DR ASRI: Patutkah kita membelanya?
Kisah penangkapan Dr Asri, kecoh seMalaysia, setiap akhbar buat liputan muka depan tajuk besar. Sukar nak duga apa muslihat di sebaliknya. Kalau fikir bab muslihat, sakit hati sakit jiwa, hingga saya berfikir banyak kali samada ingin membuat catatan atau perkongsian tentang hal ini.
Walhal kebetulan sejak siangnya saya, suami dan kawan sedang memperkatakannya. Walhal kami bergegas-gegas keluar dari rumah walaupun sudah jam 1 pagi setelah beberapa minit masuk ke dalam rumah setelah pulang dari ceramah BUBAR DUN PERAK di Batu Caves.
Sebaik membaca sms yang diterima dari menantu YB Saari yang berbunyi " Polis sedang cuba tangkap Ustaz Asri sedang ceramah d Tmn Sri Ukay, tadi lalu nak g rumah mama, jalan sesak. Mama ayah sedang fight supaya Ustaz Asri tak ditangkap."...apa lagi kami bergegas keluar dari rumah meninggalkan anak-anak yang nyenyak tidor...
Terima pula sms ini " Ayah (YB Saari ) tawarkan untuk tangkap dia saja, Pegawai JAIS tu tak berani"
Saya tertarik dengan perkongsian Kak Aliza isteri YB Saari yang sempat memberikan tutorial kepada Dr Asri tentang hak-hak seseorang apabila ditangkap, 'cuma beri maklumat diri sendiri sahaja, tak perlu jawab soalan polis tentang hal kakak ke, apa ke yang lain". Beliau memang tegas bab ini. Dia rujuk kepada Buku Merah...semua kita perlu simpan dan tahu. Baca juga di sini.
Atas dasar prinsip tidak boleh sewenangnya menangkap seseorang tanpa alasan dan bukti, saya yakin itulah sebabnya YB Saari berusaha sedaya mampu menghalang JAIS dan polis menangkap Dr Asri. Dan kami terasa terpanggil untuk pergi menyatakan sokongan.
YB Saari juga menyatakan bahawa beliau sebagai ADUN di Selangor berasa bahawa kredibiliti Selangor dipertikaikan dengan peristiwa penangkapan ini. Walaupun JAIS yang bertindak adalah dibawah Negeri Selangor namun YB menjelaskan bahawa perlantikan pegawainya adalah di bawah kerajaan BN dan masih ramai pegawai yang di warisi dari zaman pemerintahan BN, maka kita boleh membuat andaian bahawa BN lah yang bertanggungjawab.
YB juga membuat penegasan tentang kata-kata PM 1 Malaysia bahawa beliau akan mengerahkan semua jentera untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor, rancangan untuk ambil alih Selangor, jadi apa cara sekalipun mereka akan usahakan, segala isu akan digunakan.
Contohnya jelas mungkin dari sikap pemimpin UMNO yang beri sokongan kepada Dr Asri , khabarnya termasuk Khir Toyo sendiri, dan tajuk berita yang meletup-letup tentang kebejatan JAIS dalam menangkap Dr Asri. Kena fikir-fikirkan sendirri.
Cara penangkapan terhadap Dr Asri juga luarbiasa di mana seolah tidak ada ehsan lansung, beliau walau dengan apa cara sekalipun mesti ditangkap dan dibawa ke balai.
Hari ini saya berasa sedih dan kesal di atas komen-komen yang diterima dari sahabat-sahabat sendiri mengenai peristiwa tangkapan, ada yang mempersoalkan kenapa mesti bersungguh-sungguh membantu membela Dr Asri sedangkan dia adalah alat kepada UMNO, dia membawa ajaran Wahabi juga merujuk kepada memorandum yang dibawa oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia.
Semuanya masih samar-samar dan tanpa ada sebarang bukti, maka kita membela beliau atas dasar haknya sebagai orang yang punya tauliah dalam bidang agama, ada PHD yang dikurniakan oleh UIA, Beliau boleh berceramah dan mengajar di semua negeri kecuali Negeri Selangor sahaja, kenapa ya...bagi dia kenapa mesti ada pilihan yang begitu, tauliah yang terpilih-pilih. Jadi kita bela dia kerana dia tidak dibuktikan bersalah, JAIS dan polis tidak boleh sewenangnya menangkap beliau. Peristiwa semalam amat kasar dan luarbiasa, ramai sekali anggota polis yang mengepung termasuk pegawai JAIS,mengapa harus begini sehingga tiada ada ruang untuk berunding.
