Saturday 21 August 2010

PDRM: Pegawai Penyiasat tapi tak menyiasat,

Barisan Peguambela berbincang, memberi motivasi dan tindakan ke hadapan sebaik kes ditangguhkan di luar kamar Mahkamah.

Perbicaraan Kes 'Ops Bubar Dun Perak' yang bersambung pada tarikh 19-20hb Ogos 2010. Catatan dari soal balas Peguambela Augustine Anthony di bawah ini adalah pada tarikh 20hb Ogos 2010 ke atas Pegawai Penyiasat kes ini iaitu Cif Inspektor Ishak.

Soalan : Awak ada mengatakan awak menangkap seorang yang bernama Asri (OKT 12), awak pasti dia?

Jawapan : Ya.

Soalan : Setuju dengan saya bahawa banyak daripada fakta-fakta siasatan yang awak tak ingat, setuju dengan saya awak sudah lupa?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Setuju dengan saya awak rujuk nota sendiri?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Adakah seorang yang bernama Inspektor Mala?

Jawapan : Ada.

Soalan : OKT 12 tidak pernah ditangkap oleh Cif Inspektor Ishak, setuju?

Soalan : Inspektor Normala bersama-sama dengan peguam Asri, Encik Zambri. Dia tidak pernah ditangkap tetapi dia datang serah diri bersama peguam dia En Zambri?

Jawapan : Tidak setuju.

Ramai berhimpun mengapa hanya tangkap 13 orang OKT?

Soalan : Cif Inspektor Ishak telah ditunjukkan banyak gambar-gambar. Setuju dengan saya selain dari pengecaman OKT, ada juga gambar-gambar orang lain peserta lain yang bersama dengan OKT?

Jawapan : [diam]

Soalan : Kalau tak setuju kita tengok semua gambar-gambar semula.

Jawapan : Setuju

Soalan : Ada tidak orang lain itu bersama OKT di mahkamah?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Adakah anda siasat identiti-identiti orang yang berkumpul dalam setiap satu gambar?

Jawapan : Ada saya siasat.........

Soalan : Ada tak anda siasat? Yes or no?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Adakah anda siasat daripada pegawai-pegawai penangkap mengapa orang-orang tersebut tidak ditangkap?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Sebagai seorang penyiasat adakah anda tanya kenapa dikhususkan kepada seseorang dalam gambar dan bukan semua yang ada di situ?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Anda ada beri keterangan "saya terima maklumat dari Hasbullah ada tangkapan terhadap orang-orang yang berhimpun". Setuju dengan saya sebagai pegawai penyiasat ialah untuk lakukan siasatan secara menyeluruh dan bukan hanya terima barang kes?

Jawapan : Setuju.

Siasatan mestilah menyeluruh

Soalan : Siasatan mesti menyeluruh?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Adakah anda siasat masa hari kejadian ramai antara orang ramai termasuk anak-anak cedera akibat tembakan gas pemedih mata yang bertalu-oleh polis. Siasat atau tidak?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Adakah anda juga buat siasatan gas pemedih mata yang cederakan polis sendiri? Siasat atau tidak?

Jawapan : Siasat, secara menyeluruh tidak.

Soalan : Oleh kerana jawapan di atas tidak secara menyeluruh anda setuju dengan saya bahawa siasatan anda tidak sempurna?

Jawapan : Saya tidak siasat semua.

Soalan : Adakah anda siasat berapa ramai polis di kawasan kejadian pada hari kejadian?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Jadi setuju dengan saya awak tak tahu berapa ramai polis yang bekerja pada hari itu?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Jadi anda tidak tahu berapa ramai polis yang beruniform dan yang tidak beruniform berlegar-legar?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Adakah anda siasat ketua-ketua PORU, FRU dan lain-lain berapa banyak kelongsong gas pemedih mata yang digunakan pada hari itu?

Jawapan : Tidak siasat.

Soalan : Adakah anda siasat dari Ketua-ketua unit berapa kerap kalikah arahan bersurai dikeluarkan?

Jawapan : Tidak siasat.

Soalan : Adakah anda siasat daripada ketua-ketua unit yang kononnya telah beri arahan surai tempuh berapa minit untuk orang bersurai?

Jawapan : Tidak siasat.

Soalan : Adakah anda siasat dari polis yang kononnya memberi arahan bersurai apakah jalan-jalan yang sepatutnya digunakan?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Proses lakaran ini memang tidak menyeluruh sebab tak ada nama-nama jalan di dalamnya. Adakah anda pernah siasat sebelum tarikh lawatan ada berapa banyak jalan-jalan ?

Jawapan : Ada.

Soalan : Semua jalan-jalan tidak dicatitkan dalam rajah kasar?

Jawapan : Ya.

Soalan : Rujuk pada C 35. Bila terima C 35 adakah anda siasat berapa orang ditangkap setiap kali selepas arahan bersurai dan orang tidak bersurai?

Jawapan : Tidak siasat.

Gas Pemedih mata yang membunuh???

Soalan : Anda tidak tahu berapa banyak kelonsong gas. Anda siasat apakah jenis gas pemedih mata yang digunakan?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Gas pemedih mata type CR adakah anda tahu gas pemedih mata type CR?

Jawapan : Ya.

Soalan : Oleh kerana anda pernah dengar gas pemedih mata type CR amda tahu kesan gas CR atas orang ramai?

Jawapan : Sikit-sikit

Soalan : Adakah anda tahu gas CR akan menyebabkan temporary blindness? Setuju atau tak pasti.

Jawapan : Tak pasti.

Soalan : CR type gas boleh sebabkan kesesakan nafas?

Jawapan : Tak pasti.

Soalan : Sebab tak siasat, setuju?

Jawapan : Setuju

Soalan : Anda tahu gas CR jika digunakan atas orang ramai akan sebabkan panic?

Jawapan : Angguk


Soalan : Adakah anda siasat?

Jawapan : tidak.

Soalan : Boleh juga sebabkan lemah, tak boleh buat apa?

Jawapan : Ya

Soalan : Boleh juga sebabkan kanser ada unsur karsinogen, siasat?

Jawapan : Tidak.

[Timbalan Pendakwaraya bangun membantah soalan-soalan balas yang diajukan oleh peguambela dengan alasan soalan-soalan yang diajukan tiada kaitan]

[Peguambela bela berhujah atas alasan "asking the IO wether he investigate or not" sebab dia adalah pegawai penyiasat dan beliau telah menyatakan bahwa "investigation must be complete"]

[Puan Hakim mengangguk sambil tersenyum. Peguambela meneruskan soalan balas]


Tak Siasat Tak Siasat Tak Siasat!

Soalan : Kita semua tengok visual gas pemedih mata boleh akibatkan kematian sekiranya terlebih hidu?

Jawapan : Tidak tahu.

Soalan : Tidak tahu sebab tak siasat.

Soalan : Tahu berapa banyak gas pemedih mata digunakan?

Jawapan : Tidak tahu.

Soalan : Sebab tak siasat. Adakah anda menyiasat penggunaan beberapa jenis kompaun yang terpilih yang boleh tukarkan keadaan yang aman menjadi liar dan tidak terkawal?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Pada hari tersebut yang berkumpul di situ ada juga orang Cina, India, Kokasian, Tamil dan lain-lain lagi?

Jawapan : Tak setuju. Ada India dan Melayu saja.

Soalan : Saya cadangkan bahawa keterangan anda cuma nampak India dan Melayu saja maka anda tak tengok semua dan tak teliti semua VCD-VCD yang ada.

Jawapan : Saya teliti semua VCD-VCD yang ada tetapi tidak 100%.

Soalan : So anda tidak teliti semua babak-babak dalam VCD tersebut. Bila tak tengok 100% jadi anda tidak tahu semua babak-babak.

Jawapan : Semua babak saya lihat ada part-part yang tak lihat.

Soalan : Saya cadangkan ramai orang Cina yang ada pada perhimpunan tersebut.

Jawapan : Tak pasti.

Soalan : Saya cadangkan anda juga telah siarkan gambar seorang India yang kononnya terlibat dalam rusuhan?

Jawapan : Bukan saya.

Soalan : Siapa yang minta Berita Harian siarkan gambar-gambar ini? [rujuk suratkhabar berita harian yang memuatkan berita kejadian]

Jawapan : Polis.

Soalan : Anda tahu ada juga yang dikehendaki ialah orang India?

Jawapan : Tidak tahu.

Siapa Pegawai Penyiasat??


Soalan : Kalau bukan anda siapa lagi yang letak selain anda sebagai pegawai penyiasat yang siarkan gambar-gambar ini?

Jawapan : Saya tidak siarkan gambar ini. PDRM

Soalan : Siapa pihak polis? Mesti melalui Pegawai penyiasat. Siapa orangnya?

Jawapan : Ketua Polis Perak, Dato' Zulkifli.

Soalan : Mengikut siasatan polis didapati 4 orang yang terlibat secara lansung dalam rusuhan dan menghalang kereta Raja Tuanku Dr Nazrin, siapa mereka?

