dari 9-12hb Ogos. Ramai yang hanya tahu bahawa kes hanya akan berjalan pada 9hb Ogos sahaja. Sungguh simpati pada mereka yang datang jauh dari Terengganu, Johor, Perak dan juga Melaka.


Bab ni pelik.
Wawa dah tau ianya 4 hari, tapi OKT lain tak tahu...

saya pula tak berapa ingat berapa hari, tapi saya memang ingat sampai 12 hb, sebab ianya konflik dgn Pelancaran Dinar Kelantan.

Anyway, JUHAM patut ada non lawyer staff atau admin personell urus hal2 OKT.