Sunday, 8 November 2009

Seminar Memperkasakan Parti: Persepsi-Informasi-Resolusi dan tribute buat TGNA

Persepsi, informasi, primitif...3 perkataan yang menarik disebut-sebut semalam terutamanya oleh Prof Abu Hassan Hasbullah.

Setelah menghadiri seharian seminar semalam dan pulang sedikit lebih awal dari masa yang sepatutnya Presiden PAS membentangkan resolusi...bagi saya resolusi itu penting, tapi biarlah saya boleh mencari maklumatnya di dalam internet, yang paling penting selepas ini ialah untuk melihat usaha dan perubahan ke arah mencapai matlamat yang diidamkan melalui resolusi-resolusi yang terbentuk.

Bak kata Prof Aziz Bari, beliau sayang pada PAS, sebuah parti yang terbesar, sebuah parti yang diletakkan harapan oleh rakyat untuk menjamin perubahan kepada hidup rakyat, setelah mereka semua benci dan jijik pada UMNO.

Maka hasil dari benci dan jijiknya rakyat kepada UMNO dan BN maka pada PRU12, rakyat membuktikannya dengan tidak memilih BN dan UMNO. Maka Pakatan Rakyat terbentuk. Ketika itu rakyat memilih sesiapa sahaja asalkan bukan UMNO, jelas terbukti...itulah sebabnya hatta Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Kelang pun menang!!.

Menurut Prof Aziz, kemenangan sebegitu tidak akan kekal lama, PRU12, keadaan tidak dapat dielakkan...tetapi dalam menghadapi PRU13, jika tidak ada persiapan, tidak ada calon yang baik, maka situasi yang sama seperti Mac 2008 mungkin tidak akan berulang..dan Prof juga mengatakan bahawa PAS berdosa pada rakyat jika gagal...ya Prof mengulang lagi tentang perlunya PAS meletakkan orang yang sesuai di 'driving seat'...seperti dalam temuramahnya di Malaysiakini.

Rakyat peduli akan PAS, kerana rakyat meletakkan harapan kepada PAS sebagai sebuah Parti yang besar dan berlandaskan Islam yang tujuannya memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira agama dan kaum, ini juga lah yang disebutkan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina...juga kaum India yang mengakui bahawa hingga kini sudah ada hampir 20,000 orang India yang menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS....begitu sekali harapan rakyat kepada PAS sejak PRU12 hingga lah saat bersemarak isu 'Kerajaan Perpaduan'...dan teguran dari Prof Aziz Bari dan kemudiannya disusuli dengan tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Maka terjadilah apa yang terjadi semalam 'Seminar Memperkasakan Parti' 7 hb November di Taman Melewar. Berbagai aksi dan persoalan yang dipaparkan, ramai yang emosional melebihi sifat rasional, membukakan diri mereka untuk dinilai tentang apa yang ada dalam fikiran mereka...apakah ini persepsi???

Saya tidak mahu mengulas atau menceritakan di sini apa yang disoal, apa yang disebut dan apa yang dituduh semalam ketika sesi soal jawab kerana mereka yang bangun memegang mikrofon semalam bukan calang-calang orang dalam parti....anda bacalah sendiri di sini dan fikirlah sendiri...apakah harapan rakyat yang ada pada mereka ini...kalau tidak boleh ditegur....

Namun Prof Abu Hassan yang juga pembentang pada hari itu yang membentangkan tentang statistik bijak menegur mereka yang seolah membantai balik sipembentang yang dijemput datang menyampaikan buah fikirannya.

Beliau menegur sikap mereka-mereka ini sebagai orang yang hadir dengan sikap 'pra persepsi yang dibentuk sejak datang dari rumah, kemudiannya memarahi pembentang. Beliau juga membuat kenyataan yang berbunyi begini: " mula-mula wujudnya persepsi, kemudian bila ditulis oleh Prof Aziz, maka terjadilah informasi, persepsi tidak boleh dianggap sebagai fitnah, informasi dibentuk, siapa dulu yang membentuk informasi, maka beliau berjaya menarik perhatian dan mendapat reputasi'.

Maka pengajaran untuk semua khususnya untuk PAS, cepat-cepatlah membentuk informasi, mengeluarkan kenyataan dan laporan, jangan biarkan persepsi-persepsi sahaja yang berlegar di kalangan rakyat khususnya ahli Parti sendiri, isu perpaduan dengan UMNO atau Unity Government adalah sangat sensitif dan dibenci oleh ramai orang yang memang merasa benci dengan UMNO dengan sifat mereka yang zalim dan mementingkan diri sendiri terutamanya pemimpin mereka dan UMNO pula jijik dengan PAS.

Bak kata Prof Aziz, "dah tahu UMNO jijik dengan PAS, yang pergi dekat buat apa?"...

Apa-apa pun saya sedih dan sayu melihat kelibat Tuan Guru yang kita semua sayangi dalam keadaan begini, pada mulanya saya senang hati melihat kelibat Tok Guru diatas pentas, apatah lagi dengan rumours yang mengatakan beliau tenat di IJN, jadi saya yakin beliau sihat...namun sebaik TUan Guru Haji Hadi selesai menyampaikan ucapan, kelihatan dari skrin TV Tuan Guru Nik Aziz bangun dan terpaksa dipapah berjalan meninggalkan dewan, saya juga bergegas berlari keluar sama seperti sekumpulan wartawan yang lain.

Semua wartawan tidak dibenarkan mendekati Tok Guru..Tok Guru tenang sahaja, tanpa bercakap sepatah pun pada wartawan...sedih sayu....melihat Tok Guru dibawa pergi menaiki kenderaan lalu meninggalkan tapak tempat SEMINAR MEMPERKASAKAN PARTI diadakan...

Apakah yang ada dalam pemikiran Tok Guru...apakah terlalu berat untuk Tok Guru menghadapinya...entahla...

Namun saya yakin ada hikmahnya untuk Tok Guru tidak bersama...kerana ada ahli yang bangun dan meneybut bahawa Tok Guru tidak ada adab kerana menulis di dalam blognya seperti apa yang dia tulis....sedih.......


Berehatlah dahulu wahai Tuan Guru yang kami sayangi.....

Saya kongsikan do'a yang dicatatkan oleh teman FB saya bila saya muat naik gambar Tok Guru di FB....

N Fazlina Rosley
Ya Allah, moga Kau panjangkanlah umur Tok Guru kesayangan kami, kurniakanlah kesihatan yang bagus-bagus ke atas beliau, janganlah Dikau kurangkan barang sedikit pun kekuatan mental & fizikal beliau, dan permudahkanlah Dikau ke atas segala urusan beliau Ya Allah..... aaaaaaaaaaaamiiiin.

2 comments:

Roti Kacang Merah said...

salam kakak, thank you for quoting the du'a. Kalau boleh nak dia sihat senantiasa... kekuatan TGNA sangat mash diperlukan.

ummu asiah said...

RKM,

Ya..kita masih memerlukan dia...kita sudah kehilangan seorang tokoh yang mampu menyatukan ramai rakyat sewaktu dahulu..perginya Ustaz Fadzil Noor..'diratapi' ramai...moga TGNA diberkati Allah..dengan kesehatan..

Allah Maha Mengetahui...