Susahnya....Bukan kami tidak usaha...
"Sham, berapa dapat hasil jualan hari ni Sham?" soalan saya kepada Sham setiap kali menelefon bertanya khabar.
"Ada la sikit Kak N, RM17, semalam lansung tak ada. Kira okay lah ni." jawab Sham sambil gelak-gelak saja.
"Sham, berapa hasil jualan hari ni pulak Sham?" panggilan terakhir saya semalam kepada Sham.
"RM 7 Kak N." jawab Sham dengan sedikit nada rendah.
"Sikitnya tu, teruknya." balas saya pada Sham.
"Apa nak buat, kedai kami terlindungla." jelas Sham lagi dan saya faham kerana telah pergi meninjau keadaan kedai tersebut semenjak mereka terpaksa tutup kedai dengan agak lamanya bila kedua orang anak mereka berada di wad.
Satu ketika dulu ketika banyak masa luang kami sering ke sana, santai-santai minum dan berborak-borak. Sham buatkan ABC Nyonya best! dan Air Barli Lemon yang menyegarkan tekak.
Sham juga tidak menang tangan melayan pelanggan yang memesan minuman dari gerai mereka. Kami tetap duduk di situ menghabiskan masa luang. Anak-anak gembira membantu.
"Sham, jomla kita buat sesuatu, promosi jualan apa-apa ke, jemput kawan-kawan datang ramai-ramai ke." ligat juga fikiran saya memikirkan idea yang dapat membantu memberi nafas kepada gerai mereka.
"Idea yang bagus tu Kak N, boleh ajak kedai buku join sekali, tapi barang Sham tak banyak dan modal tak ada."
Maka idea kami hanya tinggal idea sahaja...memang sukar hidup ini..jangan kata tidak ada usaha...namun berusaha dan pada masa yang sama harus bersaing dengan orang yang tamak dan tidak berperikemanusiaan dan zalim maka dugaan hidup akan terus bertambah besar dan sukar.
Kisah 2
"Bulan ni memang teruk sikit banyak dugaan, banyak bil melambung, kena bayar itu dan ini." cerita seorang isteri bekas tahanan ISA kepada saya.
Saya terus mendengar luahan hatinya.
"Kerja suami pun tak menentu, kadang-kadang ada gaji, kadang-kadang tak ada. Sekarang anak yang sulong nak masuk U, banyak belanja. I dah ada saving sikit cukupla buat bekalan beli barang2 penting." saya menjadi pendengar setia setakat itu saja yang saya mampu lakukan.
"Ok, tak apa you jangan risau. I akan cuba usahakan mohon sumbangan dari sahabat kita yang selalu bantu kita dulu. InsyaAllah mesti dia masih ingat lagi.." janji saya pada dia.
Sedikit senyuman terukir di wajahnya.
Dalam hati.."tanggungjawab besar ni kerana aku telah beri harapan padanya."
Pulang ke rumah saya mengutus satu emel kepada sahabat setia kami yang sering memberikan sumbangan.
Selang beberapa hari, saya menerima pesanan ringkas ini:
"tadi i check di bank, ada sejumlah wang dalam akaun, memudahkan urusan I untuk anak seperti medical check-up, reformat lap top dan membeli beberapa pasang pakaian. Alhamdulillah, moga Allah tambah rezeki si dia yang pemurah tu dan disediakan satu tempat di Syurga untuknya."
Amin.......walau ada orang yang kedekut, zalim, tamak dan gila kuasa masih ada hamba yang tidak putus-putus mengumpul 'harta' yang boleh dibawa hingga bertemu Allah...
Kisah 3..kisah benar juga...
20,000 penjawat awam miskin
Oleh Haika Khazi
2011/05/23
PUTRAJAYA: Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.Pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kisah 4...
Paling sedih apabila Kerajaan akan mempertimbangkan untuk penggunaan semula wang siling 1 sen bagi mengurangkan bebanan rakyat akibat dari kenaikan harga barangan.....
susahnya kita walau usaha berlipat kali ganda banyaknya....
No comments:
Post a Comment