Monday, 9 November 2009

ENTRY SANTAI :: Projek:Phobia:Nostalgia

Rindu nak menulis...walaupun hari-hari menulis...


Tapi nak menulis yang santai....

Buat masa ini saya punya beberapa projek persendirian dan peribadi yang terbengkelai, saya harus bereskan segera, wang ehsan dah dapat, masa pun banyak terluang.

Projek pertama ialah memecahkan kilang lemak yang sudah banyak terkumpul, bila lemak terkumpul, badan jadi kembang, bila kembang sifat malas jadi tebal...mahunya pula masa terluang banyak diluangkan di depan komputer peribadi.

Hari ini saya berjaya mulakan projek pertama, berjaya sebab 'halangan' tidak ada, mungkin sepanjang 2 bulan mendatang...sebelum ini, pagi keluar hantar anak ke sekolah, kemudian routine wajib ialah breakfast di kedai. Kini teman breakfast sudah tiada di sisi..tapi hari ini saya tetap breakfast di kedai juga...alasan mudah, bila balik rumah terus buat kerja.

1 jam saya berjalan berseorang perlahan-lahan..entah apa yang saya isikan dalam fikiran selama satu jam itu..bila tersedar, boleh juga diisi dengan zikir dan baca surah2 yang dihafal.

Jumpa kedai makan yang dikenali saya duduk dan makan, sembang2 dengan Kak Zah pembantu kedai, saya ceritakan padanya, suami saya tidak ada selama 2 bulan dan ini pengalaman pertama kami berpisah lama dan jauh...dia pun kata pada saya tanpa dicucuk2..

"Ha...Kak Zah dulu masa suami kena kursus 8 bulan memang Kak Zah jadi malas,rumah tak kemas, tak masak, semua malas nak buat.."

Saya...dengan terlopongnya..."ye lah kak zah, saya pun macam tu..memang malas, saya tak kemas pun rumah, nak jalan pun susah nak cari ruang letak kaki, dapur memang tak berasap dari hari dia pergi lagi..."...he...he...suka hati saya...JUSTIFIED...walaupun mungkin sebenarnya saya memang malas...bab masak..memang PROVEN....

Kak Zah kata..."tak pe...perlahan-lahanlah...nanti okayla tu...sekarang Kak Zah dah terpaksa menerima sebab suami kak zah dah tak ada...."

hhhmmm...perit gak berpisah ye...baru sekejap dan punya teknologi canggih untuk berkomunikasi...membuatkan saya terkenang saudara2 saya yang dipisahkan oleh Akta Zalim ISA, 8 tahun bersama mereka saya hanya memerhati dan cuba mengerti, betapa peritnya mereka...mereka lansung hilang punca mata pencarian..saya masih punya segala...Alhamdulillah....

Moga hari esok saya masih teguh dengan semangat...saya juga masih punya 1 lagi projek terbengkalai yang ditinggalkan....tangki rosak yang menyebabkan kami punya cuma 1 bilik mandi yang berfungsi, ceiling terlopong yang menyebabkan haiwan perosak menyelinap masuk...saya tak boleh pecahkan rahsia ini kepada anak gadis saya yang berumur 10 tahun itu...takut nanti terpaksa pula kami mencari tempat lain untuk tidor...phobia dengan tikus...mahunya dia minta saya dukung dia seperti yang berlaku di Pantai Cahaya Bulan sewaktu percutian kami hujung tahun lepas... ..nama pantainya indah...namun kedai makannya berkeliaran tikus-tikus yang montok-montok yang membuatkan Asma' meloncat ke dokongan saya hingga hampir terlucut tudung di kepala...parah phobianya..

Dan di Kelantan juga membuatkan saya mendapat phobia yang baru!!!....seghiauuu kini tiap kali nak turun tangga selain dari tangga di rumah...akibat dari saya tergelincir jatuh menggelongsor 4 anak tangga....aaaaadddduuuuuuhhhhhhhh.....sakit bukan kepalang...hingga tidak dapat bersuara buat seketika..serasa patah tulang punggung saya...aadduuuuhhhh...lantaran memakai sandal crocs yang amat saya gemari yang mungkin sudah berusia dan haus tapaknya lantaran dibawa dikaki ke mana-mana...lepas tu saya serik untuk memakainya..namun ketika menghadiri, ANTI WAR PEACEWALK di Bar Council Februari lepas...saya alpa..saya pakai juga..maka dalam kelam kabut saya nak mengejar masa, berjalan dari Central Market menuju Bar Council dalam kegelapan malam dan hujan yang turun membasahi bumi...sekali lagi saya terjelepuk ke jalan....untung ada anak bujang yang setia bersama saya, memapah saya bangun dan memastikan saya tidak apa-apa...

Meneruskan perjalanan ke Bar Council dengan baju yang sudah basah, stokin yang lencun, namun ada anak yang setia memimpin tangan ibunya hingga akhirnya turut menemani ibunya menaiki truck polis dan dikurung dalam kurungan polis hingga jam 12 tengahmalam...nasib baik ada peguam berhati mulia bernama Lateefa membawa a pair of fresh dry socks untuk saya....akhirnya sandal crocs tersebut telah hilang tertinggal di bilik hotel ketika kami bermalam untuk menghadiri Himpunan Mansuh keesokan harinya 1hb Ogos 2009. Sandal itu tertinggal kerana tuannya terpaksa merengkok di dalam penjara selama 3 hari dan anak bujangnya dilokap Juvana Sri Petaling...suaminya tidak perasan sandal itu tersembunyi dibawah meja.....sungguh nostalgia...akan cuba dicari gantinya:))

Sekian...cerita yang bercampur aduk ini.....


Anak-anak bujang kami....

dikurung dalam setor balai polis...letih...

peguam berhati mulia...

Sunday, 8 November 2009

Seminar Memperkasakan Parti: Persepsi-Informasi-Resolusi dan tribute buat TGNA

Persepsi, informasi, primitif...3 perkataan yang menarik disebut-sebut semalam terutamanya oleh Prof Abu Hassan Hasbullah.

Setelah menghadiri seharian seminar semalam dan pulang sedikit lebih awal dari masa yang sepatutnya Presiden PAS membentangkan resolusi...bagi saya resolusi itu penting, tapi biarlah saya boleh mencari maklumatnya di dalam internet, yang paling penting selepas ini ialah untuk melihat usaha dan perubahan ke arah mencapai matlamat yang diidamkan melalui resolusi-resolusi yang terbentuk.

Bak kata Prof Aziz Bari, beliau sayang pada PAS, sebuah parti yang terbesar, sebuah parti yang diletakkan harapan oleh rakyat untuk menjamin perubahan kepada hidup rakyat, setelah mereka semua benci dan jijik pada UMNO.

Maka hasil dari benci dan jijiknya rakyat kepada UMNO dan BN maka pada PRU12, rakyat membuktikannya dengan tidak memilih BN dan UMNO. Maka Pakatan Rakyat terbentuk. Ketika itu rakyat memilih sesiapa sahaja asalkan bukan UMNO, jelas terbukti...itulah sebabnya hatta Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Kelang pun menang!!.

Menurut Prof Aziz, kemenangan sebegitu tidak akan kekal lama, PRU12, keadaan tidak dapat dielakkan...tetapi dalam menghadapi PRU13, jika tidak ada persiapan, tidak ada calon yang baik, maka situasi yang sama seperti Mac 2008 mungkin tidak akan berulang..dan Prof juga mengatakan bahawa PAS berdosa pada rakyat jika gagal...ya Prof mengulang lagi tentang perlunya PAS meletakkan orang yang sesuai di 'driving seat'...seperti dalam temuramahnya di Malaysiakini.

Rakyat peduli akan PAS, kerana rakyat meletakkan harapan kepada PAS sebagai sebuah Parti yang besar dan berlandaskan Islam yang tujuannya memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira agama dan kaum, ini juga lah yang disebutkan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina...juga kaum India yang mengakui bahawa hingga kini sudah ada hampir 20,000 orang India yang menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS....begitu sekali harapan rakyat kepada PAS sejak PRU12 hingga lah saat bersemarak isu 'Kerajaan Perpaduan'...dan teguran dari Prof Aziz Bari dan kemudiannya disusuli dengan tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Maka terjadilah apa yang terjadi semalam 'Seminar Memperkasakan Parti' 7 hb November di Taman Melewar. Berbagai aksi dan persoalan yang dipaparkan, ramai yang emosional melebihi sifat rasional, membukakan diri mereka untuk dinilai tentang apa yang ada dalam fikiran mereka...apakah ini persepsi???

Saya tidak mahu mengulas atau menceritakan di sini apa yang disoal, apa yang disebut dan apa yang dituduh semalam ketika sesi soal jawab kerana mereka yang bangun memegang mikrofon semalam bukan calang-calang orang dalam parti....anda bacalah sendiri di sini dan fikirlah sendiri...apakah harapan rakyat yang ada pada mereka ini...kalau tidak boleh ditegur....

Namun Prof Abu Hassan yang juga pembentang pada hari itu yang membentangkan tentang statistik bijak menegur mereka yang seolah membantai balik sipembentang yang dijemput datang menyampaikan buah fikirannya.

Beliau menegur sikap mereka-mereka ini sebagai orang yang hadir dengan sikap 'pra persepsi yang dibentuk sejak datang dari rumah, kemudiannya memarahi pembentang. Beliau juga membuat kenyataan yang berbunyi begini: " mula-mula wujudnya persepsi, kemudian bila ditulis oleh Prof Aziz, maka terjadilah informasi, persepsi tidak boleh dianggap sebagai fitnah, informasi dibentuk, siapa dulu yang membentuk informasi, maka beliau berjaya menarik perhatian dan mendapat reputasi'.

Maka pengajaran untuk semua khususnya untuk PAS, cepat-cepatlah membentuk informasi, mengeluarkan kenyataan dan laporan, jangan biarkan persepsi-persepsi sahaja yang berlegar di kalangan rakyat khususnya ahli Parti sendiri, isu perpaduan dengan UMNO atau Unity Government adalah sangat sensitif dan dibenci oleh ramai orang yang memang merasa benci dengan UMNO dengan sifat mereka yang zalim dan mementingkan diri sendiri terutamanya pemimpin mereka dan UMNO pula jijik dengan PAS.

Bak kata Prof Aziz, "dah tahu UMNO jijik dengan PAS, yang pergi dekat buat apa?"...

Apa-apa pun saya sedih dan sayu melihat kelibat Tuan Guru yang kita semua sayangi dalam keadaan begini, pada mulanya saya senang hati melihat kelibat Tok Guru diatas pentas, apatah lagi dengan rumours yang mengatakan beliau tenat di IJN, jadi saya yakin beliau sihat...namun sebaik TUan Guru Haji Hadi selesai menyampaikan ucapan, kelihatan dari skrin TV Tuan Guru Nik Aziz bangun dan terpaksa dipapah berjalan meninggalkan dewan, saya juga bergegas berlari keluar sama seperti sekumpulan wartawan yang lain.

Semua wartawan tidak dibenarkan mendekati Tok Guru..Tok Guru tenang sahaja, tanpa bercakap sepatah pun pada wartawan...sedih sayu....melihat Tok Guru dibawa pergi menaiki kenderaan lalu meninggalkan tapak tempat SEMINAR MEMPERKASAKAN PARTI diadakan...

Apakah yang ada dalam pemikiran Tok Guru...apakah terlalu berat untuk Tok Guru menghadapinya...entahla...

Namun saya yakin ada hikmahnya untuk Tok Guru tidak bersama...kerana ada ahli yang bangun dan meneybut bahawa Tok Guru tidak ada adab kerana menulis di dalam blognya seperti apa yang dia tulis....sedih.......


Berehatlah dahulu wahai Tuan Guru yang kami sayangi.....

Saya kongsikan do'a yang dicatatkan oleh teman FB saya bila saya muat naik gambar Tok Guru di FB....

N Fazlina Rosley
Ya Allah, moga Kau panjangkanlah umur Tok Guru kesayangan kami, kurniakanlah kesihatan yang bagus-bagus ke atas beliau, janganlah Dikau kurangkan barang sedikit pun kekuatan mental & fizikal beliau, dan permudahkanlah Dikau ke atas segala urusan beliau Ya Allah..... aaaaaaaaaaaamiiiin.

Saturday, 7 November 2009

Entry Santai: Taktik Menjadi...Senang Diri..Suka Hati...

Seikhlasnya saya tidak suka memasak atau mungkin selayaknya disebut sebagai malas, tapi sekiranya saya sudah mula memasak, InsyaAllah saya akan dapat semangat untuk terus memasak di hari berikutnya...apatah lagi bila mendapat pujian secara tidak lansung iaitulah lauk yang dimasak dimakan hingga menjilat jari...:))


Sebagai seorang yang tidak suka memasak, mendapat peluang jemputan makan amat menyeronokkan dan rezeki yang pasti tidak akan ditolak..InsyaAllah....

Anak saya Asma' pernah memberitahu saya.."ummi, mak kawan Asma' kan kalau ada program dia akan balik lambat, tolong kemas, lepas tu dapat bawa balik lebihan makanan"

Saya cakap "bagus tu, dapat bantu lepas tu dapat rezeki"

Saya tahu, kawan-kawan saya ramai yang buat kerja-kerja da'awah dan kebajikan, dan menjadi aktivis masyarakat, di samping menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya tahu ianya sesuatu yang memenatkan, ada juga yang seperti saya yang menjadi pemandu 'bas sekolah' tak bertauliah...penat.......keluar masuk rumah berkali-kali dalam sehari...lebih-lebih lagi jika ada anak-anak yang bersekolah sesi pagi dan petang.

Peluang dapat bawa pulang makanan ialah satu rahmat yang besar dan penuh kenikmatan...

Saya suka...


Inilah hasil yang saya dapat dari Majlis Hari Raya yang lepas yang dibuat di sekolah anak-anak .....iaitulah makanan yang siap dimasak dengan cepat dan mudah..,memandangkan tidak ramai ibu bapa yang hadir maka banyak makanan berlebihan...saya bawa pulang sambal yang sangat enak dan kari yang amat sedap...tapi hanya tinggal kuah sahaja......pengorbanannya ialah saya perlulah tolong kemas dengan cara menolong melicinkan semua bekas makanan bersama para ibu-ibu yang sealiran fikiran dengan saya:)).......kami berusaha bersungguh-sungguh...

Ibu-ibu ini pula ada yang sudah cukup berpengalaman, mereka akan membawa plastik dan getah yang banyak kegunaannya...memang bijak dan tajam pemikiran kaum wanita ni..sentiasa memandang ke hadapan akan segala kemungkina...


Magic untuk saya keesokan paginya...pergi ke kedai runcit depan rumah, beli udang, timun, telur...balik panaskan sambal dan masukkan udang...siap...sedap...dan cantik...

Malamya.....kami makan roti cicah kari...ringkas....untuk ibu dan FB:))

Hari ini saya menghadiri usrah di rumah sahabat, ramai tak dapat hadir pada saat terakhir mungkin......maka kami adakan sesi sembang2 dan makan-makan, sahabat menyediakan rendang ayam kampong organik yg amat sedap kerana dimasak oleh chef terkenal di kalangan ahli JIM, saya makan dengan selera, kebetulan ada bersama saya dua orang anak perempuan..kemudian muncul pula seorang lagi anak yang abru pulang dari sekolah....mereka juga makan dengan selera...saya pastikan mereka makan dengan kenyang......masuk Maghrib, saya mohon mengundur diri, berpelukan dan bersalaman....sambil berkata...

"Alhamdulillah...kenyang...tak payah dinner dah...tinggal sorang saja anak kat rumah"...

Dapat pula ditangkap dengan baik oleh kawan dan terus berlari ke dapur mengambil bekas..."eh,,,ni...ni...bungkuskan untuk Ammar"

Saya..."he...he....nak hint sebenarnya tu...nak cakap direct..tak sampai hati la pulak...."

Hah lega, selesai satu tanggungjawab...balik rumah solat magrib, keluar semula menghantar anak ke kelas tahfiz di UIA, sambil menjemput dua orang lagi anak2 sahabat (termasuklah anak sahabat yang membuatkan kami kenyang pada malam ini)....Alhamdulillah...moga pahala yang mereka kutip dalam menuju ke tahap menjadi penghafaz Al-Quran akan mengalir ke ibu bapa mereka....

Sekian..celoteh yang sedikit dan lain sedikit...jauh dari kisah2 yang berat dan menyesakkan badan dan hati....sudah hantar anak ke aktiviti perlulah pula menjemput mereka pulang....tidak akan berakhir selagi hayat dikandung badan....selagi kaki dan tangan masih mampu digerakkan....

Friday, 6 November 2009

Sesi Bongkar: Apa salah kami wahai Polis? Kami mengancam siapa??

Jam 8.25mlm tadi Alhamdulillah suami telah selamat meninggalkan negara yang tercinta buat beberapa lama...namun dia tetap memohon pulang bercuti pada tarikh 7-9 dis bagi menghadiri kes 'Ops Bubar Dun Perak' yang akan bersambung pada tarikh tersebut dan terbang semula meninggalkan negara. (kes saya juga dibicarakan pada 7-10 dis di KL, dan suami di K.Kangsar).

Beberapa bulan yang lepas ketika beliau ke kaunter imigresen bagi memungut paspot yang diperbaharui, kami dikejutkan dengan kata-kata dari pegawai yang bertugas

"encik, nama encik di black list la"...

sedikit terkejut, suami bertanyakan kembali kepada pegawai tersebut "kenapa pulak tu?"

"entahla kami tak dapat nak semak, encik cuma akan tahu bila encik akan keluar negara nanti"

Alamak memangla risau kami...suami baru sahaja bekerja di syarikat yang baru yang memerlukan dia bertugas di luar...apa pulak masalah untuk kami. Sedangkan ketika beliau ditangkap di Perhimpunan Aman di Masjid Ubudiyah, Zahid Hamidi telah mengarahkan agar syarikat tempat beliau bekerja MEMECAT beliau!!!!

Sebaik suami dibebaskan ketika itu, beliau telah menelefon syarikatnya untuk memohon cuti sehari untuk berehat, pegawai tersebut menjawab lebih kurang seperti di bawah,

"Encik Bad tak perlu datang kerja lagi"...

....suami pula lansung tidak bertanya kenapa....masih dalam keadaan letih dan trauma setelah dipenjarakan selama 4 hari 3 malam...lagipun dia cuma tinggal hampir 2 minggu sahaja lagi untuk menghabiskan kerja di syarikat tersebut kerana sudahpun mendapat tawaran kerja yang baru....Kami lansung tidak tahu kenapa..hinggalah beberapa minggu selepas itu, ada kawan2 yang memberitahu...patutlah...ada kawan2 yang menyumbang wang kepada kami kerana mereka terlebih dahulu tahu.

Seminggu yang lepas, suami terjumpa dua orang dari Ahli Lembaga Pengarah syarikat tempat kerjanya yang lama. Mereka memaklumkan bahawa ZAHID HAMIDI telah menghantar sms kepada semua ahli pengarah dan CEO syarikat bahawa "seorang kakitangan syarikat telah terlibat dalam demo di Masjid Ubudiyah dan minta diPECAT!! POWER ah....si ZAHID HAMIDI ni...nak kekal berkuasa macam tu la lagaknya.

itulah ceritanya....Zalim betul Zahid Hamidi ni...memang patutlah, DS Nizar sendiri menyebut bahawa Zahid Hamidi adalah salah seorang dari 5 orang yang bertanggungjawab dalam episod rampasan kuasa di Perak!!!!

Berbalik kepada kisah 'blacklist' tu..kami memang tertanya-tanya kenapa...saya cuba bertanyakan LHDN dan bank (isteri-isteri ni memang terkebih risaunya) sekiranya mereka menyenarai hitam kan nama suami saya..semuanya clear...hinggalah di saat akhir iaitu sehari sebelum bertolak, baru kami dimaklumkan oleh sahabat bahawa polis yang telah berikan namanya ke imigresen untuk disenarai hitamkan...sebab memang sah beliau tidak punya sebarang kesalahan imigresen....tak tahu atas alasan apa...kesalahan lalulintas tak mungkin..semua saman dibayar..JPJ juga bukan..ah..apa kesahnya...mereka kan Raja Di Malaysia...

Jadi kami berserah sahaja...dan kami dimaklumkan bahawa dia akan disekat ketika sampai di imigresen dan travelling officer yang sebenarnya polis akan menyoal dia...so kami berdebar juga...boleh ke dia ke luar negara untuk tugasan syarikat...di bawah ialah rentetan perjalanannya....


1. 7:32pm Kami memasuki Kompleks KLIA....

2. 7:34 Melepasi 'penghalang pertama'...sebaik turun dari escalator....berdebar....

3. 7:40pm....sebelum waktu ini, suami menelefon agar kami ubah kedudukan dan datang ke bahagian ini untuk dapat melihat apa yang berlaku....dia terpaksa tunggu...paspot ada masalah..sah nama dia disenaraihitamkan...namun dah dapat nasihat dari mereka yang berpengalaman..Ustaz Badrul sms....

"paling2 dia panggil masuk bilik jap. Isi borang. Dia nak tau nak g mana. naik apa, berapa lama, dengan siapa, tu je..kalau ikut pengalaman ana dulu la. Tak da masalah..InsyaAllah.."

4. 7:46pm.....tapi sebelum tu...terpaksa lah menunggu dengan penuh debaran dan tandatanya...walhal rakyat lain semuanya bebas dan mudah keluar....tengok berapa ramai yang dah melepasi check point tersebut...

5. 7:47pm....tunggu lagi......

5. 7:53pm.....dan lagi....sudah kelihatan beberapa pegawai datang ke kaunter menyemak paspot dan tah apa2 tah.....


6. 7:56pm.....Yes...Alhamdulillah....dah lepas...samalah seperti pengalaman Ustaz Badrul...cuma suami kata dia juga tanya nama syarikat..(harap2 mereka tak mengganggu periuk nasi kami lagi)...juga nama isteri dan no telefon isteri....harap2 mereka tidak mengganggu saya...seperti cerita saya di sini...Panggilan Misteri dan Pertuduhan.

8. 7:57pm...Asiah kata Takbir!!!!!...abah pun sambutla dengan semangatnya..."ALLAH HU AKBAR"...semoga selamat semuanya.......


9. Kapalterbang sepatutnya berlepas jam 8.25mlm...polis kata "biasalah ni...prosedur biasa...jangan takut...lagipun nak tak nak..kami terpaksa lepaskan...kapalterbang akan tunggu encik..".....isshhh....mengancam negara ke kami ni?????

baca di sini apa lagi yang SB mahukan dari kami.

Tuesday, 3 November 2009

Dr Asri, Dato' Mohamed Khusrin, Dato' Seri Najib

Hari ini berita panas masih lagi tentang kes penangkapan Dr Asri. Namun tumpuan hari ini lebih tertumpu kepada JAIS, Jabatan Agama Islam Selangor. Ramai yang mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh JAIS terhadap Dr Asri, termasuk juga Perdana Menteri sendiri.


Tajuk Akhbar berita KOSMO lebih menarik dan sensasi, SELANGOR BERCELARU, akibat kes penangkapan Dr Asri, wah dalam masa sehari sahaja SELANGOR sudah bercelaru. Ini sudah jelas menunjukkan andaian kita dan juga kenyataan YB Saari di entry saya yang lepas bahawa apa yang berlaku hanyalah satu lagi usaha atau 'SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL' dengan menggunakan JAIS sebagai alat yang paling mudah untuk 'mencelarukan' dan menjatuhkan kerajann PR Selangor.

Mungkin juga terserlah segala tanggapan negatif yang sudah sedia ada terhadap pentadbiran JAIS di bawah Ketua Pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Baca apa yang terkandung dalam laporan berita di SINAR HARIAN:

"Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan malam kelmarin kerana mengajar ajaran Islam tanpa tauliah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Beliau berkata, penahanan itu tiada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau cuba menyebarkan fahaman Wahabi di negeri Selangor.

Katanya, sebelum ini beberapa cubaan tangkapan terhadap Dr Asri berhubung kesalahan yang sama tetapi sering menemui kegagalan.

“Beberapa cubaan untuk menangkap beliau telah dilakukan tetapi gagal dan cuma sekarang baru berjaya,” katanya.

:Mohammed Khusrin berkata, siasatan terhadap Asri akan dipercepatkan kerana ia menarik minat umum.

Mohamad Khusrin berkata, setakat ini tiada sebarang dakwaan dibuat ke atas Dr Asri manakala tempoh siasatan akan dilanjutkan bagi membolehkan Jais mendapatkan bukti."

Apa ertinya atau maksudnya dari berita dan kenyataan di atas,

1. tiada pertuduhan dibuat keatasnya, apatah lagi tentang tuduhan menyebarkan fahaman Wahabi seperti yang didakwa-lansung tiada.

2. TANGKAP DULU, kemudian baru siasat. baru buat pertuduhan....sangsi...kita boleh sangsi...begitu susah payah mereka berusaha untuk menangkap Dr Asri, kemudian rupa-rupanya, belum pun ada pertuduhan, baru nak siasat.

sama saja seperti ISA, tangkap...tuduh, kurung, siksa, brainwash dan macam-macam lagi taktik jahat dan kotor untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti seseorang individu. JAIS punya kuasa itu itu juga mungkin.

Biarlah itu kerja mereka untuk siasat, buat kerja mereka dengan baik, kemudian kemukakan bukti dan bukan sekadar cakap-cakap, agak-agak apatah lagi reka-reka cerita.

Pengarah JAIS di sesi SELCAT Mac 2009

Memandangkan watak Pengarah JAIS sudah muncul dalam cerita besar ini maka ianya membuatkan saya teringat tentang perjalanan SELCAT sesi pertama dahulu, di mana Tuan Pengarah JAIS hilang pertimbangan apabila terpaksa menjawab pelbagai persoalan tentang penyalahgunaan kuasa dan harta dalam isu BALKIS. Dia lansung hilang sabar dan menyoal balik kepada Pengerusi SELCAT YB Teng.."apa masalahnya, saya tidak nampak ada apa-apa masalah', merujuk kepada surat rasmi yang datang dari BALKIS, namun penandatangan surat tersebut bukanlah Pengerusi BALKIS yang sah.

Anda boleh baca di sini. Tajuk yang diberikan oleh berita di Harakahdaily lebih sensasi, JAIS Tidak kesah dengan BALKIS yang diketahui sebagai HARAM....anda boleh baca siri siasatan SELCAT di sini.

Wang zakat sebanyak RM138,771.76 telah dibelanjakan untuk Kompleks Wawasan milik BALKIS, yang didakwa sebagai menempatkan anak-anak bermasalah dari golongan yang susah, namun pegawai yang bekerja di sana mengakui bahawa tidak semuanya dari golongan yang susah. BALKIS berjaya memerah wang yang banyak dari harta yang dikumpulkan dari wang zakat rakyat Selangor.

'DRAMA JAIS dan DR ASRI' ini saya rasa lebih menarik dan boleh mengoncang keyakinan dan kehairanan seseorang.....dengan kenyataan klasik yang keluar dari mulut Perdana Menteri 1 Malaysia.

Najib persoal penahanan Asri

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan, tindakan menahan Mohd. Asri adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pusat.

"Saya tidak tahu motif penahanan Mohd. Asri yang bercakap berterus-terang dalam ceramahnya dan disokong dengan dalil serta nas-nas yang konkrit berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

"Saya tidak tahu apa yang didakwa mengenai fahamannya tetapi banyak lagi penceramah yang memberi ceramah tidak pula ditahan, tetapi Mohd. Asri ditahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib mengulas penahanan Mohd. Asri ketika berceramah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang yang dihadiri kira-kira 100 orang malam tadi.

Perdana Menteri menegaskan, persoalan mengenai motif penahanan Mohd. Asri perlu ditanya kepada kerajaan negeri Selangor.

Apa-apa pun kita yakin pasti ada hikmahnya...paling tidak JAIS yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Agama Islam, memegang amanah rakyat untuk membantu golongan yang susah dan memperkasakan umat Islam dan Islam secara keseluruhannya menjadi tumpuan, Ini adalah peluang yang terbaik untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada di dalam JAIS dan MAIS dan segala dakwaan yang dibangkitkan oleh rakyat mengenai institusi ini dapat dibersihkan dengan segera.

Monday, 2 November 2009

DR ASRI: Patutkah kita membelanya?

Kisah penangkapan Dr Asri, kecoh seMalaysia, setiap akhbar buat liputan muka depan tajuk besar. Sukar nak duga apa muslihat di sebaliknya. Kalau fikir bab muslihat, sakit hati sakit jiwa, hingga saya berfikir banyak kali samada ingin membuat catatan atau perkongsian tentang hal ini.

YB Saari dan Dr Asri di sidang media sebaik Dr Asri dibebaskan.

Walhal kebetulan sejak siangnya saya, suami dan kawan sedang memperkatakannya. Walhal kami bergegas-gegas keluar dari rumah walaupun sudah jam 1 pagi setelah beberapa minit masuk ke dalam rumah setelah pulang dari ceramah BUBAR DUN PERAK di Batu Caves.

Sebaik membaca sms yang diterima dari menantu YB Saari yang berbunyi " Polis sedang cuba tangkap Ustaz Asri sedang ceramah d Tmn Sri Ukay, tadi lalu nak g rumah mama, jalan sesak. Mama ayah sedang fight supaya Ustaz Asri tak ditangkap."...apa lagi kami bergegas keluar dari rumah meninggalkan anak-anak yang nyenyak tidor...

Terima pula sms ini " Ayah (YB Saari ) tawarkan untuk tangkap dia saja, Pegawai JAIS tu tak berani"

Saya tertarik dengan perkongsian Kak Aliza isteri YB Saari yang sempat memberikan tutorial kepada Dr Asri tentang hak-hak seseorang apabila ditangkap, 'cuma beri maklumat diri sendiri sahaja, tak perlu jawab soalan polis tentang hal kakak ke, apa ke yang lain". Beliau memang tegas bab ini. Dia rujuk kepada Buku Merah...semua kita perlu simpan dan tahu. Baca juga di sini.

Atas dasar prinsip tidak boleh sewenangnya menangkap seseorang tanpa alasan dan bukti, saya yakin itulah sebabnya YB Saari berusaha sedaya mampu menghalang JAIS dan polis menangkap Dr Asri. Dan kami terasa terpanggil untuk pergi menyatakan sokongan.

YB Saari juga menyatakan bahawa beliau sebagai ADUN di Selangor berasa bahawa kredibiliti Selangor dipertikaikan dengan peristiwa penangkapan ini. Walaupun JAIS yang bertindak adalah dibawah Negeri Selangor namun YB menjelaskan bahawa perlantikan pegawainya adalah di bawah kerajaan BN dan masih ramai pegawai yang di warisi dari zaman pemerintahan BN, maka kita boleh membuat andaian bahawa BN lah yang bertanggungjawab.

YB juga membuat penegasan tentang kata-kata PM 1 Malaysia bahawa beliau akan mengerahkan semua jentera untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor, rancangan untuk ambil alih Selangor, jadi apa cara sekalipun mereka akan usahakan, segala isu akan digunakan.


Contohnya jelas mungkin dari sikap pemimpin UMNO yang beri sokongan kepada Dr Asri , khabarnya termasuk Khir Toyo sendiri, dan tajuk berita yang meletup-letup tentang kebejatan JAIS dalam menangkap Dr Asri. Kena fikir-fikirkan sendirri.

Cara penangkapan terhadap Dr Asri juga luarbiasa di mana seolah tidak ada ehsan lansung, beliau walau dengan apa cara sekalipun mesti ditangkap dan dibawa ke balai.


Hari ini saya berasa sedih dan kesal di atas komen-komen yang diterima dari sahabat-sahabat sendiri mengenai peristiwa tangkapan, ada yang mempersoalkan kenapa mesti bersungguh-sungguh membantu membela Dr Asri sedangkan dia adalah alat kepada UMNO, dia membawa ajaran Wahabi juga merujuk kepada memorandum yang dibawa oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Semuanya masih samar-samar dan tanpa ada sebarang bukti, maka kita membela beliau atas dasar haknya sebagai orang yang punya tauliah dalam bidang agama, ada PHD yang dikurniakan oleh UIA, Beliau boleh berceramah dan mengajar di semua negeri kecuali Negeri Selangor sahaja, kenapa ya...bagi dia kenapa mesti ada pilihan yang begitu, tauliah yang terpilih-pilih. Jadi kita bela dia kerana dia tidak dibuktikan bersalah, JAIS dan polis tidak boleh sewenangnya menangkap beliau. Peristiwa semalam amat kasar dan luarbiasa, ramai sekali anggota polis yang mengepung termasuk pegawai JAIS,mengapa harus begini sehingga tiada ada ruang untuk berunding.

Dr Asri menegaskan bahawa setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya mesti dibuktikan. Kalau atas alasan mengajar tanpa tauliah, harus beri alasan apa kriteria seseorang untuk diberikan tauliah, sedangkan ujarnya beliau mempunyai PHD, bukan yang didapati di Chow Kit Road, tapi dikurniakan oleh UIA. " Kenapa buat sesuka hati untuk beri tauliah, kenapa hantar orang untuk intip setiap ceramah, kalau nak hantar pegawai untuk nilai seseorang bercakap, hantarlah orang yang bersesuaian, lepas tu orang tu buat nilaian sendiri. Patutnya hantar orang yang lebih pandai lagi"

Dr Asri juga menutup kata-katanya dengan mengucapkan terima kasih terutamanya kepada YB Saari dan YB Zuraidah yang telah membantunya, namun secara berseloroh beliau berkata " Jangan buat spekulasi saya dah masuk politik"


Akhirnya ada juga pihak yang mencemuh dan mempersoalkan bila mana ada kelibat wanita-wanita dari SIS terutamanya Zainah Anuar dan Marina Mahathir yang turut datang memberikan sokongan...Apakah mereka tidak layak untuk datang memberikan sokongan, mereka juga menuntut keadilan bagi pihak Dr Asri.

Prinsip kita membela dan menegakkan keadilan selagi tidak melanggar Syariat..Sama saja dengan ISA, undang-undang zalim ISA, kita tidak setuju dengan SIS, namun sekiranya mereka ditahan bawah akta ISA kita tetap bela mereka, kemudiannya biarlah mereka dibicarakan mengikut undang-undang yang ada. Sama juga sekiranya Tun Mahathir mahupun Dato' Seri Najib yang diISAkan kita bela atas dasar prinsip iaitu seseorang berhak dibicarakan, dan tak boleh ditangkap sesuka hati, lebih-lebih lagi jika jelas ada motif politik yang jahat.

Sunday, 1 November 2009

SESI BONGKAR; POLIS ZALIMI RAKYAT YANG SEDANG MERAFAK SEMBAH MERAYU PADA RAJA NAZRIN SHAH!!!

(nota; skrip ini dicatat sendiri oleh penulis dari pendengaran di dalam mahkamah. Ianya adalah panjang namun sangat berguna untuk dibaca sehingga habis. Gambar2 yang ditayangkan di mahkamah tidak dapat di paparkan di sini, oleh itu penulis menggunakan koleksi gambar-gambar dari album sendiri yang diambil oleh suami penulis yang turut ditangkap ketika menjadi jurukamera pada hari tersebut..sebahagaiannya di cari di 'google')

Sambungan soalan balas dari pehak peguambela Augustine Anthony kepada pegawai polis dari bukit aman yang merakamkan gambar video, pada hari ke empat Jumaat 30hb Oktober. Baca
di sini untuk hari sebelumnya.

AA : Lihat F 41, sudah pernah memberitahu mahkamah anda pernah buat rakaman di beberapa perhimpunan yang lainnya. Setuju?
Saksi : Setuju.

AA : Setuju dengan saya, Koperal juga mengetahui dan ada pengetahuan cara-cara FRU menembak gas pemedih mata.
Saksi : Tak tahu.

AA : Sebagai anggota polis adakah anda tahu prosedur tembakan gas pemedih mata?
Saksi : Tak tahu.

AA : Daripada pengalaman suasana rakaman sebelum ini, setuju dengan saya gas pemedih mata akan ditembak ke langit supaya ianya jatuh ke tengah mereka yang berhimpun?
Saksi : Tidak tahu.

AA : Boleh kah FRU mensasarkan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai?
Saksi : Tidak tahu.

AA : Maksud saya 'lateral shot' (terus ke arah orang berhimpun) dengan gas pemedih mata.
Saksi : Tidak tahu.

AA : Saya cadangkan kepada koperal setiap satu tembakan gas pemedih mata tidaklah sepatutnya mensasarkan ke arah orang awam.
Saksi : Tidak tahu Yang Arif.

AA : (sambung dengan F 41, jam 3.05pm) Ada kedengaran bunyi siren polis?
Saksi : Ada Yang Arif.

AA : Adakah anda kenal orang di dalam gambar sebelum ini?
Saksi : Tidak.

AA : (Lihat) F 42, 3.05pm. Ada orang baring atas kereta menghalang kereta?
Saksi : Ada.

AA : Ada sebarang tangkapan yang dibuat terhadap orang itu (orang yang menghalang kenderaan itu)
Saksi : Tak Tahu.

AA : Menurut gambar itu (F 42) ada tak tangkapan dibuat terhadap orang yang menghalang kenderaan tersebut.
Saksi : Tidak.

AA : Ada atau tidak orang itu ada di antara 13 orang OKT hari ini?
Saksi : Tidak tahu.

AA : Tengok muka orang yang menghalang kenderaan itu, awak kenal orang itu,adakah orang itu ditangkap?
Saksi : Saya tidak tahu.

AA : Setuju dengan saya identiti orang tersebut anda tak pasti.
Saksi : Setuju.

AA : (merujuk kepada gambar) Setuju dengan saya orang yang berbaju kuning yang sama tadi muncul sekali lagi? Setuju?
Saksi : Setuju


AA : Cuba terangkan kepada Mahkamah menerusi gerak gerinya yang dia buat?
Saksi : Laungkan Allah hu Akbar.

AA : Adakah dia sekarang ini sedang berjalan menuju ke orang yang berbaring di atas jalan?
Saksi : Tak Setuju.

AA : Setuju dengan saya dia sudah menyemarakkan keadaaan?
Saksi : Setuju.

AA : Sekarang dia sudah tukar laungan, setuju?
Saksi : Setuju

AA : Laungan PAS Allah hu Akbar, Laungan Keadilan Reformasi. Setuju dia laungkan REFORMASI?
Saksi : Setuju

AA : Sekarang dia laungkan MAKKAL SAKTI, Ini laungan HINDRAF, Setuju?
Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya dia juga ghairah menyemarakkan keadaan, setuju?
Saksi : Setuju.

AA : Anda lihat sekarang ada pemuda memakai t-shirt hitam, topi hitam dan selendang berwarna hijau? Setuju dengan saya dia ada laungkan slogan dengan bersungguh-sungguh?
Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya dia merupakan ketua laungan?
Saksi : Setuju.

AA : Adakah anda boleh mengecam dia?
Saksi : Tidak Yang Arif.

AA : Setuju dengan saya bahawa dia bukanlah orang yang ada dalam kandang orang yang bersalah pada hari ini.
Saksi : Setuju.

AA : Setuju dengan saya awak juga nampak seorang gadis Cina pakai baju warna ungu.(rujuk gambar di bawah-gambar koleksi penulis dan OKT)
Saksi : Setuju.

AA : Setuju dengan saya bahawa dia juga salah seorang orang yang berhimpun pada hari itu.
Saksi : Setuju

AA : Anda tahu siapa dia?
Saksi : Tidak tahu.

AA : Saya cadangkan pada anda dia ialah Clara, pemberita dari STAR, tak kenal?
Saksi : Tidak.

AA : Lihat F 43 dan F 42, apabila anda lihat orang yang menghalang kenderaan dan orang-orang di sekeliling ada tangkapan dibuat?
Saksi : Tidak ada.

AA : Lihat F 42 dan F 43, semasa orang berhimpun adakah anda dengar sebarang arahan bersurai?
Saksi : Tidak ada.

AA : F 44, apakah yang anda lihat di Frame 44?
Saksi : Beberapa orang sedang memegang sepanduk DAULAT TUANKU.

AA : Adakah anda dapat mengecam sesiapa?
Saksi : Tidak.

AA : Adakah orang-orang tersebut yang memegang sepanduk ada di kandang pada hari ini?
Saksi : Tidak ada.

AA : Boleh nampak dua buah kenderaan bernombor 7215? Salah seorang dari dua orang yang menghalang kenderaan itu ialah orang yang kita telah mengecam sebagai seorang yang agresif. Apa yang orang yang berbaju kuning buat? Dia bangun dengan tergesa-gesa, setuju?
Saksi : Setuju

AA : Dengan tiba-tiba dia menghilang diri dari frame 44, setuju?
Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya setelah membuat sesuatu yang mengelirukan dan riuh, dia melarikan diri dari situ?
Saksi : Setuju

AA : F 44 ada cam salah seorang OKT?
Saksi : Ada.

AA : Adakah dia di tengah jalan atau di tepi jalan.
Saksi : Tak pasti.

AA : Setuju dengan saya dia berada di tepi jalan dan bukannya di tengah jalan, menghalang kenderaan. Adakah dia meriuhkan jalan atau berdiri di tepi secara pasif?
Saksi : Setuju

AA : Setuju OKT ini masih di situ?
Saksi :Setuju.

AA : Adakah OKT ini salah seorang dari yang memegang sepanduk, adakah dia salah seorang yang pegang sepanduk di tengah jalan?
Saksi : Setuju.

AA :Adakah anda kenal orang-orang yang pegang sepanduk ? Adakah orang2 yang pegang sepanduk ada di dalam kandang OKT hari ini?
Saksi : Tidak

AA : F 48 3.08pm Adakah anda dengar sebarang amaran bersurai oleh polis?
Saksi : Tidak.

AA : F 45 3.08 Apa yang anda dengar? Apakah anda dengar loceng FRU berbunyi?
Saksi : Dengar.

AA : Adakah anda dengar sebarang amaran bersurai oleh anggota polis?
Saksi : Tidak

AA : Bila nampak tear gas anda nampak arah sasar ke arah orang ramai, tiada amaran dkeluarkan, OKT di tepi jalan. masih di F 45 3.08. Apa yang anda lihat? Setuju dengan saya FRU menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai?
Saksi : Setuju Yang Arif.

AA : Berapa das tembakan yang awak dengar ditembak ke arah orang ramai?
Saksi : 2 sahaja.

AA : Anda tahu apa akan jadi pada orang-orang yang kena gas pemedih mata secara terus menerus?
Saksi : Tak tahu.

