Monday, 2 August 2010

Polis menganas di Vigil sempena 50 tahun ISA di Armcorp Mall, PJ (Gambar tangkapan)

Polis SB yang berbaju biru inilah yang berulangkali memerli-merli saya kerana membawa anak-anak bersama, geram betul rasanya.

Gambar ini ialah gambar menunjukkan Cikgu Bard mula ditangkap sebaik selepas Tuan Syed Ibrahim ditangkap. Mereka berdua berjalan di belakang dan disebelahan saya dan anak-anak.

Polis dan FRU mula mengerumuni kami. Saat ini polis wanita di belakang saya telahpun menggenggam erat lengan kiri saya, tangan kanan saya menggenggam erat tangan anak saya Asiah yang menjerit ketakutan. Lihat polis yang sedang angkat tangan di belakang saya, beliau juga yang mengarah polis wanita yang bernama HAFIIZAH ini menangkap saya dari arah BELAKANG ketika kami sedang berjalan dengan aman menuju ke dalam Amcopr Mall setelah diarah polis untu bersurai!!!

Lihat aksi Cikgu Bard yang cuba menghalang polis dari menangkap saya. Syed Ibrahim di hadapan saya membelakangkan camera juga dalam aksi menghalang polis dari terus menangkap saya.

Ini sekatan FRU betul-betul di hadapan pintu masuk ke Amcorp Mall.

Rasanya aksi ini sebaik kami melepasi tangkapan polis, Syed Ibrahim dan Cikgu Bard sudah tidak kelihatan kerana mereka sudah ditangkap. Yang kelihatan ialah saudara Nazri bekas Pengerusi 'GERAK'. Kami berjalan menuju ke Amcorp Mall.

Lagi gambar ketika sebelum tangkapan dibuat.

Tuan Syed Ibrahim dan Cikgu Bard serta yang lain telah memastikan supaya polis tidak terus menangkap saya. Asiah menangis sekuat hati. Namun polis yang mengeluarkan arahan di atas, sekali lagi cuba menangkap saya ketika kami berada di hadapan IPD PJ, namun sekali lagi berjaya diselamatkan apabila isteri Tuan Syed Ibrahim berada berdekatan dengan membawa kereta, cepat-cepat kami selamatkan diri dengan menaiki keretanya.

Rupanya kami mendapat maklumat bahawa polis memang mahu menangkap 6 orang AJK GMI.

No comments: