Sebelum ini kita sering mendengar beberapa dakwaan tentang salahlaku dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Pimpinan tertinggi BN dan UMNO...khususnya pimpinan tertinggi Negara. Banyak laporan diserahkan kepada polis dan Badan Pencegahan Rasuah....sila rujuk
di sini untuk sebahagian dari dakwaan-dakwaan tersebut. Namun tidak pernah ada sebarang tindakan yang dikenakan mahupun apa-apa siasatan yang dijalankan keatas tertuduh. Apa yang dilakukan hanyalah mendakwa dan menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan rasuah pegawai kerajaan yang lebih rendah taraf mereka dan lebih kecil kesalahannya..seperti yang diumpamakan seperti menangkap ikan bilis sahaja...tetapi jerung terlepas.
Kini apa yang berlaku di Negeri Selangor dan apa yang sedang dilakukan oleh anggota SELCAT adalah suatu yang membongkarkan tentang sebahagian dari perkara di atas, yang jelas menunjukkan bahawa perkara tersebut sememangnya berlaku.
Pada hari ke 3 pendengaran awam tersebut, rakyat sekali lagi didedahkan dengan perkara-perkara salahlaku ini, di mana PNSB dengan senang lenang membeli, membiayai dan membelanjakan wang yang ada untuk kesenangan Menteri Besar ketika itu, isterinya dan ahli keluarga mereka...
Sepertimana pembelian suit jacket dan seluar berjenama 'summerman' oleh CEO PNSB Datin Khairiah kepada Khir toyo, begitulah juga bagaimana jam tangan mewah Patek Phillipe berharga RM159,250.oo dibeli oleh beliau untuk dihadiahkan kepada Khir Toyo. Alasannya bila ditanya ialah ianya sebagai 'a token of appreciation' kepada MB tersebut...menjadi amalan biasa juga kepada PNSB.
Akhirnya apa yang terjadi kepada jam tersebut ialah.....ianya dijual semula dengan harga dua kali ganda dan tidak ada rekod kemasukan dalam akaun PNSB.....seronoknyeeeee.....
Pembiayaan perjalanan Zaharah Kechik ke Australia untuk melawat anaknya juga ditaja oleh PNSB dan Zaharah Kechik juga mengarahkan Datin Khairiah mengiringinya ke Melbourne dengan kos sebanyak RM14,900.00....wah...seroooonnoookkknnnyyaaa......indahnya, mudahnya hidup ini....
Saya marah, bengang....anda tak marah ke????...patutlah Pengerusi SELCAT marah dan bengang saja...memang benarlah syarikat milik kerajaan negeri selangor ketika itu dijadikan sumber kewangan kepada Menteri Besar dan isterinya...dan CEO PNSB dijadikan alat untuk memudahkan segala transaksi itu berlaku dengan senangnya kerana dia adalah teman baik lagi akrab kepada Isteri Menteri Besar ketika itu....boleh kah anda memahami segala sandiwara ini????....
Aaaahhhh...terlalu banyak lagi kewangan yang digunakan dan dileburkan juga atas nama misi kemanusiaan dan keamanan...
Malas nak cerita lagi...tapi perlu didedahkan juga...
Datin Khairiah belum dilepaskan oleh JK Selcat...sebaliknya sesi dengannya ditangguhkan lagi hingga ke pagi ini, kerana masih banyak rahsia yang tersimpan yang perlu didedahkan.
Saksi seterusnya ialah Puan Norzaton bekas Ketua Setiausaha Sulit Khir Toyo dan kini masih memegang jawatan tersebut...Puan Norzaton menjawab semua pertanyaan dengan direct, tenang dan tegas tanpa cuba buat coverup untuk bekas bossnya...baguslah...lagipun dia masih lagi menjadi menjadi pegawai kerajaan negeri kepada MB kini, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Persoalan kepada beliau tentang segala surat menyurat permohonan dan arahan dari Khir Toyo kepada orang dan jabatan lain....yang kelakarnya....dan mungkin didedahkan untuk kita fikir-fikirkan sendiri mengenai sandiwara yang tersembunyi...
Khir Toyo menulis surat kepada Pengerusi Balkis Datin Seri Zaharah Kechik, beralamat di Kediaman Rasmi Menteri Besar.
Dalam tahun 2005, MB hantar surat kepada Pengerusi Balkis memohon sumbangan untuk Majlis Tahun Baru China Kawasan Sg Panjang(DUN Khir Toyo).
Jun 2006 memohon sumbangan untuk penyampaian sumbangan kepada orang kurang upaya, orang miskin dan lain-lain.
Memohon sumbangan untuk Program Hari Raya Aidil Fitri dengan menyertakan senarai nama kaum India di DUN Sg Panjang.
Memohon sumbangan Hari Raya 2007 DUN Sg Panjang dan Sekinchan, beri senarai nama kaum Melayu.
Mengeluarkan surat kepada bagi pihak BALKIS kepada Wisma Putra mengenai kunjungan Hormat untuk ahli rombongan seramai 47 orang termasuk Datin Zaharah Kechik ke Beijing selama 5 hari....jadual perjalanan mereka disertakan...melawat ke merata tempat, shopping dan segala makan minum ditanggung.
JK Selcat bertanya pada Pn Norzaton pada pandangannya adakah lawatan ini lawatan Rasmi atau peribadi...jawabnya peribadi...habis...tutup kes...