AA : F 45 3.09 Tidak sampai 30 saat, apa jadi di jalan sekarang? Setuju dengan saya sudah berkepulan asap di atas jalanraya.
Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya keadaan bertambah panik dan kucar kacir?
Saksi : Setuju.

AA : Boleh nampak OKT pertama yang tadi berada di tepi jalan yang pertama dicamkan di awal tadi. Dia sudah seolah bertempiaran lari menyelamatkan diri dan terbaring di tepi jalan?
AA : Tak Setuju. Dia mencangkung.

AA : Okay dia mencangkul (dibetulkan oleh Hj Aminuddin:) ) dia mencangkung untuk menyelamatkan diri.
AA : (Membuat kesimpulan/rumusan dari segala jawapan dan pertanyaan) Orang ramai berhimpun, aman, OKT di tepi jalan, tidak mengganggu kenderaan, tidak memegang sepanduk, OKT mencangkung, FRU tembak gas pemedih mata, keadaan menjadi kucar kacir. Setuju dengan keadaan ini?
Saksi : Setuju.

AA : Dalam keadaan kucar kacir semua kenderaan pun sudah berhenti, setuju?
Saksi : setuju.

AA : Setuju dengan saya dalam masa yang sama ada pegawai polis, polis traffic, dan FRU?
Saksi : Setuju.

AA : Adakah mereka membuat sebarang tangkapan"
Saksi : Tidak ada.

AA : Setuju dengan saya di belakang kereta polis sekarang, jalan samar dengan gas pemedih ,mata?
Saksi : Setuju.

AA : Setuju dengan saya pegawai polis pun lari dari kawasan tersebut?
Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya sebab keadaan sudah jadi terlalu tidak terkawal?
Saksi : Setuju

AA : Boleh cam OKT, dia bersama 2 orang yang lain mencangkung untuk mencari perlindungan.
AA : Setuju dengan saya keadaan sudah kucar kacir, orang sudah naik marah, orang sudah di dalam keadaan tidak terkawal dan marah, salah seorang mengambil kain dan memukul kereta, menghentak kereta dengan kain.
Saksi : Betul

AA : Adakah orang tersebut salah seorang yang berada di sini hari ini.
Saksi : tak pasti.

AA : OKT mencangkung sedang menutup hidung untuk mengelakkan diri dari terkena gas pemedih mata. Setuju.
Saksi : Setuju.

AA : Ada loceng berbunyi sekali lagi?
Saksi : Ada

AA : F 45 ada tak orang mengganas di sini?
Saksi : Tak ada.

AA : Tetapi anda bersetuju dengan saya sudah ada loceng berbunyi. Cuba dengar ada berapa das tembakan.
Saksi : 4 kali das tembakan.

AA : Selepas loceng berbunyi ada anda dengar sebarang arahan bersurai?
Saksi : Tidak ada sebarang arahan bersurai.

AA : Selepas loceng berbunyi ada 4 das tembakan disasar pada orang ramai.
Saksi : Tak setuju.

AA : Setuju dengan saya anda mendengar 4 das tembakan.
Saksi : Setuju.

AA : Selepas mendengar 4 das tembakan, apa yang terjadi? Keadaan menjadi lebih parah?
Saksi : Setuju.

AA : Cuba terangkan bagaimana? Keadaan menjadi lebih parah sehingga ada orang terbaring di tengah jalan.

dari malaysiakini

Saksi : Tak setuju.

AA : Setuju dengan saya dalam keadaan kucar kacir dan parah, satu kereta bergegas keluar hingga nyaris-nyaris melanggar seorang OKT?
Saksi : Setuju, Yang Arif.

AA : Yang menghentam kereta itu adalah OKT no 1.

AA : F 47 jam 3.10pm, apa yang kedengaran?
Saksi : Siren polis.

AA : Ada nampak polis.
Saksi : Ada.

AA : Ada siren polis, ada polis, ada sebarang suara untuk orang bersurai? Setuju dengan saya bunyi siren bertalu-talu menunjukkan keadaan dalam kawasan masa tu sudah menjadi kucar kacir.
Saksi : Tak setuju.

AA : Setuju dengan saya kereta-kereta tak boleh gerak dalam kawasan itu. Tengok belakang tu semua kereta tak boleh gerak setuju?
Saksi : Setuju.

AA : Setuju dengan saya keadaan menjadi kucar kacir sehingga orang baring di atas jalan.
Saksi :

AA : Lihat F 47, 3.10 pm Encik tahu kereta siapa ini?
Saksi : tak tahu

AA : saya cadangkan kereta ini adalah kereta Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Saksi : Tak pasti.

AA : Tak mengapa. nanti kita sampai part yang lebih emotonal...
AA : F 48 3.11 pm, Bila kereta orang kenamaan dalam keadaan tak bergerak, apa yang awak nampak?
Saksi : Orang macam menahan kenderaan.

AA : Tengok betul-betul apa mereka sedang buat. Mereka 'profusely begging', SEMBAH MERAYU. (dicadangkan oleh Hj Aminuddin sebagai MERAFAK SEMBAH).....ya MERAFAK SEMBAH (sambil menunjukkan isyarat cara rakyat merafak sembah kepada Puan Hakim)

dari malaysiakini
kereta Raja Nazrin dengan aksi rakyat merafak sembah dan FRU meluru ke arah rakyat!!!

AA : Setuju dengan saya orang yang pakai baju melayu tu sedang MERAFAK SEMBAH. Jadi bagitahu Mahkamah apakah mereka sedang mengepung kenderaan Raja Nazrin?

AA : (bercakap dengan nada perlahan, teratur satu ayat demi satu ayat bagi menyampaikan mesej yang paling penting ini) Okay....ini rakyat PERAK, dan ini RAJA NAZRIN, ini hal emosi, mereka MERAFAK SEMBAH dan bukannya MENGEPUNG.
Saksi : SETUJU

AA : Mengapa orang 'sembah'? Orang 'sembah' kepada siapa? Kepada Raja, Orang sembah kepada Raja.

AA : Setuju dengan saya mungkin orang kenamaan yang duduk dalam kereta tu adalah kerabat di Raja? Sebab itulah orang-orang tu sembah?
Saksi : Setuju.

AA : Selain dari menyembah adakah mereka mengganas dan merosakkan kereta tersebut?
Saksi : Tak ada.

AA : (merujuk kepada gambar rakaman di mana sekumpulan FRU berlari dan merempuh Rakyat Perak yang sedang memohon merayu kepada Raja Nazrin, seorang FRU yang paling terkehadapan dan menolak rakyat Perak ialah seorang Singh)....ok..saya sudah mendapat kebenaran dari Charan Singh (yang duduk disebalah Augustine) untuk sebut Singh yang mengasari rakyat.
Saksi : Menolak

AA : Menolak-mengasari...Rakyat hendak sembah RAJA dia pulak mengasari rakyat.

AA : Sebab tadi encik sebut MENGEPUNG, boleh nampak OKT no 1?
Saksi : Boleh.