Dr Asri menegaskan bahawa setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya mesti dibuktikan. Kalau atas alasan mengajar tanpa tauliah, harus beri alasan apa kriteria seseorang untuk diberikan tauliah, sedangkan ujarnya beliau mempunyai PHD, bukan yang didapati di Chow Kit Road, tapi dikurniakan oleh UIA. " Kenapa buat sesuka hati untuk beri tauliah, kenapa hantar orang untuk intip setiap ceramah, kalau nak hantar pegawai untuk nilai seseorang bercakap, hantarlah orang yang bersesuaian, lepas tu orang tu buat nilaian sendiri. Patutnya hantar orang yang lebih pandai lagi"
Dr Asri juga menutup kata-katanya dengan mengucapkan terima kasih terutamanya kepada YB Saari dan YB Zuraidah yang telah membantunya, namun secara berseloroh beliau berkata " Jangan buat spekulasi saya dah masuk politik"
Akhirnya ada juga pihak yang mencemuh dan mempersoalkan bila mana ada kelibat wanita-wanita dari SIS terutamanya Zainah Anuar dan Marina Mahathir yang turut datang memberikan sokongan...Apakah mereka tidak layak untuk datang memberikan sokongan, mereka juga menuntut keadilan bagi pihak Dr Asri.
Prinsip kita membela dan menegakkan keadilan selagi tidak melanggar Syariat..Sama saja dengan ISA, undang-undang zalim ISA, kita tidak setuju dengan SIS, namun sekiranya mereka ditahan bawah akta ISA kita tetap bela mereka, kemudiannya biarlah mereka dibicarakan mengikut undang-undang yang ada. Sama juga sekiranya Tun Mahathir mahupun Dato' Seri Najib yang diISAkan kita bela atas dasar prinsip iaitu seseorang berhak dibicarakan, dan tak boleh ditangkap sesuka hati, lebih-lebih lagi jika jelas ada motif politik yang jahat.
5 comments:
Dr Asri dah pun dibebaskan.. So tak ada apa-apa lah. Biasalah kalau mengajar tanpa tauliah ditangkap, lepas siasat masuk mahkamah, bicara kemudian ada keputusan. Itu sahaja prosedurnya.. Buat apa nak dikecoh2kan sgt..
Nak bela dia, boleh tapi biarlah ikut prosedur atas kesalahan apa dia ditangkap. Yang pastinya dia bukan bakal menjadi tahanan tanpa bicara.. perkara kecil sahaja.. Umno sengaja nak buat kontroversi..
Pada yang nak membela pun bawa bersabar..jgn asyik nak melenting mengelupur nak membela, ramai lagi yang teraniaya di luar sana yang perlukan bantuan..
-lee
Biar kena tahan pengampu BN, yang tangkap dia pun org jab. Ugama upahan BN juga..
PR tak pernah buang org BN bila ia perintah....
Projek najib nak rampas selangor
Setuju ada muslihat disini, suatu yang besar akan berlaku...
Maaf cakap. Kalau dok panjang lidah kat ulama' macam-macam boleh jadi sebab bila kita berperang dengan kekasih Allah sebenarnya kita dok berperang dengan Allah, awaslah, jadi minta ampunlah serta bertaubatlah jangan dok ceding sangat yang kita saja betui orang lain buat tak betui, jangan dok asyik bidaah sana bidaah sini padahal ulama' dok amal sehingga ke hari ni sejak daripada Rasulullah SAW lagi, yang kita dok pi pandai kata tak betoi lagu mana cerita ? Setakat PHD belum tentu sampai maqam ijtihad, sedangkan Imam As-Syafie sendiripun mendapat izin gurunya Imam Malik baru boleh ijtihad....sama-samalah muhasabah diri, kalau tak tahu tanya pada yang arif, Insyaallah ada jalan keluar...
Ustaz Asri mana ada kena bicara. Suruh pergi mahkamah tapi org jais sendiri yg tak hadir. Kenapa? Tuduhan pun JAIS tak tau nak letak apa. Main tangkap saja tapi kesalahan pun tak dapat nak dijelaskan. Tangkapan tu sendiri tak ikut prosedur.
Orang jabatan agama upahan BN? PR tak buang orang BN bila memerintah? Orang masjid semua dah bertukar saudara. Janganla main cakap ikut sedap mulut. Ustaz Asri pengampu BN? Berat tuduhan ni. Kalau dia pengampu BN dia tak akan bangkang Astora Jabat. Tau tak cerita ni? Tolong jangan ikut sedap mulut je nak tuduh2. Nanti jatuh fitnah susah.
Taksub betul pengikut pembangkang Pakatan Rakyat ni ye? Sebab taksub la orang pandang Islam sebelah mata saja sekarang ni. Tolongla fikir baik2, jangan nak main cakap tanpa berfikir dan ikut ketaksuban.
Post a Comment