Well...well....
JAIS Jabatan Agama Islam Selangor, MAIS, Majlis Agama Islam Selangor juga dijadikan kuda tunggangan oleh BALKIS...rakus betul...habis nak diratahnya...hingga harta milik umat Islam yanh diinfaqkan untuk golongan miskin dan fakir turut nak diratah-ratah ikut suka hati mereka....Pengarah JAIS dipanggil untuk memberi keterangan....
MAIS telah menerima permohonan dari BALKIS agar MAIS menanggung semua kos penyelenggaran dan administration untuk Kompleks Wawasan BALKIS. Kompleks ini mengikut BALKIS lah...adalah suatu kompleks yang menempatkan anak-anak remaja yang bermasalah dari golongan orang yang miskin...itu kata depa...kata orang lain atau orang luar mungkin berbeza...entahla...tak boleh nak buat tuduhan tanpa bukti...
Okaylah...untuk isu ini, MAIS boleh lagi berfikir dan bertindak dengan waras dengan menolak permohonan tersebut...namun sebaliknya MAIS telah meletakkan 5 orang pekerja yang dibayar gaji oleh MAIS untuk tinggal dan bekerja di sana.
Jumlah gaji yang dibayar sebulan ialah RM6600.00..sepanjang tempuh tersebut hingga Mac 2008 MAIS telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM138,771.76 untuk Kompleks milik BALKIS.
...mungkin tidak ada di dalam pengetahuan MAIS bahawa BALKIS telah memerah duit berjuta-juta ringgit dari banyak lagi syarikat milik kerajaan negeri yang lainnya untuk tujuan kenikmatan dunia.
YB Teng bertanyakan kenapakah MAIS membantu BALKIS..apakah BALKIS sebuah NGO Islam...untuk ini Dato' Mohd Khusrin menjawab kerana tujuan Kompleks tersebut adalah untuk menjaga remaja bermasalah dari asnaf orang miskin maka mereka layak diberi bantuan walaupun ahli BALKIS bukan semuanya beragama Islam...
Azmin dah marah sangat agaknya dan terus menyampaikan tazkirah kepada Pengarah MAIS...kenalah peka dengan halal dan haram juga...
Waduh....banyak nak diceritakan....tak larat..jika anda ada di sana mesti tumpang rasa malu mengatasi segala kesedihan atas tindak tanduk JAIS/MAIS yang membelakangkan misi dan matlamat mereka hanya kerana terpaksa mengikut arahan orang tertinggi dalam negeri ketika itu...
Hinggakan ada ketikanya bilamana mungkin Dato' Pengarah sudah tidak tahan lagi dengan segala soalan bertubi-tubi yang ditanyakan oleh JK Selcat maka beliau telah bertanya dan menjawab balik
..."Apa masalahnya...saya tak nampak ada apa-apa masalah di sini..."
...wah sungguh kurang sopan rasanya saya....cuba baca laporan yang ditulis secara verbatim oleh wartawan harakah di sini
Jais tidak kisah dengan Balkis yang diketahui haram .
Apa yang menjadi isu di atas ialah bilamana Pakatan Rakyat menang pada 8 Mac 2008 dan BN bungkus baju pada hari tersebut...pegawai MAIS yang bekerja di Kompleks BALKIS telah memaklumkan kepada MAIS bahawa merek tidak diperlukan lagi untuk bekerja di sana. MAIS terus menarik balik pekerjanya tanpa merujuk kepada Menteri Besar yang baru yang mengambil alih segala entiti yang berada di bawah kerajaan negeri...itulah yang menjadi persoalannya...kenapakah MAIS tidak consult dengan pimpinan PR yang baru dan masih berhubung dan menerima segala arahan dan surat dari satu badan yang sudah tidak sah...kenapa???
Mengenai isu haramnya Balkis baca di sini.
Auditor BALKIS menjadi orang awam pertama dipanggil untuk menjadi saksi...dia membuktikan dakwaan bahawa Khir Toyo dan isterinya menipu adalah betul...kerana beliau tidak pernah menerima sebarang akaun dari BALKIS seperti yang didakwa oleh BALKIS.....penipu memang sah penipu!!!!
Penipuan tersebut ialah seperti di bawah:
Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
Okaylah...dah banyak tu...hari ini bersambung lagi.....
4 comments:
kakcik pernah baca riwayat hidup asal usul ZK masa KT mula-mula naik dulu...besarnya dugaan bila dia dah dapat nikmat kesenangan sampai lupa haram halal...
hish hish hishh!!
geramnya.. rasa nk pergi sendiri dgr dan tgk SELCAT interview diaorg ni semua..
bila ZK and KT kena panggil nanti lagilah seronok!!
kak cik..
betul lah tu..dulu mereka seperti kita juga..rakyat biasa yang mengharapkan rezeki dari titik peluh sendiri..bekerja mencari rezeki menanggung keluarga..
begitulah dugaan kesenangan..rasa harta yang ada sentiasa tidak mencukupi..moga Allah lindungi kita..
rd..
tapi tu lah kan..kita ni bukannya banyak duit nak terbang sana sini..nak bayar duit minyak pun berpeluh dahi..
ZK and KT memang dah kena panggil..tapi harinya belum didedahkan lagi//gerenti penuh dewan..kena buat booking..tapi next week dah tempoh berkempen pulak...dua dua pun tak nak miss...
Post a Comment