AA : Dia pun merafak sembah, setuju.
Saksi : Tak tahu

AA : (sambil meminta saksi memainkan (rewind) scene tersebut berulang kali.) Jangan hanya tengok tangan dia sahaja, tengok badannya semua sekali, bila sembah semua badan akan bergerak. Nampak dia tunduk sahaja. (Haji Nazrin OKT)

AA : Orang yang hendak gaduh, chest dia akan kehadapan, keluar, tetapi yang sembah dia TUNDUK.

AA : Tengok FRU yang pegang cota, orang nak sembah raja DIA??
Saksi : Menghayun, menggertak.

AA : Mengikut F 48 setuju dengan saya RAKYAT PERAK hendak mendekati RAJA tetapi FRU pula menghalang dengan cara MENGGERTAK. Tengok lepas ni semua keadaan berubah. Lihat F 48. 3.11pm, anda lihat salah seorang OKT, cara dia jalan seolah dia cedera.

Saksi : Setuju Yang Arif.

AA : Setuju dengan saya sudah terdapat pertambahan anggota FRU.
Saksi : Setuju

AA : F 49 3.12pm apa yang dilihat?
Saksi : Ada polis menangkap seseorang.


AA : Seperti ada penangkapan oleh anggota polis ke atas orang awam. Setuju?
Saksi : Setuju.

AA : Jangan tengok gambar. Dari mula rakaman sehinggalah (di Frame 49 3.12pm) semua berhimpun secara AMAN, orang ramai MERAFAK SEMBAH, TIDAK ADA TANGKAPAN DIBUAT. Setuju dengan saya?

Saksi : SETUJU YANG ARIF.

AA : Tangkapan yang pertama yang dapat dilihat diadakan ialah selepas orang awam merafak sembah ke atas RAJA.

Saksi : Setuju Yang Arif


AA : Saya cadangkan kepada Koperal polis telah bertindak liar dan buat tangkapan terhadap orang ramai SEMATA-MATA kerana SALAH FAHAM, kononnya KERANA ORANG RAMAI INGIN MENGASARI KERABAT DIRAJA. Setuju atau Tidak?

Saksi : TIDAK ??????


AA : Berapa saat selepas tangkapan pertama tangkapan ke dua dapat dilihat?

Saksi : Tak pasti.

AA : Ulang tayang. Berapa saat?

Saksi : 6 saat.

AA : Setuju dengan saya sudah kelihatan pertambahan polis, FRU yang ramai sekarang?

Saksi : Setuju.


AA : Saya cadangkan bahawa sesudah peristiwa rakyat merafak sembah dan salah faham yang wujud polis telah bertindak liar. Setuju atau tidak?

Saksi : Tak pasti. ?????

AA : Koperal, hari ini saya tenteram sangat hari ini. (hari ini dapat dirasakan saksi menjawap dengan sedikit tenang). Dari jam 2.12pm sehingga jam 3.15pm (merujuk rakaman video saksi sendiri. Peguam bercakap dengan nada yang paling rendah dan lembut) tidak ada lansung sebarang tangkapan, namun bila RAKYAT MERAFAK SEMBAH polis telah BERTINDAK LIAR.

AA : Setuju dengan saya?

Saksi : SETUJU.

AA : 3.17pm keadaan tenang sahaja kembali. Cuba lihat rakaman, bila dalam keadaan tenang hero berbaju kuning muncul lagi, merokok pulak tu, dengar apa dia kata, NAJIB, NAJIB,NAJIB....sepatutnya dia kata Dato' Seri Najiblah kan.

AA : (merujuk kepada rakaman 10 min terakhir. Di dalam rakaman 10 min terakhir ini, saksi-jurukamera telah terlalai dan terlupa menutup video cameranya, maka satu rakaman tunggang terbalik ketika saksi berjalan duduk dan berdiri di merata tempat telah dirakamkan. Ketika pada kali pertama rakaman ditayangkan saksi telah memohon kepada Mahkamah untuk menghentikan tayang di 10 min terakhir atas alasan "atas sebab2 keselamatan"- sebenarnya kelalaiannya akibat gas pemedih mata dan telah tidak diterima oleh Mahkamah).

AA : Sebelum 10 min rakaman terakhir ada bunyi loceng, awak tahu bila loceng berbunyi apa tandanya? Setuju dengan saya bila loceng berbunyi akan ada das tembakan dan asap berkepul. Semasa 10 minit terakhir tadi ada orang terbatuk-batuk. Setuju?

Saksi : Setuju

AA : Kamera itu telah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Saksi : Setuju

AA : Setuju perakam camera tersebut berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Saksi : Setuju.

AA : Setuju dengan saya Encik Koperal sendiri terkena gas pemedih mata.

Saksi : Setuju

AA : Sebab itulah 10 min yang terakhir encik pun tak dapat merakam dengan sempurna.

Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya gas pemedih mata membuatkan KITA HILANG KONSENTRASI UNTUK BUAT KERJA.

Saksi : TAK SETUJU.


Perbicaraan ditangguh jam 12 tengahari untuk solat Jumaat.Oleh kerana ramai peguam yang tidak bersama di sebelah petang maka kes telah dipersetujui untuk ditangguhkan ke tarikh 7-9 hb Disember.


Rakyat yang terdiri dari Mahasiswa yang berani...mereka hanya memegang sepanduk DAULAT TUANKU...melaungkan slogan dan tidak ganas...

FRU yang ramai yang menghalang rakyat


Yang berkopiah dan terjatuh adalah salah seorang OKT, beliau Khairul tercedera ketika menghalang FRU yang merempuh rakyat, seorang pemuda yang sedang tunduk juga salah seorang OKT Zulhaizam yang turun membantu, yang berbaret dan selendang putih juga seoarang OKT Haji Isha. gambar albanjari online

Rakyat bertempiaran lari menyelamatkan diri dan berlindung dari tembakan gas pemedih mata yang bertubi-tubi dari FRU yang ditembak sacara lateral shot...yang bersalahan dari segi tatacara polis!!!!

Klik untuk besarkan dan anda akan lihat individu yang berbaju kuning di hadapan beserta individu yang berbaju melayu biru dan bersongkok.. beliau juga bertindak ganas dan mebaling objek ke arah FRU dan kemudiannya cuba dihalang dengan dikejar oleh seorang OKT juga seperti di perbicaraan kes sebelum ini, OKT tersebut adalah suami penulis Bad Latif Mansor.

Lihat aksi si baju kunig...over dari yang lain....pemudi yang berbaju unggu seperti yang disebut oleh peguam sebagai Clara dari the STAR...juga boleh diklasifikasikan sebagai yang berhimpun...ramai lag yang berhimpun kenapa ada tangkapan terpilih????

Lagi aksi rakyat bertempiaran lari menyelamatkan diri dari kezaliman FRU!!!

Lagi aksi over mungkin dari agen provokator.

Rakyat Perak sembah merayu kepada Raja Di Hilir pula...sporting je Raja menurunkan cermin dan melambai lagi....kalau rakyat ganas..takkan dia nak semyum dan lambai dan turunkan cermin keretanya...lu jawap la sendiri polis????

Klik untuk baca tuntutan rakyat di bulan purnama bendera PAS

Rakyat sendiri yang mententeramakan rakyat ketika FRU mengganas gambar albanjari online

Kepulan asap apa ni...bakar sampah...bakar ayam...bakar tayar.....takkan tak tau kot...

Ini lagi aksi agen provokator yang disebut oleh Augustine sebagai ahli BN!!!!