Jawapan : Siasatan awal polis, 4 orang terlibat...

Soalan : Siapa mereka?

Jawapan : Saya tak siasat.

Soalan : Awak IO, tapi awak tak siasat. Adakah lebih dari seorang atau awak seorang sahaja?

Jawapan : Saya seorang sahaja.

Soalan : Dalam siasatan ini juga polis cari 5 orang lain, anda tahu siapa 5 orang lain itu?

Jawapan : Tak ingat.

Soalan : Anda tahu adakah jika 5 orang ini ditangkap atau serah diri siasatan ini akan menjadi lebih menyeluruh dan complete?

Jawapan : Tak setuju.

Soalan : Anda setuju salah satu gambar yang disiarkan seperti orang India? Anda setuju atau tidak?

Jawapan : Mengangguk.

Soalan : Tadi awak kata tak ada India.

Jawapan : Mirip India, Tak pasti.

Soalan : Walaupun terdapat ramai orang Melayu, India, Cina, Kokasian mengapa ke 13 orang yang ditangkap adalah Melayu saja? Ada anda siasat?

Jawapan : Tidak.

Kenapa tangkap Orang Melayu saja??


Soalan : Jadi anda setuju dengan saya anda tidak siasat kenapa tangkapan hanya orang Melayu saja?

Jawapan : Yang saya faham.......saya ada tanya......mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram.

Soalan : Adakah awak tanya, di situ ada ramai Melayu, Cina, India, kenapa Melayu saja ditangkap.

Jawapan : Saya tanya pegawai penangkap kenapa bawa tangkapan kepada saya.

Soalan : Tanya atau tidak itu siasatan IO.

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Adakah anda siasat daripada anggota polis, orang ramai, mungkin dari parti politik, seramai berapa orang yang berkumpul pada hari itu?

Jawapan : Tidak siasat.

Soalan : Jadi anda tidak tahu berapa ramai yang berkumpul?

Jawapan : Tidak tahu.

Soalan : Adakah anda setuju kalau saya katakan lebih daripada 3000 orang yang berkumpul?

Jawapan : Saya tak tahu. Tak pasti.

Soalan : Sebagai penyiasat, bukankah anda harus tanya ramai orang berkumpul, kenapa tangkap 13 orang sahaja?

Jawapan : Memang saya tanya, sebab mereka terlibat dalam perhimpunan haram.

Soalan : Ahli parlimen pun ada kenapa tak tangkap? Anda tak tanya apa motif tangkapan?

Establish Motif cari bahan bukti

Jawapan : Motif tangkapan perhimpunan haram.

Soalan : Rujuk laporan polis DSP Fadzil, motif tangkapan ialah merusuh. Berhimpun dan merusuh adalah motif tangkapan. Rujuk P 59, anda setuju motif bukan sahaja berhimpun tetapi merusuh.

Jawapan : Pada awalnya siasatan, motif tangkapan merusuh dan berhimpun. Pada masa laporan dibuat. Kalau ikut lapuran saya setuju. Setuju.

Soalan : Anda buat siasatan mesti ikut laporan setuju? Mengikut laporan polis ialah merusuh setuju?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Berdasarkan pada motif tangkapan hari itu merusuh dan berhimpun 9 orang ditangkap? Setuju.

Jawapan : Setuju.

Soalan : Dari laporan itu polis kemukakan exhibit batu, kayu dan lain-lain untuk tunjukkan contoh merusuh.

Jawapan : Setuju.

Soalan : Jadi exhibit ini dimasukkan dalam mahkamah untuk tunjukkan orang merusuh?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Adakah anda siasat siapa yang bekalkan exhibit?

Jawapan : DSP Fadzil.

Soalan : Adakah anda siasat siapa yang baling kayu P 45 dari kalangan 9 orang OKT tu?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Adakah anda siasat siapa yang baling P 47 batu besar?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Selain dari terima barang dari DSP Fadzil adakah anda siasat siapa beri barang kes pada awak?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Anda ada menonton VCD kejadian, ada orang membaling batu, ada anda nampak sesiapa yang membaling batu?

Jawapan : Tidak nampak.

Soalan : Anda ada menonton semua VCD?

Jawapan : Ya dan saya tidak nampak sesiapa membaling batu.

Peguambela memohon kenyataan Pegawai Penyiasat untuk direkodkan.

Perbicaraan tamat jam 12.30 tengahari dan ditangguhkan ke tarikh 26hb Ogos 2010 untuk sambungan soal balas seterusnya oleh Peguambela Augustine Anthony.

No comments: